Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Syukur alhamdulillah bertemu lagi dengan 10 Zulhijjah pada tahun 1447 Hijrah kali ini.
Salam Aidiladha buat semua pembaca dan pengunjung blog ini yang beragama islam.
Agak sibuk dengan urusan membantu perlaksanaan ibadah qurban kali ini. Hari raya pertama (Rabu) membantu aktiviti qurban anjuran pihak surau berdekatan rumah dengan kerjasama Angkatan Muda KeADILan (AMK) Pandan dengan 13 ekor lembu dan 3 ekor kambing. Turut hadir Tengku Zafrul dan YB Izhar Hashim ADUN Pandan Indah.
 |
| Bersama Sdr Mohd Ifwat Amir Hamirudin Ketua AMK Pandan. |
 |
| Suasana aktiviti qurban pada hari raya pertama. |
Dan hari raya kedua membantu aktiviti qurban di masjid kariah dengan 12 ekor lembu. Dan terakhir membantu aktiviti qurban anjuran PAS Kawasan Ampang dengan 10 ekor lembu. Agak menerujakan apabila hampir 250 orang yang hadir berdaftar menjadi petugas untuk membantu Program Qurban anjuran PAS Kawasan Ampang 👍.
Melapah kulit dan memotong daging, memotong dan mengapak tulang dan bantu chef memasak juadah qurban di masjid pada hari raya kedua memang memenatkan. Selesai kesemua program aku pun macam nak demam sebab mungkin juga dengan cuaca panas yang amat di sepanjang aktiviti qurban. Setakat hari ni bertahan tak makan paracetamol lagi.
 |
| Suasana Program Qurban PAS Kawasan Ampang. |
Malam tadi family aku berkumpul buat makan-makan. Ahamdulillah semua 4 orang adik beradik berkumpul di rumah mak. Abang yang bekerja di Singapore pun hadir bersama 3 orang anaknya. Kakak pun bersama 3 orang anaknya. Dalam tanpa disedari mak aku dah ada 11 orang cucu dan insyallah mungkin ada yang akan menambah cucu ke-12. Doa-doakanlah 😍.
 |
| Al-Fatihah buat jiran yang telah meninggal dunia. Baru jer bertegur 2 hari sebelum tu. |
Dalam kemeriahan menyambut Raya Aidiladha kali ini kami menerima khabar duka apabila jiran selang 3 pintu meninggal dunia pada lewat petang hari raya pertama di hospital dan disolatkan pada pagi hari raya kedua di masjid yang sama kami menjalan aktiviti qurban. Alhamdulillah sempat menunaikan solat jenazah sebelum memulakan aktiviti qurban.
Padat aktiviti. Kiranya Encik Afif mahir melapah lembu.😄
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirajiun. Semoga arwah bersama dengan orang yang beriman.
Suka bab membantu kerja kerja semasa aktivti qurban tu.. tak la mahir pun suka membantu jer hihi.. Amin semoga arwah ditempatkan bersama org beriman..
Deleteinnalillah wainna ilaihi rajiun utk ur jiran...mati itu pasti
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi rajiun.. dalam kemeriah dtg khabar duka.. mati itu benar belaka
DeleteEid Mubarak!
ReplyDeleteSeronok dapat terlibat dgn aktiviti korban.
Semoga dicucuri rahmat buat mereka yg telah pergi
Eid Mubarak juga buat Puan Hazel.. Seronok dpt bantu aktiviti qurban raya tahun ini..
DeleteAlhamdulillah.. penuh jadual hari raya korban, sebagai petugas. Memang panas cuaca sekarang ni.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun... Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman, jiran yang telah pergi.
Memenuhkan diri dengan aktiviti qurban memang seronok.. direct makan nasi dengan sup selama 4 hari hihihi.. Daging Masak Kuzi, Masak Kicap dan Masak Kunyit.. Makan daging ke 4-5 hari tu hihi..
DeleteAlhamdulillah untuk ibadah korban tu. Selesai dengan bantuan semua pihak.
ReplyDeleteAlfatihah buat jiran yang meninggal dunia.
Alhamdulillah semua aktiviti qurban dapat berjalan dengan lancar raya tahun ini.. Al Fatihah buat jiran yg baik ..
Deleteterbaik .. bersama menghayati erti ibadah qurban.
ReplyDeleteAlhamdulillah sama sama menghayati ibadah qurban tahun ini.. 🤲🏻
DeleteSelamat hari raya haji..ibadah kurban selesai aghihan..
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga yang ditinggalkan..kematian itu pasti..
Alhamdulillah selesai membantu aktiviti qurban tahun ini sebanyak 3 kali.. miga ada peluang utk membantu di tahun hadapan insyallah.. al fatihah buat jiran yg telah pergi.. 🤲🏻
Deletesalam aidiladha maap zahir batin., aminn
ReplyDeleteSalam Aidiladha juga.. maaf zahir dan batin.. ☺️👍🏻
Delete1) Tahun ni uncle mengelat... tak pegi gotong royong kat surau....
ReplyDelete2) Turut berduka
Tak apa mengelat sekali sekala kan.. bukan selalu hihii... Tapi part dtg makan lepas selesai qurban tu uncle dtg tak hahahaa.. 😅
Deletewalau pon terlambat, ,asih nak ucapkan Selamat HariRaya Aidiladha untuk tuan sekeluarga. Meriah nampaknya raya tahun ni ye...
ReplyDeleteSaya juga ada sahabat blogger yang pulang ke rahmatullah pada hari raya tu. Al-Fatihah buat mereka
Selamat Hari Raya Aidiladha juga.. kita kan biasa raya sebulan.. alhamdulillah meriah qurban tahun ini.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun kepada mereka yg telah pergi.. 🤲🏻
DeleteSelamat hari raya Aidiladha, Afif dan keluarga.. Salam takziah buat keluarga jiran Afif..
ReplyDeleteMeriah yee aktiviti melapah lembu disana. Btw, semoga demamnya tak melarat.
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat SN Faaezah dan husband di Perth.. Semoga ceria sentiasa.. Alhamdulillah dpt bantu agak all out juga aktiviti melapah di program Qurban :D
DeleteSalam Aidil Adha. Seronok melapah ramai2 kan.
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi roojiun.
Salam Aidil Adha juga buat Puan Mulan sekeluarga..
DeleteAlhamdulillah seronok dapat bantu melapah waktu qurban tempoh hari :D
penat keje2 melapah lembu ni. tambah2 cuaca haritu memang panas berdesing sangat kan..
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi roojiun. semoga arwah jiran ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Cuaca panas punca juga badan ni mcm nak demam.. buat keje melapah tgh panas huhuu.. amin.. semoga arwah jiran ditempatkan bersama org beriman..
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha juga. Seronok baca perkongsian dan suasana raya yang dikongsikan. Momen berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang memang antara perkara yang paling dirindui setiap kali tiba musim perayaan
ReplyDelete