Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.
Sambungan dari
Umrah Mantop Travel Part 4 : Check In Al Masa Hani - Menunaikan Umrah Pertama
Alhamdulillah dapat lagi peluang untuk update part ke 5 entry Umrah bersama Mantop Travel Agensi ini. Okay baik di hari kedua kami diberi acara bebas mungkin juga bagi memberi peluang untuk berehat secukupnya selepas penat seharian semalam melakukan ziarah di Kota Thoif. Dan dalam jemaah kami ada yang uzur berkerusi roda, yang berusia hampir atau lebih setengah abad dan juga kaum wanita. Syukur setakat hari kedua ini tiada yang sakit.
 |
| Lupa nak share gambar beramai-ramai di KLIA masa first part :D |
Dan kami juga bernasib baik kerana ada seorang Tabib Pakar Acupuncture dalam jemaah kami iaitu Ustaz Nasrul dari An Nas Rehab Centre yang beribu pejabat di Bandar Bukit Raja, Klang. Sepanjang trip umrah ini seramai 28 orang telah menerima rawatan dari Ustaz Nasrul yang mana ada beberapa orang jemaah menerima lebih dari satu atau dua kali rawatan acupuncture. Alhamdulillah rawatan beliau memberi kesan yang amat positif.
 |
| Ustaz Mohd Nasrul dari An Nas Rehab Centre. |
Di sekitar Kota Mekah terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan ada juga yang harus untuk kita ziarahi sebagai seorang yang beragama islam bagi mengenal sejarah samada tentang baginda Rasulullah saw, tentang para sahabat atau juga tentang sejarah Islam itu sendiri.
 |
| Alhamdulillah ramai sahabat dari Jabatan Amal Negeri Selangor yang hadir di KLIA |
Seperti biasa arahan telah dikeluarkan di group WhatsApp oleh Mutawwif kami untuk berkumpul di lobi hotel selepas bersarapan seawal jam 7.30 pagi. Dan untuk aktiviti pada hari ketiga ini kami akan dibawa untuk menziarahi ke Jabal Thur, Arafah (Jabal Rahmah), Muzdalifah dan Mina. Dan kemudian kami akan dibawa ke Miqat Masjid Ja'ranah untuk berniat ihram buat kali kedua.
Jabal Thur
Destinasi pertama kami adalah ke Gua Thur yang terletak 8.4km dari dari Masjidil Haram. Alhamdulillah kami antara 3 bas terawal yang sampai di sini. Dan ketika bas kami keluar dari kawasan parking kelihatan sudah hampir 20 buah bas berada di sini. Kami diberi tazkirah ringkas oleh Ust Atif berkenaan sejarah Nabi saw berhijrah ke Kota Madinah.
 |
| Setiba kami di Jabal Thur di mana letaknya sebuah gua Nabi bersembunyi bersama Abu Bakar r.a |
Ketika Nabi saw keluar dari Kota Mekah untuk berhijrah ke Kota Madinah. Nabi saw telah singgah bersembunyi selama beberapa hari di sebuah gua di bukit ini yang dikenali sebagai Gua Thur. Abu Bakar r.a telah menemani Rasulullah selama waktu hijrah itu. Dan di gua inilah Abu Bakar r.a telah dipatuk seekor ular berbisa pada saat Nabi saw sedang tidur di pangkuan Abu Bakar r.a.
 |
| Kami tak naik ke Gua Thur sebab pendakian memakan masa hampir 2 jam. Dan jika nak naik boleh la datang sendiri di lain waktu. Dan lagi pun sekarang ni musim panas maka tidak digalakkan untuk naik ke atas. Dan jika nak naik juga dinasihatkan utk naik pada waktu malam. |
 |
| Cuaca pada masa ini masih acceptable hahaha. Wajah masing-masing pun masih ceria. |
Hanya selepas keadaan selamat barulah Rasulullah dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur ini dan meneruskan perjalanan ke Kota Madinah. Namun telah dijumpai oleh seorang pemburu berkuda yang telah diupah oleh Kaum Musyrikin Mekah yang bernama Suraqah Bin Malik. Namun daripada niat memburu Rasulullah bertukar dengan memeluk islam setelah 3 kali beliau bersama kudanya terbenam sebahagian ke dalam tanah.
Jabal Rahmah Arafah
Selepas selesai di Jabal Thur kami semua berangkat ke Jabal Rahmah di Arafah. Jarak perjalanan sejauh 25km antara Jabal Thur dan jabal Rahmah di Arafah. Seperti biasa kami telah diberi tazkirah ringkas berkenaan Jabal Rahmah ini. Bukit berbatu setinggi 70 meter dan mempunyai 170 anak tangga. Tempat ini juga agak popular dikalangan para jemaah umrah sebagai tempat berdoa untuk bertemu jodoh.
 |
| Alhamdulillah kami sampai Jabal Rahmah di Arafah. |
Kerana di sini tempat bertemunya Nabi Adam a.s dan isteri baginda Hawa a.s setelah terpisah sekian lama. Dan di sini juga terjadi kisah mimpi Nabi Ibrahim a.s menyembelih anak beliau Naib Ismail a.s yang kemudian Allah Taala telah menukarkan kepada seekor haiwan qurban.
 |
| Bas parking agak jauh dari Jabal Rahmah kalau dulu 2018 bas parking berdekatan sahaja. |
 |
| Sekitar pemandangan di Arafah. |
Dan di sini juga turunnya ayat daripada Surah Al-Maidah yang bermaksud: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".
 |
| Meninggalkan Arafah dan menuju ke Mina dan Muzdalifah. |
Mina dan Muzdalifah
Dari Jabal Rahmah di Arafah kami telah dibawa ke Mina dan Muzdalifah dengan jarak perjalanan sejauh 17km. Di sini kami tidak turun dari bas. Kami telah diberi penerangan dari dalam bas oleh Ust Atif especially mengenai rukun-rukun haji di mana Mina dan Muzdalifah adalah dua tempat penting untuk para jemaah haji singgah dalam menunaikan ibadah mereka.
 |
| Masjid Al Mashar Al Haram. Terletak di lembah antara Muzdalifah dan Mina. |
Miqat Masjid Ja'ranah
Selesai melakukan ziarah kami telah di bawa ke Masjid Jaranah iaitu kawasan untuk penduduk Mekah bermiqat dan ketika waktu belum pun masuk Solat Zohor. Dan kami dimaklumkan bahawa Jaranah adalah tempat miqat umrah yang paling Afdal dan utama bagi penduduk Mekah kerana Rasulullah berihram dari tempat ini.
 |
| Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Masjid Jaranah untuk berniat ihram kali kedua. |
Ada di antara kami yang memakai kain ihram bersama t-shirt bagi memudahkan kami berihram di masjid ini. Ada juga yang memakai baju dan seluar biasa dari awal ziarah sehingga ke masjid ini mereka menukar kepada pakaian ihram. Perjalanan dari muzdalifah ke Masjid Jaranah adalah sejauh 26km.
 |
| Ramai jemaah yang hadir bermiqat di sini. Antara masjid yang sentiasa penuh dengan orang. |
 |
| Keadaan di dalam dewan utama solat Masjid Jaranah. |
Selepas berihram dan berniat di dalam bas kami menuju semula ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kedua dan kali ini Ust Atif memberi izin kepada jemaah samada untuk bersama-sama beliau atau menunaikan sendiri ibadah umrah. Kerana ketika sampai di hotel ada yang ingin makan tengah hari terlebih dahulu dan menunggu zohor dan baru menunaikan umrah.