Sunday, 22 June 2025

Affan Masuk Pertandingan Muazzin Junior Di Masjid UPM

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Minggu lepas kami sekeluarga pergi ke Masjid UPM untuk menyaksikan Pertandingan Muazzin Junior anjuran bersama Masjid UPM, Tadika Islah Junior dan Tadika Bir Ali. Seramai 18 pelajar junior telah mengambil bahagian yang berumur 5 dan 6 tahun. Penyertaan adalah 11 peserta dari Islah Junior dan 7 peserta dari Bir Ali.

Dan yang mendebarkan adalah Affan adalah salah seorang peserta yang mewakili Tadika Islah Junior Ampang. Dan belum pernah lagi dalam sejarah Affan ke hadapan di khalayak ramai. Apatah lagi untuk melaungkan azan. 

Affan melaungkan azan subuh di pertandingan Muazzin Junior.
Menang hadiah saguhati. Tak apa insyallah next time boleh cuba lagi Affan.
Ye lah parent mana yang tak cemas, kan? Untuk syarat pertandingan adalah peserta wajib melaungkan azan subuh. Maka untuk beberapa hari sebelum pertandingan Affan dah practice beberapa kali di rumah dan di sekolah. 

Walau hasil dari latihan tidaklah begitu memuaskan. Tapi teacher Affan kata menang atau kalah itu cerita belakang. Yang penting Affan berani ke hadapan di khalayak ramai. Dan alhamdulillah Affan berani dan excited nak melaungkan azan.

Ketika pendaftaran peserta di masjid sebaik sahaja sampai di awal pagi. Affan dapat nombor giliran peserta ke 8. Start dari situ aku dengan wife dan mula cemas. Selagi Affan tak selesai melaungkan azan selagi tu la tak senang duduk hahaa.

Sempena Hari Terbuka Masjid UPM dari 13 hingga 15 Jun 2025.
Affan bergambar dengan semua peserta dan guru masing-masing.
Takut sangat kalau tiba-tiba dia jadi takut atau gagap dan gugup ketika berdiri di hadapan orang ramai nanti. Dan nak tahu apa yang terjadi apabila acara dimulakan? Peserta pertama menangis..!!! Aku dalam hati "Ah sudah spoil, jangan la Affan tergugat".

Syukur peserta kedua hingga ketujuh semuanya melaungkan azan subuh dengan baik. Dan ketika Affan duduk menunggu giliran bersama teacher. Teacher whatsapp bagitau Affan dah tak sabar nak ke depan. Sedikit sebanyak melegakan kami yang sedang cemas. 

Dan giliran Affan pun sampai dan Affan melaungkan azan sehingga habis. Walau banyak kali terlupa dan tergagap. Tak apa lah janji Affan dah buat yang terbaik. Dan Affan menang hadiah saguhati sebab yang dapat tempat tiga pertama semuanya memang hebat betul.

Antara aktiviti lain untuk pengunjung junior - Membuat Sandwich.
Sandwich dah siap. Suka la bila diambil gambar budak dua orang ni.
Ada pameran dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor.
Acara Muazzin Junior ini diadakan sempena Hari Terbuka Masjid UPM dari 13 - 15 Jun 2025. Ada banyak gerai jualan dan pameran yang disediakan. Dan paling seronok dan menarik adalah pameran dari Kelab Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor. Dan terdapat beberapa aktiviti untuk para pengunjung terutama untuk pengunjung junior.

Warung Koppi 70's di Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi.
Habis program dalam pukul 11.45 pagi kami terus mencari tempat makan sebab semua dah kelaparan. Seawal pagi dah keluar dari rumah sebab nak kejar pendaftaran pada jam 8.00 pagi. Balik dari masjid UPM kami terus menuju ke Warung Koppi 70's di Kg Dato Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi untuk late breakfast dan lunch terus.

Tempat makan yang menarik dan tenang. Cuma agak panas bila dah tengah hari.
Teh Ais Leleh antara signature di sini. Manis ya amat huhuu.. :D 
Hurm.. Motif? Kasaq bahasa hang na..
Beberapa deco dalaman yang mengambarkan suasana tahun 70-an. 
Tempat menarik dan nampak ala-ala kampung dari zaman 70-an gitu. Cuma agak kepanasan sedikit mungkin sebab dah tengah hari. Walau dah pilih tempat duduk menghadap kipas huhuu. Dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dan Selasa setiap minggu. Waktu operasi dari pukul 7.30 pagi sehingga 3.00 petang.

Gambar makanan semua tak sempat nak ambil sebab semua dah kelaparan. Dah habis makan baru teringat, tak kan nak order balik kan hihii.. Antara yang kami order Roti Sarang Burung Special, Bihun Sup, Mee Kari, Roti Bakar dan few other lagi.  Alhamdulillah semua makanan di sini sedap :D

11 comments:

  1. congrats affan!! good job! dpt memupuk sifat berani, yakin dan public speaking skills tu

    ReplyDelete
  2. hebat affan tu brani laungkan azan dpn khalayak ramai., aminn

    ReplyDelete
  3. Tahniah berani ke depan. Semoga terus sukses di masa akan datang boleh cuba lagi.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dan Tahniah Affan. Moga terus berani dan cemerlang.
    Warung tu, kena cari ni balik Pjaya nanti.

    ReplyDelete
  5. You did well Affan, congrats ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
    Yg penting dia dapat pengalaman dan exposure. Nanti ada apa² pertandingan masukkan lagi. Based on my experience, program begini dapat bentuk keyakinan diri dan karakter anak². Sangat membantu bila diorg masuk sekolah nanti

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Yg penting berani ke hadapan tu.. Tahniah affan

    ReplyDelete
  7. tak apa affan boleh cuba lagi...
    betul tu! yg penting berani tampil dpn org ramai...

    cousin sy dulu dpn kwn2 kemain lagi...
    bla msk pertandingan (peringkat daerah) terus kelu 1000 bahasa... terus jd tiang TNB atas pentas tu heheheh

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..Tahniah Affan. Betul kata cikgu tu, kalah menang belakang kira. Yang penting pengalaman untuk Affan. Bagus dia berani. Kali pertama mungkin dia gugup. InshaAllah lepas ni dia tak gugup dah. Nervous kan tengok anak nak perform. Seronoklah macam-macam aktiviti ada diadakan di situ.

    Mungkin sebab sekarang cuaca panas. Duduk bawah kipas pun tak terasa anginnya. Lepak makan petang² okaylah kot kan.

    ReplyDelete
  9. tu laa
    sy terasa juga
    agak kasar juga bahasanya walaupun sekadar utk hiasan dinding je
    huhu

    ReplyDelete
  10. Wah saya jadi teringat anak saya dulu pun ikut lomba azan di sekolahnya, walau tak menang yang penting sudah mencoba.. Jadi pengalaman berharga.. Selamat ya Affan.. Namanya tu dah hampir mirip.. Azan

    ReplyDelete
  11. In shaa Allah, lama lama berlatih akan perbaiki lagi rentak azan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...