Wednesday, 30 April 2025

Kyrgyzstan Part 6 : Solat Hari Raya Aidilfitri Di Turkish Bishkek Central Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 5 : Shopping At Bimar Supermarket - Asar Prayer At Old Central Mosque

Di entry yang lepas aku telah tulis bahawa terdapat dua central mosque di Bishkek. Dan semalam kami telah pun pergi ke Old Central Mosque dan pada hari ni kami akan ke New Central Mosque atau Turkish Bishkek Central Mosque dan pada asalnya dikenali sebagai Imam Sarakhsi Central Mosque yang dibina pada tahun 1944.

Selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Turkish Bishkek Central Mosque
Seawal pagi kami telah bangun dan aku ajak the kids semua bertakbir raya setelah selesai solat subuh berjemaah. Nak kata terasa sayu sedih tu macam tidaklah sangat sebab sekarang dunia dah maju. Kalau ada perasaan rindu pada family dan suasana di Malaysia boleh video call sahaja.

Turun dari apartment seawal pagi untuk menunaikan solat aidilfitri.
Inilah pemandu Yandex kami orang Kyrgyzstan. 
Suasana malam raya sebelumnya adalah seperti malam-malam biasa di Bishkek. Tiada kedengaran letupan mercun atau suasana kecoh dengan persiapan nak raya. Keadaan sangatlah sunyi sepi sahaja. Mungkin juga area tempat kami ini kawasan orang berkerja bukan area kampung yang pasti akan ada persiapan menyambut raya.

Sarapan pagi sebelum kami keluar ke masjid.
Setelah terbitnya matahari kami bersarapan terlebih dahulu kerana adalah sunat untuk kita menjamah makanan sebelum keluar rumah bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Daging Blackpepper with Button Mushroom telah pun aku masak malam tadi. Macam biasa aku sibuk di dapur dan wife sibuk siapkan the kids.

Orang ramai yang hadir ke masjid bagi menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri.
Ni masa kami sampai kelihatan orang ramai sedang memasuki masjid.
Bergambar sebentar sebelum masuk ke dalam masjid. Ada student medic dari Bangladesh.
Dan juga untuk hari ni kami memang tak ada plan nak berjalan sangat lebih kepada nak santai-santai sahaja. Dalam keadaan pagi yang teramat sejuk kami telah pun berada di bawah apartment dan aku order Yandex Go untuk ke masjid dan bayaran ketika ini adalah KGS195.00 bersamaan MYR9.75 untuk perjalan sejauh 7.5km.

Affan tiba-tiba dapat duit raya dari seorang hamba Allah. Sampai sekarang dia simpan.
Sebab dia seorang jer yang dapat. Habis dia ajuk si kakak-kakak dia yang tak dapat.
Dan bila pemandu Yandex ni tengok kami menuju ke masjid terus tanya "Muslim?" Aku pun angguk kepala. Dia kata dia pun muslim. Perjalanan memakan masa lebih 10 minit sebab jalan agak sesak dengan kenderaan orang nak pergi kerja.

Open hall di bahagian belakang masjid Turkish Bishkek Central Mosque.
Besar sungguh masjid ini nak jalan ke belakang pun terasa jauh.
Dah selesai solat dan ramai orang yang balik barulah kita boleh bergambar.
Bagitau dengan the kids. Di Istanbul ada masjid seperti ini yang dah berumur ratusan tahun.
Termasuklah pemandu kami yang masih muda dalam lingkungan awal 20an yang tak kesah dengan solat raya. Aku ada tanya juga tak pergi solat ke dengan isyarat sekali. Dia jawap simple jer "No'' sambil memberi isyarat kerja bawa kereta.

Berbanding dengan Malaysia. Kalau waktu solat raya tu jalan lenggang. Kedai semua pun tutup. Ada kedai runcit pakcik cina di kampung aku pun tutup tunggu tengah hari nanti baru buka. Tapi di sini ramai yang ke masjid tapi masih ramai lagi yang tak kesah dengan solat raya walau beragama islam.

Ruang dewan solat utama yang sangat besar dan cantik.
Design dalam masjid ini teramatlah cantik. Memang mempersonakan mata yang melihat.
Pintu masuk utama di bahagian tengah belakang dewan solat utama.
Dan alkisahnya di sini tidak disediakan ruang solat untuk wanita. Yang hadir 99% adala kaum lelaki sahaja. Namun kelihatan ada beberapa muslimat lain yang hadir untuk bersolat yang kebanyakan foreigner. Bersolat di bahagian luar dengan membawa sejadah sendiri dan bersolat disamping suami dan keluarga masing-masing.

Kami pun ikut sama bersolat di bahagian luar tapi sebab tak bawa sejadah maka kami gunalah segala apa yang ada untuk dibuat sejadah. Masa ni pun the kids memang behave mungkin sebab datang masjid di negara orang kot. Kalau kat Malaysia diorang main lari-lari macam tak cukup tanah.

Bergambar bersama warga Kyrgyzstan selepas selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
Kemudian diorang suruh aku pakai topi traditional Kyrgyz's pulak.
Bergambar anggota polis yang menjaga keselamatan semasa solat raya aidilfitri.
Selesai solat dan khutbah raya maka bangunlah kami semua dan masa ni baru terasa gembira, sedih, tenang dan terharu bila solat raya di negara lain dengan pelbagai bangsa yang hadir untuk bersolat raya. Boleh dikatakan 40% jemaah yang hadir adalah foreigner. Dan masa inilah kami bersalaman dengan umat islam lain. 

Oh ya masa kami datang tadi penuh polis dan askar yang menjaga lalu lintas dan menjaga keselamatan. Terdapat juga beberapa orang yang membawa beg diperiksa oleh askar yang menjaga. Terasa macam takut sikit di situ. Tapi selepas solat aku ada berborak dengan seorang student dari Bangladesh yang belajar di Bishkek.

Dia bagitau kawalan ketat ni sebab baru sahaja terdapat kejadian terrorist attack di Crocus City Hall, Moscow, Russia. Dengan 145 jumlah kematian dan 551 orang cedera. Dan lebih menggerunkan adalah penyerang berkemungkinan dari kumpulan extremists dari Kyrgyzstan. Apa pun syukur sebab solat raya dah selesai.

Polis dan askar menjaga laluan ke masjid dari 100 meter ke arah masjid.
Ketika selesai solat pun masih lagi ada polis dan askar yang memeriksa beg para jemaah.
Selesai solat dan bersalaman dengan umat islam yang lain barulah kami explore masjid yang teramat cantik ini. Masa ini kalau muslimat nak masuk ke dalam ruangan dewan solat utama pun boleh. Memang terpegun dengan kebesaran dan kecantikan masjid ini. 

Bagi aku adalah wajib datang ke masjid ini untuk melihat dengan mata sendiri One of The Interesting Place To Visit in Bishkek. Seni bina yang banyak persamaan dengan Masjid Biru atau Sultan ahmed Mosque di Istanbul. Ye lah yang sponsor dan yang membina pun Kerajaan Turkiye.

Bersambung Kyrgyzstan Part 7 : Victory Square - TSUM Aichurok Mall - Chuy Avenue 

49 comments:

  1. kalau sekadar tgk gambar dan tak baca mesti ingat ini di Turkiye, sebab senibina masjid sama macam di Turkiye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau tak mention masjid ini berada di Bishkek, Kyrgyzstan.. Mesti orang akan ingt ini di Istanbul, Turkiye. :D

      Delete
  2. Alhamdulillah...Mmg cantik msjd ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang cantik.. Suka solay di sini.. Terpegun dgn keindahan especially dlm ruangan solat tu.

      Delete
  3. Masyaa Allah cantik nya masjid.. pengalaman indah berhari raya di bumi Kyrgyzstan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur dapat solat di masjid yang indah di Kyrgyzstan.

      Delete
  4. Indah sungguh kawasan ni...tengok gambar pun rasa puas hati, inikan pulatgk depan²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masid yang baru dibina pada tahun 2022. Memang masih baru dan cantik. dgn seni bina turkiye sepenuhnya. :D

      Delete
  5. gambar kat depan masjid tu kalau buh caption kata dah sampai Turkiye pun ada yg percaya kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn.. ramai yy kata mcm tu.. tapi hakikatnya masjid kat turkiye tu lagi besar dan cantik... Moga semua yg baca entry dpt jejak kan kaki ke turkiye . Amin 👍☺️

      Delete
  6. amboiiii topi polis
    dah mcm nak sama dgn polis kat korea utara naa
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mmg bekas negara soviet so mmg byk la persamaan mereka.. Byk sistem ikut russia pun.. north korea pun sama.. 😅

      Delete
  7. mmg org akan percaya kalau kata ni di Turkiye.. amboiii affan eksyennnn dia sbb dia je dapat duit raya ye! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg si affan eksyen sampai la sekarang dia simpan duit tu.. dia kata hadiah yg dia suka sangat.. Masjid tu kalau kata dah smpai Turkiye pun org percaya.. 😅

      Delete
  8. Memang miriiiip sangat dengan blue mosque yaaa.

    Cantiiik. Bagian dalam pun estetik sangat designnya. Tapi sayang kalo masih ramai muslim yg tak sholat walaupun sholat raya yg Sunnah.

    Kadang teringin juga saya bisa merayakan idul Fitri di negara lain. Tapi utk skr rasanya tak mungkin, masih blm bisa 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya mirip bangat sama blue mosque.. Masjid ini masih baru makanya cantik luar dan dalam masih terjaga. Mmg terpegun melihat kecantikan.. Moga-moga islam kembali mekar di Kyrgyzstan.

      Delete
    2. Harus mencuba sekali beraya Aidilfitri di perantauan.. lain rasa nya dari kampung halaman sendiri.. supaya kita akan lebih bersyukur ketika beraya di kg halaman sendiri gitu 😎

      Delete
    3. Setujuuu bang. Masalahnya selagi saya masih ada 5 ekor anak bulu yg tinggalnya indoor, saya tak mungkin mudik atau traveling saat raya. 🤣🤣. Sebab saat raya asisten rumah saya cuti 3 Minggu.

      Biasanya kalo saya sedang traveling , asisten saya ini yg menjaga kucing2 saya , 🤣. Jadi kalo dia cuti, saya harus mengalah, tunggu sampai dia balik 😄😄. Itulah sebab saya tak bisa traveling saat raya 😅

      Delete
    4. Jika mahu seribu kemahuan jangan ada seribu alasan gitu hahahah :D
      Boleh hantar asrama anak bulu itu semua hihii.. Tapi dalam 10 tahun biasa aja kalau mau asisten itu jaga satu kali raya sahaja.. Mencari pengalaman juga mahal hihii butuh pengorbanan gitu ...

      Delete
  9. Replies
    1. Alhamdulillah besar dan cantik... Indah masjid ni ☺️

      Delete
  10. Untung adik Affan dapat duit raya. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah duit raya rare di tmpt yg rare hahaha..

      Delete
  11. Lawa sungguh masjid ni...nampak terjaga elok 👍🏻
    Sporting abam² polis tu diajak bergambar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah besar cantik dan bersih.. Mungkin sebab masih baru lgi kan.. Harap2 terjaga dgn elok lah insyallah.. itulah mmg tebal muka minta bergambar bersama tpi okla diorng friendly 😅

      Delete
  12. Cantik foto family di Turkish Bishkek Central Mosque ni. Seronok dapat pengalaman solat Eid di sana. Thanks for sharing Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pengalaman solat raya Aidilfitri di luar negara yg ke 4 empat bagi saya.. syukur dpt merasa pengalaman berbeza.. thanks for coming here too ☺️🫡

      Delete
  13. Suka betul tengok gambar-gambar semua. Lagi-lagi happy moments, candid photo dengan family tu. Nanti bila anak-anak dah besar, seronok tengok ada banyak gambar kenangan.

    Uish duit raya dari insan baik tu kena simpan tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg enjoy dan seronok sgt dpt pengalaman solat raya di tmpt org.. moga anak2 appreciate la dgn apa yg parent dah buat ni inshallah amin.. duit raya tu mmg rare.. tunggu masa nak frame je 😅

      Delete
  14. satu pengalaman yg x bisa dilupakan bila sambut hari raya di luar negara asing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pengalaman yg sgt dihargai... Moga diberi peluang utk sambut dan solat raya di perantauan lagi amin..

      Delete
  15. Amboi, seronok Affan, dia sorang dapat duit raya. 😁
    Besor² saiz anggota polis tu, ye. Tengok pun takut.
    Cantik sungguh, masjidnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tau tau jer dia dpt duit raya.. yg si kakak jealous bukan main hahaha.. saiz badan polis dan askar di sana boleh tahan besar.. makan daging kuda setiap hari huhuu.. 😅

      Delete
  16. lain sgt2 suasana raya di tempat kita dan di negara org kan....saya pernah beraya 2x lah di negara org ie thn 2007 dan 2010 (both kat bumi notts)...pahit jugak tahun 2007 tu sbb suami dan anak di msia...2010 tu, suami dan anak2 bersama2 beraya di notts :) apa2 pun now semuanya dh jd kenangan manis dan utk kita lebih menghargai momen yg ada esp di tanahair terchenta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lain suasana bila kita sambut raya di tempat berlainan.. sama ada negara islam atau yg bukan.. Mcm di sini tiada budaya ziarah menziarahi.. sbb nampak ramai org sibuk pi kerja mcm biasa. Di park dan mall pun ramai org huhuu..

      Delete
    2. Pernah sambut raya di Stockholm, Johannesburg masa bujang dan Seoul setelah berkahwin.. pengalaman yg indah juga sekali sekala raya diperantauan.. ye la hila keluarga dan pasangan tak beraya bersama mmg sedih huhuu..

      Delete
  17. Kemain muka Affan mengejek kakak-kakaknya ya 😂

    MasyaAllah…besar dan gah sungguh masjidnya. Tengok dalam gambar je pun dah rasa wow! Kena ada banyak masa barulah boleh explore keseluruhan masjid.

    Betul, zaman sekarang dah kurang kot rasa rindu, sedih kalau raya berjauhan keluarga. Dah boleh video call.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah affan tu bab nak ejek kakak2 dia mmg dialah menang hahaha.. Kami explore selepas solat raya selepas ramai org dah balik.. syukur masih dibuka utk org ramai.. mmg besar dan cantik.. Dah maju blh call dan video call dgn mudah dan murah.. kurang la rasa sedih tu kan huhuu..

      Delete
  18. pengalaman yang mahal..mesti anak2 igt je sampai sekarang...silap2 diorang tanya, bila nak beraya di luar negara lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dia ada jer sebut Kazakhstan.. dan soalan lain bila nak pergi lagi hahahaa.. kalau dekat mcm pi pahang mmg selalu dah bawa hahaha 🤣

      Delete
  19. Ramai juga komuniti muslim di sana.
    Sporting pula abang-abang polis bila diajak bergambar.
    Kalau tahu kejadian terrorist attack sebelum solat mungkin jadi lebih takut. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kyrgyzstan memang sebuah negara majoriti islam cuma ia telah lama dijajah bawah komunis soviet. Sehingga ramai muslim yg hanya tinggal pada nama sahaja. Abg polis tu semua muka gerun tpi senyum bila diajak bergambar. 😅

      Delete
  20. Macam ada komen post ni tapi macam tak ada pula komen saya kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah check di spam tapi tiada pun.. mungkin ada masalah ketika loading kot.. tak apa boleh jer comment byk2 .. 😅

      Delete
  21. Baca tajuk kat kyrgystan, tpi masjid tu sebijik mcm blue mosque kat turkey. Konfius jap saya masa tgok gmbar 1st haha. Ruangan dalam dia pun mcm nk sama dgn turkey punya.

    Oh sana mcm tk muslimat friendly ye? Kesian pulak jemaah perempuan yg nk solat raya di dalam masjid, kne duduk bahagian luar je. Apapun, pengalaman yg menarik betul dpt solat negara di negara orang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini nampak macam lebih kepada mazhab hanafi yg mana wanita lebih afdhal solat di rumah dari datang ke masjid. Begitulah mengikut kefahamannya.. Kalau Mazhab Shafie digalakkan ke masjid bg wanita jika tiada fitnah.. ☺️

      Delete
    2. Masjid dibina sepenuhnya oleh kerajaan turkiye kan.. boleh dikatakan hampir diseluruh dunia ada satu masjid mcm blue mosque tu dibina oleh turkiye di byk negara.. menarik juga sebenarnya.. ☺️

      Delete
  22. Cantiknya masjidnya. Seiras blue mosque. Molek sungguh kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah nampak mcm seiras sgt dgn blue mosque.. tapi masjid ni baru lgi mmg cantik dan kemas sungguh seni bina nya.. ☺️

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...