Monday, 14 July 2025

Salam Pagi Isnin Dari Bandar Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Hari ketiga berada di Kuantan. Tangan gatal juga nak update blog walau tak bawa laptop. Maka kita update pakai hp jer la. 

Alhamdulillah safely arrived Kuantan Jumaat malam untuk urusan kerja selama 3 hari.  Insyallah petang ni dah boleh pulang semula ke KL. Anak-anak semua terpaksa dicutikan hari ini dari persekolahan sebab dipaksa ikut sekali πŸ˜….

First time check in di De Spring Hotel. Alhamdulillah selesa dan cantik.
Macam biasa, bila ke Kuantan atas urusan kerja jarang sangatlah nak booking hotel awal-awal. Selalunya memang last minute. Maka rezeki untuk kali ini dapatlah stay di De Spring Hotel ini untuk tiga malam. Hotel ke 18 yang aku check in di Kuantan disebabkan selalu datang ke sini atas urusan kerja. Nanti aku buat full review hotel De Spring Hotel ini insyallah.

At first suka stay di Classic Hotel yang berdekatan dengan Benteng Muara Kuantan sebab situ satu-satunya hotel di Kuantan yang bagi breakfast variety dan jenis tak berkira langsung. Dan menu breakfast setiap hari pasti berlainan.

Tapi sebab disebabkan tiada parking khas untuk pelanggan hotel dan selalu kena saman MPK. Dan kalau parking bawah pokok tu mesti dapat hadiah dari burung (bukan sikit yer). Maka kami beralih ke Hotel Cathayana. Bilik besar, breakfast 8/10 dan ada parking khas untuk customer. Tapi itulah selalu fully book especially weekend.

Malam pertama makan di Kedai Burok tak tahu apa pasal nama dia macam tu. Lokasi belakang Hospital Kuantan (HTAA). Makanan Sedap tapi agak keras harganya hihi. Air Bandung Q, Teh O Ais 1, Kopi Panas 1, Tom Yam Ayam dengan Daging Masak Merah & Kopok Keping RM46.00. πŸ€”

Jom brunch di Kedai Kopi Atok.
Mee Goreng, Nasi Lemak, Mee Kari, Bihun Sup, Pau semuanya sedap 🀀
Breakfast first day tak sah kalau bukan di Kedai Kopi Atok. Makanan sedap dan variety. Menu breakfast + lunch = Mihun Sup Daging, Mee Kari, Nasi Lemak Ayam, Mee Goreng, Telur Separuh Masam, Pau Goreng dan Pau Kacang. Eh hotel rak bagi breakfast ke? Ada tapi simple breakfast iaitu nasi lemak bungkus dan roti. First come first serve. Kalau habis bye bye gitu πŸ˜….

Kedai Kopi Atok ni makanan sedap cuma masalah kedai dia kecik dan tempat duduk pun agak rapat so kalau tersiku orang belakang tu perkara biasalah hihi. Dan kalau salah timing datang memang kena que tunggu seat available yer. Dan pastilah kopi di sini amat menarik dan harganya murah dari kopi kampung sehinggalah cappuccino dan latte and so on.

Pantai Kempadang terletak 10km dari Bandar Kuantan.
Ada anak sungai cetek yang mengalir keluar.
Datang ke Kuantan tak sah kalau tak mandi pantai. Dan kali ni bawa the kids main di Pantai Kempadang. By the way first time mandi manda di sini. Selalu ke Pantai  Gelora, Pantai Anak Air, Pantai Teluk Sisek dan Pantai Sepat. Teluk Cempedak dah tak pergi sebab orang ramai sangat kalau weekend dan parking kena bayar 🀭. Pantai lain semua free jer parking dan entrance.

11 comments:

  1. Selamat pagi dari LD.
    Semua gambar ini akan jadi kenangan sangat manis apabila anak-anak sudah dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga sihat org di LD amin..
      Moga moga anak sentiasa ingat penat lelah ibu ayah mengembirakan mereka membesar hihii.. 🀭

      Delete
  2. ooo ada byk pantai rupanya, sbb i cuma tau TC ajer (bkn org pahang kan hahahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes banyak... Lepas tahu banyak nya pantai terus tak jejak TC dah.. hahahaha.. kita pun bukan org pahang juga.. πŸ˜…

      Delete
  3. Selamat pagi....seronok la anak- anak ikut pi kerja ye...kita tengah berbelah bahagi ni, esok kita cuti sampai Rabu..x tau nak pi CH ke atau nak pi Kuantan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm pergi lah Kuantan... Dah makin meriah... Byk tmpt makan yg best best.. Pantai... Bandar pun tenang insyallah... Cari keropok lekor.. cari seafood murah bawa balik rumah hihii... 🀭.. CH jalan jem sesam org ramai... Hahahaa

      Delete
  4. cantik pantainyaaaa....makanan semua nampak sedapp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuantan mmg bnyk pantai yang cantik2... Ada byk lagi yg belum di explore huhuu.. and makanan di Kuantan pun mmg sedap- sedap.. 🀭🀀

      Delete
  5. Alhamdulillah kalau dapat kedai yang jenis tak berkira tu memang bonus betul

    ReplyDelete
  6. Bagus anak2 behave jer travel...

    ReplyDelete
  7. Kami pun baru balik sana, tapi lepak di Cherating.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...