Showing posts with label Miri Part 1 : Trip Borneo Bermula - Lalapan di Muara. Show all posts
Showing posts with label Miri Part 1 : Trip Borneo Bermula - Lalapan di Muara. Show all posts

Thursday, 19 December 2013

Jelajah Miri Part 1 : Trip Borneo Bermula - Lalapan di Restoran Muara - Curtin University

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Okay jom ikuti kisah perjalanan ke Kepulauan Borneo untuk pertama kalinya dalam hidup aku. Untuk trip selama 23 hari dengan ditemani beg backpack aku yang setia. 

Bermula dari Miri (Sarawak) - Kuala Belait (Brunei) - Bandar Seri Begawan (Brunei) - Pulau Labuan - Menumbuk (Sabah) - Beaufort - KundasangKota Kinabalu (Sabah). Dan aku spend exactly RM 596.00 termasuk ticket flight, accommodation, transport (bus-speed boat-ferry-train), café, makan minum dan termasuk souvenir, fridge magnet dan poskad

Hanya 10 orang dalam bas ke LCCT pukul 3.00 pm..
Bermula dengan menaiki pesawat AirAsia Airbus 320 ke Miri dari Kuala Lumpur.. Dapat tiket promotion RM 98.00 one way dengan luggage 15 kg - Murah ker..?? thanks to Blogger Kak Jari Manis.. sebab banyak tunjuk ajar dalam pembelian tiket AirAsia.. sebab ini pertama kali aku beli dan terbang dengan AirAsia :D
 
And thanks to Blogger Janggel Trekker's Life.. sebab bagi tunjuk ajar cara nak ke LCCT.. Actually masa aku menghadapi masalah di Bangkok dulu.. Beliau ( Saudara Janggel ) la yang tolong aku dalam memberi information mengenai hostel murah di Bangkok, Thailand..

Dan nak mohon maaf sangat pada Blogger Anep - Peristiwa Semalam sebab tak dapat hadir majlis kenduri kawen hang 14 December 2013 kat perlis sebab clash dengan trip Pekan Baru.. Insyallah nanti aku akan mai Perlis dalam masa terdekat ni.. see u there bro..  alamak kene buat trip Perlis pulak.. 


Teruja sekejap di dalam bas.. sebab dah lama tak tengok bangunan ni :D
Banngunan bersejarah di tengah Bandaraya Kuala Lumpur
First time datang.. First time fly dengan AirAsia..
M16 antara yang di larang
Tiada alasan untuk tidak bersolat
Ruang solat lelaki di Surau LCCT..
Semua sudut aku nak amik gambar..
First time pijak kaki dalam LCCT nie..  excited lebih sket hahaha..  :P
Ok back to real story here huhuhuu.. dari rumah di ampang.. aku menaiki train LRT ke Station KL Central.. dan terus menaiki AeroBus berwarna kuning.. Blogger Si Pencerita.. ada bagi nasihat pada aku.. kalau nak cepat sampai ke LCCT naik Aerobus warna kuning.. kalau banyak masa boleh naik Sky Bus berwarna merah.. memang bas Aerobus ni bawa amatlah laju even tengah hujan lebat.. taubat aku tak naik lagi.. :P

Alhamdulillah.. segala urusan di LCCT tak la susah dari apa yang di jangkakan.. walau aku sampai awal 4 jam sebelum penerbangan hehehe.. sempat la tour LCCT nie.. dan bila naik pesawat tak sangka penumpang penuh.. ramai jugak orang nak ke Miri, Sarawak.. destinasi sejuah 1,700km.. tiba di Miri pukul 9 malam lebih.. 2jam lebih selepas penerbangan..

Nak keluar airport seorang pegawai kastam pun tak ada ..

Ruang legar kaki lima di Miri Airport..

Dan kebetulan pulak.. Lynn seorang sahabat sekolah rendah aku.. seorang lecturer di Curtin University, Miri.. bila dia tahu aku nak mai Miri.. Dia pun nak join aku jenjalan tempat2 yang dia pun tak pernah pergi lagi.. bersama dengan pakcik Lynn iaitu Pak Man - walau pak cik tapi muda setahun dari Lynn :D ..


Jom masuk Muara Restoran..
Di katakan owner restoran ni founder kepada Lalapan..
Tu dia.. semua jenis lalapan ada di sini.. pilih la ikan atau ayam :D
Menu Lalapan Ayam Penyek dengan Sup Daging Lembu Betina..

Sesampai aku di Miri Airport.. Pak Man dan Lynn dengan murah hati jemput aku kat airport dan kami terus ke Restoran Muara yang di katakan famous tu.. dan aku pun nak tengok juga apakah makanan famous yang di sebut sebagai Lalapan Ayam Penyek itu..

Lepas makan.. aku bertanya dengan Pak Man untuk tumpang tido di rumah sewa bujang beliau.. dia bagi tapi kata nyer tido atas sofa jer la kalau ada pun.. bagi aku as long ada tempat tido dan mandi dah kira ok la.. Alhamdulillah save lagi bajet aku yang tak seberapa ni.. dan housemate Pak Man pun tak kisah aku datang tumpang.. memang cun la  :P

Jom Bersiar2 Di Curtin University


Menuju ke arah kantin di Curtin University
Ada kolam tapi tidak dibenar untuk di dekati sebab ada buaya :P
Macam mana buaya boleh masuk dalam kolam ni pun tak tahu ..

Memandangkan esok Pak Man dan Lynn masing2 ada kerja nak kene buat.. maka hari pertama ni Lynn bawa aku ke Curtin University.. alang2 boleh tour kawasan university nie.. tak ada la besar mana kawasan.. lagi2 ini private university kan.. aku merayap seorang diri dalam kawasan University ni.. terasa macam student pulak hahahaa.. :P  Continue Part 2