Showing posts with label Royal Belum Part1 : Calling From Travelholic Awesome. Show all posts
Showing posts with label Royal Belum Part1 : Calling From Travelholic Awesome. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Royal Belum Part1 : Calling From Travelholic Awesome Team

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

First at all - Aku berharap dan mendoakan pada semua yang datang berkunjung ke blog ini diberi kesihatan yang baik.. Mungkin hujan dan musim panas yang tak menentu menyebabkan ramai di kalangan ahli family aku batuk2 dan juga demam.. Batuk baru nak baik jer ni.. baru la boleh fokus nak update blog huhuhuu...

Okay.. Seperti tajuk di atas Royal Belum Rainforest ini terletak di Tasik Temenggor, Perak Darul Ridzuan.. Telah memanggil beberapa insan yang lebih dikenali sebagai Blogger untuk di jelajahi.. Yeap betul tu blogger dari Team Travelholic Awesome & Friends.. Alhamdulillah telah mendapat panggilan dari mereka untuk menyertai trip kali ini bersama mereka.. Terharu tak terkata  macam nak nangis pun ada :P  Apa pun thanks pada to all Travelholic Awesome yang baik hati especially Kak Anash yang menyampaikan jemputan :D


Antara mereka yang hadir pada perjumpaan di KLCC..  :D

Team Travelholic Awesome & Friends


Trip untuk group ini disertai oleh 16 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.. Adik Aqila, Adik Sami dan Adik  Soo Wincci  Suci.. *Gagah tengok Kak Ely duk menjaga Suci dan Sami atas Houseboat huhuu.. Dan tabik spring pada Doc Sahrule dan Paie yang bersemangat datang dari Johor Bharu untuk memeriahkan lagi trip ini.. Thanks untuk Kak Lily, Bayya dan Hang Dhamin yang amik aku di check point *walau kene bahan gelak pasal word KEDIDI hahahaa.. sabar jer la kan  :P


Adik Aqila.. Bakal menjadi perhatian untuk trip kali ini :D
Perjumpaan di KLCC seminggu sebelum bertolak ke Royal Belum Park..

Seminggu sebelum bertolak ke Royal Belum Rainforest ini.. Satu pertemuan telah di adakan di KLCC bagi membincang beberapa perkara dan bagi aku mesti lah sesi suai kenal.. Masa perjumpaan ni agak nerves jugak sebab hanya Tuan Janggel sahaja yang pernah aku jumpa.. yang lain2 tu hanya sekadar berbalas comment di blog mereka ataupun jadi silent rider jer.. Memang mereka insan yang aku sanjungi dari pengalaman travel dan penulisan di blog mereka.. :D

Okay.. Perjalanan bermula pada petang hari jumaat sepatutnyer .. Alhamdulillah gagah aku masak Nasi Goreng Bunga Kantan Ikan Masin Ala Kampung.. Nak hidang pada mereka sebab tahu diorang yang lain mesti lapar dan penat balik kerja.. Mula2 plan nak buat roti jala.. tapi seminggu lebih mencari senduk acuan roti jala tak jumpa.. Serious beb Tesco ke.. baik Giant.. Hero ker.. Kedai D.I.Y.. Kedai RM2.00 kat rumah aku nie.. semua tak jual.. Bila tanya sells-man.. Boleh dia jawap "Sekarang mana ada orang nak buat.. beli jer mudah".. eerkkk..


Nasi Goreng Bunga Kantan Ikan Masin Ala Kampung..

Kalau la ada senduk acuan roti jala nie..
Mesti dah siap terhidang macam ni huhuhuu :P

Pada masa yang sama Tuan Janggel sms bagitau "Itu semua alasan.. Pergi cari tin milo tebuk lubang.. jadikan acuan roti jala" hahahaa.. :P  Maaf yer saya bukan engineer hehehee.. insyallah next time akan make sure ada roti jala dalam trip huhuu.. Also sorry tu Kak Anash  yang kempunan roti jala  sebab tak tertunai janji saya nak buat roti jala untuk trip ni.. Insyallah nanti majlis akan buat roti jala.. eh ehh ehh.. k baii  :P

Di kala petang hari jumaat.. sms yang diterima dari Tuan Janggel selaku Ketua Rombongan  Cik Kiah  "Kak Lily and Bayya will pick you up at the check point" ..  Mula2 tak tahu lagi siapa yang akan pick me up.. so ada la buat Lempeng Kelapa.. untuk makan dalam kereta.. huhuuu.. Yang pasal lempeng ni mereka dalam kereta lain tak tahu.. Tapi tak tahu la pulak kalau Kak Lily, Bayya tau Hang Dhamin ada bocor rahsia.. sebab masa di Belum Kak Anash ada kata.. "Aiipp makan apa dalam kereta semalam" eerkk huhuuu.. ada la yang bocor kan tu hahaa :P


Lempeng Kelapa.. Sedap kalau makan panas2  :D
Selfie dalam kereta.. Bersama Bayya, Lily, Hang Dhamin..
Berhenti makan di Pondok RNR Tapah, Perak..

Alhamdulillah perjalanan yang penuh dengan riang kegembiraan bersama2 ini.. Kami berhenti rehat di RNR Tapah.. Berkongsi juadah yang di bawa bersama.. Paling sedap Kek Warna -Warni  Nemo Harum Manis Yang Lembut Gitu hasil tangan Kak Anash yang menjadi santapan paling utama kami.. sedap huhuhuu :D Nanti sila buat lagi yer Kak Anash.. Tolong jangan serik hahahaa.. :P



Watak-watak utama dalam trip ini yang anda semua perlu kenal  :D
Bergambar bersama-sama dengan kakitangan dan pengunjung yang lain..

Selesai berpicnic seketika di pondok RNR.. Kami meneruskan perjalanan ker Ipoh untuk bermalam di rumah Chawana membesar.. Rumah mak ayah atau kampung la huhuu.. Alhamdulillah perjalanan setakat hari ini berjalan dengan baik seperti yang dirancang.. Cuma Paie dari Johor dan Mas Zubir akan join dan memeriahkan lagi trip ini pada keseokan hari..

   

Jom Layan Video kami di Royal Belum Park - By Blogger Hang Dhamin

Nak cerita banyak pun tak ada idea sangat.. Sebab orang lain semua dah cerita habis pasal trip Royal Belum Rainforest ni :D..  By the way jika ada sesiapa nak hadiahkan aku Senduk Acuan Roti Jala sila la.. amat di alu2kan.. Dah give up mencari tak jumpa huhuu.. Dan semua gambar yang akan ada dalam Entry Royal Belum ini credit to all Travelholic Awesome & Friends.. Sebab dah tak ingat dari siapa aku amik huhuu..
Continue Part 2