Thursday 15 January 2015

Jordan Part 6 : Ashabul Khafi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 5: The Hidden Secret in Lost City of Petra (UNESCO)

Syukur alhamdulillah dapat jugak aku sambung entry di Bumi Anbiya' Jordan ni.. Kali ini aku nak share dengan pembaca semua untuk melihat salah satu keajaiban seperti mana yang diceritakan di dalam Qasasul Quran perihal 7 pemuda yang ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.. dan lebih mashur di kenali "Companions of the cave" dalam bahasa English..

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak 7 km dari Bandar Amman.. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.


Bersama Ust Mursyid dan Ust Arif Amin di hadapan Gua Ashabul Kahfi
Terdapat kawasan peninggalan sejarah di sekitar Gua Ashabul Kahfi
Inilah pintu masuk ke dalam Gua Ashabul kahfi
Keadaan di dalam Gua Ashabul Kahfi - Amman Jordan..

Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Secara ringkas kisah menurut ahli sejarah Ashabul Kahfi itu bermula di sebuah negeri yang bernama Asfus yang diperintah oleh raja kafir yang zalim iaitu Diqyanus sebelum kedatangan islam.. Terdapat beberapa riwayat mengenai kedudukan Negeri Asfus antaranya Jordan, Turkey dan Syria..

Raja memerintahkan semua rakyatnya menyembah berhala atau berdepan dengan seksaan hingga boleh mati dibunuh. Hanya tujuh pemuda ini sahaja yang teguh dengan iman mereka kepada Allah Taala melarikan diri ke dalam gua bagi membolehkan mereka terus beriman kepada Allah yang berlandaskan ajaran islam dari Nabi Isa a.s..
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Diriwayatkan bahawa telah dibina sebuah masjid di kawasan gua ini pada zaman pemerintahan islam..
Kesan peninggalan tapak sebuah masjid yang pernah dibina..

Selepas 300 tahun lamanya.. Raja yang memerintah telah pun bertukar ganti dan kembali kepada agama yang menyembah Allah tetapi raja mempunyai masalah bagi membetulkan akidah rakyatnya yang telah lama dipesongkan oleh raja yang terdahulu.. Sehinggalah pemuda di Gua Ashabul Kahfi ini di bangkitkan semula oleh Allah..

Setelah mereka bangun dari tidur.. Perbicaraan antara mereka bermula "Mungkin kita telah tidur lebih sehari atau dua" kata salah seorang dari mereka.. Setelah bangkit mereka mula mengatur langkah untuk seterusnya dan memilih antara mereka untuk membeli makanan di pasar..


Keadaan dan suasana dalam Gua Ashabul kahfi.. 
Beberapa peralatan yang digunakan oleh 7 pemuda Ashabul kahfi masih tersimpan

Tatkala membayar makanan yg dibeli oleh salah seorang dari mereka.. peniaga tersebut dengan tiba-tiba marah kerana duit yang dibayar sudah tidak lagi diguna pakai.. Ditangkap dan dibawa menghadap raja pada ketika itu.. Setelah disoal siasat kerana pada mulanya disangka bahawa mereka mencuri harta warisan lama yang di simpan di dalam istana..

Dalam pada masa yang sama raja terkejut setelah mendengar cerita semua pemuda ini.. dan memberitahu bahawa yang zalim itu adalah raja yang dahulu 300 tahun yang lepas.. Dan keadaan sekarang berubah.. Raja yang sangat gembira menghimpunkan semua rakyat dan memberitahu akan kebesaran Allah mengenai 7 pemuda ini bagi mengembalikan aqidah rakyat..

Nama bagi 7 pemuda itu adalah seperti berikut mengikut salah satu riwayat dari para ulama :-
1.Maksalmina 2. Tamlikha 3. Martunus 4. Bainunus atau Nainunus 5. Sarbunus 6. Dzunuanus 7. Kasyfitatanunus
Bersama mereka terdapat seekor anjing bernama Qitmir yang mengekori mereka.



Sebuah masjid baru yang telah dibina bersebelahan Gua Ashabul kahfi
Disebabkan  ini adalah kawasan masjid..
Maka semua pengunjung wajib menutup aurat..
Terdapat air mata air di sini untuk di minum.. :D
Telaga air yang telah dirawayatkan oleh Imam Al-Waqidi
(Meninggal pada tahun 208 Hijrah) dalam kitabnya Futuhat As-Sham..

Entrance Fee:- Tiada sebarang bayaran dikenakan.. Walau bagaimana pun pintu sentiasa tertutup hanya pada waktu tertentu sahaja pada setiap hari ia dibuka.. tetapi kadang-kadang atas permintaan dari pengunjung maka si pemegang kunci akan membukakan pintu Gua Ashabul Kahfi ini..

Masa datang sini kami memang bernasib baik sebab memang pintu sedang di buka untuk pengunjung lebih kurang 10:00 pagi kalau tak silap la huhuhuu.. By the way aku dah try search di internet untuk waktu ia dibuka tapi tak jumpa.. Kalau ada pembaca yang tahu boleh la share kat komen bawah yer.. thanks :D


Lunch kami selepas balik dari menziarahi Gua Ashabul kahfi :D

Disebabkan cuaca yang panas dan perut kami yang teramat lapar.. kami semua decide untuk membeli makanan di luar sahaja..  Dan membungkus dari sebuah restoran ala2 KFC di hadapan University of Jordan (Nama Restoran aku dah tak ingat huhuhuu..) 12 ketul ayam, 6 bun, kentang goreng dan salad mayonis.. rindu nak makan dengan ustaz2 ni lagi.. thanks Ust Mursyid, Ust Arif, Ust Farid dan Ust hakim.. ;D 

Will Continue Part 7

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...