Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Uzbekistan Part 2 : Tashkent Avtovokzal Bus Terminal - Ubay ibn Ka'b Jameh Mosque
Syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk solat dhuha di Ubay Ibn Ka'b Jameh Mosque dan berehat seketika. Namun masa terlalu berkat buat kami. Dan jam masih menunjukan waktu baru sahaja memasuki jam 10.00 pagi. Walaupun dah cuba buang masa tapi macam berat jer jam ni nak bergerak laju.
Dan pada yang sama aku search Restaurant Nur kepunyaan rakyat Malaysia berbangsa Melayu di sini. Tetapi malang sebab ia ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri. Dan aku pun spontan tanya wife nak tak kita pergi ziarah Kedutaan Malaysia. Wife pandang aku "Nak buat apa?" Aku kata saja la kan hari raya ni. Orang Malaysia kan ada budaya ziarah menziarahi.
 |
Welcome Tu Anjir Restaurant. Nama jer pelik tapi makanan sedap. Traditional Uzbeks Food. |
Wife tanya lagi "Pernah buat ke?" Aku kata banyak dah Kedutaan Malaysia yang aku datang ziarah. Windhoek (Namibia), Harare (Zimbabwe), Stockholm (Sweden), Seoul (South Korea) dan paling banyak Pretoria (South Africa) dan mana lagi aku pun tak ingat. Aku kata saja la ziarah mana tau rezeki dapat jumpa orang Malaysia.
 |
Bangunan Kedutaan Malaysia di Tashkent, Uzbekistan. |
Disebabkan lokasi tidak lah begitu jauh dari masjid, kami menaiki Yandex menuju ke Kedutaan Malaysia. Namun disebabkan tersalah pin πlocation. Sesat ntah ke mana. Dan pada kali kedua barulah berjaya sampai di Kedutaan Malaysia di Tashkent. Tapi agak malang sebab Kedutaan masih ditutup sempena Hari Raya Aidilfitri.
Secara tak langsung Duta Malaysia ke Tashkent ini pernah berkhidmat di Kedutaan Malaysia South Africa semasa aku belajar di sana. Terus aku whatsapp beliau dan alhamdulillah beliau reply. Tapi katanya hari ini beliau ada tetamu di rumah dan kedutaan masih lagi ditutup.
 |
En Salahudin meminta kami masuk ke kedutaan sementara menunggu beliau sampai. |
 |
Budak masam yang tak tahu erti penat. Nak bermain sahaja kerja dia. |
Dan kemudian salah seorang staff kedutaan telah whatsapp aku dan bertanya apa urusan dan sebagainya. Aku reply saja datang ke kedutaan sebab nak tunggu waktu check in accommodation yang kami book pada pukul 1.00 petang dan lokasi tidak jauh dari Kedutaan Malaysia ini. Dan kedua niat saja nak mai datang ziarah tapi tak sangka tutup pulak.
Dan aku kata tak apalah kami round area setempat sehingga waktu check in. Tak ada urusan apa pun. Dan staff kedutaan tadi reply "Oh ingat apa tadi, sebab Tuan Ambassador suruh hubungi encik. Takut juga ada perkara penting". Terus aku rasa "Ah sudah, macam dah menyusahkan ramai orang pulak". π
 |
Daging Kuda yang telah dikeringkan. Sedap dan sangat recommanded. |
 |
Tak tahu apa nama panggilan nasi ini sedap sebanyak kismis. Ada daging, lemak lembu yang dikeringkan dan telur burung puyuh. |
Tiba tiba staff kedutaan tadi bagitau "Tak apa lah tunggu situ depan kedutaan, nanti saya datang" aku pun eh tak apa lah jangan susah-susah. Dan kemudian Encik Hafiz iaitu owner Restaurant Nur pun datang bersama staff kedutaan tadi iaitu En Salahudin. By the way beliau bukan staff biasa yer tapi Setiausaha Kedutaan yer. π
Masa ni aku dah rasa bersalah sebab dah menghuru hara kan keadaan sebab tiba-tiba macam asal semua datang nak membantu. Selepas bersalaman terus mereka bertanya dah makan ke belum? Aku macam biasalah jujur jer.. "belum lagi". Terus mereka ajak pergi ke Anjir Restaurant. Katanya alang-alang makan lunch terus.
Kami naik Yandex dan terus ke Anjir Restaurant. Tak cakap banyak dan terus duduk sebab nampak Encik Hafiz dan En Salahudin dah biasa makan di sini. Semua makanan kami serahkan pada mereka untuk order. Dan kami memang ikut sahaja dan makan apa yang di order. π€
 |
Minuman teh campuran pelbagai buah berries dan lemon. Memang sedap. |
Berborak sambil makanan tiba dan terus makan dengan penuh sopan santun walau pun perut dah kelaparan teruk hahahaa π€£. Ok untuk review memang aku rasa kalau datang ke Tashkent korang memang wajib try makan di sini at least sekali. 100% original makanan tempatan Uzbeks. Siap ada hidangan daging kuda yang menjadi satu kebiasaan bagi orang Uzbeks.
 |
Terima kasih buat En Salahuddin dan En Hafiz (berkupiah) untuk lunch di Anjir Restoran. |
Masa ni jam telah pun menunjukan pukul 1.30 petang. Dan kami bersalam di luar restoran dan mengucapkan terima kasih sebab En Salahudin telah belanja makan tengah hari tadi. Dan En Hafiz telah orderkan Yandex untuk kami ke accommodation yang telah kami booking.
Masa ni muka aku dengan wife memang malu tebal betul hahaha tapi dalam hati ada banyak senyum yang gembira. Dan aku memohon maaf sebab dah menyusahkan. Tak pasal-pasal ganggu waktu cuti mereka di tengah Hari Raya Aidilfitri ini.
Bersambung Uzbekistan Part 4 : Kena Scam Semasa Urusan Check In Dan Bertukar Ke Sulton Hostel (Under Construction)
Rezeki dijamu makanan sedap dan dapat jumpa orang besar di kedutaan. Bagus jujur, ada hikmahnya juga, mendapat balasan yang baik-baik.
ReplyDelete