Dalam sedar atau tidak hanya kurang 100 hari lagi kita bakal berjumpa dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Moga Allah Taala mengizinkan kita dalam keberkatan umur yang panjang untuk berjumpa dengan Ramadhan nanti Insyallah.
Tahun 2024 kami ke Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Yang pada asalnya rancangan kami adalah menunaikan umrah DIY dan menyambut Aidilfitri di tanah suci. Namun niat kami itu tidak kesampaian. Puas mencari tiket flight yang murah dari 7 bulan sebelum Ramadhan. Namun tiada rezeki untuk kami sekeluarga menunaikan umrah ketika itu.
Tiba-tiba Airasia open new route ke Almaty, Kazakhstan. Dan kami dapat tiket sekeluarga di bawah RM6,000.00 untuk return ticket maka berpuasa dan berhari rayalah kami di sana. Dan pada tahun ini kami berpeluang menyambut Hari Raya Aidilftiri di Yunnan selama 2 minggu penuh. Syukur dapat return ticket bawah RM5,000.00 untuk kami sekeluarga.
Untuk Tahun 2027..? Hurmmm masih tiada perancangan lagi..
Tapi sekarang terlihat banyak promotion dari beberapa airlines ke beberapa destinasi yang menarik di serata dunia.
Kalau ikut pengalaman trip ke Almaty, Kazakhstan hanya dirancang 4 bulan sebelum hari penerbangan dan Trip Yunnan, China dirancang kurang bulan dari sebelum tarikh penerbangan. Dek kerana dapat tiket murah last minute.
So... Untuk 2027 masih tiada apa-apa perancangan setakat ini. Namun kalau tiba-tiba terjumpa tiket flight yang murah mungkin boleh consider untuk kami sekeluarga menambah pengalaman bepuasa dan menyambut hari raya di negara lain.
And yes kami travel selama ini memang hanya bergantung pada flight tiket murah sahaja. Dan macam biasa pilihan "destinasi" buat kami adalah perkara kedua. Tiket murah menjadi keutamaan kami 😉.
Setakat ini promo flight ticket yang aku jumpa untuk tarikh hari raya tahun depan adalah ke Fukuoka Japan, Istanbul Turkiye, Hong Kong, Perth & Darwin Australia, Ulaanbaatar Mongolia dan Seoul South Korea.
No comments:
Post a Comment