Showing posts with label Part2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah. Show all posts
Showing posts with label Part2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Setelah selamat dari dugaan yang menjemput aku setiba di tanah Jordan ini.. Boleh dikatakan hampir 95% pengalaman seterusnya di bumi Jordan dilimpahi dengan kecerian, keriangan dan keselesaan.. Alhamdulillh bersyukur sangat.. :D

Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan serumah Ust Mursyid yang menyambut aku sebagai tetamu dengan baik.. Ust Abdul Hakim, Ust Arif dan Ust Farid kesemua mereka adalah penuntut senior di University of Jordan.. 


Orang berbudi dan berbahasa.. Kita bermasak-masak ler hehehee.. :D
Masakan orang lelaki yang ala kadar.. :D
Kan meriah bila makan ramai-ramai macam ni :D

Untuk 2 hari pertama aku di rumah ini sebagai tetamu.. aku tidak kemana-mana.. mengambil masa untuk berehat dengan baik.. Apatah lagi dengan cuaca yang amat panas membakar.. Cuba bayangkanlah semasa di London suhu bawah 8 degree bila terbang ke Jordan suhu brertukar kepada 46 degree..!!!

Sebagai tetamu juga aku cuba membalas jasa baik mereka dengan memasak makanan melayu seperti Kari dan Kurma Ayam/Daging, Sup Ikan, Ikan Kukus, Nasi lemak dan pelbagai lagi.. Lagi-lagi mereka ni sekarang berada di alam peperiksaan.. Apa yang pasti selepas mereka pulang.. Hidangan pasti terhidang buat mereka.. Perghh rindu betul pengalaman dengan ustaz2 nie..!!!


The Martyrs Memorial And Museum

Pada tahun 1977 Raja Hussein Bin Talal (Raja Jordan dari 14 Nov 1935 - 7 February 1999) memerintahkan satu tugu peringatan dibina bagi memperingati askar-askar arab Jordan yang tumpas sepanjang perkhidmatan mereka dan termasuklah juga pada kebangkitan "The Great Arab Revolt of 1916-1919"..

Telah direka bentuk oleh anak kelahiran Jordan sendiri iaitu Victor Adel Bisharat (1920-1996), Bangunan ini terletak di tengah-tengah "Summit of a Pine-Forested Hill" dengan menaiki beberapa anak tangga untuk sampai ke pintu masuk.. Dan di bahagian atas dinding bangunan ini yang kelihatan seperti Piramid terdapat juga ayat Al-Quran..

Masuk adalah percuma.. Dibuka pada 9.00 pagi hingga 4.00 petang bermula hari sabtu hingga Khamis pada setiap musim.. Ditutup pada hari Jumaat sahaja.. Tiada masalah bagi mengambil gambar didalam Museum ini walaupun ia penuh dengan senjata api sebagai pameran..


Memorial bagi memperingati lebih 10,000 askar jordan yang terkorban.
"The Six Day War receives little treatment in the museum, but the 1968 Battle of Karameh is highlighted. The museum does not purport to be an academic chronology of military events. It is a memorial to the fallen, but in a wider sense it is an effort to remember the contribution of the fallen to the success of shaping the modern Hashemite Kingdom of Jordan. The Six Day War was a Jordanian military defeat. Karameh, a year later though, was the regaining of Jordanian pride."


Suka pulak bergambar dengan benda-benda askar ni hehehehe :D

"The museum houses models recreating 1948 battles in Bab El-Wad/Latrun. The Arab goal was to cut the communication and supply lines between besieged Jerusalem and Zionist forces in the Tel Aviv and Shefela areas. Another of the items in the memorial is a large painting (to the left of the entrance) depicting a fierce battle at Herod's Gate in 1948."

"The years that followed saw repeated conflict with Israel. There were Jordanian successes as well as Israeli successes. Amongst the items on display in the museum are captured Israeli military rations and an IDF (Israeli Defense Force) rifle."

Gambar Raja Jordan - Raja Talal dan Raja Hussein..

"Enshrining the memory of those who gave their lives for their country."
Antara senjata yang digunakan semasa perang dahulu..
Peninggalan pakaian perang dan lakaran lukisan perang di Jordan..


King Abdullah Mosque and The Islamic Museum

Terletak di Sulayman Al Nabullsi di tengah-tengah ibu negara Jordan iaitu Bandar Amman.. Masjid Raja Abdullah ini telah dibina di antara tahun 1982-1989.. Boleh memuatkan lebih dari 10,000 jemaah dalam satu-satu masa.. 7000 di dewan utama dan 3000 di courtyard masjid.. Dilengkapi juga dengan kemudahan seperti sekolah agama dan lain-lain..

Dan masjid ini lah satu-satunya masjid di Jordan yang dibuka pada orang bukan islam untuk datang menziarah.. Dibina oleh Raja Hussein bagi memperingati datuk beliau dan oleh itu terdapat sebuah muzium di sini "The Islamic Museum"..


Setiba di hadapan Masjid Raja Abdullah..
Kami masuk melalui pintu "Babus Salam"

The cavernous, octagonal prayer hall doesn't have any pillars, yet it’s capped by a massive dome, 35m in diameter. The inscriptions quote verses from the Quran. The blue colour of the underside of the dome is said to represent the sky, while the golden lines running down to the base of the dome depict rays of light illuminating the 99 names of Allah.

Aku dan Ust Mursyid menunaikan solat asar di masjid yang indah ini.. Alhamdulillah terdapat tong air minum disediakan bagi para jemaah masjid.. Oh lupa nak bagitau.. musim panas dan mata wang yang tinggi serta air yang amat kurang di Jordan membuatkan ia perlu dihargai selalu.. Memang botol air lekat pada tangan kemana-mana sahaja..


Keadaan di dalam kelas Darul Quran.. dan tandas di bahagian bawah..
Keadaan di dalam dewan solat Masjid Raja Abdullah, Amman Jordan.
Reka bentuk masjid di setiap penjuru memang menarik perhatian pengunjung..

Inside the mosque is a small Islamic Museum, which has some pottery pieces, as well as photographs and personal effects of King Abdullah I. There are also a number of pieces of Muslim art, coins and stone engravings. The admission fee to the mosque includes access to the museum.

Pengangkutan ke sini anda boleh menaiki teksi jika tak nak bersusah payah.. Dan bas lebih murah dari teksi tapi kene banyak bertanya dan susah sket la.. but kalau dah sekali dua try insyallah boleh jer main redah.. jangan risau.. as long tahu tempat kita tinggal kat tempat mana senang nak balik lepas merayau nanti.. Just Believe On Your Self.. :P


Kurang bernasib baik sebab muzium ditutup oleh sebab-sebab tertentu..
Berdekatan dengan Islamic Museum ada kedai2 souvenir..
Harga okay jugak la murah sket dari tempat lain.. :D

Pada perancangan awal aku target 3-5 hari sahaja di bumi Jordan ini.. Sebab pengembaraan masih jauh untuk diteruskan.. tapi kebaikan hati para tuan rumah ini menyebabkan aku stay sampai 14 hari hehehee.. Rasa seronok pulak stay di Jordan ni tapi mungkin juga sebab keberkatan di tanah anbiya’..

Dan pada hari ketiga Ust Mursyid Al-Amin ajak aku untuk berjalan2 di sekitar Amman.. Antara tempat aku ziarah dalam hari itu :- The Martyrs Memorial And Museum, King Abdullah Mosque, The Islamic Museum, Amman Citadel Archaeological Museum (Bandar Peninggalan), The Roman Theater (Roman Colosseum), University of Jordan dan Restoran Babul Yemen..