Thursday, 30 January 2014

Malaysia Sosial Media Week 2014


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..


Ada dengar tak mengenai Malaysia Sosial Media Week 2014 ni.. untuk yang belum mengetahui mengenainya boleh la melayari ke website rasmi klik sini MSMW 2014..  ianya akan berlangsung dari 24th February - 1st March 2014 di Sunway Pyramid Convention Centre.. Pada yang berminat masih boleh berdaftar secara percuma di online..

ENGAGE, EDUCATE & ENTERTAIN Yourself ! Social media has dramatically altered the way we think and act. The manic pace it has set leaves most of us dumbfounded. Our annual Malaysia Social Media Week, with its august speakers seeks to demystify the world of social media. Having garnered a huge success from previous editions, this national conference connecting people regarding content and conversations on emerging trends in social and mobile media, unfolds yet another striking edition. 

MSMW’s theme “Engage, Educate & Entertain”, reflects the role of social media as a catalyst in stirring the cultural, political, economic and social development of a nation. The theme encourages thousands of individuals and organisations to project, orchestrate and execute original ideas- through social media. Wildly popular and happening, the third chapter of the Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 is no longer a mere event- it’s a movement!

Apa-apa pun yang aku nak sampaikan di sini ialah.. Blog Travel My Way ini telah dicalonkan di "Best Travel Blog Category" (klik).. Nampak di situ ramai blogger2 travel yang otai, yang hebat2.. dari kenalan mahupun yang belum di kenali.. Namun biarlah takdir yang menentukan.. jika ada rezeki di situ.. 

Terdapat "14 Category" kesemuanya yang di pertandingkan untuk WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS.. Bolehlah mengundi untuk blog kegemaran anda pada setiap bahagian.. Dan hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap ketegori yang dipertandingkan.. Pengundian akan bermula dari 1st February 2014 hingga 10th February 2014.. Sekian terima kasih :D

Monday, 27 January 2014

Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu Kianggeh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar Seri Begawan

Kemaafan ku pohon dari rakan2 blogger, followers dan readers.. di atas kelewatan dalam mengeluarkan sambungan entry Brunei ini.. Kesibukan dalam menerokai keindahan alam semula jadi di negara matahari terbit dan juga demam batuk ku yang teruk masuk hari ke-5.

Menyebabkan ku hanya memberi masa untuk badan ku berehat.. tanpa mampu mengarang tapi mampu buat blog walking huhuu.. Alhamdulillah hari ini batuk dan demam dah kurang maka aku cuba untuk membuat sambungan entry ini.. kalau tak berpuas hati faham2 la tengah sakit tak boleh nak mengarang dengan baik :D

Kampung Ujong Bukit dan Kampung Limbongan.
Antara perkampungan air yang ada di Bandar Seri Begawan.
Okay la jom sambung cerita dari entry yang lepas.. Tidur di tempat mereka yang prihatin pada malam itu memang membuat aku nyenyak hingga kesokan pagi.. selepas waktu subuh dan setelah matahari naik dengan cerah.. ia menandakan waktu pagi yang baik bagi ku..

Faizal mengajak aku breakfast di restoran tempat beliau berkerja.. kali ni kedai dah mula beroperasi.. dan ramai pekerja lain.. for sure kene bayar.. tapi Faizal kata tak apa.. breakfast pun dia belanja.. makan Roti Canai Telur kuah Kari kambing dengan Teh Susu Panas..



Selesai sarapan Faizal menawarkan diri untuk bawa aku melawat kawasan sekitar.. tapi aku rasa cukup la dah menyusahkan dia dari semalam.. dan aku rasa mampu berjalan seorang diri.. dan Faizal suruh aku tinggalkan beg di tempat tido semalam.. tak payah la nak di bawa ke hulu ke hilir..

Tempat yang patut di lawati di sini ialah kampung air.. akan ada ramai pemandu bot kecil pelawa diri untuk menjadi tour guide ke kampung air berdekatan.. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan mereka boleh la menunggu mereka di sebelah Tamu Kianggeh di Sungai Kianggeh..

Keadaan kampung air yang bersih dengan suasana yang aman.
Boleh nampak Masjid Omar Ali Saifuddin dari tengah-tenagh perkampungan ini.

Titi atau laluan untuk ke setiap rumah di kampung air ini.
Bot sebagai pengangkutan utama penduduk di kampung air di sini.
Thanks yang beri info di ruangan comment di bawah.
Di sebelah kiri Sekolah Rendah (Biru).. dan di kanan Sekolah Agama (Brown)
Terdapat beberapa keunikan di kampung air ini.. menyebabkan aku teruja berjalan dan bersiar di sekitar kampung air ini.. lengkap dengan surau mahupan masjid.. ada dewan untuk orang ramai berkumpul.. ada juga kedai runcit.. dan sesetengah rumah terlalu cantik dengan hiasaan pokok bunga dalam pasu.. mahupun pokok buah.. seolah seperti kebun.. tak nampak pun macam rumah mereka di atas air..

Jangan sangka rumah mereka kayu semata-mata saja.
Aircond, Tingkap Tinted.. LCD Tv.. ada taman pokok pasu lagi tu.
Bersih dan tenang sahaja pemandangan di kawasan kampung atas air ini.
Rasa macam nak ketuk pintu bagi salam dan nak masuk dalam rumah jer.
Kalau di atas jalan "Bus Stop".. tapi ni Boat Stop la jadi nya hahaa.. :D
Selepas aku jalan-jalan di sekitar kampung air ini.. aku terus ke Tamu Kianggeh.. sebuah pasar pagi.. macam-macam benda rare ada.. termasuk jenis ikan yang aku tak pernah nampak.. dan tak jauh mana pun berjalan kaki dari kampung air ini ke Tamu Kianggeh dalam 25 - 35 minit.. merentasi Masjid Omar Ali Saifuddin..

Selamat Datang Ke Tamu Kianggeh - antara tempat untuk food hunting di sini.
Ada di antara penduduk datang dengan menaiki bot.
Keadaan air yang keruh tapi agak bersih.
Di Pasar Tamu Kianggeh ini ada sejenis makanan yang aku cari.. ianya sejenis pulut (mungkin) dibalut dengan sejenis daun.. memang famous katanya.. bila baca di blog orang lain memang ada sebut pasal makanan ni tapi lupa pulak nama nya.. dan lebih mengecewakan ialah satu pun makanan special ni tidak ditemui.. terus kempunan hahahaa..

Buah ni aku pun tak pernah jumpa :D
Teringin nak beli tapi payah nak bawa nanti.
Lauk mungkin bermakna ikan kot.
Ikan Salai original dari kampung.. terbaik:D
Ikan Batu Karang

Beras Bandal ??? 

Beras Pusu ???

Jika sesiapa yang tahu makanan yang aku maksudkan itu silalah share nama nyer di comment di bawah yer.. 

Okay Pasar Tamu Kianggeh ni adalah sebuah pasar yang tidaklah besar tapi amat menarik untuk berjalan-jalan.. ada orang kata ia hanya beroperasi di sebelah pagi hingga tengah hari.. ada yang kata sampai lewat petang.. apa pun selain pasar terdapat juga gerai makanan..


Tempat makan yang selesa di gerai makan sekitar Tamu Kianggeh.
Harga BD 0.50 - Mungkin Nasi Lemak rasanya 😀.
Nak apa..? Bihun goreng, nasi lemak dan kuih muih semua ada 😋.
Jika datang pada waktu pagi memang meriah dengan makanan  :D
Tepung Pelita versi Brunei..??
Warna dan rasa lain dari yang lain tapi janji sedap dan terbaik.. :D
Ini Tapai kot.. aku rasa la.. nak kata ketupat palas macam tak jer..

Dan di sini adalah satu-satu nya tempat di mana anda boleh jumpa fridge magnet Brunei.. dengan harga yang agak mahal iaitu BD 4.00 hingga BD 6.00 untuk satu.. apa boleh buat dah kata fridge magnet collector beli la satu.. sekadar cukupkan syarat huhuhuu.. 

Bersambung Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara

Monday, 20 January 2014

Update of My Self January 2014 : Kansai - Osaka - Kyoto - Tokyo

Assalamualaikum..

Ohaiyo.. Selamat Pagi.. Harap semua sahabat bloggers, followers dan readers semua berada dalam keadaan sihat walafiat.. Memohon maaf di atas tidak meng"update"kan blog ini.. sebab sedang berada di negara matahari terbit - Jepun.. Insyallah once aku balik Malaysia akan habiskan final part untuk kisah Brunei dan entry kisah seterusnya..

Osaka Castle
Osaka Castle
Namba Street - Osaka
Doakan perjalanan aku selamat pulang ke tanah air bila masa nya nanti :D Nak tulis banyak2 memang tak ada masa yang cukup.. tapi tangan dan jari tetap gatal nak menaip kat blog ni hehehee.. k see u soon.. Arigato Huzaimas..  :D

Update 22 January.. Selepas jelajah Kansai - Osaka.. meneruskan perjalanan ke Kyoto.. dengan menaiki Willer Express Bus berharga JPY 500.00 atau MYR 16.50 - Harga untuk seorang.. dari Umeida Sky Building in Osaka to Kyoto Train Stain.. 



Konichiwa.. bersama pelajar sekolah Jr High School - Kyoto :D
Contoh kanak2 yang comel di Jepun :D
Contoh pakaian orang dewasa lelaki Jepun

Peace Museum - Osaka
Tokyo Trick Art Museum  -  Odaiba Island
Bandar Kyoto ni.. tak besar mana .. dan best sebab ia suatu kawasan yang agak aman dan orang di sini lebih lembut dari Osaka.. Dan paling best is should try rent a basikal.. to move around the city.. Interesting.. tapi kalau tak reti bawa basikal tak payah la  :P

Boleh sewa di kedai sewa basikal seawal pukul 9.00 - 10.00 am sampai 06.00 pm.. Dan harga adalah bermula JPY 800.00.. kalau lebih masa maka harga lain.. Dan juga bergantung dengan jenis basikal yang kita nak pinjam..  ok bye :D  


Monday, 13 January 2014

Brunei Part 2 : Perjalanan Miri Sarawak Ke Bandar seri Begawan Brunei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Seria

Perjalanan untuk ke Bandar Seri Begawan semalam terhenti seketika apabila Pak Man dan Lynn membawa aku berjalan-jalan di Kuala Belait sepanjang hari. Maka hari ni barulah aku memulakan jejak untuk menaiki bas menuju ke Bandar Seri Begawan.

Menaiki Bas Bintang Jaya Express Sdn Bhd dengan harga RM 40.00 atau BD 18.00. Bas ini hanya bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 8:15 pagi dan 3:45 petang. Disebabkan bas pagi dah terlepas maka aku beli tiket bas pada pukul 3:45 petang.

Dan yang bagus mengenai bas ini ialah walau pun hanya ada 9 orang penumpang mereka tetap bertolak tepat pada waktunya. Keadaan di dalam bas juga sangat bersih dan di jaga rapi serta service yang baik.

Inilah Bas Bintang Jaya Express untuk perjalanan Miri ke Bandar Seri Bagawan.
Kaunter Tiket Bas.
Bas kelihtaa baru dan aircond yang sangat sejuk.
Bangunan BIBD.
Keadaan Bandar Seri Begawan di waktu malam.
Dari Miri Bus Station inilah satu-satunya bas yang akan ke Bandar Seri Begawan. Syarikat Bas Bintang Jaya ini juga memberi perkhidmatan untuk Miri - Bintulu - Sibu - Sarikei - Kuching - Pontianak. Jadual bertolak pada pukul 6.30 pagi, 1.00 petang dan 5.30 petang dan untuk Miri - Limbang - Lawas - Kota Kinabalu bertolak pada 8.30 pagi.

Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih dan tiba pukul 6.00 petang waktu magrib di BSB. Semasa di border, pemandu bas banyak membantu bagi memudahkan penumpang melepasi immigration. Untuk tiket bas, anda boleh beli awal beberapa hari atau boleh juga beli hanya sebelum bertolak sebab bas memang tak penuh pada setiap kali perjalanan.

Masjid Omar Ali Saifuddin

Pemandangan masjid dari hadapan jalan utama..

Pintu masuk utama masjid

Gambaran di dalam Masjid
Tempat berbentuk kapal ini digunakan untuk majlis istiadat di raja..

Bas akan berhenti betul2 di sebelah Tamu Kianggeh di Bandar Seri Begawan.. memang sebuah tempat strategik bagi mereka yang baru nak mencari penginapan.. Dan sebelum memulakan trip Borneo aku ada search Hostel di BSB.. hanya ada 1 Hostel di seluruh BSB dan ia adalah Pusat Belia Youth Hostel.. tapi website rasmi mengatakan hostel ini di tutup untuk seketika hingga Januari 2014 untuk kerja ubah suai..

Tiada pilihan untuk aku.. sekadar mengharap ada hostel atau tempat lain yang mampu aku bayar untuk bermalam.. Di sebabkan waktu magrib masih panjang maka aku mengambil keputusan untuk ke Masjid Omar Ali Saifuddin yang dapat di lihat dari tempat aku berdiri.. Dan untuk pengetahuan anda.. adalah di larang untuk mengambil gambar dalam masjid ini.. di luar ambil la dari pelbagai sudut sekali pun..


Kat sini ada dorm yang dengan harga BD 18.00 semalam..
Hotel ni tak recommended sangat.. sebab kurang bersih kata nya..
Kalau nak cuba dan tiada pilihan ini lah antara yang murah..

Aku telah di tegur oleh seorang india muslim ketika mengambil gambar di dalam ruang solat masjid.. time ni aku tak tahu lagi tak boleh amik gambar di dalam masjid.. Selepas solat jama'.. aku mula melangkah keluar dari masjid berniat mencari tempat penginapan murah.. tetapi telah di sapa oleh insan yang menegur aku tadi..

Beliau Mr Mohammed Shahid Khan telah pelawa diri untuk menghantar aku menaiki kereta ke tempat penginapan ku.. apabila aku kata belum ada lagi tempat.. beliau kata tak apa boleh pergi cari sama2 dengan di temani sahabat beliau yang juga seorang india muslim..


Istana Nurul Iman

Istana Nurul Iman
Pintu masuk ke Istana Nurul Iman

Kami telah ke Pusat Belia Youth Hostel memang tutup.. dan kemudian ke K.H Soon Service And Rest House.. tetapi fully book untuk dorm berharga BD 18.00 semalam.. Aku kata "it's okay i can walk around till subuh and will see how it will be tomorrow.." Mr Shahid kata " it's difficult with small budget to get a accommodation here.." sebab hotel pun paling murah BD 30.00 semalam.. "but unless if u don't mind.. i think my friend have a place maybe u can sleep there.."


Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah

Tak tahu kenapa bila aku upload picture ni dia jadi bersilau sangat.. 
Sempena nama permaisuri Bolkiah

Seperti di Madinah
Setiap kubah di masjid ini di salut emas 40 karat..
Salah satu pintu masuk 
Laluan khas untuk Sultan memasuki masjid


Antara tiang masjid
Escalator khas untuk keluarga di raja
Fountain pun ada :D
Tempat letak kasut di bahagian timur

Rupa2 nya kawan Mr Shahid ni berkerja di sebuah restoran india di BSB.. setelah confirm aku boleh tido di tempat rakan beliau.. Mr Shahid bawa aku pusing2 BSB waktu malam menunggu sehingga Restoran tutup beroperasi.. Kami telah ke Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah dan Istana Nurul Iman.. dan sempat jadi drama kereta Mr Shahid rosak tepi jalan.. layann :D

Kereta rosak ketika bersiar di malam hari.. :D
Selepas habis pusing2.. Mr Shahid hantar aku ke Restoran tempat kawan beliau berkerja.. dan kami bersalam berpisah sini.. elok masuk kedai pintu pun di kunci sebab dah "closing".. Kawan Mr Shahid ni nama Faizal.. dia tanya aku lapar ker? aku pun angguk jer la.. sekali dia hidangkan Nasi Biryani Kambing, Nasi Putih, Kurma Ayam Kampung, Kari Daging Kambing, Capati dan Teh Ais.. memang aku makan tanpa segan dan silu hahahaa.. :D

Kedai dah closing.. sedang di bersihkan oleh pekerja..
Baki makanan masih banyak..
Boleh pilih nak makan apa sekali pun kata Faizal..
Ini lah tempat aku tido bersama mereka yang prihatin :D

Selepas makan aku di bawa ke tingkat atas ikut lorong belakang kedai.. aku tido di sebuah ruang besar tingkat dua atas kedai.. ada 35 orang lelaki semua India dan Bangla muslim yang berkerja di sekitar BSB ni.. nampak scary tapi diorang ni semua baik.. malam sebelum tido sempat layan cerita Mohabatein sama2 kat tv kecik.. seronok sangat uolls hahahaa.. ada berani nak cuba..?? :P

Bersambung Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan Dan Tamu Kianggeh