Cuti Ramadhan 1428 H bersamaan Oktober 2006.. Cuti kedua aku balik Malaysia selama dua tahun di South Africa.. kebiasaan bila aku balik Malaysia.. first at all aku akan ziarah semua sedara mara aku.. dan orang2 yang banyak menolong aku..
Bila aku pi ziarah Haji Amin ( orang yang banyak tolong aku dari segi kewangan untuk pergi ke South Africa..) beliau menyatakan akan ke Cambodia untuk Misi Bantuan Umat Islam di sana.. aku di ajak pergi sekali untuk menjadi petugas.. dan bayaran sebanyak RM1000.00 termasuk tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makan dan minum..
 |
(Abaikan tarikh 01/01/2004.. lupa nak set camera) Bergambar bersama Ketua Keselamatan Airport |
Alhamdulillah arwah ayah aku mengizinkan dan menolong membayarkan jumlah tersebut.. :D (thank you ayah).. Misi bantuan selama 5 hari.. bermula dari Jumaat 13 Oktober.. Alhamdulillah Dengan Nama Allah.. penerbangan Airasia ini kami semua selamat sampai..
Misi di anggotai seramai 7 orang warga Malaysia.. Haji Amin dan anak sulung beliau Abg Aiman turut serta.. Dua orang sahabat abang aiman juga turut serta untuk menjadi petugas Abang Hamidi dan Ustaz Hanief.. berserta 2 businessman melayu kenalan Haji Amin..
 |
| Menanti waktu berbuka puasa |
Kami di sambut sebagai tetamu VIP oleh kerajaan Cambodia.. Haji Amin kata walaupun ini misi bantuan untuk orang islam.. tetapi dengan kata lain ia membantu rakyat cambodia.. that why kita jadi tetamu kerajaan.. so make sure jaga tingkah laku kamu.. Baik..!! aku balas pada Haji Amin..
Passport kami terus di ambil oleh Ketua Keselamatan Airport.. dan yang aku ingat kami tak payah stamp passport.. dan passport kami di pegang oleh Airport sehingga kami pulang nanti..
Di luar Airport sebuah van dan sebuah jeep tentera bersama beberapa pegawai tentera telah pun menunggu kami.. dan membawa kami terus ke sebuah hotel di Bandar Phnom Penh.. Selepas chek-in dan meletak barang di balik kami turun ke lobi untuk ke restoran.. untuk berbuka puasa.. Sambil menunggu hidangan dan juga waktu berbuka Haji Amin memberi sedikit penerangan mengenai program yang akan di jalankan..
 |
| Bersama kanak-kanak Cambodia yang memerlukan bantuan.. |
 |
| Dato' Razak mengagihkan biskut pada setiap kanak-kanak.. |
 |
| Tak sabar sambil tersenyum menunggu giliran untuk mendapatkan biskut ping pong.. |
 |
| Para ibu sabar menanti giliran untuk mendapatkan 5 kg beras seorang |
 |
Majlis pengagihan bantuan dari Malaysia seperti
Al-Qurqn, buku tulis, buku agama, beras, pakaian dan makanan.
|
Perkara paling aku terasa apabila aku membasuh kaki dengan air dalam tempayan yang di tadah dari bumbung masjid.. setelah aku selesai membasuh kaki ada seorang budak perempuan dalam umur 6 tahun sambil mendukung adik dia dalam umur 2 tahun.. meminta gayung dari aku.. dan dia terus menyeduk air dari tempayan dan memberi minum kepada adik dia.. bagi orang malaysia tidak akan minum air tadahan hujan dari bumbung yang tentu boleh mendatang kan sakit.. tapi tidak pada budak ini..
 |
| Dato' Razak memberi sumbangan pada imam masjid |
 |
| Memberi sumbangan pada mereka yang memerlukan :P |
Kesokan hari kami memulakan perjalanan ke kawasan perkampungan yang ramai penghuni islam.. untuk memberi sumbangan seperti peket beras 5 kg untuk setiap keluarga.. bungkusan pakaian.. buku dan peralatann tulis.. wang tunai dan sebagai nya..
Aku di tugas untuk mengambil bahagian kanak2.. seperti memberi Biskut Ping Pong 5 keping seorang.. sedih melihat mereka yang beratur untuk mendapatkan biskut yang mereka tak pernah nampak apatah lagi rasa.. dan adalah normal untuk kanak2 bawah 3 tahun tidak berbaju.. sebab ibu bapa tidak mampu membeli pakaian untuk mereka.