Sambungan Dari Umrah Mantop Travel Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Abdullah Ibnu Abbas Di Kota Thoif
Alhamdulillah berjaya juga akhirnya memulakan penulisan pengalaman trip Umrah untuk kali kedua ini. So aku akan sedikit sebanyak akan campurkan gambar-gambar dari trip Umrah pertama pada tahun 2018 sebab keadaan persekitaran baik di Kota Mekah atau Madinah telah banyak berubah atau berbeza selepas 7 tahun kemudian iaitu pada trip Umrah kali kedua ini Oktober 2023.
Inilah bas yang membawa kami dari Jeddah Airport, Thoif dan Kota Mekah. |
Ada juga yang tanya kenapa tak update Trip Bali sebab baru update di entry yang lepas "Salam Dari Bali Yuk - Stay Tune".. Yer baru sahaja balik dari Bali selama 5 malam 4 hari di sana. Tapi kita update la dulu Trip Umrah ni sebab memang dah siap tulis 4 entry just nak kena edit gambar sahaja. Sebab nak tulis Trip Bali ni mau sebulan jugak ambil masa hahahaa.. Okay dah cukup intro moh kita sambung cerita di Trip Umrah.
Selepas menziarahi Masjid Ibnu Abbas r.a kami di bawa ke beberapa kawasan sejarah Nabi Muhamad s.a.w antaranya Kebun Addas di mana Nabi bersembunyi apabila di kejar oleh Bani Thaqif. Dan ada juga beberapa sejarah islam lain. Dan terdapat juga beberapa atau kebanyakan kawasan telah dipagar atau ditutup oleh pihak berkuasa kerana terdapat perbuatan syirik oleh orang ramai yang hadir berkunjung.
Pada tahun 2018 kami berpeluang masuk dan melihat sendiri dari dalam keadaan Kebun Addas ini. |
Telah dibina sebuah masjid di dalam Ladang atau Kebun Addas ini. Masa ini kami tak berpeluang solat di dalam kerana dimaklumkan penjaga kunci masjid telah keluar ke bandar. |
Untuk sekarang Kebun Addas, Masjid Al Ku' atau dikenali oleh orang melayu sebagai Masjid Siku juga telah di tutup daripada pelawat. Masjid Kuk ini mendapat nama disebabkan terdapat kesan lekuk pada batu ketika Rasulullah berteleku dengan siku Baginda disini. Masjid ini merupakan tempat Rasulullah berlindung ketika dikejar Bani Thaqif.
Masjid Kuk atau Masjid Siku yang terletak tidak jauh dari Ladang Addas. |
Masjid Al Madhun atau juga dikenali sebagai Masjid Al Qantarah yang dibina pada akhir Era Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah dengan menara unik yang berbentuk silinder ini juga telah ditutup kepada orang ramai. Tapi Alhamdulillah aku berpeluang menziarahi ke semua tempat ini pada Trip umrah pertama pada tahun 2018 yang lepas.
Masjid Al Madhoon Atau juga dikenali sebagai Masjid Qantarah. Berusia hampir 200 tahun. |
Pada tahun 2018 ia masih dibuka kepada orang ramai. |
Masa aku datang pada tahun 2018 yang lepas alhamdulillah kami dapat masuk dan bersolat di dalam Masjid Al Madhun ini dan dapat naik ke atas menara masjid. Masa tu kami tak ikut trip yang disediakan oleh travel agent sebab bayaran untuk ke Thoif lebih kurang RM150.00 seorang. So kami amik private teksi lebih kurang SAR 85.00 per trip untuk aku, wife, baby dan mak mertua. Memang murah banyak la.
Di tingkat dua masjid ada ruang solat terbuka. |
Agak mencabar untuk memanjat menara masjid ini sebab anak tangga dia tinggi-tinggi |
Abdullah Ibnu Abbas r.a adalah seorang sahabat nabi yang juga merupakan sepupu kepada baginda dan Ali Bin Abi Talib r.a. Beliau telah menghembuskan nafasnya pada umur 71 tahun bersamaan 68 hijrah dan di maqamkan di Kota Thaif ini. Beliau telah menghabiskan masa hidup beliau berdakwah dan mengajari orang ramai tentang agama Islam di Kota Thoif ini oleh sebab itu beliau telah menjadi ikon kepada penduduk Thoif sehingga ke hari ini.
Keadaan di dalam Masjid Al Madhoon. |
Boleh memuatkan 50 orang jemaah dalam satu satu masa. |
Beliau dilahirkan 3 tahun sebelum hijrah nabi ke Madinah dan ditahnikkan sendiri oleh rasulullah. Hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau adalah sebanyak 1660 buah hadis yang mana 120 darinya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan 49 hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan 95 hadis diriwayatkan oleh kedua-duanya sekali.
Restoran Dapur Syu'lah
Selesai membuat ziarah di beberapa kawasan, kami bergerak ke sebuah restoran yang terletak out of no where macam di tengah gurun gitu hahaha.. Untuk makan tengah hari yang aku tak pasti samada masih berada dalam kawasan Thoif atau di luar. Cuaca yang agak panas ketika ini. Tiada air sejuk disediakan melainkan air mineral dan teh panas self service.
Alhamdulillah sampai kami di Restoran Dapur Syu'lah Mat'am (Tempat Makan) Wa (Dan) Matbakh (Dapur) Syu'lah (Nama brand dia kot). |
Selepas masuk entrance ada tempat buat teh self service. Cuaca panas air pun panas layan. |
Landscape dalam restoran ni cantik tempat makan outdoor dan juga indoor disediakan. |
Menu makanan adalah Nasi Arab Mandi ada kambing dan ayam diletakkan sekali di atas nasi yang terhidang dalam satu dulang yang boleh dimakan oleh 5 orang untuk setiap satu dulang. Alhamdulillah nothing much to complain makanan sedap walau nampak simple jer. Syukur ada rezeki yang boleh dimakan walau jauh dari dapur mak kan :D
Sebelum tunggu nasi masak kami dihidang dengan manisan ni apa ntah nama lupa sudah. |
Kami diberi untuk duduk di dalam khemah indoor yang ada aircond tapi tak function hahahah :P |
Ok the reason kenapa Mantop Travel Agent membawa kami ziarah ke Kota Thoif terlebih dahulu sebelum ke Kota Mekah adalah kerana pertama flight kami sampai awal pagi dan hotel hanya membenarkan check in selepas pukul 1.00 petang. Dan undang-undang di Mekah bas dan sebagainya tidak dibenarkan parking terlalu lama di hadapan hotel. Oleh itu lebih baik membawa para jemaah menziarahi Kota Thoif.
Inilah Nasi Mandi Ayam dan Kambing. Simple tapi Padu bhaii.. Tetiba lapar lak nak makan Nasi Mandi hihi :P |
Kedua dan juga kelebihanya adalah para jemaah tidak perlu berniat dan memakai ihram dari KLIA atau dari dalam kapal terbang sebab nait untuk berihram hanya selepas menziarahi Kota Thoif yang mana kami semua ke akan ke Masjid Qarnul Manazil untuk membersihkan diri dan berniat serta berihram. Dan itu juga kelebihan menggunakan Visa Tourist yang mana kita boleh ke mana sahaja selain Kota Mekah dan Madinah.
tempat mcm tu pun ada yg buat syirik. byg kan kalau semua tempat dlm quran diberitahu kpd umat manusia. lg bertambah2 lg kesyirikan dibuatnya...
ReplyDeleteKan.. Jenis manusia yg lebih percaya syirik dari belajar ilmu yg betul.. sebab itu jugalah sehingga sekarang tiada siapa tahu di mana letaknya maqam Khalifah Ali R.A.
Deletetu laa
Deletenasab nabi pun org dah taksub
haihhh tak faham betul dgn manusia iman bercabang ni
Pasal ada jenis manusia mcm ni la makin byk pekara mudah jadi susah.. Pergi Thoif pun dah mcm2 tmpt tak boleh masuk..
Deleteterliurnya nasi mandy tu ;) teringat jugak memori buat umrah many2 years ago...
ReplyDeleteHahaha kita yg buat entry ni pun terliur sampai order di Shoppe Food hahaha.. :D
DeleteSeronok. Moga ada rezeki saya
ReplyDeleteAmin.. saya doakan moga dipermudahkan rezeki ke sana amin.. :D
DeleteEh tapi dulu saya pakai visa umroh, bisa ke Thaif juga bang. Ada masuk dalam acara.
ReplyDeleteIni salah satu kota yg saya sukaaa sangat, Krn sejuk kan. Apalagi kami DTG di bulan Dec. Makin lah berasa sejuk. Sukaaa sangat ❤️. Nasi Mandhi nya pun sedaap 😍😍
Betul taif sahaja dibolehkan jika ada visa umrah.. itu pun kadang2 ada juga yg ditahan tapi cerita lama la.. skrg visa tourit bisa aja ke mana2 dlm saudi..yeap taif mmg sejuk kalau dimusim sejuk.. waktu umrah tgh panas bangat hhahah..
DeleteTerbayang sih panasnya 😄. Honestly saya kalo dah berkaitan negara2 timur tengah, termasuk pergi umroh ini, selalu pilih Desember January. Kalo dah summer, rasanya tak sanggub 😂. Takut pula tak fokus ibadah. 😅
DeleteBetul itu jika ada kemampuan tidak salah utk memilih tarikh yg sesuai dgn kemahuan kita.. tapi kdg2 kita mengejar promosi pakej yg ditawarkan.. Niat utama di hati asalkan sampai.. :D
DeleteRindunya dgn tanah Arab...
ReplyDeleteNasi Arab tu kemain melambai ye...
Rindu dan teringin nak berpuasa di Mekah dan Madinah. Sana Nasi Arab dia mmg padu..
DeleteFuh! Makan dalam talam... terbaik!
ReplyDeleteMacam di madrasah zaman 90an dulu.. :D
Deletepekena teh secawan pun dah rasa heaven kan..
ReplyDeletehehehe
Teh kat negara arab ni lain sket tak sama sperti di Malaysia..
DeleteKota Thaif tak terlalu panas, rindu kembali rasanya ke tanah suci, nasi mandi tu sangat banyak porsinya satu wadah bisa buat tiga empat orang, saya suka rasanya...naik kereta gantung nya gak bang ?
ReplyDeleteKami makan berlima untuk satu dulang nasi mandi itu..itu pun ramai yang tak habis.. sebab banyak sgt portion nya.. Sentiasa rindu utk kembali ke tanah suci..gantung nya apa maksud nya
DeleteKereta yg di atas tali itu bang ,yang di atas ketinggian gunung.
DeleteCable car?
DeleteDi Thoif ada Cable Car yer.. ngak pernah tahu saya hahaa.. belum pernah saya cuba lagi..
Deleteknape sikit nau ayam tuuu
ReplyDeletehahahah
tak puas laa
letak seekor kan best
amboiii demand pulak
ni nk mkn ke nak g beribadah?
hahahaha
Pergi umrah ni kena redha jangan banyak complain hahahaha..
DeleteMmg tak puas tapi nasi dia sedap.. Layan je la sbb perut dah lapar sgt..
Nak gi ibadah la ni Mutawwif uji sket dgn makanan.. Supaya tak leka nk beribadah hahaha
Ruang indoor tapi a/c tak berfungsi, mujur nasi mandi tu sedap ya 😀
ReplyDeleteKannn ingt dah syiokkk sbb group kami masuk khemah hahaha.. Aircond jalan tapi tu la redha jer.. Alhamdulillah kenyang nasi mandi yg sedap tu.. :D
DeleteSeronoknya, dapat buat umrah kali kedua. Saya ni, entah bila rezeki dapat ke sana. Tunggu panggilan haji la terus. Aminn..
ReplyDeleteTelan air liur tengok nasi mandy.
Sy yg tulis entry ni pun tertelan air liur tgh malam lak tu hahahaha.. Alhamdulillah dpt rezeki pakej umrah harga marhain kita sentap je la.. Semoga puan nur dipermudahkan ke tanah suci amin..
DeleteKami belum sampai ke Thaif. Moga diizinkan nanti Insya Allah. Seronok sangat baca trip ke Tanah Suci ni. Moga dapat ke sana lagi.
ReplyDeleteInsyallah moga dimurahkan rezeki utk melihat kota to thoif.. dan menunaikan umrah lagi utk Puan Mulan.. Amin..
DeleteYa Allah, teringin sangat2 nak pergi melawat dan tengok tempat2 yang Nabi Muhammad SAW kunjungi .. Engaku panggillah kami ke sini ya Allah, ameeennnnn
ReplyDeleteAmin Amin Amin.. Saya doakan moga Puan 🐞 dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan utk pergi ziarah ke tmpt2 kunjunga Nabi saw.. Amin Amin..
Deleteseronoknya dapat peluang umrah kali kedua.. moga kami juga dpt peluang jejak kaki ke sana Aminnnn
ReplyDeleteAlhamdulillah diizinkan Allah utk menjadi tetamu-Nya ditanah suci sekali lagi. Semoga Puan Anamizu dimurahkan rezeki utk menunaikan Umran Amin..
DeleteMasa kami buat umrah tahun 2014, tak pergi kota Thoif ni pun. Menarik juga dapat ke sini ya. Time buat umrah tu, suami pulak tangannya patah jadi kami pergi ikut tour umrah je tak buat additional tour.
ReplyDeleteMmg kalau dulu ziarah Kota Thoif ni diluar pakej.. kalau nak pergi mmg kena tambah extra charge but sekarang mmg byk travel agent dah include kan sekali dalam pakej.. Dlu first trip umrah sy ke Thoif pergi sendiri bukan under travel agent..
Deletewhat a memory!! seronoknyaa! supaya ada rezeki menjadi tetamuNya lagi, aamiin !!
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok dapat pergi ke Mekah dan Madinah menziarai sejarah peninggalan Rasulullah.. :D Amin Amin Amin..
Deletebest ziarah masa umrah cmni., aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah dua kali pergi umrah dgn travel agent berbeza mmg setiap kali ada pengalaman yg berbeza :D
Deletebila tengok gambar2 ni terus datang keinginan yg membuak2 untuk menunaikan umrah...
ReplyDeleteAmin Amin Amin.. semoga dipermurahkan rezeki abam kie untuk menunaikan Umrah bersama keluarga.. Amin
DeleteTq, gambar ana, 3 part semua xde.. 😂🤣😂🤣😂
ReplyDeleteSiapakah insan tersebut hahaha.. kena selalu dekat dgn tuan blog baru lah selalu ada gmbar hahaha :D
DeleteSeronoknya buat umrah sambil jalan-jalan.. mmg baguslah travel agent nie.. anyway mst sedap sangat kan nasi arab mandy.. ori dari sana tu
ReplyDeleteAah sedap dia lain masyam hahaa.. makan di tempat asal usul nya mestilah ada kelainan nya.. seronok juga bila dpt mutawwif yg tahu serba serbi hukum, sejarah dan tmpt2 di tanah suci.. :D
DeleteSayangnya kalau dah tak boleh ziarah ke tmpt sejarah nabi tu.
ReplyDeleteMakin lama makin banyak tmpt sejarah yg ditutup malah ada yg dirobohkan..
DeleteAlhamdulillah...sangat menarik dan membangkit semangat untuk tunai umrah
ReplyDeleteInsyallah saya doakan moga dipermudahkan urusan utk menunaikan ibadah umrah.. amin
DeletePohon addas tu besor tu je ke...macam x berapa rendang untuk bersembunyi kan...umarah sambil ziarah ni bagus sebab selain menunaikan ibadah, dapat jugak melawat tempat- tempat sejarah Nabi SAW
ReplyDeleteDulu ia adalah sebuah ladang pohon buah buahan.. So kalau masuk bersembunyi ke dalam mungkin la susah utk dijumpai.. Kalau boleh biarlah ada ziarah sekali ketika berada di tanah scui..
Deleteberbeza sungguh kos ikut travel ejen dgn pergi sendiri...jimat byk..kisah Nabi saw dgn Addas contoh 'dakwah bil hal'...
ReplyDeleteBetul bila kita travel sendiri kebiasaanya akan lebih byk murah sebab travel utk diri sendiri bukan nak amik untung.. Sedih juga bila pemandu teksi tu ceritakan kisah Nabi di Thoif
DeleteMolek travel agent nya susun jadual. Memanfaatkan setiap waktu yang ada. Jemaah pun happy ada aktiviti. Nanti nak tunggu entry tuan tentang Bali pula. Tentu banyak perbezaan pada 2023 ni
ReplyDeleteItulah suka sangat dengan pengurusan umrah dari Mantop Travel Agensi ini.. mmg terbaik sgt2.. padat dan penuh dgn aktiviti.. insyallah habis trip umrah kita up cerita Bali pulak..
DeleteTersusun jadualnya dan penerangan dalam entry ni pun tak kurang menariknya.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih banyak banyak hihihiii :D
Delete