Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Moga semua yang baik kita amalkan sentiasa dan mana yang tidak baik kita jauhkan.
Sedar tak sedar berbaki 3 bulan lagi sebelum tirai tahun 2026 akan ditutup. Dan berbaki 5 bulan lagi sebelum bulan Ramadhan Al Mubarak kembali menemui kita. Rasa masih baru suasana Ramadhan yang lepas dan masih kuat diingatan.
Cerita travel semasa puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Yunnan tahun ini pun belum berkesempatan untuk dicoretkan dalam blog ini. Harap dapatlah ditulis habis kisah pengembaraan sebelum sampai next Aidilfitri.
Banyak yang berlaku semenjak dua ini - Perginya Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali seorang wanita yang hebat yang mengenali suami beliau dari sebelum perang dunia kedua sehingga menjadi antara doktor wanita melayu pertama di Malaysia dan kemudian menjadi kepada isteri seorang Perdana Menteri sebanyak dua kali.
![]() |
| Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Binti Mohamad Ali. |
![]() |
| Pengarah AKPS Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain. |

