Friday, 24 January 2025

Kazakhstan Almaty Part 1 : Bebuka Selepas 17 Jam Berpuasa Di Dalam 10 Jam Flight Dari KUL

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kita potong intro sebab tak nak panjang-panjang dah tulis hahah. Entry yang lepas dah ada tulis so boleh refer ke SINI dan SINI. Kami sekeluarga selamat tiba di KLIA dengan menaiki GRAB dari rumah. Dan tepat jam 12:20 tengah hari bertarikh 06 April 2024 kami berlepas ke Almaty, Kazakhstan dengan flight Airasia D7600.

Setiba di Almaty International Airport selepas 10 jam flight dari Kuala Lumpur.
Ruangan parking kereta yang kecil terletak dihadapan arrival dan departure.
Menyiapkan anak dari selepas waktu subuh bukanlah perkara yang paling mencabar dengan perasaan gelisah dan masih belum percaya "Betul ke nak bawa semua anak-anak travel kali ini". Dengan negara yang berlainan bahasa dan culture dengan cuaca sejuk winter lagi. Namun ada sesuatu yang lebih mencabar untuk travel kali ini.

Mencabarnya adalah aku dengan wife sedang berpuasa pada hari ke-26 Ramadhan 1445 Hijrah. Penerbangan memakan masa selama 10 jam untuk sampai. Dan perbezaan waktu di Almaty dan Kuala Lumpur adalah 4 jam. Maka waktu kami sampai di Almaty nanti masih belum masuk waktu berbuka. Dan di Malaysia sudah pun pukul 10.00 malam.

Tak sure view pemandangan ini selepas berapa jam flight tapi memang cantik.

Maka secara tak sedar kami akan berpuasa selama 17 jam. By the way Hukum dalam Mazhab Shafie bagi orang yang bermusafir di bulan Ramadhan ini adalah diberi kelonggaran untuk berbuka dan tidaklah berdosa jika meneruskan berpuasa. Selagi mana tidak mendatangkan kemudharatan maka berpuasalah. Simple :D

Jom baca Hukum & Fatwa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Dan another part yang mencabar kami bawa kesemua anak Atiya 9, Ateera 7, Affan 4 dan Afnan 2 tahun lebih. Dengan penuh harapan dan sentiasa berdoa janganlah mereka meragam dalam flight nanti. Dalam 10 jam flight kalau diorang tidur bangun beberapa kali pun tetap belum sampai hahahaa.

Puaslah wife study buat carian di internet macam mana nak bawa anak kecil untuk flight yang lama macam ni. Aku pun dah share beberapa tips dalam entry 10 Tips Membawa Anak Travel Backpack Ke Luar Negara. Alhamdulillah tips yang kami baca secara theory memang banyak membantu semasa flight dan travel secara practically.

Si kecik bongsu ini memang agak aktif dan lasak. Ya Allah bersabar sungguh :D
Sebelum masuk pintu gate nak boarding aku ternampak Restoran Ahh-Yum. Maka aku beli 5 bungkus nasi lemak yang berharga RM8.00 sebungkus dan beberapa kuih muih. Memang mahal tapi still murah compare beli dalam flight Airasia hihii. Dan dalam beg kecil aku dan siap segala benda jajan keropok, gula-gula dan lain-lain lagi. 

Membeli makanan di Ahh-Yum Restoran sebelum masuk ke dalam flight.
Nasi Lemak dan kuih muih dia sedap. Boleh la beli murah sikit dari Airasia :D
Dan aku mencuba nasib sebab ada ramai anak maka aku bawa minuman 15 Botol Vitagen, 20 Air Kotak Sunquick 125ml, 3 botol Air Mineral 1liter. Ketika di pemeriksaan immigration pegawai tu tak tanya apa-apa langsung. Ya Allah bersyukur dan lega sangat semua air untuk the kids tu lepas. Sebab kalau tidak, nak beli dalam flight boleh pokai hahaa.

Okay done siap packing. This is our family luggage untuk 12 hari berkelana.
Antara sebahagian makanan yang kami bawa bersama ke Central Asia.
Di dalam flight ketika pramugara serve makanan tu tiba-tiba tanya aku "Puasa ke" aku jawap aah jer. Dia kata kalau nak beli makanan untuk berbuka kena order awal takut habis sebab flight 10 jam takut semua makan habis dibeli. Pastu dia tambah "Kalau tak larat nak berbuka pun bagitau la". Aku kata "Setakat ni masih bertahan" sambil tersenyum.

Sedikit demi sedikit habis kuih dan 5 bungkus nasi lemak tu the kids makan. Pastu wife aku tanya nak beli ke makanan? Aku kata kalau ikutkan info abang pramugara, bila landing nanti ada lagi sejam nak berbuka so kita cari makanan di Almaty jer la. Dan aku pesan "If awak tak larat dah berbuka jer lah". Dia kata tak apa boleh tahan lagi.

Mula-mula excited sebab flight ni ada tv di setiap kerusi macam bukan low cost arilines.
But Airasia tetap Airaisa a Low Cost Airlines. Kapal terbang secondhand.
Ada yang bagitahu retired aircraft dari Singapore Airlines. Tv, USB semua tak function.
But you all know what? Elok jer landing di Almaty, pilot buat pengumuman bagitau telah masuk waktu magrib dan selamat berbuka kepada penumpang beragama islam. Terus aku mendongak cari mana pramugara tadi hahaa. Maka aku dengan wife makan dan minum apa yang ada sebab dah lebih 17 jam kami berpuasa huhu..

MYR100.00 bersamaan KZT9,100.00. Tukar duit di airport lebih murah dari luar.
Dari pesawat ke immigration dan keluar dari pintu ketibaan semuanya mudah. Aku terus mencari money changer sebab di Malaysia tiada yang menjual duit Kazakhstan dan bestnya money changer di airport accept MYR untuk buat tukaran. So tak perlu la guna USD. Oh ya ada dua money changer amik yang sebelah kanan ketibaan sebab rate dia lebih murah.

Ruang legar di bahagian Departure Hall Almaty International Airport.
Kedai makanan banyak yang berada di bahagian departure.
Aku bertanya dengan semua kedai makan di sini dan mereka inform semua makanan halal.
Namun ada juga kedai yang meletakan sijil halal dan ada yang tiada.
Masa ni RM100.00 = KZT 9,100.00 so aku tukar RM200.00. Lepas tukar terus beli simcard sebab nak book transport E-Hailing menggunakan App Yandex Go. Download siap-siap dari Malaysia sebab akan dapat sms untuk confirmation bagai. Sampai di Kazakhstan terus boleh pakai bila ada internet. Dan bayaran boleh guna online atau cash. Dan aku prefer cash.

E-Hailing company asal Rusia ditubuhkan pada tahun 2011.
Application E -Hailing YandexGo boleh digunakan di Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.
Airport Almaty ini tak besar mana pun, aku rasa lebih kurang besar airport subang jer. Tingkat atas Departure dan tingkat bawah Arrival. So jangan risau sebab tak complicated langsung. Masa aku sampai ini ada few kedai yang jual simcard. Paling murah yang kami dapat adalah KZT5,000.00 plan untuk 10 hari 20GB kalau tak silap.

But for sure kalau beli diluar airport lebih murah dan boleh pilih apa plan yang korang nak dan untuk berapa hari and so on. Tapi area luar airport Almaty ni sama macam airport subang tak ada kedai atau penempatan yang ada cuma sebuah hotel transit sahaja. Memang area airport semata-mata.

Bersambung Kazakhstan Almaty Part 2 : Almaty Arbat Apartment - Best Location & Friendly Owner

48 comments:

  1. Alhamdulillah penuh puasa nya. Best nya dah sampai Almaty ni. Thanks for sharing. Tak sabar tunggu next post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berjaya puasa pada hari penerbangan dan baki puasa semasa di Almaty.. Waktu winter sejuk jer.. berjalan banyak time berpuasa pun tak penat sangat.. Cuma berbuka dan bersahur sedih sikit la, tak ada proper food hahaha :D

      Delete
  2. Mencabar tu bawa kids yg semuanya >10yo but alhamdulillah semua well behaved ye Ustaz 👍🏻
    Suka airport kecik² mcm Subang & Langkawi tu, tak payah jalan jauh² and straight forward je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer memang mencabar but alhamdulillah dah beri latihan yg cukup tp still meragam bagai hahaha but kids kan itulah warna warninya :D
      Betul masuk jer terus nampak boarding gate hahaha :D

      Delete
  3. waahhhh berjaya selesaikan puasa 17 jam! nerves + suspen baca setiap barissss! menanti next part! ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg pramugara tu dah cucuk2 suh berbuka hahah.. ye la kita faham kalau pengsan dia juga susah but syukur alhamdulillah berjaya.. ok nanti sambung next part yg lebih byk unexpected happened.. :D

      Delete
  4. jauh musafir dalam bulan puasa, Alhamdulillah.. perkongsian perjalanan haha, air asia tetap air asia kan :) Apapun syukur semuanya selamat sampai ke destinasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah ada rezeki nak merasa pengalaman berpuasa dan beraya di negara org .. byk yg dipermudahkan..Well Airasia tetap airasia kan tak apa la marhain nak sampai ke destinasi jer hihihi :D

      Delete
  5. Travel jauh masa bulan Ramadan ya....saya tak pernah lagi travel bulan ramadan jauh2 macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang ceritanya... Mcm mana boleh travel di bulan puasa ini.. nantilah kita cerita.. apa pun berjaya sepanjang berkelana bersama anak2 :D

      Delete
  6. Replies
    1. Mesti lah kudapan untuk the kids.. Murah dan berbaloi hihihi :D

      Delete
  7. Akhirnya ditulis juga ya bang 😄😄. Salut lah, bawa semua anak. Dulu saya saat anak masih kecil di bawah 2 tahun, paling jauh saya bawa hanya ke Singapur dan malaysia. Tak berani LBH jauh lagi 🤣. Setelah 4 tahun baru saya bawa ke jepang dan korsel. Itupun 1 anak saja, biar tak stress kalo 2-2 meragam 🤣.

    Tapi enaknya kalo travel dengan anak kecil, memang air minum bisa dibawa, Krn mereka pasti mikir utk buat susu di pesawat kan. Saya pun dulu selalu lolos air minum utk anak

    Airport Almaty ini walo kecil tapi at least ada money changer kan. Tak sama dengan airport Uzbekistan, yg money changer ada, tp 2x kesana , tak pernah buka. Padahal itu waktunya mereka buka 🤣🤣🤣. Macam JD hiasan saja.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut nak mulakan penulisan di central asia ini.. ceritanya tak mudah dan info nya juga harus di study dan dibuat research terlebih dahulu.. takut tersalah nanti kesian pada yg ambil info di sini.. Ada kakak yg sudah berusia 9 dan 7 tahun dgn harapan boleh tolong ibu dan ayah tengok kan adik adik nya juga . Maka berani sedikit walau pada mula tidak yakin juga :D

      Delete
    2. Iya itu sebab bawa juga anak supaya mereka tahu kenangan dibawa jalan ke negara org dan juga mahu jadikan mereka lebih mengetahui sesuatu yg luar dari umur mereka.

      Mungkin nampak ramai anaknya maka tidak ditahan segala air yg dibawa.. alhamdulillah money changer nya bagus tidak mahal dan menerima duit Malaysia.. mudah bangat menukar duit di sana :D

      Delete
  8. ada bawa balik tak makanan2 tu semua?
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesai habis licin.. mmg tak akan la nak bawa balik semula hahahaa.. :D

      Delete
    2. ringannnnn luggage... hahaha
      ke tambah berat?
      hahaha

      Delete
    3. So far backpack mmg brg jadi ringan sbb banyak bawa makanan.. dah proses makanan jadi baja.. dan semai di tanah Kazakhstan hahaha...

      Delete
  9. part tukar duit tu sy suka
    sbb kita tahu tukar duit kat airport tak pernah yg murah
    tp kat sini dpt murah n boleh tukar RM
    tu yang bestttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kat Malaysia fah pergi lebih 10 money changer semua takde jual duit Kazakhstan... Last kat airport boleh jer tukar duit MYR.. Kalau tahu tak ada la struggle nk tukar duit dollar huhuu...

      Delete
    2. money changer kat sini dia ikut negara2 famous yg org kite lawati.... mungkin akan ada 1 hari nanti kalau Kazakhstan ni jadi famous macam Türkiye...

      Delete
    3. Harap harap la.. tapi tukar duit di airport almaty tu untung dah.. tak yah la org Malaysia jual duit diorang.. takut jadi mahal pulak hahahah

      Delete
  10. meh sini akak komen.
    ok debo.
    ya ampun dihangkut semua anak2 masa nih?
    klu dah traveller tegar namanya...sume nampak mudah urusannya...
    haa cepat update akak tgh senang hati komen dan baca...
    hahah dari K Anash yg lupa balik password blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena la angkut semua ... Raya kan mana ada org nak jaga.. Dan mesti la nak beraya dgn anak anak hihii.. alhamdulillah syukur dipermudahkan urusan sepanjang berkelana di negara org.. mcm susah sikit nak update cerita di central asia.. byk info nak kena study semula.. insyallah akan update secepat mungkin..

      Delete
  11. menariknya trip to kazakhtan ni...kiranya u memang plan raya kat sanalah yer...kalau my mom, sure tak bg lah i nak travel abroad time raya hahhah sbb time raya jer boleh berkumpul ramai2 my big family. anyway, kenapa u tak pakai roaming celcom/digi/maxis yer? tak ker leceh kalau beli sim card baru, nak kena remove existing simcard dari hp tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya plan nak beraya di oversea tapi destination mmg tak tahu nak ke mana.. mmg bergantung pada tiket flight mana yg murah.. yg mampu harga marhain huhu.. nanti la part 3 ke kita kasi explain sikit hihii..

      Delete
    2. Bab kena tahan telinga tu mmg pedih la kena sound dgn org kampung .. ada ke patut beraya tmpt org padahal family semua ada lagi.. and so so on . Hahaha.. but itulah nak dpt kan experience kan.. fi Kazakhstan mmg tak boleh roaming.. dan beli simkad lebih better ..line clear dan internet pun laju.. much better beli simkad.. bila travel kena ada satu hp spare just nak cucuk simkad sahaja :D

      Delete
  12. Kagumlah dengan kalian berdua…travel jauh bawa anak-anak kecil… berpuasa 17 jam pula tu. Mesti seronok dapat cipta memori berkembara satu keluarga begini 😊
    Saya ralit tengok bekal makan dan minum yang tersusun rapi dalam gambar tu 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang nak mencipta kenangan bersama anak-anak berpuasa dan beraya diperantauan.. Memang susah dan terasa kepayahan nya.. tapi memori yg tercipta mmg indah dan kuat :D

      Delete
  13. 17 jam berpuasa ye..alhamdulillah awak berjaya harungi..dengan travel bawak anak lagi...allah permudahkan ye tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Allah beri kami keupayaan utk bertahan puasa tu.. syukur Alhamdulillah.. Anak2 sangat membantu tak meragam sgt.. :D

      Delete
  14. Mesti excited bila nampak TV kat seat. Tekan-tekan tak keluar apa ya... mujur tiada tekanan kan sebab memang dah expect AA cemana😁. Kalau ada tu memang bonus lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airasia tetap airasia.. nama pun low cost airlines.. nak selesa nak complete kemudahan sila lah ke airlines yg mahal hihii.. Pape pun janji sampai kan :D

      Delete
  15. Yeayy finally dah muncul cerita2 central asia! Tak sabar nak baca next entry!

    Memcabarnya puasa selama 17 jam tu.. tpi nasib baik duduk dlm flight saja, tk start berjalan penat2 lagi.

    Yg 10 jam dari malaysia ke kazakhtan tu direct without transit ke? Naik airasia sakit badan sikitlah agaknya xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak mulakan menulis cerita Kazakhstan ni sbb macam susah tak banyak info nak share hahaha.. but somehow kena tulis jugak sbb nk share pengalaman.. flight sahaja 10 jam.. kena puasa 17 jam huhuu.. direct flight airasia mana ada transit huhuu.. ex singapore airlines kna so tak la sesempit mcm kpl terbang airasia biasa huhuu

      Delete
  16. Subhanallah, lawa sungguh pemandangan tu.. Selain awan, tu gunung2 yang dilitupi salji ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes pergunungan ini mmg sejuk sebab salji di atas puncak tu.. mmg cantik view dari atas flight :D

      Delete
  17. Fuh first part dah mncabar. Betullah tu Airasia ttp Airasia.
    Lega the kids tak meragam dlm flight. Kuat mcm mak ayah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berdoa sangat sebelum dan semasa dalam flight.. Berharap sgt the kids tak meragam.. 10 jam flight tu bukan sekejap but alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami :D

      Delete
  18. Baca pun dah terasa mencabar - puasa 17 jam sewaktu sedang travel dan bawa empat orang anak kecil.

    Wah…boleh lepas pulak ya minuman banyak gitu? Baguslah pegawai tu guna budi bicara, dia mesti tau tu cuma minuman untuk anak-anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pengorbanan nya berpuasa 17 jam ketika di dalam flight 10 jam lama nya..
      Actually masa di immigration tu tgh kalam kabut dengan the kids... mmg tak ingat langsung pasal semua air tu.. bila lepas jer terus teringat .. ya allah bersyukur sgt lepas semua air tu..

      Delete
  19. travel time puasa & raya..kalau my mother mesti dah bising dah...Alhamdulillah, mendarat je dah time buka puasa..pramugara tu bg silap info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la bising... Hahahah mak mana yg tak bising but nak dpt experience kena berkorban sikit la hahaha.. itulah pramugara tu minta maaf je memanjang hahahahaa .

      Delete
  20. Wah bawaan bekal nya cukup banyak juga bang.. Biar anak-anak duduk nyaman ya.. Soalnya 10 jam itu bagi saya pun bingung entah harus ngapain aja hehe... Oh jadi ini perjalana di bulan ramadhan ya.. Pantas saja 17 jam berpuasa itu cukup melelahkan.. Tapi ok lah ya 😄👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus bawa banyak sbb anak nya aja sudah 4 orang.. itu pun baru separuh dari yg ditunjuk.. ada banyak lagi yg tak ada dlm gmbr.. alhamdulillah berjaya juga puasa walau duduk 10 jam dlm pesawat.. apa pun yg penting puasa nya cukup sebulan.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...