Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Kazakhstan Almaty Part 1 : Bebuka Selepas 17 Jam Berpuasa Di Dalam 10 Jam Flight AirAisa Dari KUL
Selepas menukar duit di money changer dan membeli simcard kami terus book our transport by e-hailing App Yandex Go. Sama jer penggunaannya seperti GRAB atau UBER. Tapi disebabkan Kazakhstan ini negara pro Russia maka mereka banyak menggunakan perkhidmatan dan barangan dari Rusia berbanding western country yang lain.
|
Baju pink tu owner apartment kami yang sangat baik hati. Bergambar pada hari terakhir selepas check out dan owner membantu kami order Yandex ke bus station. |
|
Inilah bangunan apartment yang kami sewa. Very convenient :D |
Jarak dari airport ke apartment yang telah aku tempat adalah sejauh 14 km. Dan bayaran Yandex adalah sebanyak KZT1,720.00 bersamaan RM14.58. Agak murah mungkin harga yang aku dapat ini adalah selepas waktu pick hour sebab dah lebih pukul 8.00 malam.
Oh ya di Almaty International Airport ini ada free wifi. Masa sampai aku terus WhatsApp owner apartment. Dan dia membantu aku dari awal sehinggalah sampai ke apartment. Beliau juga memberi lokasi yang tepat pada aku untuk pin dalam Yandex. Dan turut bercakap dengan pemandu sehingga kami sekeluarga selamat sampai di hadapan beliau.
|
Almaty International Airport berada di dalam bandar. Hanya 14km ke apartment. |
|
Kenderaan app e-hailing Yandex yang kami naik dari airport. |
|
Pemandangan dari balkoni apartment kami. Masa ni suhu +1/-0. |
Owner seorang wanita tempatan dan bila tengok wife aku pakai tudung dia tanya "Are you Muslim?'' Aku pun jawap "Yes". Dan dia pun bagitahu dia pun muslim dan ada dua orang anak perempuan tapi jarang pakai scarf sambil menunjuk ke kepada wife aku. Dan memang jarang sangat nampak orang tempatan pakai tudung.
Sepanjang masa berwhatsapp dengan owner ini dia menggunakan bahasa english namun bila berjumpa dia sangatlah kurang fasih bercakap ada la few word yang mudah beliau bercakap. Selebihnya kami menaip whatsapp walau berdepan hiihii.. Dia kata boleh menulis tapi cakap english tu very week sangat.
|
Aircond juga disediakan untuk pengunjung yang datang pada musim summer. |
One Bedroom Apartment ini telah dibooking seawal sebulan setengah menggunakan www.agoda.com dan harga yang aku dapat adalah RM160.00 untuk satu malam. Sebuah apartment kecil dengan satu bilik tidur yang mempunyai satu katil queen dan satu katil single. Satu bilik air/mandi beserta sebuah bathtub dan mempunyai water heater yang cukup baik.
|
Alhamdulillah Satu Single Bed dan satu queen bed. Cukup buat kami anak beranak. |
|
Sebelah bilik ada balkoni yg panjang sampai ke tingkap dapur. |
|
Ada tv tapi semua siaran tak faham. Nasib la buka cartoon the kids tak kesah walau tak faham. |
Dan satu ruangan dapur beserta meja makan. Dilengkapi dengan washing machine, fridge, kettle, iron, hair dryer dan 2 buah heater di dapur dan juga di bilik tidur. Peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau, senduk, pinggan, mangkuk dan cawan juga disediakan dengan cukup. Coffee, Tea & Sugar disediakan cukup untuk sepanjang kami berada di sini.
|
Dapat beli beras putih dengan sosej daging untuk masak juadah berbuka pertama. |
|
Menu berbuka hari pertama di bumi Kazakhstan. Sosej Daging, Garlic Bread, Kari Sardin Instant, Nasi Putih. |
Dan yang penting apartment ini cukup bersih, lengkap dan mempunyai balkoni yang luas berserta penyidai pakaian. Cuma pakaian yang kami basuh lambat kering disebebkan sejuk winter dengan ketiadaan sinaran matahari sangat walau di siang hari. Maka aku decide untuk letak pakaian di atas heater. Alhamdulillah tak sampai setengah jam dah kering.
|
Stocking ๐งฆ dan gloves ๐งค memang kena sentiasa basuh dan jemur atas heater bagi cepat kering. |
Luaran bangunan apartment ni tidaklah nampak seperti friendly tourist. Macam area kawasan gengster mafia rusia dalam movie but tidak sebenarnya. Mungkin sebab bangunan nampak old school but alhamdulillah kejiranan agak baik dan ramai yang menegur kami walau tidak boleh berbahasa english, sekadar angkat tangan dengan senyum dan ungkapan "Hi".
|
Di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke apartment. |
Di hadapan pintu masuk apartment ada taman permainan kanak-kanak. Unit apartment ini terletak di tingkat 3, boleh naik lift atau menggunakan tangga. Kami diberi kunci untuk masuk ke pintu utama bangunan dan pintu rumah. Agak privasi dengan hanya 3 buah rumah sahaja di setiap floor. Dan sampah perlu dibuang di rumah sampah di luar bangunan.
|
Zhibek Zoly Metro Station hanya 250 meter sahaja dari apartment. |
|
Terdapat sebuah supermarket yang besar berdekatan apartment |
|
Ascention Cathedral 200 meter dari apartment. |
Dan another reason kenapa aku memilih apartment ini sebab ia berada di tengah-tengah kepada most attraction di Almaty. Arbat G Almaty tempat shopping open air berada di belakang bangunan sahaja. Ascension Cathedral 200 meter, Zhibek Zoly Metro Station 200 meter, Astana Square, Green Bazaar dan Almaty Central Mosque 1km meter.
|
Monument of Glory 300 meter dari Apartment.
|
|
Almaty G Arbat Street Shopping Mall. Hanya di sebalik bangunan apartment sahaja. |
Dan 650 meter ada sebuah Supermarket besar "Cynepmapkemi" ntah aku pun tak tahu apa namanya tapi itulah yang tertulis dihadapannya. Cafe, kedai serbaneka dan bakery ada banyak di sekeliling area apartment ini. Dan restoran halal juga ada berpuluh di sepanjang Kunaev Street di sebelah kiri apartment dan Gogol Street di bahagian depan.
Khulasahnya memang seronok stay di sini, terasa seperti rakyat tempatan. Insyallah kalau diberi peluang lagi pasti aku akan repeat untuk stay di sini lagi. Dan aku sangat recommended kalau korang nak cari tempat yang harga marhain dan selesa serta walking distance to the most of attraction places. Boleh seacrh Almaty Arbat Apartment di Agoda.
Bersambung Kazakhstan Almaty Part 3 : Ascension Cathedral - 28 Panfilov Guardsmen Park (Memorial of Glory) - (Under Construction)
Ascention Cathedral tu waktu malam mesti cantik...ok la apartment ni nampak luas dan bersih ni...
ReplyDeleteTak perasana pula bila waktu malam macam mana.. sebab dua kali pada waktu siang sahaja.. Apartment just nice utk keluarga kecil kami ini.. yg penting serba serbi lengkap.. :D
DeleteMesti syahdu je dapat makan nasi utk berbuka ye Ustaz hehe...
ReplyDeleteNampak selesa apartment tu and owner pun very responsible nampaknya.
Unexpected juga dpt makan nasi sebab sblm pergi ada baca beras bukan menu utama org di sini.. mereka banyak makan roti jer.. but syukur perancangan Allah lebih dari apa yg kita sangka.. Yes owner mmg baik bagus dan terlalu mengambil berat mungkin sbb kami ini foreigner.. :D
DeleteWahhh..Best sgt nih =)
ReplyDeleteAlhamdulillah the kids memang enjoy sangat2 walau backpack jer :D
Delete