Monday 17 December 2012

Zimbabwe Part 5 : Ghost Train from Victoria Falls Town

Di hadapan Victoria Fall Train Station..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


10 November 2011 Khamis - Jika anda berada di Victoria Falls dan suka ingin mencuba dengan sesuatu yang baru maka saya cadangkan anda ambil train ini dari Victoria Fall ke Bulawayo..

Train ni di bina di Birmingham, England pada tahun 1958.. Hampir keseluruh gerabak adalah di buat dari kayu dan bila aku baca dari internet mengenai "Ghost Train" ini.. rasa seronok nak cuba.. bila dah tengok memang menakutkan jugak la.. Memang train ni gelap gelita tak ada lampu langsung.. 

Harga tiket mengikut kemampuan anda but macam mana pun first class ticket pun not bad la tak ada la mahal sangat.. dan ia adalah lebih selamat untuk amik tempat di first and second class..

  1. 3rd class berharga $4.00 USD.. just seat..  dan perjalanan malam so susah la kalau nak tido.. lagi2 orang akan sesak dalam train so 3rd class bukan la a good choice to make.. bahaya pun ye juga..
  2. Second Class.. berharga $8.00 USD.. anda akan dapat katil dan bilik.. sama ada empat atau enam katil dalam satu bilik..
  3. First Class.. berharga $12.00 USD.. macam second class juga anda dapat bilik dan katil but sama ada anda dapat 4 katil atau 2 katil dalam satu bilik.. so if travelling alone so better take first class with two bed.. sebab akan sebuah bilik private..

Bergambar dengan ghost train sebelum bertolak..
Actually aku pun tertanya2 jugak.. apa beza first class dengan second class?? maka mamat dekat counter tu pun bagitahu.. "First class anda akan dapat selimut dan bantal.. dan second class anda cuma dapat katil je.." Bila aku berfikir di tengah musim summer ni buat apa nak pilih first class (selimut tu)..

Tapi di sebabkan kami berempat baik la juga amik first class dapat la kami berempat sebuah bilik bersama.. tak ada la orang lain hehehee.. kalau second class belum tentu dapat bilik yang berempat mungkin dapat yang enam katil nanti kene share dengan orang lain.. 

Dan yang best nya.. first class berada di gerabak paling belakang sekali.. so jauh la dari menghidu kempulan asap dari kepala kereta api ni.. so kami naik malam tak la nampak sangat betapa buruk dan unik nya ghost train ni.. bila naik train ni .. keadaan agak memening kan.. dengan gelap dan panas.. dah la musim summer.. bau pun tak la busuk tapi macam busuk gak la hahahaa... so nasib baik kami amik first class kalau tak.. tak tahu la.. sebab first class pun dah macam ni.. kalau 3rd class tak tahu la macam mana..


Bergambar ketika train berhenti di sebuah station

Berhenti seketika di Sawmills Station 

Aku amik katil atas sebab bawah angin kurang

Anas dan Ridwan tertido lagi lepas subuh..

Keadaan di hadapan bilik first class kami

Tandas terletak di hujung gerabak


Alhamdulillah.. tiket yang kami beli semua dah di sahkan layak untuk memasuki bilik first class kami.. Dalam ticket tertulis bertolak pada pukul 7.30 pm.. tapi last2 pukul 8.00 pm baru bertolak..

Tak apa lah janji esok pagi kami sampai Bulawayo City..  by the way dalam bilik first class ni ada sink tapi tak ada tab dan tak ada air.. dan kalau tutup sink ni maka boleh jadi meja di tengah2 bilik ni.. 

Bila train dah mula bergerak kami masih berborak sambil makan malam dengan apa yang ada.. Sempat kami beli roti, crips dan biskut yang di beli seawal perjalanan kami.. Air ada dua tiga botol sahaja.. sebab tak tahu pula dalam train ni tak ada air.. so next time if korang nak naik train ni make sure bawa air banyak sket.. sebab nak minum dan boleh guna basuh tangan dan muka etc..


Layan pemandangan di pagi hari..

Ini lah rupa tandas dalam train ni.. tak ada flush.. 
dan ia akan jatuh terus ke atas landasan, Nak cuba? :P
Sambil makan dan berborak.. seorang demi seorang tertido.. Di tengah malam dalam pukul 11.00 pm.. semua terjaga sebab train berhenti mengejut.. Anas je yang macam tercedera sikit kepala terhantuk dekat dinding hehee.. (sorry to anas)..

Aku pun keluar dari bilik dan nampak pekerja train.. Bila tanya dengan stuff train ni.. "Kenapa?" dia jawap ada gajah lintas railway.. Hahahaa ntah betul ke tak.. :P

Dalam pada masa yang sama baru sedar cuaca dah bertukar menjadi sejuk.. kalam kabut semua cari selimut.. Mungkin sebab embun kot.. by the way ada 4 katil.. Dua di dinding belah kanan dan dua katil belah dinding kiri.. Ruang agak luas jugak la untuk empat orang.. Memang selesa sangat.. :D


Akhirnya kami sampai di Bulawayo Train Station..
Bila tiba waktu pagi memang best sebab dapat lihat pemandangan.. Train ini akan lalu dalam kawasan national park di negara ini.. jika anda berpeluang dan bernasib baik maka dapat la tengok Rusa, Seladang atau Zebra dalam bilangan yang amat besar berkumpul atau sedang berlari berkelompok..

Perjalanan train akan mengambil masa selama 10 jam yang sepatutnyalah.. but kami sampai di Bandar Bulawayo lebih kurang pukul 10.00 pagi kesokan harinya.. Ini bermakna 14 jam perjalanan kami dari  Pekan Vactioria Falls..

Agak lama tu tapi waktu malam kami semua tidur jer.. so okey la jugak. Actually jarak antara Pekan Victoria Falls dengan Bandar Bulawayo 400 kilometer lebih je.. but rata-rata traveler comment nak rasa naik train ni sebab keadaan macam ni la baru dapat rasa "Africa Experience".. kalau nak rasa benda canggih pi Europe la.. nak tengok natural things.. Sila lah datang dan explore Africa.. :D..

Friday 14 December 2012

From Bulawayo - Zimbabwe to Francistown - Botswana

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


11 November 2011 Jumaat - Perjalanan diteruskan dari Bandar Bulawayo, Zimbabwe ke Francis Town, Botswana. Mengikut kata orang tempatan tak la jauh mana lebih kurang 190 kilometer sahaja. So plan nanti di Botswana akan ziarah classmate yang tinggal di sana. Selain dari tu memang tak ada plan lain. Kebiasaan bila last destination ni memang ideal dah tak ada sangat sebab bajet pun dah nak habis hahaa..
 
Tenaga nuclear banyak digunakan di Afrika untuk kegunaan elektrik.
Aku rasa inilah dia sebab tengok dalam movie banyak hahaha :D
Kami singgah Solat Jumaat di salah satu masjid besar di Bulawayo sebelum mencari bas untuk ke Francis Town. Selepas habis solat jumaat ada beberapa ahli qariyah menegur kami. "Pakcik rasa kamu bukan orang sini.. buat apa kat tengah-tengah afrika ni.?" Aku jawap "Kami student di Duzak saja datang negara ni jalan-jalan di Victoria Fall dan akan berkunjung rumah kawan di Francis Town".

Terjumpa masjid cantik dan comey ini. setelah di bantu orang tempatan..
Alhamdulillah at last dapat solat jumaat juga.
Suddenly pakcik tu tanya bila nak pi Francis Town? Aku pun kata la lepas solat jumaat ni. Dia tanya dah makan. Dalam hati aku "Yes, Nak belanja makan la ni" hahaa.. Memang betul pun. Inilah nama nya Rezeki. Dapat seorang satu buger Chicken Tikka, Chips dengan Steak. Alhamdulillah kenyang tak terkata :P

Dapat makan buger chicken tikka, chips dengan steak free Alhamdulillah :D 
Alhamdulillah rezeki sangat bila ditemukan dengan pakcik baik hati ni. Selepas belanja kami then dia bawa kami makan di rumah. Pakcik tu kata boleh la kamu makan dengan selesa sedikit dan boleh la nak fresh up mandi apa semua di rumah. Dia ada 3 orang anak lelaki ada diantara anak pakcik ni yang sedang menghafal Quran.

Lepas makan dan fresh up kami di bawa ke highway yang menuju terus ke Bostwana. Dia kata tak payah pergi station bus sebab sini satu-satunya jalan yang menghubungkan antara Bulawayo dengan Francis Town. 

Pakcik ni bagi option pada kami. Nak naik naik bas boleh atau naik Combi (mini bas) atau nak naik kereta private. Sebab kebanyakan orang yang nak ke Botswana ni drive seorang diri sahaja. So kalau kamu tumpang private car ini just bayar tips sikit yang mana lebih murah dari tiket bas dan lebih cepat di border nanti.

Perjalanan sejauh 193 km untuk sampai di Francis Town dari Bulawayo.
Bila dia amik tumpangkan orang nak cross border dari Zimbabwe ke Botswana. Tak la boring and at least dapat cover sedikit sebanyak duit petrol dia. And paling utama diorang charge lagi murah dari Combi. Other benefit bila naik private vehicle ialah nanti di border tak perlu nak tunggu lama sangat dengan kastam nak check barang la dan nak kene tunggu line panjang untuk stamp passport dengan immigration.

Di hadapan pejabat immigration Zimbabwe.
Dari Zimbabwe akan melalui Plumtree Border Post dan Botswana Ramokgwebana Border Post.
Kami spend tak sampai 20 minit untuk stamp passport dengan immigration Zimbabwe dan Botswana. Yang bestnya pegawai immigration Botswana agak terkejut dengan kehadiran orang Malaysia yang memegang passport merah datang ke negara mereka. Tanpa banyak bertanya pegawai tersebut memberi kami tempoh selama 90 hari untuk stay di Botswana.

Tak macam pegawai Zimbabwe minta pelbagai document. Sehingga nak check card bank kami betul atau tidak. But maybe the worse border immigration bagi aku adalah pihak border Zimbabwe. aku bagi rate 0/10 hahaa. Memang teruk macam cibai :P oppsss sorry but that how their are. Nak keluar memang tak ada masalah but nak enter Zimbabwe by border memang teruk.

On the way to Francis Town.
Satu-satunya Mall di Francis Town.
Kami    naik sebuah pick up dia charge seorang 50 Pula - mata wang Botswana iailah PULA. Yang bersamaan RM19.46. Sebelum asar kami dah sampai Francis Town, Botswana. Abang kawan aku iaitu Maulana Farrouk ambil kami di Mall berdekatan.. actually Maulana Farrouk ni senior aku dulu di Duzak.. by the way memang ada satu Mall je kat sini hahaha.. Francis Town ni adalah second largest city di Botswana.. but population seluruh negara 2.098 juta sahaja so kat bandar ni tak sampai 120.000 orang pun.. kiraan pada tahun 2011.. Ibu negara Botswana ialah Gaborone population 250.000 orang.. jarak dari Francis Town 400 kilometer ke arah selatan.. 

Yang best nya pasal negara Botswana ni.. ialah tak seteruk Zimbabwe.. jalan dari Bulawayo ke border memang teruk.. dengan lubang2 la.. so bila lepas dari border masuk Botswana memang rasa lain sangat.. even negara bersebelahan.. jalan dari border ke Francis Town memang cantik dua line setiap arah.. baru lak tu.. dan boleh nampak lebih teratur segala aspek.. dan juga bersih.. but tempat lain tak tahu la.. mungkin Francis Town je kot yang cantik.. ;D

Thursday 13 December 2012

Suasana Raya Di Perantauan, Stockholm, Sweden

Berbuka puasa hari terakhir Ramadhan 1432H
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

29 Ogos 2011 - Isnin.. Seawal pagi kami bersahur untuk kali terakhir pada ramadhan tahun ni.. Aisyah, Amar, Adam dan Arif semua ke sekolah seperti biasa seperti tiada bau Raya untuk esok..

Dalam pukul 12:00 pm aku bergerak keluar  rumah untuk ke sekolah anak2 Auntie Shal.. sebab nak  hantar surat permohonan cuti untuk esok dan lusa  sempena  Hari Raya Aidil Fitri..

Auntie Shal bagitau kasi pada kerani je.. tapi aku tak sengaja pergi jumpa principal untuk serahkan surat permohonan cuti ni.. In the same time try minta bawa balik budak2 nie awal.. tapi pricipal tak kasi hahaha.. terpaksa tunggu sampai 3.30 petang baru balik sekolah.. Dekat pukul 4.00 ptg kami dah sampai rumah.. dan terus tolong masak2.. Aku macam biasa la.. buat  pizza, masak  mihun  goreng dengan cinnamon biscuit..

Berehat sambil berborak2 selepas berbuka puasa
Warga Malaysia Menyambut Hari Raya AidilFitri
di kedutaan Besar Malaysia Stockholm 
Abang Azwar membaca Khutbah
Jemaah khusuyk bertakbir sebelum solat raya

Sejam sebelum berbuka puasa keadaan di rumah Uncle Azizul semakin riuh rendah dengan kehadiran ramai warga Malaysia dalam majlis berbuka puasa yang terakhir pada tahun ni.. Bak kata auntie shal "if esok puasa maka  malam ni  kita buat solat terawih.. kalau  raya  main bunga api  la  hehehee.."

Dan Kedutaan Malaysia pun dah menjemput jika esok raya maka datanglah beramai2 ke kedutaan.. Ada solat raya dan rumah terbukaakan diadakan selepas solat raya.. Masing2 boleh bawa makanan raya yang mereka terasa nak dihidangkan pada rumah terbuka esok (port luck)..

So aku dengan Auntie Shal  masak rendang  ayam 5 kilo malam tu selepas semua orang balik dan bila dah dapat tahu esok raya hehehee.. aisyah, ammar, adam  and arif semua tolong potong2, masak2.. buat kuih la.. Dan arif pulak suka curi makan adunan kuih raya yang belum di bakar hahahaa.. memang  comel arif  si kecil ni.. baru berumur 5 tahun..

Bersama Pegawai Besar Malaysia
Dari kanan Abang Hadi, Abang Shahrin dan Abang Azwar 
"Encik Noor, rendang ayam yang sedap kat
hujung tu saya yang masak"
  
kanak2 di dahulu kan.. kekenyangan di utama kan hahaha..
Makan sambil berborak sesama pegawai kerajaan dan student's
Kanak-kanak riang bergembira di pagi raya 
group remaja farah, Faiz dan nurul
Kanak-kanak memulakan acara makan :p
Dalam keriuahan saat-saat untuk beraya.. Actually aku tengah  risau tak ada  baju  melayu  untuk  beraya.. sebab baju raya aku ada pada junior budak sweden.. Belajar sekali di Johannesburg.. dari aku datang sampai la nak raya  ni tak jumpa dia..

Passing kat dia sebab aku nak travel dulu sebelum datang berterawih di sweden.. so aku pass kat dia few of my things.. so Auntie Shal notice aku tak ada baju raya.. then Uncle Azizul bagi aku pinjam baju melayu dia.. Nasib baik Uncle ada banyak baju melayu hehee.. Maka ini adalah my first time aku pakai baju melayu johor hahaha.. siap dengan songkok uncle kasi aku.. alhamdulillah la cukup satu set..

Siap sedia menyerang rumah untuk beraya
Arif tertido keletihan.. comel je hahahaha..
Rombongan berhari raya hehehe.. :D
Ujian melanda satu kereta konvoi raya tak boleh start
Bersama umat islam berbangsa lain meraikan hari raya di rumah Abang Shahrin..
Students lain dari Pakistan dan Ghana.
Menyambut Hari  Raya
Di Kedutaan Malaysia Stockholm, Sweden
Bersama pelajar2  Malaysia Master dan Phd di Sweden
from left Abang Rumaizi, Abang Shabibur Rahman dan Abang Hadi

30 Ogos 2011 - Selasa.. Keesokan pagi pun riuh rendah sebab auntie and uncle sibuk menyiapkan anak2 mereka untuk solat raya di kedutaan.. bila on the way pulak jalan jam.. maklum la orang islam je yang bercuti.. org lain semua berkerja macam biasa.. then dapat pulak call dari abang azwar (imam dan khatib untuk solat raya).. dia pun sangkut dalam jam.. dan minta aku baca khutbah kalau dia lambat.. errrkkkk..!!!! biar betul hehehee... dah la aku tak standby pape.. bagitau awal2 tak apa lah juga.. :P

Alhamdulillah bila sampai Kedutaan Malaysia, Abang Azwar pun dah sampai so tak ada peluang la aku nak baca khutabah raya (hahahaa..).. majlis takbir beramai2.. kemudian solat raya.. dan terus majlis makan2 di kedutaan.. setiap orang bawa something.. rendang ayam & daging, kuah kacang, nasi impit, ikan bakar pun ada.. Sini ramai rakyat Malaysia yang belajar ataupun yang menetap.. habis je majlis di Kedutaan Malaysia kami pergi beraya rumah ke rumah orang malaysia  so dalam hari ni sempat la pi beraya lebih 6 rumah orang Malaysia..  :D

Saturday 8 December 2012

Ericsson Globe - Royal National Park - Gamla Stan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan pada tahun 2011 bukanlah satu perkara yang patut anda lakukan sebab anda akan berpuasa pada waktu summer.. so tak lama mana kan.. just kene tahan puasa 19 jam jer.. sahur pukul 02:00 pagi.. dan berbuka pada pukul 21:30 mlm.. 

Lepas sahur solat subuh anda boleh tido semula untuk 3 atau 4 jam sebelum ke sekolah atau ke pejabat.. kalau di Malaysia pukul 6 petang orang hampir siap memasak untuk juadah berbuka.. kalau di sini.. baru mula mngupas bawang nak masak hehehee.. so di sebabkan waktu berpuasa yang sangat panjang maka sempatlah aku pergi round2 Bandar Stockholm ni.

1. Ericsson Globe


Turun dekat Station ni untuk ke Ericsson Globe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...