Friday, 11 July 2025

Uzbekistan Part 6 : Alisher Navoiy Theater - State Museum - Mustakillik Fountain

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pada hari kedua di Tashkent ini, kami dah keluar seawal pagi menuju ke Alisher Navoiy Theater dengan menaiki Yandex. Bangunan asal theater telah dibina pada tahun 1929 oleh M. Kari-Yakubov dan pada tahun 1939 ia dikenali sebagai The Uzbek State Opera and Ballet Theatre.

Dan kemudian telah dibina sebuah bangunan yang lebih besar seperti yang ada pada hari ini di antara 1942-1947 dengan menggunakan forced labor. Dibuka pada tahun 1947 sempena ulang tahun kelahiran Alisher Navoiy yang ke 500. Theater ini boleh memuatkan 1,400 orang penonton dalam satu masa. 

Di hadapan bangunan Alisher Navoiy Theater yang bersejarah.
Oh ya force labor yang membina theater ini adalah banduan dari bekas tentera jepun atau dikenali sebagai Prison of War (POW) yang ditangkap oleh Soviet selepas perang dunia kedua yang dianggarkan lebih 750,000 orang. Dan dianggarkan 3.5 juta tentera jepun yang tertangkap selepas kalahnya Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Bila musim winter memang kebiasaanya fountain akan ditutup.
Di tahun 1996, President Uzbekistan Islam Karimov telah meletakan sebuah plague di theater ini bagi memperingati (honoring) orang-orang jepun yang telah membina Theater ini. Tertulis pada plague ini "In 1945–1946 hundreds of Japanese citizens deported from the Far East took an active part in the Alisher Navoiy Theater Construction".

Simpang empat besar ini juga lengang. Abg polis tu pun tak tahu nak buat apa πŸ˜…
Nak lintas jalan besar kena ikut laluan underground.
Ianya bukan underground station tapi hanya lintasan bawah tanah semata-mata.
Dari Alisher Navoiy Theater, kami berjalan kaki menuju ke State Museum of Uzbekistan History yang terletak hanya 600 meter sahaja. Dan mungkin disebabkan masih lagi cuti Aidilfitri, maka jalan raya tidaklah begitu banyak kenderaan sehingga kami boleh shot video di atas jalan bersama the kids.

Suasana yang tenang di pagi hari menuju ke State Museum 
State Museum hanya terletak 600 meter dari Alisher Navoiy Theater.
Apa yang menarik tentang muzium ini adalah ia memberikan gambaran dari zaman stone age sehinggalah zaman sekarang tentang budaya, masyarakat dan negara Uzbek itu sendiri. Dibina pada tahun 1876 dan pernah dinamakan sebagai Lenin Museum ketika di awal pemerintahan soviet. Bayaran masuk 60,000 SOM atau 20.00 MYR untuk orang dewasa.

Bagi yang suka nak membaca banyak fakta berkenaan sejarah seperti aku insyallah ia sangatlah berbaloi dan amat menyeronokan. Tapi bagi yang tidak hurmm pepandai lah korang hahaha 🀣.  Bagi aku bila datang negara kita kena mendalami sejarah, adat dan budaya barulah enjoy the trip di sesebuah negara tersebut.

Antara barangan bersejarah yang dipamerkan di dalam state museum
Info dari bacaan aku pada hari ini mengatakan muzium telah ditutup untuk satu jangka masa yang lama untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dan naik taraf bangunan muzium yang telah pun menghampiri 150 tahun. Tempat banyak menyimpan artifak pra sejarah kan, harus lah dijaga dengan baik.

Sejarah awal ajaran Budha dan agama islam juga banyak ada di sini. Dari Kerajaan Islam Timurid Empire (1370-1507) dan Mughal Empire (1526-1857) dari Barlas Clan of Turco - Mongol yang memerintah dari Bukhara & Samarkand sehingga Almaty di atas dan sehingga Kabul di bawah. Pemerintahan yang berasal dari salah satu keturunan Genghis Khan.

Mustakillik Fountain - Waktu winter tiada air lansung di sini. 
Dari State Museum kami berjalan melintasi Mustakillik Fountain dan Independence Square. Dan terus menuju ke Ankhor Park dengan jarak 1.8km. Terlalu banyak yang menarik di sepanjang perjalanan sehingga tak terasa kami berjalan jauh. Mustakillik Fountain ini kalau bukan musim sejuk pasti cantik sebab susunan air pancut yang seolah menari-nari. 

Melintasi park yang luas menghijau dan terdapat banyak bunga berwarna warni tumbuh dengan segar walau dengan cuaca yang sejuk. Athira dengan Atiyya suka lah dengan pemadangan bunga-bunga ini. Affan pulak tak begitu menghayati.

Selepas Uzbekistan mengisytiharkan kemerdekaan pada September 1991 maka Lenin Square ini telah ditukar kepada nama Mustaqillik Maydon yang membawa maksud Independence Square. Dan Lenin Monument telah diruntuhkan. Dan telah digantikan dengan sebuah "Globe" bagi menunjukkan simbolik kebebesan.

Untuk sekarang Independence Square ini selalu dijadikan sebgai host dalam mana-mana acara sambutan pada peringkat negara termasuklah perarakan ketenteraan di hari ulang tahun ketenteraan atau sambutan kemerdekaan. Dan Independence Square ini adalah square yang terbesar di Tashkent dan di sini terdapat banyak statue atau monument.

Dan akhirnya kami berjalan sampai di Ankhor Park yang berada di hujung bersebelahan denagn sebatang sungai yang cantik. Dan dari sini kami akan ke Memorial Square yang mana terletaknya Ilhaq Eternal Flame dan The Tomb of Motherland. Nak tahu apa ada di Memorial Square? tunggulah next part.

Bersambung Uzbekistan Part 7 : (under construction)

Monday, 7 July 2025

Uzbekistan Part 5 : Survey Kawasan Sekitar Hostel - Solat Maghrib Di Rakat Jami Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Alhamdulillah selepas melalui semua dugaan dan ujian, akhirnya kami redha dan check in sahaja di Sulton Hostel untuk sepanjang 4 hari kami di Tashkent. Bak kata orang setiap yang berlaku pasti ada hikmah Insyallah.

Di sini suasana lebih ceria dengan penuh aktiviti masyarakat setempat. Somehow kami pejamkan mata dengan masalah accommodation dan kami enjoy the moment sepanjang masa menginap di sini. Buat apa nak stress kan fikiran, lebih baik focus pada next move dalam misi mengembara di bumi yang pernah melahirkan ramai ulama ini.

Suasana tenang pagi hari di hadapan Sulton Hostel.
Bila dapat jer bilik, masing-masing nak mandi, tukar baju dan berehat. Afnan dan affan terus terlelap selepas mandi dan diberi susu. Sambil aku memunggah beg dan menyusun baju dalam almari dan saki baki makanan yang ke di atas meja.

Selepas 2 jam kami berehat aku tanya wife "Nak keluar ke? Sebab nanti malam for sure tak buat apa-apa". Wife kata ikut la lagi pun the kids dah tidur lama, takut malam nanti tidur lewat. Boleh la nak penatkan kids supaya boleh tidur awal. 

Pasaraya 24 Open. Itulah kot namanya sebab tak jumpa nama lain yang tertera.
Pasaraya yang kemas dan lengkap semua barang dari makanan hingga keperluan diri.
Lewat petang tu kami keluar berjalan-jalan kawasan sekitar Sulton Hostel. Dan aku rasa satu hikmah besar tak jadi stay di Na Bobura Hostel adalah di sini kawasan lebih meriah dipenuhi kedai runcit, cafe, restoran halal, farmasi, bakery, kedai serbaneka dan pasaraya. Semuanya dalam lingkungan 100 meter sahaja.

Dapatlah kami membeli sedikit keperluan especially makanan. Lagi pun ada dapur yang disediakan di hostel untuk kami memasak. Baki beras masih ada dari Bishkek maka misi mencari sesuatu untuk dimasak sebagai lauk makan malam nanti.

Banyak benda yang kena cukai dengan the kids setiap kali ke sini.
Beli roti di sini lebih murah berbanding dengan tempat lain.
Bila travel ni memang akan amik gambar di mana jua. Lagi-lagi seorang blogger hihii.
Somehow aku rasa kalau korang tak kesah pasal keadaan accommodation yang bertaraf 1 bintang atau yang mahukan harga penginapan yang budget. Aku suggest korang stay di Sulton Hostel. Sebab lokasi ia sangatlah convenience. Berbanding dengan Na Bobura Hostel yang tiada ada di sekeliling dan hanya terdapat satu cafe sahaja.

Beruniy Somsa - Bakery yang terletak berhampiran hostel.
Di antara Sulton Hostel dengan Pasaraya 24 Open terdapat dua buah kedai runcit, satu farmasi dan satu kedai roti atau aku boleh kata kilang roti sebab dari pagi sampai ke petang tak berhenti membakar roti dan orang yang datang membeli sekeping dua atau sebuku roti tapi berpeket-peket banyaknya.

Kami cuba juga nak membeli roti yang dibuat dan kelihatan terdapat pelbagai jenis berdasarkan perbezaan bentuk. Namun masalah bahasa menyukarkan kami untuk membeli dan akhirnya kami berlalu meninggalkan sahaja disebabkan owner kelihatan tidak begitu melayan kami kerana sibuk membakar roti dalam ketuhar api.

Gulyar Market berada bersebelahan dengan Sulton Hostel.
Dan Rakaat Market bersebelahan Gulyar Market.
Selesai survey kawasan sekitar dan membeli di keperluan Pasaraya 24 open. Kami pulang ke hostel dan meletakan barang dan kemudian bersiap-siap untuk ke masjid. Sebab tadi waktu asar kami boleh dengar azan yang begitu jelas.

Mestilah masjid tidak begitu jauh kalau azan boleh didengari. Berpandukan direction oleh pemuda di reception. Kami berjalan kaki hampir 500 meter ke arah masjid. Dari kejauhan boleh dilihat menara masjid yang tinggi dan bercahaya.

Berjalan hampir 500 meter untuk ke Rakat Jami Masjid dari Sulton Hostel.
Masjid yang sangat besar, cantik dan mewah. Even dah sampai pintu masjid kita masih lagi perlu berjalan jauh untuk menuju ke saf hadapan menyertai solat jemaah. Dan masjid ini ada menyediakan ruang untuk kaum wanita bersolat tidak seperti kebanyakan masjid di sini yang bermazhab hanafi yang tidak menyediakan ruang untuk muslimat.

Terletak di 20 Abdulla Avloniy Street, Tashkent. Rakat Jami Mosque ini adalah antara salah satu masjid yang baru dan tercantik di Tashkent. Dibina pada tahun 2019 dan siap pada 2022. Dibuka pada bulan Ramadhan di tahun berikutnya.

Kelainan masjid ini dengan masjid-masjid besar yang lain adalah ia terletak di dalam kawasan perumahan awam. Tidak seperti masjid-masjid besar yang lain yang kebanyakan terletak di kawasan tarikan pelancong dan kawasan yang terbuka luas dan agak jauh dari kawasan perumahan. Masjid in boleh memuatkan lebih 8000 orang jemaah dalam satu masa.

Salah seorang yang memakai serban itu tadi adalah iman solat maghrib tadi.
Pengalaman solat berjemaah di sini memang berlainan dari di Malaysia. Selepas solat ada zikir tapi tidaklah banyak atau sepanjang zikir selepas solat di Malaysia. Dan zikir di sini tidak dibaca dengan kuat bersama-sama para makmum. Lebih kepada hanya di guide sebutan utama oleh imam dan kemudian diam seketika. 

Dan di sini majoriti bermazhab Sunni atau Ahli Sunnah Wal Jamaah dari ajaran Imam Abu Hanifah atau lebih dikenali sebagai Mazhab Hanafi. By the way ada juga masjid yang dipegang oleh yang bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Syiah dan Wahabi tapi dalam lingkungan yang amat sedikit.

Bersambung Uzbekistan Part 6 : (Under Construction)

Saturday, 5 July 2025

Klinik Al Fatihah & Pertandingan Bacaan Surah Al Fatihah Di Surau Najah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Seawal pagi di hari sabtu ini kami sekeluarga bersiap-siap menuju ke Surau An Najah di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang. Bagi menghadiri Program Klinik Al Fatihah. Anjuran PERKIM Cawangan Ampang bersama pihak Surau An Najah.

Satu program khas untuk kanak-kanak berumur dari 5 tahun sehingga 9 tahun bagi membetulkan bacaan Surah Al Fatihah. Alhamdulillah majlis dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dengan pelbagai cara iaitu warsh, qurdi dan baihati oleh Ust Ahmad Al Atif Imam Masjid Jamek Al Huda.

Penceramah utama program Ust Jamal Bin Musleh seorang pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga Imam Surau Taman Mulia Jaya. Ceramah yang diberikan kepada anak-anak memang terbaik dan semua happy mendengar sampai tergelak-gelak hadirin yang hadir. Siap boleh buat suara Ejen Bakar dan suara Doreman. 

Selesai sesi ceramah Klinik Al Fatihah. Maka sesi pertandingan pun bermula. Tiga orang juri pertandingan iaitu Ust Asyraf Imam Masjid Taman TAR, Ust Muhamd Firdaus Imam Masjid Mustaqim dan Ust Abu Dzar Roslan Imam Surau An Najah.

Ust Jamal sedang memberikan ceramah berkenaan Surah Al Fatihah.
Affan baru sahaja selesai menyertai Pertandingan Muazzin Junior bulan lepas di Hari Terbuka Masjid UPM - Boleh baca di sini Affan Masuk Pertandingan Muazzin Junior Di Masjid UPM dan bulan ini alhamdulillah ada rezeki lagi bagi dia kehadapan untuk membacakan surah Al Fatihah. 

Dapat goodies beg semasa pendaftaran sebelum program.
Antara isi goodies beg yang masih berbaki.
Selepas pendaftaran seawal pagi di surau. Setiap peserta dapat beg goodies ni dan di dalam penuh dengan kudap-kudap jajan untuk peserta. Tapi sebab ada banyak beg goodies ini disediakan. Maka Atiyya dengan Afnan yang tak join jadi peserta pun dapat. Gambar ini diambil selepas pulang ke rumah itu pun dah banyak habis dimakan.

Athira peserta ke 5 membacakan Surah Al Fatihah.
Affan peserta ke 8 sedang membacakan Surah Al Fatihah.
Ust Firdaus menyampaikan hadiah saguhati beg sekolah dan sijil penyertaan.
Affan menerima hadiah saguhati beg sekolah dan sijil penyertaan
Disebabkan syarat pertandingan adalah dari umur 5 hingga 9 tahun. Dapat la si Athira masuk sekali bersama Affan dan kedua-duanya macam biasa dapat hadiah saguhati bersama sijil dari PERKIM. Tak harap menang pun just nak bagi berani ke hadapan membacakan Surah Al fatihah. 

Program habis tepat jam 12.00 tengah hari. Dan setiap yang hadir diberikan nasi ayam untuk makan tengah hari sebelum pulang. Oh ya pagi tadi breakfast juga disediakan iaitu Nasi Lemak dan kuih muih. Harap ada la peluang lagi seperti ini di masa hadapan Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...