Selamat tiba di Kuala Lipis semalam untuk urusan kerja sabtu dan ahad di sini. Selesai kerja semalam singgah ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak untuk makan malam bersama beberapa staff dari Kuala Lipis.
Dulu restoran ni berada di kedai lot tepi jalan sahaja namun sekarang dan berpindah ke sebuah bangunan di tapak sendiri. Alhamdulillah perniagaan orang melayu ini semakin maju.
![]() |
| Selamat Datang ke Restoran Azmi Ikan Stim Tempoyak. |
![]() |
Bagi pendapat aku jika tak pernah atau jarang sangat datang ke Bandar Kuala Lipis maka wajib la try at least makan sekali di sini.
Untuk rate makanan di sini aku bagi 7.9/10. Ada kala bila datang makanannya sedap sangat dan ada kala rasanya so so sahaja. But if nak cari tempat makan yang proper di sini lah jawapan nya. Especially jika datang sekeluarga yang ramai.
![]() |
| Jus Tembikai Jug berharga RM20.00. |
![]() |
| Ikan Siakap habis maka Ikan Talapia Merah Masak Masam Manis menjadi pilihan. |
![]() |
| Sotong Goreng Tepung 150gram RM19.50 |
![]() |
| Ikan Patin Sangkar Sungai masal gulai Tempoyak RM19.00. |
Kenapa mesti kena try at least sekali makan di sini? Sebab di sini terdapat masakan dari hasil tangkapan dari Sungai Pahang. Antaranya Ikan Kelah dan Sebarau yang menjadikan tarikan utama.
Selain itu Ikan Tenggalan, Kerai, Baung dan Patin Buah yang juga berharga RM100.00 untuk setiap masakan. Boleh la kalau nak merasa sekali seumur hidup.






Masuk dalam senarai kalau berpeluang ke sana nanti. Thanks for sharing!
ReplyDelete