Sambungan Dari Kazakhstan Almaty Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial of Glory)
Panfilov Park ini tidaklah begitu besar. Namun terdapat banyak tempat yang boleh kita lawati di dalam kawasan Park ini. Ada beberapa tempat historical yang sudah melebihi 100 tahun yang patut kita lihat. Especially beberapa building peninggalan Kesatuan Soviet yang ada di dalam park dan kawasan sekitar.
Di hadapan Memorial of Glory ni ada satu kawasan yang cukup luas which aku assume adalah tempat assemble pegawai tentera atau kerajaan ketika zaman Era Soviet. Dan di sini terdapat dua buah muzium yang keduanya adalah bangunan bersejarah yang unik. Music Insturment Museum dan Military HIstory Museum.
![]() |
Kazakh Museum of Folk Musical Instruments. |
Kazakh Museum of Folk Musical Instruments - Sebuah bangunan kayu lama yang cantik dan unik mempunyai atap berwarna hijau. Dibina pada tahun 1908 oleh The Famous Old Russian Architect A.P. Zenkov. Terletak kurang 50 meter di hadapan Memorial of Glory. Dibuka dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari kecuali tutup pada setiap hari Isnin.
![]() |
Sangat sangat recommended untuk masuk muzium ini. Something new to see. |
![]() |
Tak minat sejarah dan tak minat muzik pun pasti akan teruja bila masuk muzium ini. |
Mempunyai koleksi hampir 1000 peralatan muzik yang digunakan oleh masyarakat Kazakhstan dari seawal kurun ke-17 lagi. Bangunan ini pada mulanya digunakan sebagai House of Officer sehingglah pada tahun 1980 ia telah ditukar menjadi sebuah muzium. Bayaran masuk adalah 1,500 Tenge bersamaan RM12.80.
Dan pada pendapat aku sangatlah berbaloi untuk masuk ke sini. Masa yang diperlukan lebih 30 minit untuk melihat semua sudut di dalam muzium ini. But kalau suka sejarah dan muzik u all akan spend 2 hours sebab ada banyak fakta menarik untuk di baca. Aku tak berpeluang sangat nak baca semua sebab ada the kids yang dah boring.
![]() |
Military History Museum of The Defense Ministry of Kazakhstan. |
Military History Museum of The Defense Ministry of Kazakhstan - Sebuah bangunan yang unik dan mempunyai seni bina Russia. Dibuka pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang kecuali 4.00 petang pada hari Sabtu. Dan tutup pada hari Ahad dan Isnin. Bangunan ini telah diisytiharkan sebagai monumen seni bina yang mempunyai kepentingan negara pada tahun 1991.
![]() |
Banyak maklumat dan pendedahan tentang USSR yang kita tak pernah tahu. |
![]() |
Banyak bacaan berkenaan sejarah Peperangan Dunia Kedua. |
![]() |
Selama ini kita banyak dapat info dari pihak barat tentang Perang Dunia. Something good to know a story from Soviet side of history. But not much English to read. |
Tak banyak sangat info berkenaan Military History Museum ini yang akan dapat di google. Dan apa function asal bangunan ini dibina. Nampak structer memang seperti bangunan military dengan logo USSR yang besar di atas tu.
Mungkin disebabkan itu ia dijadikan sebagai Military History Museum. Dan bangunan ini telah dibina di antara dari penghujung 1960an dan awal 1970-an ketika era Kesatuan Soviet sebelum kemerdekaan Kazakhstan pada tahun 1991.
![]() |
![]() |
Alhamdulillah kami dapat cover hampir kesemua point attraction di park ini. |
Kalau suka bergambar tu memang wajib ke sini. Park ini pun dah cukup cantik dengan banyak pokok-pokok yang tak wujud atau jarang ada di Malaysia. Hampir setiap pelusuk park ini kami berjalan sampai tak sedar kami sedang berpuasa.
![]() |
Terdapat statue besar beliau di Astana, Kazakhstan. |
![]() |
Soviet General Ivan Panfilov - Command of The 316th Rifle Division. Pegawai pemerintah yang mempertahankan Moscow dari serangan Nazi. |
Ingat lagi di entry yang lepas aku ada kata kenapa park ini dinamakan dengan nama Panfilov. Di sini terdapat satu patung statue monument seorang General Soviet dan nama beliau adalah General Ivan Panfilov. Park ini telah dinamakan dengan nama beliau kerena memperingati jasa beliau ketika Perang Dunia II dahulu.
Ada lebih 20 tempat di bekas jajahan USSR telah menamakan sesuatu tempat atau jalan mahu pun puncak gunung dengan nama beliau. Dari St Petersburg, Rusia sehinggalah ke Kazakhstan dan Kyrgyzstan ada nama beliau. Meninggal pada usia 48 tahun pada 18 November 1941 akibat terkena letupan bom moktar.
![]() |
Selesai di Panfilov Park ini moh ler kita balik ke apartment. The kids pun dah mula lapar. |
Semasa berjalan keluar dari park the kids dah mula mengadu kelaparan maka kami decide nak singgah ke cafe and bakery yang kami nampak tadi semasa perjalanan ke park. Yang sebenarnya mak ayah dia pun excited nak masuk juga. Mana la tahu boleh lepak selepas berbuka atau taraweh malam nanti.
![]() |
Kami sebut Halal dan mereka pun sebut halal sambil tunjuk tanda bagus dengan senyuman. |
Alhamdulillah buka jer pintu kedai ini dah terasa warm maka kami pun cepat-cepat masuk sebab kesejukan yang membeku di luar dengan suhu masih lagi di bawah +5 degree. Para pekerja di dalam pun tidak memakai sweater.
Masa ni si Ateera macam dah exhausted sangat sebab sejuk plus lapar. Half way tadi dia dah minta duduk dalam stroller dengan si Afnan. Afnan pula memang kena letak dalam stroller sebab kalau biar berjalan slow sangat :D
![]() |
Rambang mata dibuatnya. Memang dalam hati nak itu ini untuk berbuka nanti. By the way any pastry from yesterday mereka akan jual dengan harga sangat murah. |
By the way bila masuk dalam kedai semua pekerja macam lihat kami dengan muka yang agak pelik. Sebab aku rasa diorang baru jer buka kedai dan kami orang pertama yang masuk dan another thing is tak ada seorang pun yang boleh berbahasa english. Dan for sure diorang pelik kami ni bangsa apa. :D
Masa ni anak-anak memang behave betul tak macam kebiasaan masuk kedai makan. Sebab semua dah exhausted dan kesejukan. Elok jer duduk kat kerusi tak perlu nak suruh menjeling bagai macam selalu hahaa. Lepas park the kids with the stroller, kami ke kaunter nak order makanan. Maka bermula sesi bahasa itik dan ayam.
![]() |
Antara empat orang anak si ateera ni nampak macam dah kalah dengan cuaca sejuk. |
![]() |
Affan dengan Afnan masih bertenaga macam tak ada rasa penat langsung. |
Kami cakap English tapi cashier tu reply dalam bahasa Kazakhs atau Russia, kami pun tak tahu. Dari berkata-kata, menulis dan isyarat tangan semua kami guna tapi syukur alhamdulillah kami semua ketawa bersama. Semua staff di sini baik dan sangatlah membantu.
Rezeki anak-anak dapat makan croissant, donut, sandwich dengan isi daging ayam salai. Dan minum hot chocolate dan hot tea. Kesian pulak tengok the kids nampak sangat kebulur. Habis bagi sarapan pada the kids kami pun berjalan balik ke apartment dan semua tertidur tak sampai 5 minit.
Bersambung Kazakhstan Almaty Part 5 : Burger Salam Bro & Arbat G Almaty Street Shopping Mall (Under Construction)
Bestnya muzium ni, nampak klasik!
ReplyDeleteMmg menjadi keutamaan utk ke muzium bila travel ke mana2 sahaja :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeronok masuk muzium sbb bole dapat banyak info.
ReplyDeleteOrg sana main bahasa dia apa ye?
Bila travel ni mmg bab sejarah tak blh dipisahkan.. muzium adalah tmpt paling bagus nak brlajar culture sesesuatu bangsa dan negara.. Org sana berbahasa Rusia dan Kazakhs..
DeleteIni yang dikatakan jauh perjalanan bukan sahaja luas pemandangan tapi luas juga ilmu yang diperolehi.
ReplyDeleteBila travel ni kita kena belajar mengenai tmpt yg kita travel.. akan banyak yg kita akan belajar.. ilmu pengetahuan selua mata memandang... :D
DeleteHehe ibubapa budak-budak tengok je mereka makan.
ReplyDeleteItulah waktu sejuk cepat lapar dan penat.
Itulah cabaran bertambah tambah.. dgn pastry dia semua yg sedap... Bila sejuk mmg lapar ya amat .. lepas penat mmg kena tidur...
DeleteMuseum begini saya pasti sukaaaa, dan bakal habis banyak waktu di dalam. Anak2 juga begitu, mereka paling seneng kalo udah ada ITIN ke museum begini. Mungkin Krn dari kecil saya ajarkan kalo museum tempat paling menarik utk belajar sejarah, drpd lewat buku kan 😁
ReplyDeleteTerkadang memang kita harus baca sejarah dari 2 sisi yg bersebrangan. Macam Sovyet dan Negara barat, pastilah negara barat merasa mereka yg benar. Begitu juga sebaliknya. Krn itu selama saya tak tahu cerita sebenarnya, dah lah, kita baca argumen masing2 pihak saja 😄
Cuma sayangnya negara2 eks Sovyet ini museumnya banyaak sangat pakai bahasa mereka sendiri. JD kdg kita tak paham kan.
Sama macam di Georgia, saya ke museum Stalin. Tp 80% penjelasan ditulis dlm Rusia. Sayang sebenarnya, Krn turis tak paham.
Jenderal panfilov itu sayang sangat meninggal muda yaa. 48 tahun masih di puncak karir.
Aneka pastrynya wow sangat 😍😍😍😍😍. Saya bisa kalap beli macam2 kalau kesana 🤣
Saya kalau ke museum pasti akan habis masa berjam jam lamanya.. tapi kalau bawa anak bersama tak boleh terlalu lama nanti mereka mula boring.. walau pada mula juga anak2 amat excited nak ke muzium..
DeleteBagi sy ini pertama kali membaca sejarah dari side soviet.. banyak maklumat yang blm pernah diketahui dpt dibaca di sini.. cuma nya kalau byk english lebih seronok di baca..
DeleteCafe itu mmg banyak kali kami singgah saja dtg melepak.. pastry nya juga sedap bangat.. sgt recommended :D
antara negara yg jarang dilawati dan diketahui oleh rakyat Malaysia...
ReplyDeleteBetul jarang sgt org Malaysia dtg.. dan mereka pun baru buka sector tourism kepada dunia luar..
Deletepastry halal tu semuanya nampak sedap la!! anyway, almaty ni wishlist my PA --i sembang2 dgn dia, dia kata her bucket list is italy dan almaty
ReplyDeleteYes mostly sedap and the kids suka sangat.. Almaty ini mcm Perth australia.. tenang jer tempat dia bak kata org tmpt org pencen.. snowing in winter.. cold most of the time in spring 🌱 and autumn 🍁.. Dan ada kelainan dri europe and western.
Deleteok nak kena baca trip almaty ni slow.. member pun baru balik dari sana.. nak jgk tau apa yg menarik di sana..
ReplyDeleteOk sgt Almaty, nice 👍 jer tempat yg tenang.. Makanan halal byk.. tempat menarik mmg banyak :D
Deleteseronoknya dpt bawa anak-anak travel.. beruntung anak-anak direzekikan dpt ikut ibu ayah travel.. byk pengalaman baru, situasi titik ayam bercakap bahasa yg tak faham mesti jadi kenangan hehehe
ReplyDeleteDah biasa berhadapan dgn situasi ayam dgn itik tu.. untill now survive with that situation hahaha... Seronok sebenarnya.. Semoga anak2 diberi rezeki menjelajah satu dunia brsar nanti amin..
Deleteada jumpa kompang tak dalam muzium tu? kalau tak ada nanti dtg ke sana sy bawakan kompang ;-)
ReplyDeleteExactly 💯 mcm kompang tu tak ada la.. yang blh dikatakan macam sama tu mungkin la.. budaya dah jauh sgt dari nusantara tu huhuu.. Tak yah la bawa buka tradisi muzik diorng pun hihiii
Deletepastry2 tu kalau pekena dgn kopi panas...fuhhhh syahdu betul dpt berbuka mcm tu sekali sekala kan...
ReplyDeleteBetul.. Lepas dah masuk syawal kitorg lepak semula, qada' feeling mengopi sambil layan pastries 🥞🥯🧇🥐 tu mmg sedap .. kopi panas dgn cuaca sejuk di luar hahaha.. syahdu beb.. :D
DeleteIngatkan Hitler je ada misai cam tu....
ReplyDeleteAtau kita tukar ayat lain bermaksud sama... Patut la hitler pun ada misai macam tu.. 😅
DeleteIni yang bestnya apartment dekat dengan attraction place. Bila anak-anak dah penat boleh balik dulu berehat dan recharge. Kemudian boleh sambung berjalan-jalan semula.
ReplyDeleteKalau ada peluang mmg akan pilih accommodation yg dekat dengan byk attractions.. mudah nak berjalan-jalan especially bawa the kids.. alhamdulillah syukur dpt apartment ni :D
DeleteBestnya baca trip ni. Wahh pastries from yesterday harga murah, bagus ni. Seronok travel kalau ada kedai halal kan. Thanks for sharing Afif.
ReplyDeleteSo far journey di Almaty mmg menarik sgt.. tempat pun best tak sibuk.. Sama macam di Perth Australia .. sana mmg makan roti so pastry diorng agak terbaik jugak la hahaha
DeleteHebat…puasa pun mampu pusing satu park.
ReplyDeleteRasanya ini pertama kali akak tahu pasal General Panfilov.
Banyak sungguh pilihan pastri, tak tergugat dengan bau harum pastri ya? 😄
Takut jugak kalau tak larat kan.. sebab tu jalan sikit lepas tu terus balik ke Apartment rehat.. lagi pun winter tak lah penat sgt.. Sy pun tahu psl panfilov ni masa buat entry ni hahaha.. mmg tergugat jugak but alhamdulillah survive smpai sunset hihii
DeleteHarga pastry dgn coffee mahal x kat cafe sana? Lebih kurang Malaysia atau lebih mahal..
ReplyDeleteLebih kurang harga cafe di Malaysia juga.. ada juga yg lebih murah kalau cafe kecil di bawah pokok tu.. :D
DeleteTime sejuk ramai orang mereka duduk rumah la kot. Nak keluar sejuk. At least dalam rumah ada heater. Muzium ni selalunya bukan tempat yang suka dilawati tapi Muzium ni nampak best sebab ada sejarah perang dunia. Kedai roti tu boleh rambang mata dibuatnya la. Nak nak kita berpuasa pulak.
ReplyDeleteBetul la tu.. negara diorng mesti la keluar waktu selain winter.. kita ni jer yg suka jenjalan winter sbb negara kita selalu summer hihihii.. Saya suka muzium sbb byk benda boleh di baca.. Kedai Pastry tu mmg rambang mata berbunyi jer perut tu.. hahahaa 🤣😂
Deletenape ntah akak baca nama park nih sebagai makanan ie paflova...ok akak lapar...
ReplyDeletedetail tul cerita...tapi jgn tak caya akak baca sampai abis tau haa tepukk
dari : kak anash
Aah kan dekat dekat dgn paflova.. ntah ntah dia yg inverter paflova kot hahaha.. 🤣
DeleteSaya suka bahan bacaan yg detail ni.. caya lah akak baca smpai habis.. terbaikk 🤣😂
Best apartment dekat ngan attraction area...so xde masalah pergerakan dengan transport kan bila nak ke satu2 tempat..SA pun suka Muzium...banyak benda boleh tahu tentang sesebuah negara...tapi asyik kena gelak bila orang tau pi travel masuk muzium..
ReplyDeleteBiarlah org nak gelak.. kita travel alang2 mencari ilmu pengetahuan am juga. Baru la travel kita itu bermakna. Bila org tanya byk benda kita blh jawap kan. Ini blik travel org tanya apa pun tka tahu hahaha..
DeleteLokasi accommodation penting bila travel. Somehow kalau dkt dgn byk attractions blh jimat duit juga :D
Macam-macam pastries dia ada, ye. Sejuk-sejuk, minum hot chocolate memang syok.
ReplyDeleteBetul lepas dah habis ramadhan memang kami lepak sini layan coffee dan hot chocolate dengan pastries2 tu semua hahaha :D
Delete