Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, 7 September 2023

11 Tempat Menarik Di Dalam Bandar Kuala Lipis

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kuala Lipis Part 2 : Taman Awam Kuala Lipis - Muzium Waisan Lipis - Che Ngah Kafe - Hotel Bestari.

Memang betul tak banyak tempat yang boleh dilawati di dalam Bandar Kuala Lipis dan dalam masa 30 minit anda boleh mengelilingi seluruh Bandar Kuala Lipis Lama mahu pun Bandar Baru Kuala Lipis. So dari pengalaman selama 3 hari dua malam di Kuala Lipis. Meh aku listkan 11 tempat menarik di dalam Bandar Kuala Lipis untuk dilawati jika anda berkunjug ke Kuala Lipis.

1. Jambatan Kereta Api Kampung Tanjung Jati.

Tempat ni agak rare sebab jambatan ini di bina di era penjajahan British sebelum kemerdekaan. Mempunyai pemandangan yang unik dan menarik dengan berlatar belakangkan pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Namun agak menyedihkan ia seperti tidak dipelihara sangat oleh pihak berkuasa tempatan dan kewujudanya jarang diwar-warkan kepada rakyat Malaysia sendiri.

Jambatan Kerata Api Kampung Tanjung Jati, Kuala Lipis.

2. Stesen Kereta Api Tanah Melayu Lama Kuala Lipis.

Sama seperti no satu di atas stesen ini telah dibina era zaman British pada tahun 1921. Bila sebut stesen kereta api ini bermakna seluruh bangunan yang terdapat disekeliling kawasan ini juga rata2 telah mencapai 100 tahun. Maka pastikan take your time untuk berjalan-jalan dari stesen ini ke kawasan pekan lama yang berhampiran. Terdapat juga beberapa lukisan dinding (rural) yang cantik dibeberapa di ini.

Stesen Kereta Api Lama Kuala Lipis

3. Kedai Kopi Stesen.

Boleh baca di part 1 berkenaan Kedai Kopi Stesen ini ianya tak jauh dari stesen kereta api lama. Boleh berehat sebentar di sini sambil menikmati old school style mengopi, roti bakar, roti kukus, nasi lemak ayam, bubur ayam, kuew teow dan nasi goreng serta pelbagai menu lain. Dibuka setiap hari kecuali Rabu dari jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang. 

Pelbagai hidangan seperti Nasi Lemak, Bubur Nasi Berlauk Rati Kukus dan banyak lagi.

4. Masjid Negeri Lama 1888 - Bangunan Pertama di Kuala Lipis.

Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar berketurunan Yemen yang bernama Habib Hasan di mana beliau telah mewakafkan tanah tersebut untuk dibina sebuah masjid. Masjid ini juga dikenali sebagai Madrasatul Firdaus dan masjid ini adalah bangunan tertua di Kuala Lipis. Uniknya masjid ini masih dikekalkan seni bina dari 135 tahun yang lalu.

Bangunan pertama di Kuala Lipis dan masjid pertama di Pahang.

5. Muzium Warisan Lipis Di Bukit Bius.

Muzium ini mejadi tempat tersimpanya beberapa galeri maklumat sejarah daerah Lipis, sejarah bangunan, sejarah penjajahan British, sejarah Kesultanan Melayu Pahang, tokoh politik daerah, pejuang kemerdekaan daerah, makanan tradisional Lipis dan sejarah perlombongan emas daerah Lipis. Muzium ini juga tempat lahirnya Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6 iaitu Dato Seri Najib Razak pada ketika ayah beliau menjawat jawatan SUK Negeri Pahang iaitu 17 tahun sebelum menjadi Perdana Menteri ke-2.

Muzium Warisan Lipis - Entrance Fee RM1.00 seorang.

6. Residency Resthouse.

Dibina oleh penjajah British pada tahun 1922 di puncak tertinggi Kuala Lipis. Menjadi kediaman kepada pegawai-pegawai tinggi era British. Pegawai pertama yang menduduki rumah ini adalah Hugh Clifford yang bertugas sebagai Presiden Ulu Pahang dan kemudian disambung oleh pegawai-pegawai lain sehinggalah terhenti apabila tercetus perang dunia ke-2. Pada tahun 1958 - 1965 kediaman ini dijadikan sebagai asrama pelajar SMK Clifford dan sekarang telah dijadikan sebagai Rumah Tumpangan - Residen Inn.

Bangunan yang berumur 101 tahun tetap utuh berdiri.

7. Pasar Bunga Cengkih.

Agak tidak lengkap jika ke Kuala Lipis tapi tak merasa ikan air tawar tempatan. Jika anda tertanya-tanya di manakah tempat anda boleh membeli ikan seperti Krai, Tapah, Tenggalan, Patin Buah, Kenerak, Sebarau, Baung, Lampam dan sebagainya. Maka di sinilah tempatnya. Jika anda bernasib baik mungkin terdapat Ikan Kelah dijual di atas meja. 

8. Taman Awam Kuala Lipis.

Terletak bersebelah dengan Masjid Daerah Lipis atau juga dikenali sebagai Masjid Sultan Mahmud. Telah dibina sebelum 2017 lagi namun telah diberi nafas baru selepas PKP yang lepas. Mempunyai tempat permaianan kanak-kanak yang luas, tempat bersenam, pondok rehat yang banyak dan trek jogging. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke taman awam ini.

Keadaan Taman Awam Kuala Lipis - Bersih dan kemas.

9. Che Ngah Kafe.

Jika cuaca panas ketika berjalan-jalan di Bandar Kuala Lipis, anda boleh singgah ke Che Ngah Kafe untuk menikmati aiskrim yogurt buatan anak melayu tempatan Lipis. Selain aiskrim terdapat juga menu seperti nasi goreng, mee rebus, wafer, pasta dan lain-lain lagi. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi sehingga 7.00 petang. Beralamat No 7, Tingkat Bawah Annexe Block, Lipis CenterPoint, 27200.

Aiskrim Yugort yang masam-masam manis.. 

10. Master Cakoi Legasi Pak Ambong

Dari 10 orang tempatan yang ditanya apa yang sedap di Kuala Lipis at least 6 daripada nya akan menyebut kene cuba Master Cakoi Pak Ambong yang terletak di Stesen Bas Lama Kuala Lipis adalah cakoi terbaik di Kuala Lipis. Tak jauh dari Masjid Lama Negeri. Dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Beralamat di No.134 Kedai Bandar Baru (Pahang Lin Siong), Jalan Besar, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur., Kuala Lipis, Malaysia

Make sure kalau nak beli amik yang baru masak panas-panas tu.
Nak beli Cakoi frozen pun ada di sini. Terdapat juga beberapa jenis kuih tempatan yang di jual.

11. Azmi Ikan Steam Tempoyak.

Nak beli ikan air tawar tempatan boleh ke Pasar Bunga Cengkih tapi jika nak makan, kat mana? Maka anda boleh ke Azmi Ikan Steam Tempoyak. Ada sebab kenapa aku letak yang ni terakhir nombor ke sebelas sebab nak makan kat sini make sure kene ada duit tebal yer hahaha. Hidangan Ikan kelah masak sekilo berharga RM520.00. Hidangan Patin Buah RM200.00 sekilo. Tapi kalau tak amik hidangan ikan air tawar tak perlu risau kerana masakan lain harga adalah biasa seperti di tempat lain :D

Nak rasa sedapnya Ikan Kelah boleh datang ke sini merasa :D

Setiap tempat akan ada keistimewaan mereka tersendiri baik dari segi keadaan geografi, cuaca, makanan, sejarah dan juga cara kehidupan (budaya) serta ekonomi. Kuala Lipis kaya dengan warisan sejarah tersendiri dan antara tempat Mat Kilau pernah berjuang bersama pengikutnya menentang British - Part yang kata Mat Kilau ni ada seorang pakcik berumur 87 tahun bagitau masa jumpa di masjid. :D

Friday, 4 August 2023

Misi Menawan Gunung Irau - Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

Bila tak ada plan nak travel antara perkara yang selalu akan aku buat adalah naik gunung. Alhamdulillah syukur dapat menawan satu lagi puncak iaitu Gunung Irau di Brinchang, Cameroon Highlands. Ianya sama seperti keinginan menggembara ke setiap negara yang ada di dunia ini. 

Misi menawan Puncak Gunung Irau 2110 meter - Berjaya.
Setelah selesai conquer satu negara kita akan tanam azam untuk conquer atau jelajah negara baru. Sama juga dengan menawan puncak gunung. Habis satu puncak gunung kita akan tanam azam untuk menawan puncak gunung yang lain. Walaupun di pertengah pendakian kita akan rasa 'Kenapalah aku tak duduk rumah tengok tv jer.. kan bagus.." hahahaa..

Bangun Subuh dan bersarapan dan bersiap-siap menaiki 4x4 beramai-ramai.
Yang duduk belakang 4x4 ni dan macam naik unta berlari hahaha..
Alhamdulillah selamat sampai di Entrance Trek Gunung Irau.
Pewai - Perkara yang wajib berlaku iaitu selepas dah melepasi tahap exhausted yang teramat sangat. Tapi Alhamdulillah setiap kali juga walau dah pewai tahap ke-10 masih lagi mampu menamatkan misi menawan puncak sesebuah gunung untuk setakat ini la. Moga-moga tak ada la kejadian yang tak diingini berlaku di pertengah pendakian Insyallah.

Walau Gunung Irau (2110meter) ini adalah gunung tertinggi di Cameroon Highlands. Tapi aku rasa tak susah sangat sebab starting point pun dah potong beratus meter dari kaki gunung. Dan trek perjalanan/pendakian sejauh 2.35km sahaja. Yang memakan masa antara 2jam 30minit sehingga 3jam 30minit. Insyallah good for beginner macam aku :D

Baru mula dia dah belanja view nie.. Sejuk mata memandang :D
Starting trek santai-santai jer. Naik turun tangga kayu sahaja.

Dia belanja lagi view. Memang healing sangat-sangat :D
Time ni semua masih bersenyuman bergelak tawa lagi.. Suasana riuh sangat.
Dan paling best Gunung Irau ini adalah terkenal dengan kecantikan Mossy Forest nya. Sama macam kita tengak Lord of The Ring tu. So kami dalam satu group besar hampir 50 orang keseluruhan mostly dari Selangor dan Kuala Lumpur. Aku bertolak dari rumah secara carpool seramai 4 orang dan sampai di Nova Highlands Resort di Brinchang, Cameroon Highlands jam 3.00 pagi. Tidur dalam kereta sehingga subuh.

Habis trek kayu.. trek semula jadi pun bermula :D
One thing aku perasan time ni tak la penat sangat sebab keadaan sejuk dan
Mossy Forest dia memang menerujakan. Layan view memang best.
Pokok Periuk Kera, Lumu-lumut yang tebal dan pelagai tumbuhan lain.
Waktu subuh kami bangun, solat dan bersiap-siap dan kemudian bersarapan secara persendirian (tak termasuk pakej) dan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sebelum menaiki Toyota Hilux single cab ke entrance trek pendakian Gunung Irau. Masa ni kalau tak silap ada dalam 15 orang naik Hilux ni dan perjalanan mengambil masa 10-15 minit.

Trek insyallah tak susah mana. Best layan view sahaja :D
Lagi tinggi nak sampai puncak lagi cantik view.
Mossy Forest. Kasut memang basah time ni sebab keadaan tanah yamg lembab.
Outbound Adventure Crew (OAC) - Aku kalau nak amik pakej dari mana-mana group hiking memang aku cerewet sket sebab yang betul-betul apply permit masuk hutan, sediakan sweeper hiking, yang boleh sediakan team untuk first aider respond team. Atau yang ambil berat kepada setiap peserta mereka.. Seriously tak ramai dan tak banya group.

Tapi dengan OAC ni aku very confident sebab aku pernah lihat sendiri macam mana diorang handle peserta yang wounded dan juga yang hilang ketika pendakian. Dan setiap kali sebelum pendakian diorang akan tunjuk permit yang dah diluluskan pada peserta.

Nama pun tuan tanah kene lah posing lebih hahaha.. :D
Sampai di Mini Irau kami berehat seketika.
Yang rambut panjang tu Abang Lockman Presiden OAC
Terdapat 10 Checkpoint kesemuanya termasuklah satu dipanggil Mini Irau atau Irau Kecil. Kalau bergambar kat sini pun dah macam bergembar kat puncak hahahaa.. Ok yang tak bestnya kat sini aku dah mula rasa lutut kanan aku macam ada rasa pelik sket. Nak kata krem macam bukan. So aku bagitau Abang Lockman aku nak gerak dulu tak leh lama rehat di Mini Irau ni.

Kalau nak jadi apa-apa pun biarlah sampai puncak kan, kita datang jauh ni. Lepas aku sambung pendakian kesakitan di lutut mula hilang. Time ni ada banyak group yang hiking so just follow jer yang ramai-ramai ni pergi mana. Dan sebab lutut dah sakit tadi aku pun dah kurang amik gambar memang aim nak sampai puncak jer.

Kabus agak tebal waktu ni. Yang penting kene ada team bersama jangan jalan seorang
Menuju ke Checkpoint (CP) Bonzai 2
Bunga liar yang tumbuh di sepanjang trek hiking.
Sampai CP Bonzai 2 kami berehat take five sekejap. Lutut dah rasa pelik macam nak sakit.
Lepas kumpul tenaga dan nafas pun dah okay. Kami teruskan lagi pendakian terus ke puncak masa ni memang memacak trek sebab nak sampai ke puncak. Kat sini jer yang aku rasa mencabar sebab angkat lutut dah ke paras dada makna kata lain dah mula kene panjat-panjat sikit.

Dan sebelum sampai puncak kita akan lalu satu kawasan yang begitu cantik tempat ni boleh kalau nak buat cover poster movie seram hahaha.. Dan pada masa ini hanya tinggal 5 orang yang mana 2 orang adalah dari group lain. Yang belakang tinggal jauh. Yang depan tinggalkan kami. Begitulah bila hiking.

Dekat sini wajib amik gambar. Ada macam dalam Lord of The Ring tak?
Sampai je puncak aku dengan yang lain bergambar dulu sebab tahu hari ni ramai yang hiking Gunung  Irau. Sebelum orang penuh kat sini baik kita bergambar dulu hahahaa.. Lepas bergambar semua mula keluarkan makanan tengah hari diorang. Siap ada yang masak maggi buat teh kopi bagai. Aku pulak time ni lutut dah mula nak meragam.

Dah boleh agak kalau aku duduk ni confirm tak boleh bangun semula sama kene macam kat Mini Irau tadi. Tapi sebab lama nak tunggu semua satu group sampai akhirnya aku duduk jugak keluarkan bihun goreng yang dibungkus subuh tadi. Time makan abang Lockman pun sampai as dia sweeper paling belakang.

Mana yang sempat sampai time ni kita bergambar.
Sebab aku sorang jer yang gagah bawa DSLR maka jadilah cameraman
Bila orang dah ramai kene amik turn la nak bergambar dengan signboard puncak.
Time ni aku inform Abang Lockman yang baru sampai dalam 15 minit yang aku nak turun dulu sebab lutut aku dah makin sakit dan sebelum jadi parah baik aku turun dulu at least kalau jadi apa-apa aku dah tak jauh dari entrance. Lutut sakit lain macam ni - gerak sakit, tak gerak sakit, bengkokkan sakit luruskan kaki pun sakit.

Aku antara yang gerak turun awal dari puncak tapi aku sampai antara paling lewat. Berpuluh kali stop sebab sakit yang teramat. Rasa nak give up tapi tak ada point sebab dalam hutan. Macam-macam cara diorang buat ikat kain kat lutut, spray panas, lotion panas, but then Alhamdulillah aku manage sampai ke bawah. Tapi bila sampai ke Pekan Brinchang kaki terus tak leh gerak. Dalam carpool aku memang tak mampu nak buka mata sampai la depan pintu rumah sendiri.

Thursday, 12 June 2014

Pekasam di Gerik - Laksa Pokok Limau di Kuala Kangsar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Sebelum kita teruskan dengan entry ini.. Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah di atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah baru- baru ini.. Alhamdulillah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah selamat di lantik sebagai Sultan Perak yang baru.. Semoga baginda akan memartabatkan lagi agama islam dan membawa keberkatan untuk seluruh Negeri Perak..

Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah
Okay jom sambung cerita berkenaan tajuk di atas.. Setelah berhempas pulas akhirnya berjaya juga menghabiskan cerita untuk Trip Royal Belum Rainforest di Gerik, Perak Darul Ridzuan.. Eh kejap hempas pulas..??? Ceh padahal malas adalah faktor paling utama dan paling teruk.. Pastu sibuk buat trip lain sampai tak reti nak duduk diam kat rumah hahahaa.. k bai :P

Royal Belum Part 4 : Chalet Sg Tiang & Santuari Ikan Sg Ruok

Kepada yang berminat nak mengikuti kisah percutian kami di Royal Belum boleh klik di salah satu link di atas dan untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej trip di Royal Belum boleh hubungi pihak Belum Outdoor Adventure (klik).. Boleh pilih berapa hari dan apa aktiviti yang mahu di lakukan.. Insyallah mereka menawarkan pakej yang terbaik untuk semua pengunjung yang memilih mereka..

Ikan Pekasam Tasik Raban - Gerik

Selepas kami pulang dari Jeti Pulau Banding di Tasik Temenggor.. Pemanduan kereta diteruskan menuju keluar ke arah Bandar Kuala Kangsar.. Tiba2 Blogger Pae whatsapp inform nak berhenti beli ikan pekasam since Gerik pun adalah antara satu tempat penghasilan ikan pekasam terbaik di Malaysia..

Mungkin di sebabkan nak sangat beli pekasam yang terbaik.. Menyebabkan beberapa kali tempat yang di berhenti oleh Pae tidak mendatangkan hasil.. dan kami yang bergerak mengikut beliau dari belakang sekadar memerhati gelagat orang Johor ni mencari pekasam hehehee..

Pelbagai jenis ikan di sediakan dalam bentuk pekasam..
Packaging yang kemas.. kedap udara lagi tu  :D
Boleh di katakan hampir setiap 200 meter - 500 meter mesti akan ada orang menjual ikan pekasam di sepanjang perjalanan balik.. Dan akhirnya kami semua berhenti di salah satu gerai.. Antara sebab kenapa berhenti di sini ialah mungkin terdapat banyak jenis ikan yang di tawarkan.. dan telah di bungkuskan dalam pack yang sedarhana saiznya dan di jual RM 10.00 untuk 3 paket..

Antara jenis ikan pekasam yang menjadi tarikan aku mestilah Ikan Loma.. sebab ikan ni kalau tak silap hanya ada di bahagian utara Perak sahaja.. Negeri lain memang tak ada.. Pastu aku amik Ikan Baung dan Lampam sebab ikan jenis ni jarang jugak nak dapat dalam bentuk pekasam..

Loma, Sepat, Lampam, Haruan, Baung, Keli dan pelbagai lagi jenis ikan..
Puas memilih kita membeli pulak.. Senyuman pakcik yang spotting  :D

Restoran Laksa Pokok Limau - Kuala Kangsar

Selepas selesai bershopping sakan dengan ikan pekasam.. *eh beli pekasam pun boleh shopping sakan ker hahaha.. Alhamdulillah perjalanan diteruskan lagi ke Bandar Kuala Kangsar.. Apa yang aku ingat2 dalam perjalanan ni aku tertido dalam kereta.. Pastu tak tahu la Blogger Hang Dhamin atau Blogger Janggel yang amik gambar aku tengah tido pastu share kat whatsapp group hahahaa.. adoi memalukantapi takpe cover macho hahaha.. :P

Restoran yang kami tuju ini telah pun dilawati atau disinggahi oleh beberapa orang di antara kami.. Kata nya ini laksa terbaik di Kuala Kangsar.. Blogger Lily menjadi antara orang kuat dalam membawa kami semua ke sini.. Alhamdulillah di kala waktu hampir pukul 5:00 petang kami sampai di Restoran Laksa Pokok Limau ini.. dan sesi order meng"order" pun bermula..


Laksa Pokok Limau - "Rasa Sekali Mesti Nak Lagi"..   :D
Senyuman ikhlas sebab kelaparan balik dari Royal Belum Park..
Dan satu keunikan laksa di restoran ini ialah terdapat telor goreng yang digoreng secara berjalur2 dan dihidangkan di atas laksa dalam setiap pinggan yang di pesan.. Teringat akan Blogger Fadh bertanya pada waktu kejadian "Apa lagi menu lain.." Dan abang yang amik order tu kata memang di sini hanya menjual laksa semata2.. air tak apa la berpelbagai jenis ada..

Now we present you - Laksa pokok Limau..
Biasa orang guna telur rebus tapi kat sini pakai telur goreng.. rangup pulak tu sedappp  :D
Ini lah pretzel yang Kak Anash kasi.. Sedappppp :D
Sambil berborak dan berseloroh melayan laksa yang sedap ini di tambah lagi dengan kuah laksa yang memang cukup pekat dan rasa nyer membuatkan sepinggan yang di makan hanya sebagai mukadimah hahahaa.. tapi tak berani nak order satu lagi.. Tiba2 Blogger Kak Anash datang dari arah kereta membawa beg plastik besar.. Rupa2nya ada gift untuk setiap orang.. alhamdulillah syukur... rajin Kak Anash nie :D

Terdapat surau di bahgaian belakang restoran memudahkan untuk bersolat..
Best sebab surau kayu jenis tinggi yang lama.. bila masuk dalam pijak bunyi nyiit nyoot hahaa :D 
Nasib baik surau.. kalau rumah orang dah lama aku main lari2 hahaha :D
Balik dari surau ternampak buah ni.. tak tahu buah apa.. siapa tahu..??
Sambil makan dan melayan laksa yang cukup memuaskan ini.. di tambah pula gift pretzel seorang sebekas tapi yang dah kahwen tu dapat bekas agak double size.. sesuai la sebab mereka akan berkongsi alahai sweet nyer kan kalau dah kahwen hehehee.. ok ok sila fokus pada entry anda bukan pasal kahwen ..!!

Sesi terakhir bersama2 Travelholic Awesome & Friend untuk kali ini.. :D
Keadaan bertambah ceria lagi apabila beberapa insan antara kami cuba membuat pembayaran awal di kaunter tetapi di halangan oleh Blogger Dr Shah Rule.. tetiba keadaan menjadi kecoh sebab Blogger Bayya kata "Hari ni birthday Blgger Dr Shah Rule..!!!! dia belanja semua orang pada hari ini.." Terus dalam hati kata ish kalau aku makan 2 pinggan tadi pun bagus hahahaa  :P

Last2 bukan birthday Dr Shah Rule pun.. dia saja nak belanja kami semua.. Maka berakhirlah trip kami kali ni.. And just nak comment sket pasal pekasam ni jika semua setuju dengan aku.. Pekasam di Perak ni kasar sket.. Kalau di Perlis dan Kedah pekasam di halus tak terasa biji-biji beras tu.. tapi bagi aku dua-dua sedap.. Setuju..??? :D