Jam dan pun menunjukan waktu hampir 12.00 tengah hari. Dan aku masih lagi merayau di dalam Bucharest Old Town ini.
Walau kaki berjalan menuju pulang ke arah hotel tapi ada sahaja yang menarik pandangan mata untuk aku berhenti seketika bagi melayan dan memotretkan suasana sama ada di dalam fikiran mahupun di dalam handphone.
![]() |
| Tempat penginapan di tingkat atas dan mempunyai 14 kedai di kiri dan 14 di kanan. |
Hanul Cu Tei atau The Linden Tree Inn adalah salah satu rumah penginapan pedagang tertua dan masih dipelihara dengan baik di Old Town Bucharest ini. Dibina pada tahun 1833 oleh Anastasie Hagi Gheorghe Polizu and Ștefan Popovici. Dan setiap dari mereka mempunyai 14 buah rumah kedai samada di sebelah kiri atau kanan.
![]() |
| Kedai-kedai yang ada sekarang kebanyakan menjual hasil kraftangan dan souvenir. |
![]() |
| Kalau nak lebih meriah boleh datang pada waktu petang atau malam. |
Dan di tingkat atas dijadikan rumah penginapan kepada para pedagang yang datang ke Lipscani Street dan ia merupakan satu-satunya rumah penginapan bercirikan gaya kehidupan Wallachian yang masih wujud dan yang mengekalkan bentuk seni bina yang asal. Dan sekarang ia tidak lagi beroperasi dan menjadi sebahagian galeri yang menyimpan sejarah.
![]() |
| Biserica Sfântul Nicolae Șelari Orthodox Curch. |
Dari The Linden Tree Inn ini aku melangkah keluar dari arah yang bertentangan dan menjumpai sebuah Orthodox Church yang bernama St. Nicholas Parish Selari. Dibina di antara kurun ke-16 dan 17. Tapi dah banyak sangat church yang aku jumpa so sekadar mengambil gambar sekali dan terus aku meneruskan perjalanan.
![]() |
| Selepas 12.00 tengah hari orang ramai mula memenuh setiap jalan di Old Town. |
![]() |
| Romania pernah berada dibawah rejim komunis selama 42 tahun. |
Di sini kita akan melihat agak mudah untuk menjumpai perkataan atau logo komunis atau juga gambar-gamabr pemimpin komunis seperti Fidel Castro dan lain-lain kerana Parti Komunis Romania pernah memerintah selama 42 tahun.
Parti Komunis Romania memaksa Raja Mihai I turun takhta dan menubuhkan Republik Rakyat Romania (kemudian dikenali sebagai Republik Sosialis Romania). Era ini terkenal dengan pemerintahan satu parti dan didominasi oleh diktator Nicolae Ceaușescu dari tahun 1965 sehingga beliau dan isterinya dihukum mati pada penghujung tahun 1989.
![]() |
| Berjalan dan terus bejalan dan akhirnya berjaya juga keluar dari old town. |
Aku berjaya keluar dari old town di satu persimpangan jalan besar Bulevardul Ion C. Brătianu. Dan terus mengikuti jalan utama ini sehingga menjumpai Ion Constantin Brătianu Monument dan di bawah monument terletaknya Metro Station Universitate yang semalam aku gunakan untuk ke Bucharest Train Station.
![]() |
| Colțea Clinical Hospital - The Oldest Hospital in Romania from 18 Century. |
Dan terjumpa sebuah bangunan hospital yang sangatlah cantik sebab kebiasaanya hospital hanya berbentuk petak tapi yang ini macam castle. Info yang aku dapat ialah the oldest hospital in Bucharest and the third oldest hospital in Europe.
Menarik kan? Tapi boleh ke kita nak masuk ke dalam? Secara tidak rasmi ya boleh tapi very limited space jika kita nak masuk dan melihat dari dalam. Namun jangan sampai mengganggu keadaan dan kakitangan hospital di dalam.
![]() |
| Gambar Colțea Clinical Hospital yang aku ambil dari Pakcik Google. |
Ia telah dibina oleh Mihai Cantacuzino pada tahun 1704 dengan tujuan asal sebagai charity institution untuk orang miskin dengan hanya 24 katil sahaja. Tahun 1739 rosak teruk akibat kebakaran besar. Tahun 1802 mengalami kerosakan besar akibat gempa. Tahun 1861 dibina semula dan dibuka dengan 60 katil.
Tahun 1888 beberapa sturktur lama dirobohkan bagi pembinaan boulevard dan selebihnya ditambah baik sehingga ke hari ini. Medical care at Colțea Clinical Hospital is 100% free for individuals covered by the Romanian National Health Insurance House (CASMB). Jika tidak mempunyai insurance harga charge di hospital ini masih lagi reasonable.
![]() |
| Museum Municipiuliu Bucarest |
![]() |
| Cantik bangunan muzium ini namun sayang ianya tutup tak tahu kenapa. |
Sebelum sampai monument aku terlihat sebuah bangunan di sebelah kiri dan selepas aku membaca signboard di pintu masuk baru aku tahu rupanya sebuah muzium namun pelik kerana tiada pengunjung mahu pun staff. Dan seolah-olah telah ditutup. Hanya selepas itu baru aku tahu ia ditutup pada setiap hari isnin dan selasa.
Dibuka dari Rabu sehingga Ahad dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan bayaran masuk RON30.00 atau RM27.00. The Suțu Palace which serves as the museum was built by Austrian architects Johann Veit and Conrad Schwinck for the Wallachian aristocrat Costache Grigore Suțu pada tahun 1833-1835.
![]() |
| Ion Constantin Brătianu Monument |
Dan akhirnya aku berjaya sampai di Ion Constantin Bratianu Monument. Menandakan hotel aku dah tak jauh. Info: The monument honoring Ion Constantin Brătianu - Romania’s most prominent 19th century statesmen and Prime Minister.
Originally designed in 1903 by French sculptor Ernest Henri Dubois and architect Petre Antonescu, it was demolished and melted by the communist regime in 1948. Namun ia telah dibina semula pada tahun 2019 di tempat yang sama namun tidak mengikut reka bentuk yang asal secara menyeluruh. Di bawah monument ini terletaknya underground metro station.
![]() |
| Statue of Spiru Haret (1851–1912) & Statue of Michael the Brave (1558–1601). |
![]() |
| Michael the Brave was the Prince of Wallachia, Transylvania, and Moldavia. |
Berhampiran monument terletaknya University Square dan di sini terdapat beberapa statue pemimpin dan pahlawan Romania. Statue Spiru Haret (1851–1912) seorang ahli matematik, astronomi dan politik. Beliau diiktiraf secara meluas sebagai arkitek sistem sekolah Romania moden kerana pembaharuan pendidikannya yang radikal dan meluas.
![]() |
| Statue of Heliade Radulescu (1802–1872) & Statue Gheorghe Lazăr (1779–1823). |
![]() |
| University of Bucharest Palace yang berusia lebih 170 tahun. |
Statue of Heliade Radulescu (1802–1872) ialah seorang penulis, ahli filologi dan pemimpin politik dan digelar "Bapa Kesusasteraan Romania Moden". Beliau memodenkan bahasa dengan memperkenalkan abjad Latin dalam penulisan.
Statue Gheorghe Lazăr (1779–1823) ialah seorang sarjana, ahli teologi, ahli matematik dan jurutera Transylvania perintis. Beliau adalah wira negara di Romania kerana memecahkan monopoli berkurun lamanya terhadap pendidikan berpusatkan Yunani dan mewujudkan asas untuk sistem sekolah asli sekular.


















Dasyat juga hospitalnya tu. Macam istana tersergam je.
ReplyDeleteItulah dasyat sgt hospital nya... Cantik bak istana... Org sakit masuk keluar terus sihat tu huhuuu..
DeleteBoleh tahan Afif jalan kaki je explore Bucharest 😃
ReplyDeleteExplore sampai tak berapa dah jauh sangat dari hotel.. Nak balik tu baru terasa jauh.. 😅
DeleteBandar diorang ni macam masuk terowong masa kan?
ReplyDelete'Hanul Cu Tei' tu tak bunyi macam negara diorang... macam bunyi asia je
Yeszaaa.. back to all time... Hanul cu tei tu mcm bahasa vietnam pula huhuu.. 😅
Deletethe best part of cuti2 tempat org esp europe...memang bangunan cantik2 dan rasa tak snap2 gmbr setiap sudut dan sebyk mungkin!! lawa sungguu bangunan hospital tu...berabad lamanya dh wujud tu..impressive laaa!!
ReplyDeleteActually dah potong banyak cerita dan skip banyak gambar sebab tak nak entry ni jadi terlalu panjang huhuu.. Zaman dulu bangunan dibina include seni bina yg sangat cantik dan terlalu details huhu.. suka tgk architecture org org zaman dahulu kan..
DeleteSuka dengan bangunan yang klasik ni.
ReplyDeleteSama lah.. nampak unik especially reka bentuk yg sangat detail tu huhuu
DeleteCantik betul hospital tu, macam hotel mewah pun ye ...
ReplyDeleteMcm check in masuk istana pula huhuu.. lain macam hospital nya..
DeleteTergelak sekejap tengok gambar adik Mr Gru hehehhee. Lawa semua bangunannya klasik dan ada senibina tersendiri
ReplyDeleteOkla now 2026 tak nampak dia sebagai president so mean dia kalah election.. Suka architecture di bucharest old town ini ..
DeleteCantik betul semua rekabentuk bangunan tu, masih terpelihara dan terpulihara bangunannya. Itu yang membuatkan kota di Romania ni dikunjungai ramai pelancong kan.
ReplyDeleteYes bila bangunan yang bersejarah ini dipelihara dgn baik mmg cantik keadaan nya.. dan boleh dijadikan tarikan pelancong.. sbb bngunan lama kalau di zaman skrg nak bina mmg teramat mahal..
DeleteOldschool betul kedai di hotel lama di gambar awal. Tapi nampak cantik design tingkap dan pintu yang klasik. Suka juga tengok rekaan kedai lama sebab pernah berangan, kalau buka kedai satu hari nanti, nak buat design lama. 😊 Jalan dia berbatu-bata dan kalau perempuan pakai high heels, macam boleh terpeleot, sebab ada lubang kecil di sesetengah kawasan.
ReplyDeleteKalau tengok cerita Peaky Blinders mmg sama seni bina hotel tu dgn dalam cerita tu.. Mungkin lebih mudah dijaga dari jenayah yg berlaku.. Saya doakan moga dpt buka kedai bercirikan old school.. Zaman skrg nak pakai heels sila ke function indoor sahaja hahaha..
Deleteuish lain macam design hospital dan macam rumah kerabat diraja! kira macam hospital kerajaan jugaklaa kan
ReplyDeleteitulah ... mula mula disangkakan macam istana lama.. rupanya sebuah hospital.. Yes hospital under government dengan kos perubatan yang consider murah di sana..
DeleteSaya tak pernah ke Romania, tapi saya dulu pernah tengok satu video pasal Ceaușescu itu, sampai ke hukuman mati dia. Dari situ saya tahu Romania ada sejarah yang berat.
ReplyDeleteTapi lepas tengok foto-foto yang Ustaz kongsi saya jadi nampak sisi lain Romania. Sangat menarik untuk tahu yang tempat dengan sejarah kelam macam tu sekarang jadi lokasi lawatan yang indah 😊
Sejarah negara Romania mmg panjang... Dari pelbagai pemerintahan termasuklah ottoman empire memerintah selama lebih 400 tahun..
DeleteSetiap negara ada kelebihan dlm sejarah mereka tersendiri.. insyallah saya berimpikan untuk meneroka setiap sejarah di setiap negara 😅👍🏻
Bestnyaaa berkunjung ke negara2 oldtown macam ni. Rasa macam pegi museum real life. Jauh perjalanan, luas pemandangan dan bertambah ilmu pengetahuan. 👍
ReplyDeleteHurmm betul tu.. rasa museum in real life.. byk tinggalan sejarah yg masih utuh malah masih digunakan lagi smpai sekarang.. insyallah pengetahuan dri perjalanan tu akan sentiasa dikongsikan di sini.. 👌🏻
DeleteBandar2 di Romania ini nampaknya masih dipenuhi dgn bangunan2 klasik.. x seperti di Malaysia...
ReplyDeleteYes .. masih banyak binaan yg klasik berusia ratusan tahun.. Malaysia tak suka simpan sejarah..bina yg baru lebih mengutungkan katanya huhuu
DeleteSemua bangunan lama terpelihara drngan baik.
ReplyDeleteUniversitipun siap ada kubah.
Memang dijaga dgn baik.. bangunan kerajaan ada yg dah lebih 150 tahun tapi masih digunakan.. termasuklah universiti ini..
DeleteKotanya menarik, meskipun terlihat tua, tapi punya ciri khas arsitektur yang indah.
ReplyDeleteSeni bina bangunan yg beratus tahun masih dijaga dengan baik di sana .. menjadikan kotanya unik utk dilawati.
Deletemacam pernah dengar nama Nicolae Ceaușescu... tapi tak tau la sama atau tidak sebutannya..
ReplyDeleteKalau ada baca sejarah tentang negara lain mungkin akan tahu nama berkenaan. Tapi tak sure la pulak kalau ada pemimpin lain yang sama nama :D
DeleteMana2 negara kalau old town mesti best jalan2 kan
ReplyDeleteBerharap Malaysia pun ada old town kan.. Mesti best nak teroka suasana nya :D
Delete