Saturday, 27 December 2025

Maldives Part 8 : Unplanned Trip - Our Best Moment 2 Days Stay At Villingili Island

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Maldives Part 7 : Back To Male By Speedboat& Visit Hulhumale Island - Chicking Restaurant

Dari Chicking Parkside Fast Food Restaurant kami order Uber dan terus ke Rashdoo-Male Feri Terminal atau juga dikenali sebagai Vilingilli Ferry Terminal yang terletak di bahagian belakang Pulau Male. Dan driver Uber turut membantu kami untuk membeli tiket ferry ke Villingili dan kata driver uber lagi jarang ada tourist luar yang ke Villingili. 

Kami tunggu Uber di hadapan Sandy Beach of Male Swimming Track.
Pulau Villingili ini lebih kepada destinasi weekend bagi orang-orang tempatan dari Male dan Hulhumale. Seperti mana orang-orang di Selangor dan Kuala Lumpur ke Port Dickson, Genting Highlands dan Cameroon Highlands di hari weekend. 

Kami bernasib baik kerana pemandu uber yang kami naiki ini telah membantu kami membelikan tiket feri. Seorang yang ramah suka berborak dan ringan tangan untuk membantu kami dan beliau juga berasal dari Pulau Villingili. Siap bagi kami tips apa yang nak dibuat di sana nanti. Agak terkejut bila dia beritahu kami ada pantai yang indah di Villingili.

Inilah driver uber yang baik, peramah dan membantu kami membeli tiket feri ke Villingili.
Jarak antara Male dan Villingili adalah lebih kurang 1 kilometer sahaja dan mengambil masa kurang dari 15 minit dengan perjalanan public ferry dan tiada private boat yang beroperasi di antara kedua pulau ini. Perkhidmatan ferry bermula seawal pagi sehingga lewat malam dengan pergerakan ferry (departure) di antara 15-30 minit.

Feri mula meninggalkan terminal  di Male menuju ke Villingili Island.
Keadaan feri ini jauh lebih baik dari feri yang kami naik untuk ke Maafushi tempoh hari.
Harga tiket seorang MVR8.00 dan perlu dibeli di kaunter sebelum masuk ke boarding gate. Dan kami tidak menunggu lama untuk masuk ke dalam ferry dan berlepas. Pada masa ini sebuah jambatan sedang dibina bagi menghubungkan di antara Male, Villingili, Gulhifalhu dan Thilafushi Island yang dijangka siap berperingkat bermula dari hujung tahun 2026.

Masjid Al-Birri terletak bersebelahan MTCC Villingili Ferry Terminal.
Kami terus berjalan melalui Sheikh Abdhurrahman Magu untuk mencari hotel.
Terdapat satu sahaja hotel di jalan Sheikh Abdhurrahman Magu ini dan ia sudah full house.
Dari carian di google terdapat 3 buah hotel yang ada di Pulau Villingili ini dan selepas sampai di ferry terminal, kami terus menuju ke dua buah hotel yang terletak tidak jauh di antara satu sama lain. Dengan harapan masih ada lagi bilik yang kosong untuk kami berempat. Namun malang sebab satu hotel dah penuh dan satu lagi telah ditutup oleh pihak berkuasa.

Masjid Al-Ikhlaas terletak di hujung jalan Sheikh Abdhurrahman Magu.
Disebabkan waktu dah hampir maghrib aku kata kita masuk masjid dulu dan solat berdoa moga dipermudahkan urusan. Kang nanti lepas solat kita slow-slow jalan semula dan ambil ferry balik ke Male dan check in hotel di Male sahaja.

Senibina di bahagian dalam Masjid Al-Ikhlaas memang cukup cantik dan menawan.
Telah dibina hampir sedekad yang dulu dan telah dinaik taraf beberapa kali.
Masjid yang asal adalah diperbuat dari kayu hampir sedekad ayng dulu.
Oleh sebab itu masih banyak kayu yang dipertahakan dan dikekalkan di sini.
Selesai solat maghrib, Pak Imam menegur kami di perkarangan masjid dan macam biasa soalan biasa "Dari mana? Datang sini buat apa? bagai. Setelah aku bagitahu keadaan kami terus dikata "Jangan balik Male lagi aku cuba tengok apa yang boleh dibantu". Sambil mula membuat beberapa panggilan bertanyakan tempat untuk kami bermalam.

Menu makan malam kami adalah menghabiskan segala bekalan yang dibawa.
Dan akhirnya Pak Imam kata tak perlu balik Male aku dah dapatkan tempat untuk korang tidur malam ini. Stay di masjid ini dan lepas solat isya nanti owner apartment akan datang sini dan nanti korang ikutlah dia ke apartment berkenaan.

Selepas isya kami ditemukan dengan owner apartment dan mengikuti beliau dan rupanya apartment itu bersebelahan sahaja dengan masjid yang kami solat tadi. Dan owner bagitahu penyewa baru keluar tak sampai seminggu dan kalau kami nak sewa untuk semalam dua sahaja ia tidaklah menjadi masalah bagi owner.

Inilah rupa bangunan apartment kami. Ada satu bilik dan satu bilik air sahaja.
Pintu bangunan apartment kami memang menghadap masjid Al-Ikhlaas.
Berhadapan apartment ada sebuah perigi lama yang telah dibina hampir sedekad.
Airnya jernih dan ia masih lagi digunakan especially untuk mengambil wudhu.
Dan meminta bayaran hanya MVR300.00 atau bersamaan RM78.00 sahaja untuk satu malam dan siap sediakan air mineral dan wifi untuk kami gunakan. Dan katanya esok nak check out pukul berapa pun boleh. Dan offer pada kami kalau nak order makanan perkerja beliau boleh tolong belikan. Namun kami menolak dan hanya meminta nak pinjam kettle sahaja.

Pak Imam belanja kami bersarapan di sebuah kedai makan kecil. Rezeki jangan ditolak.
Semua makanan adalah jenis digoreng. Agak rambang mata nak pilih makanan.
Disebabkan bekalan makanan kami masih banyak dan perlu dihabiskan. Malam tu kami bancuh Coffee Tea 3in1, makan instant noodle dan nasi goreng ready to eat sahaja. Alhamdulillah kenyang dan bersyukur dapat tempat tinggal yang baik. Sebelum tidur aku pesan dengan Anas kita kena solat subuh di masjid. Malu kalau pak imam tak nampak kita esok.

Chai Masala, Chai Susu, Samosa dan Roti Canai yang dimakan bersama isikan tuna.
Yang dalam pinggan biru tu Pak Imam kata lebih jangan makan sebab kami tak biasa.
Imam bawa kami bersarapan di salah satu kedai makan selepas solat subuh.
Memang betul esok selepas solat subuh pak imam cari kami sebab nak ajak bersarapan. Tapi aku dengan Ust Anas jer la yang pergi sebab muslimat uzur rehat dalam apartment sahaja confirm tengah tidur lagi. Kami bertiga berjalan kaki dan bersarapan di sebuah kedai makanan sambil pak imam perkenalkan beberapa jenis makanan tempatan.

Suasana tenang di pagi Sabtu dan masyarakat di sini hanya memiliki motor elektrik.
Yang ada cuma kereta peronda polis dan bas elektrik sahaja di pulau ini.
Selesai sarapan pak imam bawa kami berjalan di sekitar pulau dan menunjukan ada dua pantai yang boleh bermandi manda yang berdekatan dengan masjid. Dan terjumpa dengan beberapa orang yang sedang memancing ikan sambil mereka offer pada kami kalau nak mancing sekali. Dah di offer memang aku tak lepaskan peluang la.

Seronok tengok masyarakat di sini memancing. Menangkap sekadar keperluan sahaja.
Bila hujung minggu kapal semuanya hanya berlabuh dan pak imam ajak kami naik.
Memang ramah sungguh masyarakat dan rukun tetangga di Villingili ini atau mungkin sebab kami berjalan dengan pak imam yang dikenali dan dihormati ramai. Pak Imam bawa kami keliling sehinggalah kami pulang semula ke apartment dan masa ni Wife dengan Cikgu Hani dan pun terjaga tengah bancuh 3 in 1. Terus wife kata "Mesti korang dah sarapan kan?".

Seronok wife dengan cikgu hani dapat kacang free. Makcik tu malu pula nak bergambar.
Buah ini hanya perlu dikutip dibawah pokok setelah burung memakan isinya.
Kemudian ia hanya perlu dikeringkan sebelum mengeluarkan kacang di dalamnya.
Aku dengan Ust Anas gelak jer lah. Selepas tunggu wife denagn Cikgu Hani bersarapan ringan, kami bergerak keluar dari apartment ke tempat-tempat yang sama pak imam bawa tadi tapi kali ini kami bawa baju mandi sebab nak mandi pantai.

Sedang berjalan kaki ke tempat yang kami tujui, terlihat beberapa makcik dan pakcik yang sedang memecahkan sejenis buah yang telah dikeringkan. Dan di dalamnya terdapat sejenis kekacang bentuk seperti Walnut - yang bentuk macam otak manusia tu. Dan secara tiba-tiba mereka memanggil kami dan memberikan sedikit untuk kami cuba.

Bersambung Maldives Part 9 : (Under Construction)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...