Perginya Muhamad Azahari Bin Haji Abdul Aziz maka tamatlah perjalanan kisah sebuah keluarga yang dikurniakan dengan 9 orang anak yang hidup dengan penuh bahagia di sebuah rumah kayu di Pontian, Johor. Dan arwah ayah aku adalah adik yang ke 8 dan ketiga terakhir meninggal pada tahun 2012 dan diikuti adik bongsu iaitu Mak Jah pada tahun 2021.
Hari Selasa - 16 Januari 2024 aku dapat whatsapp dari Abg Zul, sepupu aku yang tinggal di Wangsa Maju pada pukul 10.40 pagi "Pak ie masuk hospital di Johor Bharu sebab badan terlalu lemah, dah dua hari tak makan.." Terus aku bagitau wife "Awak Pak ie masuk hospital.." dan dalam hati aku berkata kena pi jenguk Pak ie kat hospital ni. Plus he is the last uncle i have either from my mother side or my father side.
Disebabkan aku tengah buat kerja time tu. Hanya 11.20 pagi aku send whatsapp dalam group family bagitau Pak ie masuk hospital. Tak sampai 4 minit kemudian adik aku yang berada di Kuala Pilah send whatsapp dalam group bagitahu Pak ie dah meninggal sebab sepupu di JB dah inform dia dulu. Allahu nak terduduk aku bila baca whatsapp.
Dalam masa kurang 30 minit Abg Zul dengan adik dia Kak Ayang pickup aku di rumah dan terus ke Serdang untuk naik kereta Am untuk ke JB. Dan kemudian dari Serdang kami singgah ke Bangi untuk pickup Kak Fiza wife kepada Abg Zul. Maka bertolaklah kami berlima dalam Kereta Alza Am.
Solat Jenazah dijadualkan selepas Solat Asar di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bharu. Dari info waze insyallah kami akan sampai kurang dari 4 jam iaitu pukul 3.00 petang. Dalam perjalanan tiba-tiba abang aku call dari Singapore bagitahu sorry lambat baca whatsapp sebab meeting and now dia dah otw balik rumah nak amik passport untuk balik ke Malaysia.
Pak ie meninggal di umur 86 tahun dan tidak pernah bernikah. Dan adik beradik beliau semua dah meninggal maka responsibility menguruskan jenazah jatuh pada kami semua sepupu sepapat. Alhamdulillah dua orang sepupu di JB Ina dan Kak Izan serta suami masing-masing telah menguruskan jenazah dari hospital ke masjid untuk dimandikan dan dikafankan.
Turut membantu sepupu kami seorang lagi iaitu Abg Apis dari Kulai bersama isteri beliau Kak Syida yang sampai lebih awal dari kami. Alhamdulillah kami sampai tepat jam 4.00 petang di Masjid Jamek Taman Perling, Johor Bharu. Jenazah telah selamat dimandi dan dikhafankan. Terus aku whatsapp update dengan abang aku. Dia bagitau dan sampai woodland nak cross border dan dia minta doakan moga cepatlah urusan immigration bagai.
Aku masuk ke dalam masjid dan terlihat satu keranda di tengah-tengah dewan masjid terus aku duduk rapat dan spontan aku cakap "Pak Ie.. Afif datang dah ni.. Insyallah nanti lepas solat asar kita solat berjemaah buat kali terakhir yer". Aku duduk sambil membaca yasin sehinggalah orang ramai selesai solat asar berjemaah.
Selepas jenazah diangkat ke hadapan untuk disolatkan Pak Imam terus tanya ada waris nak imamkan solat aku pandang am dan am pandang aku. Terus aku cakap saya imam. Terus imam nak buka microphone yang lekat kat jubah dia nak bagi aku pakai. Terus aku cakap "Saya jadi imam jer yang baca doa nanti ustaz jugak .. So ustaz tak yah la buka" hahahaa..
Selesai solat jenazah, imam beri arahan supaya jenazah diletak di satu sudut dewan solat untuk memberi peluang kepada sanak saudara yang baru hadir bagi melihat jenazah. Aku pun update dengan abang aku bagitahu solat jenazah dah selesai. Dia pun bagitau baru lepas immigration Malaysia. Aku pun lengahkan masa denga harapan dapatlah abang aku tengok wajah pak ie buat kali terakhir.
Alhamdulillah abang aku sempat melihat jenazah di dalam van jenazah sebelum jenazah dibawa turun ke liang lahat. Alhamdulillah juga semua urusan dipermudahkan Allah. Wife dengan anak-anak aku sampai selepas waktu magrib di Masjid Perling. Kami tidur hotel murah family room RM70.00 semalam sebab tak nak susahkan sepupu tidur di rumah mereka.
Keesokan pagi kami satu family singgah Pontian nak tengok rumah Pak ie di tanah kampung. Rumah kayu lama telah terbakar akibat khianat orang dan kemudian dapat rumah bantuan yang dibina oleh pihak tentera. And now tanah ini tinggal kenangan buat kami sepupu sepapat yang pernah terjun parit bagai di sini. Al- Fatihah Buat Pak Ie.
Bulan Januari ni banyak benda yang berlaku termasuk dua kali demam so target nak publish 10 entry tak tercapai.. Insyallah kita cuba usaha lagi di bulan Februari nanti untuk publish 10 entry :D