Tuesday, 5 May 2026

Nasi Lemak Homemade Ayah Di Pagi Ahad

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cerita pagi ahad baru ini. Macam biasa bila tak idea sangat nak update pasal travel maka masakan dan aktiviti la yang menjadi mangsa hihii..

Bangun subuh selesai semua tanggungjawap sambung tidur sebab tak ada plan apa-apa. Bila terjaga hampir 9.00 pagi.  Terus ke dapur tengok apa yang boleh dimakan untuk sarapan.

Tengok rendang daging ada dalam frozen.. Hurmm terus decide masak nasi lemak. Masak banyak supaya boleh makan terus sampai dinner hahahaa. Senang tak seorang ayah berfikir? 😅

Rendang Daging - The only lauk untuk nasi lemak.

Ikan Bilis dan Kacang Goreng wajib ada kalau nasi lemak.
Nasi Lemak kasi tambah Daun Pandan, Bawang dan Halia untuk wangi.
Senang masak nasi lemak ni sebab tak sampai sejam dah boleh siap terhidang atas tikar. Tapi masak sambal kena bersilat sikit dari menumis sampai la habis masak nak kena lap sentiasa dapur tu. Nasib ada kotak kat rumah boleh la buat penghadang sambal yang meloncat loncat keluar dari kuali tu 😅.

Telur Rebus 10 biji bagi the kids puas makan.
Sambal nasi lemak my way is wajib letak asam jawa.
Kat rumah ni the kids layan timun jepun sahaja..
Aku masak nasi 5 cup beras alhamdulillah bertahan sampai malam and the kids makan sampai habis dari pagi sampai ke malam. Boleh la rehat sepanjang hari dan buat kerja lain. Kalau tak kang tengah hari nak kena masak lain. Dia bukan malas tapi berfikir luar kotak hahaha.. korang weekend masak apa? ☺️

No comments:

Post a Comment