Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Dalam banyak-banyak malam, malam weekend lah antara malam yang aku rasa malas sangat nak masak. Bila dah malas nak masak maka makan luarlah jawapannya. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas sampai ke malam sekarang ini.
Destinasi makan malam kami kali ini ialah di Aison Bakery & Coffee. Kenapa ke sini? Antara sebabnya ialah di sini ada heavy and light food. Termasuklah pelbagai pastry yang menarik untuk dicuba. Dan kedua sebab nak duduk dalam indoor.
 |
Terletak bersebelahan jalan dan ada banyak parking yang available pada waktu malam. |
 |
Ruangan tempat makan yang tenang di dalam dan ada toilet disediakan. |
Beralamat di No 83, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor. Hanya 100 meter walking distance dari Ampang Point Shopping Mall. Dibuka dari seawal pukul 8.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam setiap hari.
Dan branch di Ampang ini adalah Branch Aison Bakery & Coffee yang kelima. Selepas pembukaan 4 branch sebelum ini iaitu di Mahkota Cheras, Bandar Baru Bangi, Prima Saujana Kajang dan Menara Shell Bangsar.
 |
Antara beberapa jenis pastries yang dijual. Nampak banyak yang nyum nyum sedap. |
Dimiliki sepenuhnya oleh Chef Aison Bin Osman Wong a Chines Muslim with a rich culinary background dan pakar dalam pembuatan pastry dari croissant, kek sehinggalah pelbagai jenis roti. Dan untuk status halal, Aison Bakery ini masih lagi belum mempunyai sijil halal dari JAKIM. Namun semua bahan yang digunakan adalah dari sumber yang memiliki sijil halal.
 |
Honey Lemon Iced, Passionfruit Mojito, Le Blue Lychee Fizz dan Cappuccino Iced. |
Dari carian aku di google dengan penggunaan AI tentang maklumat terkini adalah "Walau bagaimanapun, berdasarkan satu catatan di Instagram Pengasas Aison Bakery iaitu Chef Aison sendiri. Beliau ada menghadiri Kursus Halal Eksekutif anjuran KUISCELL. Yang menunjukkan minat dan usaha mereka untuk mendapatkan sijil halal pada masa akan datang".
Okay itu sedikit sebanyak info yang aku dapat dari internet. Moga lebih banyak cawangan dibuka di masa hadapan dan moga cepatlah dapat Sijil Halal dari JAKIM.
 |
All Day Breakfast With Mini Croissant RM24.90 |
 |
Aglio Olio Seafood Linguine RM19.90 |
 |
Cromboli Pistachio RM18.90 |
 |
Fruit Danish Strawberry RM7.90 |
 |
Fish & Chips RM23.90 |
Untuk makan malam, kami order Fish & Chips, All Day Breakfast With Mini Croissant, Alio Aglio Seafood Linguine, Cromboloni Pistachio dan Fruit Danish Strawberry. Dan minuman Honey Lemon Iced, Le Blue Lychee Fizz, Passionfruit Mojito dan Cappuccino Iced. Total bill for our dinner is RM143.00.
Okay la bukan selalu pun makan luar kan membeli jiwa anak-anak dan somehow makanan di sini pun sedap. Overall aku bagi 8.5 out of 10. Insyallah boleh repeat lagi next time but not so soon la hahahaa. Aku dengan wife tak makan malam sangat, lebih kepada nak bawa the kids makan sahaja.
Nampak pun semua sedap. Fish and chips tu, favorite.
ReplyDeleteFish and chips tu memang favorite the kids jugak.
DeletePilihan cafe yang tepat ada banyak pilihan menu heavy and light food, dengan pastrynya yang macam-macam buat kita rasa nak makan itu ini je. Suka dengan suasana dalamnya. Selesa dan meja pun berjarak jauh. Dia punya makanan semua penuh pinggan. Harga pun okaylah standard harga cafe. Pertama kali tengok aglio olio versi kuah banjir.
ReplyDeleteSet breakfast tu mmg all day betul, sampai ke malam available ye :D
ReplyDeleteNampak selesa juga tempatnya dan makanan pun sedap². Berbaloi la kan
mknn nampak sedap2 belaka tu. terliur fish n chip
ReplyDelete