Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Iran Part 2 : Snowing In Darband Village At Mount Tochal
Alhamdulillah selamat pulang dari Umrah selama 12 hari termasuk hari penerbangan pergi dan balik. Keadaan diri macam tak berapa nak ok sebab 2 hari selepas balik demam on off untuk dua hari seterusnya. Batuk berkahak masih lagi ada cuma hari demi hari ia makin berkurangan. Alhamdulillah boleh dikatakan keadaan diri is getting better :D
Nak update blog dari 2 - 3 hari yang lepas tapi masih tak kuat. Tapi hari ni kita tekadkan diri untuk update blog takut nanti kembali bersawang hahaha.. Ok jom sambung cerita kita di Iran sampai habis. Nanti nak update pasal Pulau Pangkor lagi, Umrah dengan Mantop Travel ni pun nak cerita jugak. Pastu nak habiskan cerita di Myanmar, Eh Jepun lagi, Taiwan lagi, Korea lagi, Oman lagi, Egypt lagi, eh banyak laa..
Done Merapu Muqadimah.. Jom Sambung..
![]() |
| At Tajrish Square - Northern Tehran |
Setelah kami habiskan masa beberapa jam di Darband Village, kami meneruskan perjalanan ke Tajrish sebuah bandar di dalam Tehran yang cukup dikenali sebagai Treasure Of Northern Tehran. Boleh dikatakan kawasan ini telah wujud beratus-ratus tahun lama nya. Dari Darband Village kami berjalan kaki menurun jalan raya berbukit ke Tajrish mengambil masa kurang 45 minit.
![]() |
| Cantik bunga bunga yang di tanam di Tajrish Sqaure. |
![]() |
| Dari jauh tengok macam Broccoli tapi bukan kira macam bau-bau bacang Broccoli la :P |
Tempat pertama yang kita akan dapat lihat ialah Tajrish Square. Agak cantik pemandangan di sini dengan hiasan pokok-pokok bunga di tengah-tengah bulatan jalan raya. Dan orang yang agak crowd di sini kerana terletaknya pasar lama Tajrish yang tidak jauh dari Tajrish Square ini. Satu kejadian tak disangka, aku telah di sapa oleh seorang lelaki dengan cara menepuk bahu aku.
![]() |
| Tak pasal-pasal dapat air free.. sedap lak tu.. Yang flavor strawberry dengan orange lupa lak nak snap gambar :D |
Bila aku toleh dia tunjuk sebotol air jus buah sambil menghulur kepada aku. Aku pun rasa ini mesti nak scam bila kita ambil and then dia akan minta duit. Selepas aku menolak denagn isyarat tangan seolah-olah tak nak, dia macam agak marah. Terus dia amik tangan aku dan letak botol dan terus berlalu pergi. Dan beberapa minit kemudian barulah aku faham. Dia sedang memberi air percuma kepada orang ramai sebagai promosi keluaran produk baru. Terus aku minta botol kedua dari dia hahaha :D
Holy Shrine Imam Zaded Saleh Mosque
Kami teruskan perjalanana dari Tajrish Sqaure ke sebuah masjid berhampiran sebab nampak dari segi architecture memang cantik dan unik. Lelaki boleh masuk dengan apa pakaian selagi ia menutup aurat tapi bagi wanita perlu memakai jubah yang disediakan walau sudah memakai seluar panjang dan baju lengan panjang.
![]() |
| Holy Shrine Imam Zaded Saleh Mosque |
![]() |
| Seni bina yang cukup memukau mata - Seriously memang cantik. |
![]() |
| Kami masuk sekejap untuk solat jama Zohor dan Asar. First time masuk masjid Syiah |
![]() |
| Mula-mula pening jugak nak cari Qiblat arah mana. Siap buka app cari Qiblat :P |
Kami singgah ke sini untuk solat jama taqdim Zohor dan Asar. By the way meh kita cerita bab hukum pulak. Solat di masjid yang memegang ajaran syiah adalah sah selagi mana kita tak ikut solat berjemaah yang berimamkan syiah. Sekadar solat di dalam masjid adalah sah. Dan kene tahu walau mereka Syiah tapi masjid mereka tetap meng- QIBLAT -kan Kaabah di Masjidil Haram.
![]() |
| Inilah jubah atau shawl besar yang kaun wanita kene pakai kalau nak masuk masjid ini. |
![]() |
| Seronok boleh tour masjid cantik ni. |
Apa yang boleh aku share di sini. Orang-orang di sini amatlah baik dan berbudi bahasa. Walau tidak dapat berkomunikasi dengan baik disebabkan perbezaan bahasa tapi mereka amat baik dalam menolong kami. Okla aku mengaku sebelum sampai ke Iran memang ada perasaan takut. Member kat office siap cakap lagi "ish berani nyer pergi Iran, tak takut kene bunuh ke?" Well never judge until you see it with your own eyes :D
![]() |
| Alhamdulillah kami masih berpegang dengan Mazhab Syafie - Ahli Sunnah Wal Jamaah :D |
Tajrish Traditional Bazaar - The Only Traditional Bazaar in North of Tehran
"Tajrish Traditional Bazaar is an old, colorful bazaar that gives everyone a sense of walking in old Tehran. Its architecture has been developed through the years. However, the real old texture has been preserved."
"There are multicolored fruits and vegetables that catches attention. Of course, there are several other things that this bazaar offers for sale. Make sure to have some money in your pockets because you will not leave this bazaar empty-handed! The irresistibly charming commodities are great Persian souvenirs for those you love."
![]() |
| Jom terokai Tajrish Traditional Bazaar ni :D |
![]() |
![]() |
Bersambung Iran Part 4 : Sunset At Azadi Tower And Night life In Tehran














