Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Seawal pagi aku dah dikejutkan oleh mereka dengan panggilan telefon untuk bersiap pergi solat subuh di Masjid Perth. Cuma aku sahaja yang ikut. Abang wan dan yang lain-lain masih lagi jetlag, kejut langsung tak bangun huhuu.. Dah la menumpang tidur, malu pulak rasanya kalau tak ikut mereka pergi solat subuh di masjid hahaha..
 |
| Welcome to Lancelin. Sebuah pekan yang ada pantai dan ada padang pasir berwarna putih |
Sekembali dari masjid, sempatlah juga aku breakfast bersama mereka sebelum naik ke bilik. Itulah bak kata ustaz, kalau kita jaga subuh kita Allah akan bantu kita jaga hari kita. Yang lain semua tak dapat breakfast hihi.. Bila naik ke bilik semua dah bangun dan sedang bersiap-siap sebab kami nak keluar dari hotel seawal pagi bagi meneruskan perjalanan.
Pemanduan dimulai dengan Abang Wan dan bertukar-tukar kepada Kak Ngah dan Wife aku. Satu sebab kami stop di banyak spot yang cantik-cantik untuk bergambar. Tengok rumput yang memenuhi jauh mata memandang pun kami berhenti nak bergambar. Biasa la dah datang negara orang dan benda susah nak jumpa kita enjoy la the moment.
 |
| Hujan renyai turun menemani perjalanan kami dan menambahkan lagi kesejukan. |
 |
| Perjalanan sejauh 126km dari Perth City ke Lancelin yang memakan masa hampir 2 jam. |
Untuk sampai ke Pekan Lancelin pun tak tahu berapa kali tukar driver. Dan paling memenatkan adalah had kelajuan di Australia yang terlalu rendah. Memang boring yang teramat. Dah la nak drive ratusan kilometer. Kita drive ke Kuantan dari KL pun boleh dua jam setengah dengan 140-170km/j. Kalau di Aussie tak tahu la berapa banyak saman kena kalau bawa selaju itu hahaha..
 |
| Lancelin Tourist Info - Sand Dunes adalah main attraction di sini. |
 |
| Semua info tempat menarik dan aktiviti ada di sini. Pilih sahaja mana kita nak pergi :D |
Bayangkan paling laju anda boleh bawa kereta di highway adalah 110km/j dan ada di sesetengah jalan akan muncul papan tanda 80 atau 90km/j sahaja. Speed trap di Australia agak aktif yer. Polis boleh berada di mana-mana sahaja termasuk di semak samun atau di balik pokok-pokok. Dan pemanduan di dalam bandar adalah dibawah 70km/j sahaja. Kalau ada kawasan sekolah 40km/j sahaja.
 |
| Tempat parking ini sunyi tapi bersih dan lengkap dengan public toilet yang bersih. |
 |
| Jom ke berjalan ke arah pantai disebalik bukit kecil tu. Angin masa ni terlalu kuat. |
Okla tutup cerita pemanduan yang memenatkan di Aussia tapi nasib baik pemandangan dia cantik dan terpukau juga la walau tak boleh bawa laju. Lagi-lagi bila dah nak sampai di area Pekan Lancelin yang terletaknya Sand Dunes. Ada satu part tu kita dalam kereta dalam keadaan menaiki (bukit) dan bila tiba di puncak dan pemanduan menurun ternampak kawasan pantai dan laut yang terbentang luas. Allahu memang cantik sangat. Dan la pasir pantai kat sini warna putih.
 |
| Pasir yang terlalu halus dan tebal disebabkan angin yang kuat. Rumput pun boleh tenggelam. |
Keadaan sepanjang pemanduan agak mendung dan bertukar cerah sekali sekala. Ketika kami sampai Lancelin ini keadaan seperti baru habis hujan lebat dan sedikit sunny. Namun kami gagah juga ke arah Back Beach yang terletak tidak jauh sebelum sampai ke Sand Dunes. Berehat seketika di dalam kereta disebabkan masih ada titisan hujan. Terdapat tandas dan shower yang lengkap serta bersih disediakan. Boleh la nak fresh up sedikit selepas long journey.
 |
Cantik dan bersih keadaan pantai di Lancelin ini dengan pasir yang berwarna putih. Tak tahu pulak kenapa filter hp ni melebih-lebih memutihkan gambar. |
 |
| Atiyya memang tak nak duduk diam. Macam la tak ada pantai di Malaysia haha :P |
Kami menunggu hampir 10 minit di dalam kereta sambil mengunyah apa yang ada dalam beg. Matahari tak juga keluar maka kami decide pergi je lah ke arah pantai walau cuaca masih tidak mengizinkan. Pantai Back Beach ini tidaklah ada apa-apa aktiviti yang menarik sangat. Cuma dari bacaan di internet ianya sebuah pantai yang bersih dan mempunyai pasir yang berwarna putih. Memang cantik untuk bergambar.
Dari tempat parking kereta nak ke pantai, laluan trek akan melintas satu bukit rendah yang tak la susah tapi disebabkan cuaca yang sejuk dan angin yang bertiup agak kuat. Menjadikan pergerakan kami agak sedikit sukar, ditambah pula dengan si atiyya yang nak berjalan sendiri dan tak nak didukung.
 |
| Sandboarding, ATV, Quad Bike antara main aktiviti di sini. |
Kalau korang datang ke sini make sure korang check weather terlebih dahulu sebab ada banyak aktiviti yang menarik di Sand Dunes atau Pekan Lancelin itu sendiri. Keadaan yang mendung tak begitu mengizinkan kami untuk membuat sebarang aktiviti di Sand Dunes ini. Even do nak masuk ke Sand Dunes ini adalah percuma.
 |
| Meneruskan perjalanan dari Lancelin menuju ke The Pinnacles Desert. |
Dan hujan turun tak menentu selang beberapa ketika sepanjang kami di sini membuatkan kami untuk melupakan sahaja nak berseronok di sand dunes. Nak turun dari kereta pun tak boleh. Selepas perbincangan seketika Abang Wan kata kalau tunggu pun belum tentu cuaca akan ok. Baik teruskan perjalanan ke The Pinnacles Desert lagi baik. Disebabkan semua setuju maka kami pun meninggalkan Lancelin.
Bersambung
Australia Perth Part 5 : The Pinnacles Desert At Nambung National Park