Showing posts with label Kuala Lipis Part2: Taman Awan -Che Ngah Cafe -Hotel Bestari. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lipis Part2: Taman Awan -Che Ngah Cafe -Hotel Bestari. Show all posts

Sunday, 3 September 2023

Kuala Lipis Part 2 : Taman Awan Kuala Lipis - Che Ngah Kafe - Hotel Bestari

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kuala Lipis Part 1 : Stesen Kereta Api Lama - Kedai Kopi Stesen - Masjid Negeri Lama - Star Well Hotel

Actually mati akal jugak nak pergi mana pun tak tahu kat dalam Bandar Kuala Lipis ni. Lagi-lagi bawa kids nak cari tempat yang friendly dengan mereka agak susah. Buat carian di Google pun banyak tempat menarik semuanya jauh di luar kawasan Kuala Lipis macam Taman Negara Sungai Relau Merapoh, Gua Bama, Tasik Empang Jaleh, Taman Tasik Burung Mandi dan Taman Haiwan Lipis dah permanently closed katanya Encik Google :P

Bulatan Utama Bandar Kuala Lipis
Nasib baik datang sebab urusan kerja bukan bercuti kira ok la kita layan jer healing escape dari kesesakan Kuala Lumpur. Tapi yang seronok kat sini tenang dan aman dengan udara bersih mana tak nya dikelilingi hutan tebal. Pukul 9.00 pagi masih lagi kelihatan kabus tebal tak tau la kalau hari lain tapi dua hari di sini memang kabus tebal setiap pagi.

Taman Awam Kuala Lipis - Bersebelahan Masjid Daerah Lipis (Sultan Mahmud)

Di waktu pagi atau petang kalau tak tahu nak pergi mana untuk bawa anak-anak, boleh bawa ke Taman Awam Kuala Lipis - Tiada bayaran dikenakan dan masuk adalah percuma sahaja. Taman ini telah wujud agak lama sebelum 2017 lagi cuma ia telah diberi nafas baru dengan banyak tempat permainan kanak-kanak, pondok rehat dan trek jogging juga telah disediakan.

Kemudahan baru serba lengkap di Taman Awam Kuala Lipis
Jika hadir ke sini anda boleh melawat ke dua buah lagi tempat yang menarik iaitu Masjid Daerah Lipis atau Masjid Sultan Mahmud yang telah dibina pada tahun 1969 dan telah dirasmikan oleh Sultan Pahang pada 27 Ogos 1971 dan juga Muziam Warisan Lipis yang terletak di atas Bukit Bius. Ketiga-tiga tempat ini berada dalam satu kawasan yang boleh dilawati kurang dari setengah hari.

Masjid Daerah Lipis atau dikenali juga Masjid Sultan Mahmud 

Muzium Warisan Lipis di Bukit Bius - Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta @ Sudirman

By the way jangan kata Muzium Warisan Lipis ini tidak menarik kerana di sinilah lahirnya Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada 23 Julai 1953 iaitu Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Razak ketika ayah beliau Tun Abdul Razak Bin Hussein menjawat jawatan sebagai SUK Negeri Pahang yang juga merupakan Perdana Menteri Ke-2 selepas 17 tahun dari kelahiran Perdana Menteri Ke-6.

Tun Abdul Razak adalah antara penghui rumah kediaman SUK Kerajaan Negeri Pahang suatu ketika dahulu.
Muzium ini mejadi tempat tersimpanya beberapa galeri maklumat sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis. Oh ya bayaran masuk RM1.00 perperson

Che Ngah Kafe - No 7 Tingkat Bawah Annexe Blok, Lipis CentrePoint.

Selepas penat berjalan-jalan meneroka Bandar Lipis anda boleh pergi ke Che Ngah Kafe untuk menikmati aiskrim yogurt buatan anak melayu tempatan Lipis. Selain aiskrim terdapat juga menu lain nasi goreng, mee rebus, wafer, pasta dan spaghetti. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Jom kita masuk Che Ngah Kafe
Cuaca tengah hari memang panas.. So kita layan yang sejuk-sejuk ni
Suasana di dalam kafe yang selesa.

Hotel Bestari - No 42 & 43, Lorong BBKL 2/2/1, 27200 Kuala Lipis, Pahang.

Walaupun ia bukan sebuah hotel yang mewah tapi amat berbaloi dengan harga yang marhain dan paling penting bilik bersih, kemas dan serba lengkap. Tidak dilengkapi lift kene naik tangga. Dan pihak hotel memberi kupon parking untuk satu jam pertama pada setiap malam kita check in. Kalau bajet marhain macam aku amat recommanded sangat hotel ni.

Malam kedua kami tidur di Hotel Bestari.
Tiada breakfastdan lift disediakan. Tapi bilik bersih dan kemas.
Kami pilih family room untuk seisi keluarga memang seleasa.
Harga bilik bermula RM65.00 untuk single bed sehingga RM144.00 untuk family room double king bed (Harga dari Booking.com). Semuanya berbaloi kalau menginap di sini cuma yang buat spoil adalah kedai makan di sebelah hotel ini sebab kami macam kena scam hahaha.

Gambar keesokan paginya. Kene scam makan kat sini :P
Kepala Ikan Siakap lebih kecil dari tapak tangan anak berumur 4 tahun lebih.
Macam biasa kami kalau makan seisi keluarga akan makan nasi putih dan lauk. Masa order ada tanya dengan waiter berapa harga ikan siakap 3 rasa dia kata RM40.00. Besar mana? "Saiz standard Bang". Okla kira standart la tu RM40.00. Tapi bila dapat mak aii siakap kecil teramat macam yang RM4.00 sekor tu. Kepala Ikan tu lagi kecik dari tapak tangan (tanpa jari) anak aku umur 4 tahun lebih. 

Well masakan dia pun anak-anak aku tak boleh makan sangat sebab mostly pedas especially Siakap 3 rasa ni. Masa bayar di kauter tanya pasal siakap kecik sangat dengan harga RM40.00 dengan brother seorang ni yang aku assume owner Restoran Boy Char Kuew Teow & Tom Yam ni. "Ikan tak ramai order dan susah nak dapat". Baik lah kita redha jer lah.