Thursday 31 October 2024

Bali Part 4 : Abian Desa Rice Terrace - Tegallalang Pakudui

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Hari ini aku masih lagi bekerja tapi dari rumah sahaja walau ramai sahabat handai dan rakan sekerja telah pun bercuti pulang ke kampung sempena dengan perayaan Deepavali. Dan tak ada plan pun nak pergi mana-mana. So kita duduk rumah sambil buka laptop untuk habiskan cerita di Bali ni.

Ustaz Anas & Cikgu Hani at Abian Desa Padi Terrace - Tengallalang, Ubud.
Setelah berwisata dan penat berjalan-jalan di Kintamani maka kami pun bergerak keluar dan menuju ke Ubud. Perjalanan memakan masa hampir 50 minit dengan keadaan yang agak macet sedikit di beberapa kawasan. Namun bersyukur di waktu kami meninggalkan Kintamani, pelancong lain mula sibuk bersesak masuk ke Kintamani.

Jarak antara Kintamani ke Tengallalang kurang 24km tapi memakan masa hampir 1 jam.
Terjaga dari tidur terus ternampak lori kecil ini mengangkut bakul rotan.
Belum pun Pak Supir dengan kereta avanzanya turun dari puncak. Kami semua dah terlena di dalam kereta. Aku hanya tersedar setelah lebih 30 minit perjalanan. Dan mendapati sebuah lori kecil yang membawa bakul yang diperbuat dari rotan dengan muatan yang terlebih berhadapan di depan. 

Dan pada ketika ini aku requeast untuk singgah sebentar di Padi Terrace untuk mengambil gambar. Pak Supir kata okay jer sebab nanti di hadapan ada satu kawasan yang memang famous untuk bergambar di kawasan tanaman padi bertingkat di lereng bukit. Lagi pun pak supir kata memang kita akan lalu di kawasan situ kalau nak ke Ubud.

Entrance Fee IDR25,000 per person bersamaan MYR8.00.
Pemandangan pertama selepas masuk ikut entrance yang tak meyakinkan tadi.
Kami sampai lebih kurang jam 11.20 pagi di Tegallalang. Dan Tegallalang ini berada di dalam Daerah Ubud. Boleh dikatakan ada beberapa tempat yang menyediakan kawasan wisata untuk bergambar di Terrace Rice ini dan kami memilih untuk masuk ke Abian Desa Rice Terrace dan parking kereta adalah percuma.

Dibuka setiap hari dari jam 6.00 pagi sehingga jam 7.00 petang. Entrance Fee IDR25,000 per person atau bersamaan RM7.00 seorang. So adakah berbaloi masuk ke sini? Bagi aku sangatlah berbaloi sebab entrance pun murah dan di dalam memang banyak tempat untuk bergambar. Kalau untuk kaum hawa memang sukalah diorang.

Dan waktu yang terbaik nak datang adalah di awal pagi dan di lewat petang. Jika datang ketika pokok padi tengah menghijau atau ketika waktu menuai semakin hampir itulah adalah bonus yang teramat sebab view akan lebih cantik memukau. Dan kami bernasib baik ketika ini sebab pengunjung masih belum ramai.

Setiap pemandu yang membawa pengunjung ke sini dibenarkan masuk percuma. Maka kami cuma bayar untuk 4 orang sahaja. Dan di dalam untuk bergambar di setiap tempat adalah percuma termasuklah segala jenis sarang burung untuk bergambar. Cuma ada beberapa aktiviti di dalam yang dikenakan bayaran sekiranya berminat. 

Waktu ni keadaan Pokok Padi tidak begitu cantik sebab kebanyakan telah dituai.
Antara aktiviti yang disediakan untuk para pengunjung adalah Single Swing IDR 200k atau Tandem Swing IDR 400k. Dan jika berani pada ketingginan anda aboleh mencuba Sky Bike IDR 450k dan Zipline IDR 350k. Kesemua aktiviti bermula jam 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Dan Last Entry adalah pada pukul 5.00 petang. Untuk kesemua bayaran aktiviti dan entrance fee anda boleh menggunakan cash atau (IDR atau USD) atau card.

SkyBike IDR450,000 for two person per ride.
Zipline IDR350,000 per ride.
Oh ya dinasihatkan membawa air minum untuk mengelakkan dehydrated dengan kemungkinan cuaca yang agak panas dan snack atau biskut bagi mengalas perut sedikit sebab anda akan spend minimum satu jam di sini. Dengan keluasan Terrace Padi yang agak besar dan luas. Dan beberapa tempat untuk bergambar yang perlu anda beratur menunggu giliran.

I Love Bali @ Tengallalang
Bagi kami yang baru turun dari Kintamani yang sejuk memang terasa kepanasan di sini. Kalau tengok pelancong wanita bawang putih ada ramai pakai bra tutup dengan kain selendang jer. Memang kena jaga pandanganlah kalau lelaki yang nak datang ke sini. Dan pada waktu kami sampai pengunjung tak begitu ramai maka ada beberapa tempat kami tak perlu pun beratur.

Ustaz Anas layan Single Swing. Nak amik Tandem Cikgu Hani tak berani pulak hahaha..

Hanya Ust Anas sahaja yang mencuba satu aktiviti iaitu Single Swing. Boleh la nampak keterujaan beliau ketika di swing tapi sebabkan terlalu kurus dan ringan para pekerja tak perlu nak swing dengan terlalu kuat hahaha. Selesai semua sudut dan tempat untuk bergambar kami pergi maka kami pun bergerak ke arah exit dan terlihat terdapat sebuah cafe di sini.


Wife tanya nak duduk lepak minum sekejap ke. Dan yang lain pun kata boleh jer alang-alang boleh makan sekali sebab dah tengah hari. Tapi aku still was-was dengan makanan di cafe ini sebab di Bali ni makanan halal tak mudah dijumpai. Sambil aku buka itinerary ternampak satu restoran halal yang recommanded di Ubud.

Terdapat sebuah cafe yang terletak berdekatan entrance/exit.
Terus aku cakap "Tak payah la makan sini.. Kita terus ke Pekan Ubud untuk makan nasi proper di restoran halal". Dan aku kata tak jauh pun sebab kita memang dah sampai Daerah Ubud sekarang ini. Masa dalam kereta aku tanya pak supir untuk berhenti makan tengah hari sebelum ke hotel, boleh ker. Dia kata boleh jer.

Sambil tu aku kata "Kali ini bapak makan sekali yer jangan lari macam pagi tadi.. Jangan risau kami bayarkan". Sambil tersenyum pak supir pun kata  "Boleh ajaa". Terus aku sambung "Pagi tadi pun kata okay tapi tau-tau aja dah hilang". Pak Supir pun gelak "Kali ini ada pak jangan khuwatir" hahaha..

28 comments:

  1. Iya memang agak susah cari makanan halal di Bali, harus cari info sambil tanya"....saya justru belum ke sini hehe...ke duluan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah di Bali makanan halal memang susah.. lagi di kawasan luar bandar. Memang ngak ada langsung. Justru Indomee adalah penyelamat :D

      Delete
  2. Macam di Kg Agong, Penang... Katanya inspirasi diambil dari satu tempat di Bali, mungkinkah di sini? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm di Kg Agong di Pulau Pinang..? Eh menarik tu.. nk try pergi tgk la hihii... Suka bergambar di sarang burung tu huhuhu :D

      Delete
  3. oo memang susah yer cari mknn halal..emmm hassle la plak kalau gitu hahaha..dan part cuaca panas pun...saya tak tahan la dgn cuaca esp dh umur late 40s ni..mcm tak jd kot nak gi cuti2 bali (tak jd masukkan dlm bucket list), anyway, awaiting yout next entries jugakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap di Bali agak susah nak mencari makanan halal terutama bila kita pergi di kawasan luar bandar.. Kami rasa panas sbb baru turun dari Kintamani.. tu yg mcm puteri lilin hihii.. eh boleh pulak tak jadi masuk dlm bucket list hahah.. okla tunggu next entry..

      Delete
  4. Terasa kecut perut nengok Ust Anas naik swing tu.
    Pak supir mungkin segan awal² tu sebab baru jumpa. Bila dah lama sikit baru rasa serasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan... Dia ringan so level confident tinggi.. kalau kita tak apa lah hahahah :p
      Pak Supir tu kena paksa sikit kalau tak mmg dia segan sokmo..

      Delete
  5. Zipline best. Buaian tu macam seriau je tapi seronok jugak. Best nya moga dapat repeat trip ke Bali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zipline tu best next kalau repeat saya kena make sure berat dah truun bnyk hahahaha..

      Delete
  6. Saya agak ragu, pernah tak ya kesini 🤣. Macam familiar, tapi ada beberapa spot yg saya tak ingat pernah lihat. Soalnya di Bali ada beberapa sawah tegalalang begini, juga swing nya.

    Kalo betul ini tempat yg saya pernah datangin juga, saya cuma ngopi dulu. Tak makan.

    Salah satu kesulitan kalo ke Bali, memang bab makanan. Makanya saya prefer ke restoran vegan kalo kesana. Kebetulan vegan menu mereka juga enak2 👍. Dagingnya berasa daging, padahal terbuat dari mushroom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Bali pasti ke Tegallalang.. lagi2 kalau sudah berkali kali ke Bali.. swing dan sarang burung itu mmg menjadi tarikan..
      Makanan di Bali harus berjaga-jaga.. Makanan yg tidak halal juga dikatakan halal.. Kalau di kota mudah mencari makanan halal..

      Delete
  7. Last ke Bali adalah 12 tahun lepas. Ntah kapan bila nak datang lagi. Kondisi lutut so kita cari tempat yang landai2 sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh 12 tahun lepas .. dah lama tu.. mmg banyak perubahan di Bali rasa nya.. okla travel ikut yg santai2 sahaja.. :D

      Delete
  8. Itulah terlintas di fikiran saya was-was makanan di Bali.
    Alhamdulillah semoga murah rezeki sebab belanja pak supirnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di kampung2 yg langsung tiada org islam mmg kena berjaga2.. Baik makan indomee dri termakan yg tidak halal.. Pak supir pun manusia kita makan dia pun kena makan.. bru lah sama2 happy :D

      Delete
  9. Pemerintah daerah Bali ini dan juga orang-orang disana kreatif membuat desa menjadi target kunjungan wisata seperti di Abian itu.
    Asyik sekali berfoto disana dalam semacam kurungan. Entah terbuat dari apa kurungan itu.
    Sayang ya Mas ketika berkunjung ke Abian, padi nya sudah di tuai. Jadi aroma warna hijau tak diperoleh disana.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia betul tu.. mmg kreatif utk membina sesuatu sebagai tarikan pelancong.. padahal sawah padi cuma biasa.. tapi blh dijadikan tmpt pelancongan.. saya pun ngak tahu kurungan itu diperbuat dari apa.. namun kukuh sekali.. Kalau padinnya masih hijua atau pemuh isi nya pasti lgi cantik :D

      Delete
  10. Takpe lah kalau buaian cam tu... Uncle skip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. apa ni uncle.. awal awal dah surrender :D

      Delete
  11. “Ada restoran halal di pekan Ubud.” Ok noted. (Akak kena hafalkan siap2 kot mana tau 1 day dpt pegi). Solution lain mungkin indomie atau main masak2 di hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kalau kalau la kak.. confirm terus la nk pergi Bali ni hihii.. Kena cari apartment la kalau nak masak2.. Indomee boleh la layan sekali sekala.. :D

      Delete
  12. Terrace padi nie memang menarik..
    Alhamdulillah.. Murah rezeki tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dpt dtg time padi menghijau atau padi tgh masak mesti lagi cantik pemandangan..

      Delete
  13. Pelancong bawang putih 🤣

    Dalam entri pun sempat lagi mengusik kawan..’terlalu kurus tak perlu swing kuat’ 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istilah jer guna bawang putih tu hahaha.. Dia kurus senang nak kena swing hahaha.. kalau kita tak yakin sgt huhuu.. :P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...