Showing posts with label Part 1 : Stulang Berjaya Waterfront Ferry Terminal (Johor). Show all posts
Showing posts with label Part 1 : Stulang Berjaya Waterfront Ferry Terminal (Johor). Show all posts

Wednesday, 27 December 2023

Pulau Batam Part 1 : Stulang Berjaya Waterfront Ferry Terminal (Johor)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang dan rezeki untuk backpacking bersama seisi keluarga kecil kami ke luar negara walau tak jauh mana cuma seberang sahaja iaitu Pulau Batam, Indonesia. 

So ini backpacking kali kedua bawa The Kids selepas percubaan pertama kali ke Singapore pada pertengahan bulan Jun tahun ini. Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik. Dan still The Kids cooperate dengan baik :D

Alhamdulillah at last selamat sampai. The Kids baru bangun dari tidur sepanjang perjalanan.
Rabu petang minggu lepas dalam pukul 2.30 petang aku whatsapp wife bagitau malam ni jom kita ke Batam. Wife aku kata ok jer sebab ada few thing yang aku dah pun study. So boleh la, yang lebih-lebih tu kita redah jer la like always :D

Balik kerja petang tu terus aku buka laptop cari accommodation di Batam menggunakan Agoda. Pada kebiasaannya aku guna Booking.com tapi sebab kita nak boikot produk yang support Israhell maka aku tukarlah ke Agoda. 

Lepas confirm terus pergi 7E buat bayaran. Alhamdulillah dapat bilik Family Room RM74.00 semalam selepas diskaun. Campur tax bagai total RM179.60 untuk dua malam.

Masa datang tak tahu juga nak parking mana sebab di bahagian luar pun ada parking.
 Nasib baik ada seorang pakcik ni tegur "Masuk parking dalam murah dari luar" katanya.
Selepas membeli tiket feri kita boleh ke ruang menunggu sebelum pintu boarding dibuka.
Make sure makan sebelum datang ke sini sebab harga makanan kat sini T20 hahaha..
Plan nak gerak antara pukul 12.00 tengah malam - 1.00 pagi tapi terbantut sebab keletihan bagai, maklum la last minute decide kan :D. At last kami gerak pukul 3.30 pagi ke Johor Bahru. Alhamdulillah sampai dalam pukul 7.40 pagi. Terpaksa hadap jem selepas tol kempas sebab hari ni Khamis last day orang Johor berkerja.

Feri hampir penuh tapi kami bernasib baik dapat duduk semua dalam satu baris.
Kami terus menuju ke Stulang Berjaya Waterfront Ferry Terminal lebih kurang 8.25 pagi sampai dan parking bertingkat di Level 3A berhadapan entrance ke bangunan. Parking kereta di sini insyallah selamat security pun memang berkali-kali round naik motor dan ramai juga orang parking kereta di sini. 

Feri ni dua tingkat dan ada tandas yang bersih. Area belakang ni port orang merokok.
Dalam feri ada jualan Air panas, Keropok dan Pop Mee Cup IDR15,000/RM5.00
Kadar bayaran juga amat murah iaitu RM2.00 untuk sekali masuk dan RM1.00 untuk sejam berikutnya. Dan maximum adalah sebanyak RM5.00. Di mana RM5.00 itu dikira parking untuk sehari. So kami parking dari Khamis pagi sampai Sabtu petang total amount RM15.00. Dan bayaran parking adalah cashless yer so kami menggunkan kad Touch & Go. Tak cukup duit kad TnGo jangan risau di sini ada few kiosk reload Kad TnGo. 

Stulang Berjaya Waterfornt.. Will see you in the next 3 days :D
Pemandangan di belakang feri. Okla layan sekali sekala lenguh kaki sejem lebih duduk dalam.
Disebabkan kami bertolak lambat dari rumah makanya kami terlepas feri pertama pada pukul 7.15 pagi dan sekarang kami cuba kejar feri kedua pada pukul 9.30 pagi. Terminal feri berada di Level 2 dan Mall Berjaya Waterfront ni tak la besar mana dan kebanyakan kedai-kedai sini kosong especillay tingkat dua ke atas.

Dan kerana kami decide trip ni very last minit maka duit pun belum tukar tapi dalam hati rasa pasti ada money changer di sini. Tapi masalahnya sekarang baru pukul 8.40 pagi kebanyakan kedai belum dibuka. Selepas tanya security kami diberitahu terdapat satu money changer yang dah buka seawal 8.00 pagi di ground floor. Tak jauh dari entrance mall.

Pemandangan dalam feri balik dari Batam. Lebih luas dan selesa dan aircond yang sejuk.
Feri ni bahagian open air dia lebih luas dan selamat nak bawa kids ke sini layan angin :D 
Time balik ni kami duduk tingkat atas. Dan area belakang ni khas utk orang atas sahaja. 
Kadar tukaran yang kami dapat masa ini RM320.00 untuk IDR 1 juta so kami tukar RM480.00 untuk IDR1.5 juta. Duit hotel dah bayar dan tiket feri dah beli return siap-siap. So basically rasanya tak la banyak sangat nak pakai cash selain untuk makan minum dan duit supir (transportation) nanti. Dan kita standby debit card untuk emergency situation :D

Jadual Perjalanan Feri Dari Stulang ke Batam Centre Dan Harga Tiket.

Ada dua destinasi arrival di Batam - Satu di Batam Centre yang famous.
Dan satu lagi di Harbour Bay berdekatan dengan city centre (Terminal Baru).
Kadar bayaran feri ke Pulau Batam, Indonesia (2023).
Okay satu info yang korang kena faham adalah harga tiket dan surcharge adalah berlainan. Contoh Harga tiket dewasa return adalah RM160.00 tambah surcharge jadi RM181.00 per person. Kat sini kami lari bajet sedikit sebab tak kira RM21.00 setiap orang tu. So aku dengan wife return tiket RM362.00. Tiket kanak-kanak yang berusia 2 - 12 tahun ada 3 orang. So RM100.00 seorang tambah surcharge RM21.00 = RM121.00 seorang darab 3 orang = RM363.00

Bagi yang berumur bawah 2 tahun tiket adalah percuma tetapi perlu bayar surcharge RM18.00 sahaja. So total tiket return kami sekeluarga adalah RM743.00. Dan satu lagi peringatan penting ialah balik dari Batam ke Stulang pun ada surcharge juga. IDR 135,000 atau RM45.00 seorang dan untuk bawah 2 tahun surcharge IDR100,00 sahaja.

Ini boarding pass dari Batam Indonesia ke Stulang Malaysia.
Makanya jangan habiskan duit korang shopping di Batam. Make sure simpan duit siap-siap untuk bayar surcharge masa balik nanti. Surcharge ni ialah boarding pass kita sebab selagi tak bayar selagi tak dapat boarding pass. Masa aku bayar surcharge di Batam ada brother sebelah aku tak ada duit nak bayar surcharge tu. Dan kena ingat bayaran hanya boleh dibayar cash sahaja tak boleh guna QR Pay atau Kad.