Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Kisah perjalanan ke Perth Australia ni adalah juga dengan tidak sengaja disebabkan dapat harga ticket flight Airasia RM485.00 for return. Maka pembelian seawal 6 bulan adalah untuk aku, wife dan Atiyya. Kemudian Abang Ipar aku pun nak ikut sekali iaitu Abang Wan. Dia pun terjerumus sekali selepas kena racun dengan aku & wife dan last anak buah aku pun nak ikut juga. (Mak aku punya sepupu punya cucu - She is a doctor 28 yrs old - Single & We call her Kak Ngah).
 |
| Me, Kak Ngah, My Wife, Atiyya and My Brotehr In Law Abang Wan. |
Maka jadilah kami satu team travel seramai 4 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Dan macam biasa waktu paling seronok nak pergi tanpa perlu fikir nak apply cuti bagai adalah waktu Raya Aidilfitri. Flight kami adalah pada hari raya ketiga. Sempat la nak memohon maaf bagai dulu hahahaa.. Masa di airport selepas immigration, kami lepak di sebuah restoran sambil nak buang masa sebelum flight. Tiba-tiba Kak Ngah call mak dia which i panggil Kak Normi.
 |
| Antara trip santai yang tak berlari ke Boarding Gate hahaha. |
"Ma.. Nak bagitau ni.. Kak Ngah nak pergi Perth Australia ni dengan Abang Afif dan Kak Mia.. Kejap lagi dah naik flight.." Aku dengan wife erkkkk baru nak bagitau Mama ke Kak Ngah? Sambil Kak Ngah bangun meninggalkan meja. Selepas beberapa ketika Kak Ngah datang semula dan bagitau Mama kata ok jer sebab pergi ikut Abang Afif dengan Kak Mia. Dalam hati aku "Hasihh budak ni kan" Hahahahaa..
Penginapan kami adalah di sebuah Executive Apartment dengan 1 bilik tidur, 2 bilik air dan 1 bilik ruang tamu yang menyediakan Sofa Bed. Balkoni yang tiada pemandangan cantik. Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Washing Mechine dan sabun basuh baju juga disediakan. Dengan harga AUD 135.00 per night bersamaan dengan RM409.00 - Kadar tukaran pada ketika itu adalah RM1.00 bersamaan AUD 0.32. Aku book accommodation ini menggunakan booking.com.
 |
| Alhamdulillah dapat apartment yang luas dan selesa untuk kami berempat. |
 |
| Ruang tamu ada sofa bed dan boleh boleh ditutup (sliding door) menjadi bilik. |
 |
| So yang lelaki akan tidur di sini. Baju putih tu owner tak sempat nak bergambar dengan dia. |
 |
| Yang perempuan akan tidur dalam bilik yang ada bathroom. |
Aku memilih bayaran secara "Pay On Arrival". Sebab kadang-kadang rasa lebih secure takut kena scam hahaha.. Satu belajar dari pengalaman dan dua mungkin sebab accommodation di Australia agak mahal sebab nilai pertukaran matawang yang agak tinggi dengan MYR. Maka kita pilih la bayar bila sampai nanti. Kalau harga lebih kurang Malaysia kita bayar dari Malaysia jer la. Itu mungkin cara aku la. Ntah la tengok keadaan jugak sebenarnya.
 |
| Peti Ais yang cute, Oven, Kettle dan Dapur Elektirk. |
 |
| Alhamdulillah kelengkapan di dapur semuanya lengkap. Rice cooker pun ada mungkin sebab owner apartment ini berbangsa Cina. Orang Asia kan mesti la nak makan nasi :D |
Untuk kenderaan kami sewa untuk 3 hari pertama sahaja sebab target kegunaan nak pergi yang jauh dulu macam
The Pinnacles Desert, Lancelin Sand Dune, Southern Beekeepers Nature Reserve etc. Pergerakkan dalam bandar kita guna public transport sahaja. Dan untuk sekarang anda boleh melayari
Perth Airport Website (Clicks) untuk urusan booking kereta sewa yang mudah dari Perth Airport. So pada 3 hari pertama ini kami akan walk in sahaja di mana-mana hotel yang kami jumpa di sepanjang perjalanan nanti.
 |
| Dalam gambar dapat kereta macam KIA Picanto tapi dapat Hyundai Ascent (Similar) |
Kadar sewaan kereta untuk sekarang ini pada tahun 2024 adalah dari AUD 65.00 - AUD 90.00 per day. Bergantung jenis kenderaan dan waktu permintaan tinggi seperti pada Musim Cuti Sekolah atau Cuti Umum. Dan pada waktu aku dulu rate harga sewa adalah lebih murah berbanding sekarang. Dan harga petrol di Australia untuk bulan Julai 2024 adalah AUD 1.30 per liter bersamaan RM4.13 per liter.
 |
| Boleh book kereta sewa dari laman web ini yang menggabungkan semua company rental car di Perth Airport. Boleh pay later bila sampai nanti. Kami pilih compact car with 5 seater. |
 |
| Contoh harga untuk booking bulan November 2024 nanti. |
 |
| Add on keperluan yang kita perlukan. Yang ada anak kecil wajib ambil car seat yer. |
Antara perkara lain yang anda perlu ambil kira adalah kos insurance kenderaan, baby car seat wajib untuk anak yang masih category infant atau dibawah 9 kg. Kos untuk penambahan second and third driver. Masa ni Kak Ngah dengan Abang Wan kata nak drive di Australia so aku pun tak amik sebab dah 3 orang drive. Kita senyap-senyap duduk tepi jer lah. Sebab aku dah bayar extra for baby car seat kalau sekarang AUD 70.00 untuk sekali sewa.
Tips bila ambil kereta sewa di negara lain adalah pertama sebelum keluar parking make sure ambil gambar setiap inci kereta depan, belakang, tepi bagai. Dan pastikan semua button function seperti tingkap, wiper, penutup tangki minyak, signal, radio. Dan try buka semua pintu termasuk bonet depan. Simpan gambar sebagai bukti apabila kita pulangkan kereta nanti. Sebab melibatkan Kad Kredit kan so just take precaution.
 |
| First driver dari airport adalah Abang Wan - Excited first time bawa kereta luar Malaysia :D |
 |
| Jalan jem jugak di Perth. Bertembung dengan waktu orang balik kerja. |
Untuk urusan Visa Australia aku menggunakan agent sebab harga yang diminta adalah RM30.00 seorang. Masa pergi ni aku guna khidmat Kak Ila dari Backpackers Buddy Malaysia (BBM). Dia memang ada buat service apply visa ke Australia ni. Tapi bila aku whatsapp dia baru ni masa nak up entry ni, dia kata tak buat dah. Maka tak ada la aku nak promote contact number dia kat sini.
 |
| Nak try apply Electronic Travel Authority (ETA) Visa Australia sendiri pun boleh. |
Bersambung
Australia Perth Part 2 : Immigration - Makanan Apa Yang Kita Boleh Bawa