Monday, 23 June 2025

Dinner With Family At Aison Bakery & Coffee Ampang Branch

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dalam banyak-banyak malam, malam weekend lah antara malam yang aku rasa malas sangat nak masak. Bila dah malas nak masak maka makan luarlah jawapannya. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas sampai ke malam sekarang ini.

Destinasi makan malam kami kali ini ialah di Aison Bakery & Coffee. Kenapa ke sini? Antara sebabnya ialah di sini ada heavy and light food. Termasuklah pelbagai pastry yang menarik untuk dicuba. Dan kedua sebab nak duduk dalam indoor.

Terletak bersebelahan jalan dan ada banyak parking yang available pada waktu malam.
Ruangan tempat makan yang tenang di dalam dan ada toilet disediakan.
Beralamat di No 83, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor. Hanya 100 meter walking distance dari Ampang Point Shopping Mall. Dibuka dari seawal pukul 8.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam setiap hari. 

Dan branch di Ampang ini adalah Branch Aison Bakery & Coffee yang kelima. Selepas pembukaan 4 branch sebelum ini iaitu di Mahkota Cheras, Bandar Baru Bangi, Prima Saujana Kajang dan Menara Shell Bangsar.

Antara beberapa jenis pastries yang dijual. Nampak banyak yang nyum nyum sedap.
Dimiliki sepenuhnya oleh Chef Aison Bin Osman Wong a Chines Muslim with a rich culinary background dan pakar dalam pembuatan pastry dari croissant, kek sehinggalah pelbagai jenis roti. Dan untuk status halal, Aison Bakery ini masih lagi belum mempunyai sijil halal dari JAKIM. Namun semua bahan yang digunakan adalah dari sumber yang memiliki sijil halal.

Honey Lemon Iced, Passionfruit Mojito, Le Blue Lychee Fizz dan Cappuccino Iced.
Dari carian aku di google dengan penggunaan AI tentang maklumat terkini adalah "Walau bagaimanapun, berdasarkan satu catatan di Instagram Pengasas Aison Bakery iaitu Chef Aison sendiri. Beliau ada menghadiri Kursus Halal Eksekutif anjuran KUISCELL. Yang menunjukkan minat dan usaha mereka untuk mendapatkan sijil halal pada masa akan datang".

Okay itu sedikit sebanyak info yang aku dapat dari internet. Moga lebih banyak cawangan dibuka di masa hadapan dan moga cepatlah dapat Sijil Halal dari JAKIM.

All Day Breakfast With Mini Croissant RM24.90
Aglio Olio Seafood Linguine RM19.90
Cromboli Pistachio RM18.90
Fruit Danish Strawberry RM7.90
Fish & Chips RM23.90
Untuk makan malam, kami order Fish & Chips, All Day Breakfast With Mini Croissant, Alio Aglio Seafood Linguine, Cromboloni Pistachio dan Fruit Danish Strawberry. Dan minuman Honey Lemon Iced, Le Blue Lychee Fizz, Passionfruit Mojito dan Cappuccino Iced. Total bill for our dinner is RM143.00.

Okay la bukan selalu pun makan luar kan membeli jiwa anak-anak dan somehow makanan di sini pun sedap. Overall aku bagi 8.5 out of 10. Insyallah boleh repeat lagi next time but not so soon la hahahaa. Aku dengan wife tak makan malam sangat, lebih kepada nak bawa the kids makan sahaja. 

18 comments:

  1. Nampak pun semua sedap. Fish and chips tu, favorite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fish and chips tu memang favorite the kids jugak.

      Delete
  2. Pilihan cafe yang tepat ada banyak pilihan menu heavy and light food, dengan pastrynya yang macam-macam buat kita rasa nak makan itu ini je. Suka dengan suasana dalamnya. Selesa dan meja pun berjarak jauh. Dia punya makanan semua penuh pinggan. Harga pun okaylah standard harga cafe. Pertama kali tengok aglio olio versi kuah banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cari yg ada heavy and light food.. sbb heavy food ni mmg utk the kids la yg nak makan.. kita makan ringan ringan sahaja.. yeap suasana dia tenang blh enjoy the food peacefully hihii.. harga cafe kan tak leh complaint mahal 😅

      Delete
  3. Set breakfast tu mmg all day betul, sampai ke malam available ye :D
    Nampak selesa juga tempatnya dan makanan pun sedap². Berbaloi la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun all day breakfast kan.. ada scrumble eggs, sosej tu mmg the kids suka la huhu.. tmpt selesa yg penting indoor.. mahal sbb bayar sekali aircond tu 😅

      Delete
  4. mknn nampak sedap2 belaka tu. terliur fish n chip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos putih utk cicah fish and chips dia mmg sedap... Berbaloi 👍🏻

      Delete
  5. Kalau saya tidak baca caption, saya ingat itu Aglio Olio adalah laksa. Hehehe. Semua makanan dan pastry nampak sedap gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. bila diana ckp mcm tu saya pun baru perasan ada nampak macam laksa sedikit 😅
      Itulah suka tmpt yg ada pastry banyak mcm ni 🤗

      Delete
  6. Nampak sedap semua menu yang dikongsikan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua makanan sedap... Sekali sekala okay la makan sini hihii..

      Delete
  7. jrg jumpa Aglio Olio jenis berkuah...menu lain menarik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. mungkin sebab seafood 🦞 kot dia jadi berair sedikit.. tapi sedap la.. 🤗

      Delete
  8. 8.5 / 10 tu kira superb la... Hampir markah penuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. nanti uncle free saya bawa makan situ.. kata dekat jer kan hihii..

      Delete
  9. Dari gambar, semua nampak sedap. Tapi harga dia, boleh tahan juga, ye. Kadang saya macam tu juga, cari tempat ada aircond untuk makan, sebab cuaca panas.

    ReplyDelete
  10. sekarang cuaca tengah panas....dapat plak kedai yang ada aircond memang layan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...