Friday, 29 November 2024

Bali Part 12 : Masjid Besar Al Hidayah - Bedugul Traditional Market

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Ketika kami berjalan keluar ke arah parking dari exit Temple ini. Kelihatan Pak Supir sedang bersandar di kereta beliau sambil memandang ke arah telefon beliau. Aku pun menegur "Pak hantarkan kami ke Masjid Besar Al Hidayah di laluan datang tadi". Sambil aku menunjukan ke arah masjid yang boleh dilihat dari tempat kami berdiri.

Jarak ke masjid lebih kurang 80 meter sahaja dari pintu masuk ke kawasan Ulun Danu Beratan Temple ini. Dan ketika kami sampai di area parking kereta bersebelahan masjid. Tiba-tiba datang seorang lelaki berumur dan memperkenalkan diri sebagai petugas masjid dan meminta bayaran parking sebanyak IDR5,000 bersamaan RM1.40.

Aku rasa parking di masjid ini berbayar sebab untuk mengelak orang ramai parking sebarangan untuk ke beberapa lokasi wisata yang ada berdekatam masjid ini. Tapi pada pengalaman aku di beberapa wilayah Indonesia memang ada beberapa masjid yang mengenakan bayaran parking kereta.

Selepas membayar duit parking kami berjalan kaki menaiki anak tangga yang agak tinggi disebabkan masjid ini terletak di lereng puncak gunung. Dan apabila sampai ke perkarangan laman masjid ini terus terpesona dengan panorama view kecantikan gunung dan tasik yang lebih jelas disebabkan kedudukan masjid ini yang tinggi.

Oh ya masa ini Mya dengan Cikgu Hani tak nampak lagi view panorama dari laman masjid ini sebab tempat wudhu dan tandas wanita berada di pertengahan tangga dan untuk lelaki berada di atas. Maka aku whatsapp dalam group nanti lepas solat kita kumpul di laman masjid. Dan masa ni cuaca memang sejuk sangat susah nak amik wudhu hihi :D

Masjid yang dibina pada tahun 1927 ini juga dikenali dengan nama Masjid Candi Kuning. Berdekatan masjid ini dikatakan terdapat dua makam purba yang dipercaya masyarakat setempat sebagai makam tokoh Islam di masa lalu iaitu di puncak pergunungan terdapat makam Syekh Hasan dan di bagian lereng terdapat Syekh Husein. 

Masjid yang asalnya hanya sebesar 5x5 meter persegi ini telah diubah suai dan dinaik taraf sebanyak dua kali oleh orang tempatan iaitu pada tahun 1948 dan 1978 bagi menampung jemaah umat islam yang makin bertambah. Dengan menggunakan dana yang dikumpul dan disumbang oleh para umat islam setempat.

Pada tahun 2009 dan 2016 masjid ini telah dibaik taraf dengan bantuan kerajaan Indonesia sehingga ia dilengkapi dengan pembinaan madrasah yang lebih elok, penambahan menara dan banguanan kediaman imam, guru serta beberapa buah kedai. Sehingga mendapat Masjid Percontohan Peringkat Dua Tingkat Nasional Masjid Paripurna dari Kementerian Agama.

Selesai solat dan bergambar di dalam ruangan masjid dan lama masjid. Kami turun semula ke bawah menuruni anak tangga. Dan berjumpa semula dengan Pak Supir di kereta beliau. "Pak kenapa tak solat sekali dengan kami tadi?". Terus dia cerita dulu masa kecil selalu ikut ayah pergi masjid untuk solat. 

Aku pun tepuk bahu dia "Kalau ada masa lapang nanti solatlah.. Jangan ditinggal terus ya.. Solatkan bisa beri ketenangan pada kita". Dah tiba-tiba mata dia berair pulak. "Ibu dan ayah saya sekarang sudah sakit tua terbaring.. Isteri saya juga menghilangkan diri bersama anak ketika saya ngak punya pekerjaan sewaktu covid melanda".

Ah sudah panjang cerita ni. Aku pun terus menepuk bahu pak supir. Tak apa Pak saya mahu melihat jualan yang ada di sepanjang jalan di hadapan masjid ini dulu. Nanti dalam 15-20 minit baru kita bertolak ya. Terus semua tersentap dengar cerita pak supir tadi sambil kami berjalan ke arah jualan yang ada di depan masjid ini.

Antara yang dijual adalah buah-buahan termasuk Avocado, Strawberry, Salak, Manggis dan banyak lagi. Keropok dan Kerepek Ubi dan Pisang. Kami ada membeli sedikit untuk kudapan di dalam kereta. Dan disebelah masjid ini terdapat sebuah Cafe Qof Kopi dan kedai makan Warung Nurismu Al Hidayah dan Warung Muslim Depot Hidayah.

Warung Nurismu Al Hidayah terletak bersebelah Masjid Besar Al Hidayah Bedugul.
Masa berjalan di hadapan Warung Nurismu ni terlihat masakan berlauk yang dihidangkan terus terasa lapar. Bila fikir balik patut la lapar sebab tak makan tengah hari lagi. Kami bagitau pak Supir kalau nak makan dulu dia kata kalau makan takut tak sempat nak pulang ke Ubud sebelum gelap sebab perjalanan agak jauh.

Pak Supir pun kata nanti makan aja di Ubud dan nanti kalau berhenti di Traditional Market pun akan ada banyak makanan juga. Dan di sini rata-rata majoriti semunya oang islam insyallah makanan pun halal. Kami pun baiklah Pak sebab bapak juga yang bawa kereta kami ikut aja. Mudah bagi bapak insyallah mudah bagi kami.

Kami meneruskan perjalanan ke Bedugul Traditional Market yang terletak 3 km dari Masjid Besar Al Hidayah dengan masa perjalanan kurang 10 minit disebebkan hujan renyai mula membasahi bumi. Sampai sahaja di pasar Pak Supir memberhentikan kenderaan diluar supaya kita tak perlu membayar parking. Dan kami berjalan kaki masuk ke dalam.

Di sini ramai orang berjualan dan aku membeli beberapa biji Avocado dan Strawberry mungkin juga sebab mereka dah di hujung waktu sebelum tutup maka harga yang ditawarkan juga agak murah. Tak banyak tak sikit tapi penuh juga tangan kami membeli. 

Mungkin sebab kelaparan kami membeli sejenis makanan yang diperbuat dari campuran telur dan sayuran seperti Takoyaki. Sekali di rasa enak bangat apa lagi bila dicicah sama sos cili. Pada ketika ini hujan dan lewat petang maka suku pedagang di sini telah pun tutup kedai. Dan kami antara beberapa pengunjung terakhir.

Selesai membeli kami masuk semula ke dalam kereta dan Pak Supir terus memandu pulang ke arah Pekan Ubud. Kami memakan segala apa yang telah dibeli tadi dan berkongsi bersama pak supir. Tapi tak lama sebab selepas makan kami berborak dan kemudian masing-masing tertidur dek kepenatan dan cuaca sejuk.

Bersambung Indonesia Bali Part 13 : Glamping With Third Sunrise In Bali At Natya River Sidemen (Under Construction)

Monday, 25 November 2024

Bali Part 11 : Daya Tarik Wisata Ulun Danu Beratan Temple (Bedugul)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selepas berhenti seketika di Leke Leke Waterfall dan kemudian di Hidden Garden kami meneruskan perjalanan ke Bedugul yang yang terletak sejauh 22 km dari Hidden Garden yang terletak di Tabahan. Perjalanan mengambil masa lebih 30 minit untuk sampai namun perjalanan juga bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Ulun Danu Beratan Temple yang dibina pada tahun 1633.
Mungkin disebabkan hujan yang turun beberapa kali dari tengah hari tadi sehingga petang ini menyebabkan tidak ramai pengunjung yang hadir ke Bedugul. Perjalanan dari Tahaban ke Bedugul adalah mendaki seperti naik ke Genting Highlands. Tapi lebih menyeronokan disebabkan view yang cantik dan terdapat beberapa orang berjualan di tepi jalan.

Strawberry antara yang banyak ditanam dan dijual di sepanjang perjalanan.
Walau dah naik di kawasan tinggi tapi masih ada lagi gunung yang lebih tinggi.
Suka dengan pemandangan perkampungan ditambah lagi dengan cuaca yang sejuk :D
Kebanyakan yang dijual adalah hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuklah Buah Strawberry. Ada juga yang menjual makanan dan haiwan peliharaan seperti Kelinci (Arnab). Oh ya disebabkan pemanduan naik ke atas gunung maka cuaca berubah menjadi sejuk apatah lagi dengan keadaan yang baru sahaja hujan.

Selepas membayar dan parking kereta kita terus ke kaunter untuk beli tiket.
Peta Ulun Danu Beratan Temple. Amatlah luas kena spend lebih sejam di sini.
Pak Supir memandu dengan begitu baik tidak laju atau perlahan. Alhamdulillah kami selamat sampai di Pekan Bedugul. Dan boleh dikatakan di sini terdapat ramai orang tempatan yang beragama Islam. Dan kami terus menuju ke Ulun Danu Beratan Temple yang menjadi antara icon utama pelancongan di Bali.

Bayar tiket dan dapat sebotol air mineral dan kami terus masuk ke dalam.
Disebabkan luasnya kawasan di Ulun Danu Beratan Temple ini sampai kami pun tak tahu dari mana nak mulakan perjalanan. So kami decide untuk terus ke menara pagoda yang berada di tengah-tengah sebab cuaca yang macam tak menentu kejap hujan kejap mendung. Moh ler kita bergambar dengan benda penting terlebih dahulu.

Menara pagoda 11 tingkat berada di hadapan dan ke kanan ke arah jeti.
Maka kita jalan lurus sahaja selepas pintu entrance sementara cuaca tak hujan lagi.
Dah sampai tapi ramai pulak orang yang ada di sini. Jom la cari port lain nak bergambar.
Entrance Fee untuk Adult adalah IDR75,000 / USD5.00 per person atau bersamaan RM21.00 seorang. Dan kanak-kanak di bawah 12 tahun IDR50,000 atau bersamaan RM14.00 seorang. Dan parking untuk sebuah kenderaan adalah IDR10,000 dan sebuah motor adalah IDR5,000. Dibuka setiap hari dari seawal 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Satu perkara about this temple adalah di sini tak macam temple yang lain yang mewajibkan kita memakai mengikut pantang larang mereka yang menyebabkan kita kena menyewa pakaian khas dan sebagainya. As long pakai seluar panjang dah kira okey "You are good to go". 

Kami ke bahagian jeti sebab nak dapatkan background menara pagoda tu.
Okay la berbaloi jalan jauh sampai ke sini. Nak dapatkan semua dalam satu gambar :D
Sweet couple Ustaz Anas dan Cikgu Hani. Cuaca mendung dan berkabus.
Kalau tak ada kabus mesti dah clear nampak gunung ganang dibelakang tu.
Apa yang best di Ulun Danu Beratan Temple ni? Tempat yang luas seperti sebuah park bersebelahan dengan danau dan view pergunungan di setiap inci penghujung air. Sama seperti view di Gunung dan Tasik Batur di Kintamani. Dan di sini juga cuaca yang sejuk memerlukan kita memakai pakaian tebal.

Dan perkara paling menerujakan pastilah pemandangan keindahan alam semula jadi yang ada di sini. Seriously sangatlah memukaukan apatah lagi bagi seorang yang sukakan nature seperti aku. Kami spend hampir sejam di sini mostly mengambil gambar dan video. Itu pun kami skip banyak tempat sebab nak kejar masa.

Tembok pagar ini antara structure yang telah dibina beratus tahun lamanya.
Uniknya temple ini adalah ia dibina pada kurun ke 16 iaitu pada tahun 1633 dan diperbaharui pada tahun 1926. Terletak di Danau Beratan iaitu Danau kedua terbesar di Bali. Sebuah menara pagoda dengan ketinggian 11 tingkat dibina oleh penganut hindu dan menjadi salah satu ikon utama bersejarah di Bali.

Perkataan Beratan atau Bratan adalah perkataan dari bahasa purba Sanskrit yang membawa maksud "To live a life that fulfills the nine primary needs". Dan waktu yang terbaik untuk datang ke sini adalah April sehingga Oktober (Dry Season). Terdapat beberapa kedai yang menjual makanan dan souvenir serta ada aktiviti menyewa bot untuk mengelilingi danau.

Banyak monument yang dibina bersebelah tasik. Muka semua dah kepenatan.
First reflect aku pakai handphone dan second tu guna baki air hujan :D
Pondok Buluh - Tak tahu untuk tempat beristirehat atau a part of tempat makan restoran.
Dari jeti di sebelah kanan entrance kami menuju ke sebelah kiri temple melepasi menara pagoda yang berada di tengah-tengah. Dan di area sebelah kiri ini terletaknya beberapa kedai souvenir dan restoran dan cafe. Dan juga beberapa pondok yang bersih diperbuat daripada buluh disediakan kepada pengunjung untuk beristirehat.

Di sini juga terletaknya beberapa monument yang dibina untuk kita bergambar dengan berlatar belakangkan tasik dan gunung. Memang suka la Cikgu Hani dan yang menjadi mangsa adalah Ustaz Anas. Aku dengan wife layan jer gelagat mereka berdua ni. Few time juga la kami shoot video di sini mengikut arahan tegas dari Cikgu Hani hahahaa.

Kejadian selepas habis shooting video. Boleh nampak siapa yang mengarah di situ.
Nanti bila Cikgu Hani dah siap edit bagai video tu aku akan post semula di sini.
Sedar-sedar jer dah sejam lebih. Moh ler kita keluar dari Ulun Danu Beratan Temple ini.
Terdapat sebuah restoran dan beberapa kedai jualan sebelum ke pintu exit.
Minuman dan biji kopi Kopi Luwak juga dijual di sini
Masih lagi terdapat beberapa section yang kami tak sempat jejakkan kaki sebab nak kejar masa dan nak berhenti solat di Masjid Besar Al Hidayah yang terletak kurang 100 meter dari entrance Ulun Danu Berata Temple ini. Kalau tak silap ada taman bunga dan beberapa attraction lain di sini tapi kami skip sebab nampak biasa-biasa sahaja. 

Untuk yang nak datang ke sini aku nasihatkan standby at least 1 liter air minum dan bawalah sedikti snack atau kekacang untuk mengunyah dan kalau takut lapar boleh standby roti sebab harga makanan di dalam ini boleh tahan juga. Dan make sure buat latihan berjalan kaki sebab tempat ini terlalulah luas.

Bersambung Indonesia Bali Part 12 : Masjid Besar Al Hidayah - Bedugul Traditional Market (Under Construction)

Friday, 22 November 2024

Bali Part 10 : Tea Time At The Hidden Garden Coffee House

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Indonesia Bali Part 9 : Short Trekking To Beauty Leke Leke Waterfall At Tabahan

Kami telah menuju ke sebuah tempat yang amat menarik iaitu Hidden Garden Coffee yang terletak kurang 3 km dari Leke Leke Waterfall tadi. Dan masih lagi di jalan yang sama untuk ke Bedugul. Destinasi ini juga sangatlah recommended dan suggested by Pak Supir sendiri untuk kami berhenti seketika apatah lagi jika mahu melayan secawan coffee sambil menikmati pemandangan yang indah.

Welcome to Hidden Garden Coffee at Tabahan, Bali - Indonesia :D
Turun sahaja dari kereta kami telah disapa oleh seorang pekerja wanita yang bernama Risma. Seorang yang amat fasih berkata-kata dalam bahasa English. Segala explanation sepanjang menjadi guide kami tak ada satu pun bahasa Indonesia yang digunakan sehinggalah aku bertanya dengan bahasa melayu. 

"Kenapa tak cakap bahasa Melayu atau Indonesia jer dengan kami..?". Dia kata dah terbiasa bila berkerja di sini memang akan speaking dengan semua tourist. Bila ditanya dari mana belajar English dia jawap dari sekolah tapi praktisnya lebih semasa bekerja di sini sehingga menjadi fasih.

Yang nak bergambar wanita sahaja yer. Ni gambar last sebelum kami pulang.
Risma telah membawa kami melawat sebahagian dari kawasan tanaman di Hidden Garden ini. Dapatlah tengok pelbagai jenis Pokok Kopi, Pokok Vanila secara life dan pokok herba serta pokok buah-buahan lain yang kesemuanya diproses dan dijadikan produk yang dijual di Hidden Garden ini. Tempat ini dibuka kepada orang ramai  dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang setiap hari.

Product paling famous mereka tentulah Kopi Luwak dan di sini kita di bawa melihat proses pembuatan Kopi Luwak dari Buah Kopi yang diberi makan kepada musang dan kemudian para pekerja akan mengutip sisa tahi dari musang dan dibersihkan, dikeringkan, disangai dan diproses sehingga menjadi serbuk kopi.

Jom masuk ke tempat memproses Luwak Coffee.
Part paling menerujakan adalah apabila kami dibawa ke kandang atau sangkar musang untuk melihat sendiri musang-musang yang diberi makan buah kopi. Namun ketika kami sampai tiada seekor pun Musang yang berada di dalam disebabkan mereka semua dah masuk ke dalam rumah masing-masing untuk berehat dan tidur setelah penat seharian.

Masih menggunakan cara traditional membakar biji kopi.
Beberapa jenis biji kopi yang sedang dikeringkan termasuklah biji kopi luwak.
Kulit Manggis ini dikeringkan dan kemudian akan diproses menjadi serbuk teh.
Ada banyak tumbuhan di sini. Part tengok biji kopi tu yang teruja sedikit hihi.
Selain memproses kopi di sini juga memproses beberapa jenis jus dan teh yang diperbuat dari Manggis, Avacado, Buah Mengkudu, Beras Bakar, Halia Madu, Kunyit dan pelbagai lagi. Dan di sini juga mereka memproses vanila dari pokok Vanila yang ditanam. Ada Risma bagitau jenis pokok yang mereka tanam tapi tak pulak aku ingat namanya.

Selepas tour bahagian garden, kami di bawa naik ke cafe yang terletak di bahagian atas.
Overall memang seronok masuk garden ini banyak pokok kita boleh lihat dan cara membuat kopi. Selepas tour Hidden Garden ini kami di bawa ke arah cafe yang terletak di bahagian atas. Time ni memang sangat teruja speechless sangat view yang ada dari atas cafe ini. View bukit dan kehijauan pokok sejauh memandang. 

Subahanallah.. Memang teruja sangat waktu duduk di anjung di atas ini.
Melihat pemandangan kehijauan sejauh mata memandang dari atas pokok. 
Ada beberapa section tempat duduk. Boleh pilih nak duduk di mana.
Disebabkan waktu ini tak ramai orang mungkin sebab baru habis hujan dan masih sedikit gerimis maka kami memilih duduk di satu anjung yang paling hujung yang hanya menempatkan dua buah meja sahaja dengan terdapat satu sarang burung untuk kita bergambar. Dan anjung ini lebih tinggi dari hampir kesemua pokok yang berada di Hidden Garden.

Tempat duduk sarang burung yang dipenuh pokok dan Buah Markisar.
Pokok Avacado yang tinggi tu pun buahnya boleh dicapai dengan tangan dek tingginya anjung ni. Di sini kami diberi peluang mencuba kesemua 16 jenis minuman yang ada di sini. Setiap jenis minuman dihidang di dalam gelas kecil dan jika kita rasa sedap ddan berminat maka boleh la order minuman tersebut. Menarik kan?

Taster dari 15 jenis minuman yang disediakan. Boleh cuba semua lepas tu baru order.
Dessert Pulut Hitam dimakan bersama kelapa parut dan air gula melaka.
Disebabkan view yang cantik dari tempat meja kami ini maka kami decide untuk order secawan dua minuman, sepotong cheese kek dan satu dessert yang namanya aku dah lupa tapi hidangannya adalah pulut hitam bersama isi kelapa parut berserta gula merah. Sedap manis dan rasa kesegaran pulut hitam tu :D

Pak Supir ni memang bagus sebab kita minta berwisata ke Bedugul tapi dia bawa kita berjalan-jalan di Leke Leke Waterfall dan Hidden Garden Coffee ini. Memang dua tempat ini recommended sangat kalau u all nak buat short visit. Sangatlah berbaloi. Dan kedua-dua destinasi ini terletak di bahu jalan sahaja.

Ada seekor anak musang yang baru terjaga dapatlah kami bermain :D
Kesemua produk yang dihasilkan oleh Hidden Garden ada di jual sini.
Coffee Chocolate dengan Cappuccino Chocolate ni sedap :D
Sebelum pulang kami sempat bermain dengan seekor anak musang yang telah dibawa oleh petugas kerana baru sahaja bangun dari tidur. Comel jer letak jari pun takut nak gigit hihi. Dan kemudian kami ke arah kedai di tingat bawah yang menjual segala jenis produk keluaran mereka. 

Ustaz Anas dan Cikgu Hani macam ada shopping sebab kat sini pun ada chocolate product. Aku dengan wife beli Serbuk Teh Manggis. Dari awal sehingga kami pulang, Risma telah menjadi guide kami tanpa bayaran. Dan untuk masuk ke Hidden Garden ini juga tidak dikenakan sebarang bayaran. Apa pun bagilah sedikit tips pada guide jika anda ke sini :D

Bersambung Indonesia Bali Part 11 : Daya Tarik Wisata Ulun Danu Beratan Temple - Bedugul (Under Construction)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...