Friday 25 October 2024

Bali Part 2 : Menikmati Sunrise Dari Cafe El Lago Di Puncak Kintamani

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bali Part 1 : Mencari Supir Di I Gusti Ngurah Rai International Airport

Selesai bersolat subuh dan fresh up di Masjid Besar Al-Muhajirin, kami meneruskan perjalanan menaiki Toyota Advanza yang dipandu Pak Supir menuju ke area kawasan yang terdapat banyak cafe yang terletak di atas puncak Gunung Kintamani ini. 

Dari bacaan aku di internet boleh jer pilih mana-mana cafe di sini tetapi ada beberapa cafe yang memberikan view yang terbaik. Dan Cafe El Lago antara yang banyak di recommended oleh para pengunjung yang telah datang ke sini. Dan rata-rata cafe di sini dibuka seawal 6.30 pagi bagi membolehkan pengunjung menikmati sunrise dari kerusi mereka.

Sweet couple Ustaz Anas dengan Cikgu Hani. Dua-dua orang Pahang.
Okay sebelum meneruskan penulisan aku nak korang menikmati gambar-gambar keindahan matahari terbit di atas puncak Gunung Batur. Seriously memukau mata yang melihat dan terus jatuh ke hati. Feeling time ni macam first time aku jatuh cinta pada isteri aku dulu hahahaa. Serius Subahanallah cantik bangat seyhh!!

Pemandangan matahari terbit di sebalik Gunung Batur. View dari Cafe El Lago.
Lens camera hanya mengambarkan 30% dari keindahan dari mata sebenar yang melihat.
Bayangkan kami sampai di awal waktu dengan keadaan masih lagi sedikit gelap dan melihat dengan naked eyes matahari tu keluar sedikit demi sedikit di sebalik Gunung Batur yang berada di hadapan kami. Insyallah ini boleh menjadikan asbab untuk aku repeat trip ke Bali jika mengenangkan keindahan di sini :D

Yang best nyer di El Lago Cafe ini ada satu anjung berlantaikan kayu dan berdindingkan cermin. Memang nice sangat bergambar kat anjung ni. Pemandangan pulak menghadap ke Gunung Batur yang dihiasi dengan hutan yang masih menghijau sejauh mata memandang. Time sunrise ni pulak ada kabus di kaki gunung. Memang cantik view time ni.

Mula-mula risau juga bawa Ustaz dengan Cikgu ni travel backpack
tapi okay la sama jer masuk air macam kitaorang hahaha..
Masa sampai di sini terus amik gambar bagai sebab tak nak lepaskan peluang sunrise tu. Pastu tiba-tiba aku cakap " Eh korang.. Pape hal kita order la dulu.. Kang kena halau sia-sia jer". Time ni aku cari Pak Supir tapi dah hilang ntah ke mana. Tak ada pulak dalam cafe ni padahal tadi dia pun amik gambar sama-sama. Tadi masa sampai dah bagitau nanti kita duduk minum bersama. 

Inilah anjung di El Lago Cafe. Memag cantik view dari sini tapi jangan tengok bawah jer la.
Boleh pilih untuk duduk indoor atau outdoor. Time ni kabus tebal sangat.
Aku naik ke atas parking semula tapi jumpa kereta jer, Pak Supir nya tak ada. Kesian kalau dia tak makan sebab dari pukul 3.00 pagi tadi lagi dengan kami tak makan apa-apa. Dah la semasa perjalanan ke Kintamani dari airport kami semua tertidur nyenyak. Pak Supir bawa kereta bersekang mata seorang diri.

Turun dari tangga sini masuk ke dalam cafe yang berada di bawah satu tingkat dari parking.
Okay El Lago Cafe ini bukan sahaja menyediakan sudut untuk bergambar yang romantik tapi restoran dia pun nampak elegant dan makanan dia pun sedap dengan presentation makanan yang agak menarik. Tapi faham-faham la bila dah berada di tempat tourist harga pun tak friendly kampung la. 

Tempat yang couple ni duduk memang kami tunggu nak duduk hahaa..
Seronok layan view kat sini. Kena pulak ada lagu This Love from Descendent Of Sun :D
Dan macam biasa di Bali ini dikenali sebagai tempat majoriti yang beragama Hindu Dharma dan muslim adalah sangat minority so make sure tanya sebelum order. Adakah makanan yang dihidangkan adalah halal atau ada bercampur alkohol and so on. 

Disebabkan di sini ada menyediakan steak yang tidak halal maka kami decide untuk order pastry, coffee and tea sahaja. Somehow waiter dia sangat bagus siap explain pada kami mana menu yang boleh dimakan mana yang tak boleh. Even some pastry macam certain cake ada campur alkohol. Tiba-tiba waht if kalau kitaorang tak tanya? Takutnya..

Hot Lime Tea (IDR25,000) Hot Chocolate (IDR30,000) Kopi Tubruk Kintamani (IDR20,000).
Banana Chocolate Waffle - IDR 55,000
Berry Pancake - IDR55,000
Breakfast Menu - Kalau datang waktu lunch atau dinner ada menu lain katanya.
Breakfast pagi ni kami tak la makan banyak sangat sebab terlalu awal pagi dan lebih kepada nak rasa-rasa sahaja. Si Ustaz Anas dengan Cikgu Hani pulak jenis makan tak banyak. Semua tempat yang kami berhenti makan diorang hanya order satu menu share berdua. Tak tau tangki makanan besar mana hahaha.. 

Kami spend hampir satu jam di sini sambil menikmati matahari terbit dan sarapan dan membuang masa. Lagi pun sekarang waktu masih lagi pagi tak banyak kedai yang dibuka. Dan pada masa yang sama aku mencari pak supir dari tadi tidak kelihatan. Mana pulak pergi pak cik ni. Tak sedap rasanya kalau kita makan dia tak makan.

Suka dengan konsep design cafe ini. Ruangan tandas pun macam di lobi hotel.
Muka masing-masing ada nampak kepenatan tak mandi  di situ hahaa.. 
Elok selesai kami bersarapan bagai dan naik ke atas tiba-tiba nampak Pak Supir tengah hisap rokok sebelah mobil. Aku pun tanya Pak pergi mana tadi? Di cari ngak jumpa. Dia kata ada jer duduk-duduk di tepi kawasan parking ini. Nak cari warung tapi awal lagi belum buka.

Aku pun bagitau nanti kalau jumpa mana-mana warung bapak berhenti aja. Kita minum kopi dengan sarapan sama-sama. Dia kata baiklah sambil senyum dan membuang puting rokok. Sambil tu aku tanya "Pak nanti kalau ada jumpa Indomart atau Alfamart berhenti sekejap ya". Dia pun okay pak bisa aja :D

Bersambung Bali Part 3 : Batur Natural Hot Spring & Mount Batur Tour (Under Construction)

7 comments:

  1. cantik betul cafe ni..tiba2 terasa nak pergi cuti2 sini la plak...sblm2 ni i tak pernah terasa teringin nak dtg sini...jatuh chenta dgn view dan suhu nyaman laaaa...kena save entry ni dlm my hp ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes cafe ni cantik sangat.. and this only one of the cafe kat puncak Kintamani ni.. ada banyak lagi cafe lain.. mmg best lepak dgn cuaca sejuk lagi... Sila sila save entry ni yer hihii..

      Delete
  2. Dok bayangkan Bali ni terkenal dengan pantainya sahaja. Rupanya ada gunung2 gak. Menarik bila berada di Puncak Kintamani dengan suhu yang sejuk tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The whole island memang cantik ada banyak gunung ganang ada berpuluh air terjun.. Kawasan sawah padi lagi.. pantai dia nice la.. ada satu pantai tu black sand beach.. very interesting.. :D

      Delete
  3. Kafe kayangan ni hehe. .. memang cantik dan mempesonakan sungguh view sini 👍🏻

    ReplyDelete
  4. Travel dengan mereka- mereka yang masuk air sanagt berbaloi..kan? pergh..menu.....ngancam selera iolls..

    ReplyDelete
  5. Wahh nice view. Tengok kabus kabus tu boleh feel sejuk nya smpai kesini. Nyaman!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...