Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Lebih kurang 2 jam spend masa di Campuhan Ridge Walk ini kami mula berjalan pulang dengan niat terus ke Pasar Rakyat Ubud dan Ubud Palace yang terletak 850 meter dari South Entrance Campuhan Ridge Walk ini. Mungkin agak jauh tapi di pinggir jalan dipenuhi dengan kedai-kedai jualan so its a nice to have a little walk.
|
Jom masuk Pasar Rakyat Ubud. Pelbagai souvenir dan kraftangan ada dijual di sini. |
Baru sahaja kami berjalan dalam 50 meter kami ditegur oleh seseorang dan memperkenalkan diri beliau dan perkerjaannya sebagai seorang pemandu pelancong atau Pak Supir. Dan menunjuk facebook beliau dengan gambar bersama pelancong yang pernah beliau bawa. Katanya boleh bawa ke mana sahaja dan harga boleh kasi terus jadi.
|
Terdapat beratus-ratus pedagang di sini. Baik di dalam bangunan atau di luar. |
|
Antara tempat wajib disinggah jika mahu membeli fridge magnet. |
Maka aku pun bertanya kalau mahu jalan-jalan wisata ke Bedugul especially ke Ulun Danu. Beliau menjawap IDR500,000 all in sehingga pulang ke pintu hotel semula di Ubud. Dan kalau mahu berhenti di mana-mana sahaja dalam perjalanan pun boleh katanya. Sebab on the way ke Bedugul ada banyak attraction katanya.
Aku pun bagitau dengan yang lain kita agree sahaja la sebab kalau bahagi 4 orang. Maka baru IDR125,000 atau bersamaan RM35.00 seorang dan Pak Supir kata perjalanan akan mengambil masa 4 hingga 5 jam untuk pergi dan balik. Dan kemudian dia offer untuk bawa kami ke hotel terlebih dahulu kalau nak mandi dan tukar baju sebab nampak kami semua muka kepenatan.
|
Jom kita jalan-jalan area luar bangunan dulu. Harga agak lebih murah dari di dalam. |
|
Panjang sangat pasara di luar ni, kita jalan half way sahaja. |
And then aku bagitau tapi kami nak ke Pasar Rakyat Ubud terlebih dahulu sebelum pulang ke hotel. Tapi Pak Supir kata ngak perlu risau. Pulang dulu ke hotel dan kemudian saya bawa ke pasar sebelum ke Bedugul. Dan kalau mahu berhenti makan tengah hari sebelum ke Bedugul pun bisa.
|
Antara souvenir dan barangan kraftangan lain yang dijual. |
|
Patung-patung memang banyak dijual sebab Bali memang dihiasi dengan patung. |
|
Terjebak jugalah membeli satu dua tiga empat barang di sini hihi.. |
Terus aku sebut "Kalau singgah ke Restaurant Bebek Joni boleh ke?" Pak Supir jawap "Boleh" apa sahaja dalam perjalanan biasa aja berhenti. Maka kami pun terus naik Toyota Avanza Pak Supir. Kondisi kereta Pak Supir ini lebih baik dari Avanza Pak Supir semalam yang kami naik ke Pergunungan Kintamani.
Sampai di Yarama Cottage kami terus mandi dan bersiap serta berkemas dan terus check out sebab confirm balik dari Bedugul nanti waktu dah gelap. Sebab untuk malam ini kami plan nak tidur glamping. Pak Supir menunggu hampir 30 minit di luar sebelum kami muncul kembali dengan membawa beg.
|
Inilah pekerja di Yarama Cottage yang boleh berbahasa Upin dan Ipin dengan fasih. |
Insyallah kalau ada rezeki ke Ubud lagi memang aku nak check di Yarama Cottage ini lagi. Masa urusan check out aku sempat menghulurkan Sachet 3 in 1 Teh Boh made in Malaysia kepada 3 orang staf yang dari semalam banyak membantu kami. Sampai bagi pinjam motor malam tadi nak beli makanan.
|
Welcome to Restaurant Bebek Joni yang dikelilingi dengan sawah padi. |
|
Sampai sini confirm bergambar terlebih dahulu sebelum duduk order makan :D |
|
Terdapat satu kawasan dalam restoran ini yang dipenuhi dengan Pokok Teratai. |
|
Bebek bermaksud itik dalam bahasa Malaysia. Joni tu nama owner kot hahaha :D |
Sebelum puku 10 pagi kami dah pun menaiki kereta Pak Supir menuju ke Pasar Rakyat Ubud. Kata Pak Supir di sini bagus kalau mahu membeli kraftangan hasil orang tempatan ubud. Dan harga nya tidak begitu mahal walau ini adalah kawasan tourist. Aku pun kata "Insyallah kalau ada yang berkenan nanti pasti akan dibeli.."
|
Selain datang makan di sini juga boleh bergambar di beberapa tempat cantik yang dibina. |
Oh ya Pak Supir ni ayahnya muslim tapi maknya hindu. So dia kata dia pun islam kadang-kadang. Pernah solat di masjid masa kecil bagai. Aku pun haa ye lah. Selepas selesai kami membeli belah souvenir, gudapan dan bergambar. Kami meneruskan perjalanan dengan Pak Supir ke Restaurant Bebek Joni. Oh ya Bebek itu maknanya Itik dalam bahasa Malaysia.
|
Puas bergambar dan ke hulu hilir. Moh ler kita cari tempat duduk. |
|
Ada tempat makan duduk di dewan terbuka atau boleh makan di Gazebo. |
Selain menyediakan makanan Halal di sini. Tempat makan di Bebek Joni juga menyediakan pemandangan dan suasana yang indah secara tidak langsung menambahkan lagi selera makan. Ada beberapa tempat yang cantik untuk bergambar. Dan boleh memilih untuk duduk di kerusi atau mengeseh atau bersila di Gazebo atau di atas tikar.
|
Antara menu makan tengah hari kami di Bebek Joni. Nanti aku update semula apa menu yang kami order time ni. |
|
Selepas makan kita kembali semula ke pintu entrance Pak Supir dah menunggu. |
|
Nice place tapi agak mahal so cukup lah datang sekali jer hihi :D |
Tapi kalau nak makan di sini kena fikir dua kali sebab harga makanan di sini agak atau terlalu mahal. Untuk lunch kami berempat jumlah bil adalah IDR526,000 bersamaan dengan RM148.00. Tapi bak kata Ustaz Anas sekali sekala kita kena reward diri bila travel murah ni.
Ok untuk status makanan di sini ianya lebih kepada "Muslim Friendly" sebab tiada Certificate Halal dari badan yang bertanggungjawap sama seperti Nasi Ayam Kedewatan Ibu Mangku. Staff restaurant memberitahu mereka mempunyai dua tempat masak yang berbeza satu dikhaskan untuk memasak makanan untuk orang islam.
Wow..Menarik souvenir tu...Bunga teratai dah lama x tgk in real life =D
ReplyDeleteMemang rambang mata kalau ke Pasar Rakyat Ubud.. Mcm2 yg nak dibeli hahaha.. Bunga teratai kat sini segar dan besar :D
DeleteKat sana macam boleh ya kahwin berlainan agama. Kami pernah ke Bali ni tapi menggunakan jasa Pak Musa dan dia ada menasihatkan supaya berhati-hati makan di Bali sebab kebanyakkan kedai campur daging oink oink dengan ayam tu dalam satu peti ais. Pak Musa pun bawa kami ke beberapa masjid untuk solat dan kedai yang betul2 halal. Bersyukur juga jumpa Pak Musa ni. Penganut hindu yang ramai kat sini kan....
ReplyDeleteTak boleh tapi mungkin tiada pencegahan yg kuat seperti di Malaysia.. Mungkin la.. tak sure sebab di negara lain kita tak tahu mcm mana keadaan nya.. Kalau jumpa org islam di Bali memang seronok sebab dia akan tahu mana masjid dan mana makanan halal.. Ada juga yg bgtau kdg2 ada jer restoran kata halal tak campur tapi kat dapur kuali oink dgn kok kok campur jer.. so mmg kena berjaga-jaga kalau di Bali.
Deleteaduh..pening ya pak supir, kdang2 jadi muslim...
ReplyDeletedah nama nya restoren Bebek Joni, haruslah amik gambar dulu dengan bebek-bebek yang ada...hihihi
Itu lah pening dah.. Mengaku muslim katanya pernah solat puasa dulu duluan.. Restoran tmpt wisata mmg harus bergambar dulu sebelum makan.. lagi kalau dh ramai org susah nak bergambar.
DeleteKalau tengok souvenir dari sana, rambang mata. Restoran Bebek Joni, cantik nya suasana luarnya dengan sawah padi
ReplyDeleteMmg rambang mungkin sebab murah boleh la beli sedikit utk kenalan.. kalau ke tmpt lain mcm berkira-kira sikit hahaha.. Bebek Joni tu suggested la sbb tmpt dia cantik :D
Deletemurah betul kos byrn supir2 nya...mknn RM148 bahagi 4 tu masih ok laaa rate tu esp kalau mode melancong ;) gmbr bunga teratai tu cantik sgt!
ReplyDeleteMahal sebab cash dlm tgn tak banyak dibawa hahaha.. and drkat negara org so mmg kena kawal perbelanjaan hihii.. Betul bunga teratai dia cantik dan segar mekar jer..:D
DeleteSyurga Dunia untuk ladies ni...😍
ReplyDeleteTeratai tu masyaa Allah..cantik macam dalam kalender dulu-dulu
Mcm dalam kalender dulu2 tu mmg betul hihii.. cantik teratai tu.. jrang nampak kat Malaysia..
DeleteWalaupun namanya pulau tapi still ada penanaman padi eh kat sana.. ada view gunung, danau, sawah padi dan pastinya pantai.
ReplyDeleteShopping dalam bangunan terasa nyaman tapi kat luar bangunan lagi murah ya. Cuaca kat sana kurang panas ke berbanding Malaysia?
Pulaunya besar dan lebih besar dari Singapore.. Memang luas ada gunung bukit tasik dan air terjun bagai.. Sawah Padi ada di mana-mana kalau di Bali.
DeleteKalau di padang besar pun kadang2 yg dijual diluar lebih murah dari di dalam bangunan. mungkin sebab sewanya lebih murah gitu :D
Cuaca ikut tmpt ada yang lebih panas dan ada yg sejuk bangat :D
Semua perkongsian yang saya baca sangat menarik dan menambah info. Mana tahu satu hari nanti kami hendak ke sana, bolehlah ulang baca entri di sini sebagai rujukan. Suka sangat tengok sajian makanannya, walaupun sama senusantara tapi tetap ada kelainan dan keunikannya.
ReplyDeleteInsyallah saya doakan moga dimurahkan rezeki utk melihat keindahan di Bali. Moga moga entry di sini boleh membantu pd mereka yg nak ke Bali. Sajian makanan nampak sama tapi ada kelainan dan keunikan nya :D
DeleteAmin ya Allah.
DeleteAmin Ya Rabbal Alamin ..
DeleteNah kalo sudah mampir ke pasar tradisional yang jualan cinderamata ini memang hati suka goyah..apa saja mau di beli😁...cakep suasana di bebek Joni, tapi mahal yak ...
ReplyDeleteHati goyah dan mata terpukau gitu apatah lagi dengan hasil kraftangan nya yg cantik dan menarik.. Suasana di Bebek Joni itu menawan sekali tapi makanan nya mahal .. maka sekali dtg sahaja sudah cukup :D
DeleteCantik gambar disebalik teratai kat kolam tu.
ReplyDeleteWalau makanan mahal tapi sesekali reward untuk diri.
Bila tengok kedai yang jual cenderamata, boleh rambang mata dibuatnya.
Awalnya ingat pak supir yang sama tapi hanya hari pertama je rupanya.
Selain datang untuk makan boleh juga nak bergambar dengan suasana tmpt yg cantik dan indah.. Kiranya byar dua dalam satu la.. makan dpt bergambar pun dapat.. Pak Supir di hari yang sama tak nak jawap call hahahaa.. Kalau dah ke tmpt souvenir mmg rambang mata dibuatnya :D
DeleteBanyak sekali ragam souvenir yang di tawarkan itu Mas. Terlihat cantik juga barang souvenir itu.
ReplyDeleteJadi makan di Bebek Joni ya Mas. Saya baru tahu juga kalau bebek bahasa Malaysianya itik. Tapi disini kadang orang-orang menyebut itik juga.
Salam,
Memang banyak dan kalau di Malaysia kita sebut "rambang mata" iaitu bila melihat terlalu banyak pilihan benda yang disukai. Makan di Bebek Joni enak sekali tapi agak mahal harga nya :D
Deletekalau saya memang dah rambang mata dah shopping kat sini, berkenan tengok koleksi mangkuk dgn sudu2 kayu tu.
ReplyDeleteberbaloi juga harga pak supir tu bila dibahagi 4 orang cuma RM35 je. perjalanan jauh tu :D
laahh encem pulak staff yarama cottage ni xD
Sebab tu kena pegang cash sikit sahaja. Kalau pegang banyak mmg byk la yg dibeli hihii.. Bila travel ke Indonesia biasanya secara grouping memang akan jimat banyak. Nanti check in la kat Yarama Cottage ni boleh jumpa staf emsem ni hahaha :D
DeleteMacam mana bahasa upin ipin tu eh? Hehehe 🤭
ReplyDeleteUncle kena tengok sendiri Upin Ipin versi Malaysia dan versi Indonesia :D
DeletePasar Ubud menyajikan banyak cinderamata ya kakak, oleh-oleh khas Bali.
ReplyDeleteBetul .. kalau mahu beli cinderamata di Pasar Rakyat Ubud ini memang semuanya ada :D
DeleteBali memang tiada duanya. Kadang yang bikin sulit, mengendalikan nafsu belanja. Hehehe
ReplyDeleteKeindahan di Bali itu satu kemestian yang dijanjikan kepada para pelancong yg hadir. Nafsu belanja harus dikawal kerna itu duit nya bawa cukup cukup aja :D
Deleteooo macam tu ya
ReplyDeleteso nanti sy datang beli kat kedai2 luar bangunan je laa
lg murah kannn hehehe
Tapi kena pandai cakap Indonesia kalau nak murah.. sebab kalau cakap Malaysia nanti kena charge harga pelancong hahahah :D
Deletealamak! dgr tu fanny?
Deletehahahaha
mati mati ingat itik betul tu hahaha
ReplyDeleteAda jer itik betul yang bermain di tepi sawah huhuu :D
DeleteAkhirnya ada tempat yg saya pernah datang, bebek Joni 😄😄😄. Trakhir ke Bali pun makan sini dengan suami. Naik motor dari Payangan . Saya akui mahal. Sangat pun 😂.
ReplyDeleteTapi wajar Krn dia jual suasana 😄. Kalo suasana dah ikut dijual, confirm lah mahal bang 🤭🤭
Kalo utk bebek saya lebih suka bebek Bu Rima di Kuta. Tapi memang itu hanya warung kecil, tapi sedap. Biasa yg makan situ memang turis lokal atau orang lokal saja.
Kalo ditanya nak balik ke bebek Joni atau tak, saya pun tak nak. Utk yg level nya serupa, saya prefer bebek tepi sawah. Sama2 mahal, sama2 jual suasana, tp bagi saya lebih sedap sikit. 😁
Kalau mau makan bebek di sini memang antara yg terbaik.. makanan memang mahal tapi okla ada view dan tempat yg cantik boleh melayan perasaan hihii.. Suasana juga dijual maka mahal la jadi nya :D
DeleteOk la boleh cuba next time makan di Bebek Bu Rima di Kuta. Tapi kalau jalan jalan di Kuta itu macet bangat huhuu..
DeleteMahu juga ke Bebek Tepi Sawah tapi Pak Supir nya bawa ke Bebek Joni.. Mmg review kata Bebek Tepi Sawah lebih sedap dari Joni..
This post provides a detailed and engaging account of your visit to Ubud, highlighting not just the attractions but also the cultural interactions you experienced along the way. The journey through Pasar Rakyat Ubud, with its bustling market and numerous local crafts, sounds like a wonderful way to immerse yourself in the local scene. The encounter with the Pak Supir, who offered to take you on a tour to Bedugul, adds a personal touch to the travel experience and shows how local hospitality can enhance a trip.
ReplyDeleteRestaurant Bebek Joni sounds like a beautiful place to relax and enjoy a meal, especially with the stunning view of the rice fields and lotus ponds. It's great to hear that they offer a “Muslim-friendly” menu, even though they don’t have an official Halal certificate. The ambiance and photo opportunities certainly seem to make it a worthwhile stop, though it’s good to know that it’s on the pricier side, as you mentioned.
It’s nice that you shared the tip about rewarding yourself with a special meal while traveling, especially when you’re traveling on a budget overall. Your mention of the staff speaking a bit of Upin & Ipin is a cute touch, and it really paints a picture of the warm, personal service at Yarama Cottage and the restaurant.
Overall, this post captures the essence of a trip to Ubud: the blend of culture, local interactions, beautiful scenery, and, of course, delicious food. Looking forward to hearing more about your adventures! Marriott Playa Andaluza
Hi..At first thank you so much for coming here and appreciate your comment :D
DeleteLocal community are very good on helping the tourist. The hotel staff, Pak Supir and other they just will help you once if you ask them anything. That what the Bali so special for me :D
The reason i want to go to Bebek Joni because would like to try their Bebek (Duck) because in Malaysia is not that command thing to eat duck. The food was good and the place it self its very interesting and very nice :D
For me i would like to come again and stay longer in Ubud Town in future as this is my first time. Still have so many thing to discover by me. And definitely to stay in Yarama Cottage again.
DeleteIt just because we was travelling with our wife that is why need to have reward time. Craving for coffee and chocolate all the time hahaha :D
Kat Jakarta popular Bebek Di Tepi Sawah, kat Bandung pun ada...kat Bali Bebek Joni ye...lama x makan itik..dapnya kalau masak kari...
ReplyDeleteDi Bali memang ada Bebek Tepi Sawah.. mmg itu yg nak di tuju tapi ter pergi ke Bebek Joni . Org Indonesia kalau msk itik mmg sedap :D
Delete