Thursday 6 February 2014

Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara

Sambungan Dari  Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu Kianggeh


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Gigih siapkan Brunei Part 4 walau baru baik sakit.. Hari ni sakit demam dan batuk dah sembuh.. tapi dugaan lain pulak sakit perut yang datang secara tiba-tiba.. Apa pun masih syukur alhamdulillah nyawa masih di badan.. Tak lupa juga nak mohon pembaca semua untuk undi blog ini di Malaysia Sosial Media Week 2014 - Ketegori "Best Travel Blog " (Klik Sini) yer  :D

Okay la jom kita sambung cerita di Brunei yang makin tidak terhabis ni.. Entry kali ni jom aku nak bawa pembaca semua melayan keadaan yang tenang di BSB ini.. Melihat beberapa binaan dan juga kawasan yang menarik di Bandar Seri Begawan..

Jalan-jalan pada waktu siang di Masjid Omar Ali Saifuddin..
Jalan Masuk Utama
Tugu Perasmian oleh Sultan Burnei
Tempat Wudhu

Kolah air.. Dari tadahan hujan mungkin..

Sedikit Info - Masjid yang telah mula dibina pada 1 Jamadilakhir 1373 Hijrah.. bersamaan dengan 4 Februari 1954.. Dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan.. Masjid ini juga di iktiraf sebagai masjid terunik di Asia Pacific dan menjadi tumpuan para pelancong..

Telah dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.. Sultan Brunei Ke-28 pada Hari Jumaat 13 Rabiulawal 1378 Hijrah.. Bersamaan dengan 26 September 1958.. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.. Arikitek masjid Cavallieri R Nolli dari Italy..

Masa lawatan pada Hari Sabtu hingga Hari Rabu ialah 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari - 1.00 petang hingga 3.00 petang - 4.30 petang hingga 5.30 petang di benarkan kawasan dalam dan luar bangunan masjid.. 5.30 petang hingga 8.00 malam hanya dibenarkan kawasan luar masjid sahaja..

Di tutup pada Hari Khamis dan hanya di benarkan kawasan luar masjid sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.. Dan pada Hari Jumaat 4.30 petang hingga 5.30 petang di benarkan kawasan dalam bangunan masjid.. (info ini mungkin berguna kepada Non-Muslim)




Masjid Omar Ali Saifuddin..
Tersergam indah dengan keunikan berbeza di malam dan siang hari..

Dengan berjalan kaki ia sudah memadai untuk merayau-rayau di sekitar Bandar Seri Begawan ini.. Apa pun perkara penting ialah ianya selamat dan amatlah tenang jika anda berjalan seorang diri pada waktu siang mahu pun malam hari..

Dan dengan keadaan bandar yang tak ramai orang berjalan kaki di tepi jalan.. tiada istilah sesak dengan orang ramai.. Dan hampir semua nama kedai barangan, restoran, signboard atau nama jalan ada di tulis dengan rumi dan jawi.. Mood : Sejuk jer mata memandang  :D








Jom Nikmati Keindahan di Bandar Seri Begawan


Makam Raya Ayang.. Berada di hadapan Bangunan Pejabat Pos Brunei.
Poskad dan setem.. Dapat beli setem keluaran khas lagi tu..
Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei..

Antara tempat lain yang anda boleh kunjungi di Bandar Seri Begawan ini ialah.. Makam Raja Ayang.. Bila dah datang berkunjung ke sini.. Silalah sedekahkan lah Al-Fatihah yer.. tak rugi pun malah dapat pahala.. Dan kemudian boleh berkunjung ke Bangunan Alat Kebesaran Di Raja atau The Royal Regalia Building.. 

Bersebelahan Makam Raja Ayang terdapat Bangunan Pejabat Pos Brunei.. Cara mudah menghantar poskad ialah di sini.. ada jual poskad dan juga souvenir lain.. Terdapat juga kerusi dan meja di sediakan jika mahu berehat sambil menulis poskad di situ.. Dan yang seronok dapat beli beberapa keping setem keluaran terhad gambar Sultan Brunei.. Dan juga setem untuk festival tahun 2013..


Bangunan Jabatan Adat Istiadat Negara
Pandangan dari salah satu sudut di Bandar Seri Begawan..

Walaupun Brunei selalu di katakan sebagai sebuah negara islam yang teguh dan bakal mengamalkan undang-undang islam.. tapi agama lain masih juga di beri ruang dan di layan dengan baik untuk mereka mengamalkan ajaran agama mereka..


Terdapat juga sebuah Tokong Budha di tengah bandar ini.. 

Selain dari tempat-tempat yang menarik di tunjukan pada entry kali ini.. Anda perlu menggunakan teksi atau bas untuk ke Masjid Jamek Asr' Hassanil Bolkiah dan Istana Nurul Iman.. Bagi pendapat Time Traveller jika mahu datang bercuti ke Brunei.. Cukup sekadar 3 hari 2 malam.. :D

Peruntukan satu hari untuk berjalan-jalan di Kuala Belait dan Seria.. dan baki dua hari lagi untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan.. Dan mohon sekali lagi pada semua untuk mengundi blog timetravelafif.blogspot ini di MSMW 2014.. Terima Kasih :D  Continue Part 5..

105 comments:

  1. Semoga lekas sembuh.
    Nanti nak pegi makan angin kat berunai jugak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Tuan Ren :D
      best tu pi makan angin kat Brunei sebab angin sana segar hahahahaa :D

      Delete
  2. menarik tempatnya..

    ReplyDelete
  3. menarik juga yrk.. mungkin boleh diusulkan untuk smp ke sana.. kiranya banyak gak tempat untuk dinikmati...
    akak akan undi.!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sangat tenang dan aman jer kat sana :D
      Insyallah boleh jer usul untuk ke sana.. sebab itu spend 3h2m dah memadai untuk jenjalan di Brunei...Thanks Kak Cho Zila sudi undi saya :D

      Delete
  4. brunei itu keren banget, gak pernah bosen intinya kalau ke Brunei.. pengen balik lagi, lagi dan lagi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu... ngak ada istilah bosan jika ke Brunei.. tempat yg bagus untuk menenangkan diri :D

      Delete
  5. siyes cantik betul masjid omar tu
    uols pandai amek view masjid tu awesome lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kata terunik di Asia Pasifik kan.. mesti la lawa.. ada ciri2 italian lagi tu :D
      Eh tak de la pandai.. memain jer amik tu hehehee :D pape pun thanks :D

      Delete
  6. Cantik masjid dan bangunan2nya...tapi jalanraya lengang, tak berapa sibuk ye..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab itu office hour sebab tu tak ramai orang di jalanan .. tapi kalau yer pun tak ramai mana.. memang seronok jalan2 di bandar ni :D

      Delete
  7. Makin jelas panorama BSB dgn foto-foto yg dipamerkan itu. Tkasih. Rehat cukup-cukup dulu supaya segera sembuh.....semoga sihat walafiat utk boleh mengembara lagi th ni .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba untuk memberi gambaran terbaik dari apa yang pernah di lalui sendiri..
      insyallah dah rehat ni pun.. moga sihat .. :D

      Delete
  8. beshnye jalan2...
    smbil tu cuci mte kan..bersih je tgok...tmpt dier.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tempat sana bersih jer.. tempat bersih baru la boleh cuci mata kan :D

      Delete
  9. nama cina..nama omputih..suma dijawikan..
    thank goodness i can still read jawi! hehehe...

    suh undi..tapi tak taruk link...acane ni TT..
    aku malas nak carik2 website neh..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu nama semua tu ada jawi.. tak kisah la bahasa apa sekali pun..
      Oh hi samalah kita still boleh baca jawi lagi :D

      Tu kan dah taruk link...klik pada link kat atas tu atau pada gambar MSMW 2014 di tepi tu.. please jgn malas ..berikan lah satu undi untuk saya hehehee :D

      Delete
  10. Suka tengok tulisan Jawi ada kat sign board tu....moga tak akan pupus tulisan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. first lepas jer dari border Sarawak dengan Brunei tu dah nampak signboard bahasa melayu di utamakan.. Harap tak pupus jugak la jawi kat sana.. :D

      Delete
  11. Subhanallah cantik sungguh masjid tu.. Nama dia pun sedap!!

    Mmg sejuk mata memandang tulisan jawi tu.. Patut Malaysia pun wat jugak kan..!! Sha da vote taw!! Gudluck and get well soon k!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah sempena nama sultan brunei yang lepas :D
      Itu lah patut Malaysia pun kene ada kan.. oh dah vote alhamdulillah terima kasih Kak Masya :D

      Delete
  12. masjid tu dikelilingi air yerk....ala2 masjid terapung la yerk..tenang je tengok masjid & suasana sekelilingnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lebih kurang macam tu la Kak Zura Lee.. di kelilingi air mcm masjid terapung gitu.. :D

      Delete
  13. Akak JM dah VOTE....hai!..melobi sakan nampak...ada peluang boleh menang ni hee

    Ehh..kenapa lah dorang cakap bukan best pun pegi Brunei..tak ada apa sgt..tapi bila baca entry ni tanggapan itu tidak benar sama sekali...agak2 kalau cari lelaki brunei ok tak ek hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kak JM sudi mengundi blog kecil ini... Eh harus lah melobi kalau dah jadi calon kan.. adat kalah menang kan :D
      Sebab sesetengah org tak suka ketenangan .. diorang nak ke tempat shoping etc.. Brunei sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan :D

      Delete
  14. bess la dapat jalan2 kt negara orang...jeles dibuatnya...

    macam kat kelantan kan...ada tulis jawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki di murahkan Allah untuk melihat keindahan di Brunei.. :D
      Aah macam kat Kelantan tapi di Brunei lebih hebat lagi :D

      Delete
  15. negara kecil tp kaya dan bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. setuju sangat.. bersih.. dan menggunakan kekayaan membersihkan negara :D

      Delete
  16. Assalamualaikum...entry Brunei yg masih pjg..(ada part yg strusny lg 2..he3) sama spt perjlnn,pnjelajahan dan penerokaan yg xkn pnh terhnti...Alhamdulillah...kagum sguh dgn ngra Brunei ni..kta bleh tgk corak binaan islm yg sgt indah malah melakar 1 ketamadunan yg sgt hebat..Allahu Rabbi..Islam sentiasa dkt di hati..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. insyallah ini second last kot hahahaa.. betul tu setuju perjalanan, penjelajahan dan penerokaan tak akan berhenti selagi nyawa di badan.. siapa yang tak kagum dgn keindahan especially islam di sana.. Islm sentiasa di hati.. :D

      Delete
    2. teringat dgn 1 majlis ilmu yang di bawakan oleh Mufti Negara Brunei Darussalam. tentang binaan bangunan di Brunei..
      katanya, Masjid merupakan 1 lambang bagi tersebar nya syiar Islam di satu2 tempat.. dan di Brunei ada sebab kenapa bangunan yang ada hanya rendah2.. tidak ada pencakar langit.. yang ada tinggi pun menara masjid saja.. biar la 1 dunia tahu, Islam di Brunei lebih kuat dan tinggi martabatnya dari bangunan pencakar langit.. begitu la lebih kurang maksudnya..

      Delete
    3. Tanah mereka masih luas.. :D seronok la macam tu memertabatkan masjid dan islam itu dulu :D

      Delete
  17. mengumpul setem jg ya..bangunan2 nya banyak yg bercirikan Islamic architecture..

    tenang & selamat..sesuai dgn namanya Darussalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah saya memang seorang pengumpul setem pun.. :D Betul tu islamic architecture membuatkan pemandangan tenang dan rasa selamat.. Darussalam itu tepat.. :D

      Delete
  18. sangat bersih dan chantek. kagum mereka kekal dengan semangat budaya melayu sendiri. saya dengar cerita di brunei kita boleh je tak tutup engine kereta dan pegi keluarkan duit di machine ATM. negara aman bawah satu perundangan Islam, ada impian saya nak kesinj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brunei cantik dan bersih.. budaya menjaga bagi meraka still kuat di pegang....
      eh tak pernah pulak dengar selamat smpai tahap tak mati kan enjin huhuuu.. Sila la dtg sendiri melihat keiindahan Bruneei :D

      Delete
  19. next traveling kirim saya postcard yah Fif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Kirimkan alamat kamu goiq yer di afif_4ht@hotmail.com.. :D

      Delete
  20. Moga cepat sembuh.... =D entry awak makin memanggil2 saya ke brunei!tak sabar!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sembuh okay ni :D
      Uihhh memanggil2 ker?? cepat2 tgk promotion airlines yang berkenaan :D

      Delete
    2. tiket ada dah tapi lambat lagi....insyaAllah nanti pergi laa... =D

      Delete
    3. oh dah ada tiket.. bagus la.. :D
      by the way jangan lupa vote saya dan minta rakan2 vote juga :D

      Delete
  21. cantiknya keindahan masjid.. :) ha..tgu next part 5 pula.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keindahan masjid yang cantik :)
      okay tungguuuuu tau :D

      Delete
  22. Assalamualaikum. Allahuakbar. Subhanallah. cantik sungguh negara Brunei. nampak bersih, senibina semua cantik-cantik. teringin nak ke sini.. semoga cepat sembuh, tabahkan hati ya (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Negara yang masih mengekalkan kestabilan penduduk.. tak banyak pembangunan.. memang seronok untuk di lawati.. Alhamdulillah terima kasih di atas doa kak sheila :D

      Delete
  23. Masyaallah....cantiknya masjid2 kat brunei nie..signboard pun ade tulisan jawi gak..mesti ramai orang brunei yang pandai menulis jawi...

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak la.. rasa2 nye semua orang sana boleh baca jawi .. dah jawi di merata tempat.. :D
      Ada masa sila la ke Brunei.. Melihat sendiri keindahan di sana :D

      Delete
    2. alhamdulillah.. memandangkan pendidikan agama di wajibkan bagi semua kanak2 di Brunei, jadi insya allah, semua nya celik tulisan jawi..
      infact, kanak2 yang bukan berbangsa melayu pun tahu membaca jawi, dan ada di antaranya mahir dalam tulisan khat jawi..

      untuk tambahan juga, semua mata pelajaran di sessi persekolahan agama, diajarkan dalam tulisan jawi.

      memang hasrat KDYMM Sultan, untuk menjadikan tulisan jawi sebagai identiti brunei. jadi ianya di ajarkan untuk generasi akan datang agar tidak pupus di telan zaman. :)

      Delete
    3. Oh macam tu ker.. bagus la.. satu usaha yang memang patut dibuat supaya ia kekal ke generasi seterusnya :D

      Delete
  24. menarik juga Brunai ni.. lagi 2 kepada yang x pernah pergi mcm saya ni.. hehe... nanti leh wat blog coverage kat sana lak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sangat menarik.. ada keunikan tersendiri.. kita kene la explore setiap tempat dalam dunia nie.. sebab setiap tempat itu ada keunikan nyer. :D

      Delete
  25. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. terima kasih sudi dapat dan memberi komen di sini.. insyallah akan luangkan masa untuk singgah di blog kamu.. :D

      Delete
  26. wah2xxx..menarik dah unik...InshaaAllah suatu hari nk ke sana jugak..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga niat dan usaha untuk ke sana itu di permudahkan :D
      Terima kasih sudi datang ke sini :D

      Delete
  27. menarik jugak Brunei nikan walau tak overexpose...One thing about Brunei ni ialah Sultan dia..selalu mendapat response yang positive..its good for the country..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nyer memang Brunei sendiri tak nak overexpose sebab nak kekalkan nilai budaya mereka yang tinggi.. Sultan mereka memainkan peranan penting dalam kesejahteraan di negara Brunei.. memang terbaik la :D

      Delete
  28. Replies
    1. Tertarik dengan benda-benda yang menarik di sana :D

      Delete
  29. seronok sangat kalau dapat jejak kaki kat sini..seni ukiran bangunan cantik sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. masih mengekalkan ciri2 islam dan kemelayuan di sana.. memang seronok :D

      Delete
  30. I baru je plan nak cover Brunei this year, your entry is very helpful! Thanks, and thanks for dropping by my blog. Janggeltrekker informed me about your great blog moons ago, I dok skodeng dah but silent reader je.... ehheheh.... segan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 mcm tu la dapat menolong mereka yang membaca huhuhuu.. thanks sudi membaca hehee :D silent ke selama ni.. duk skodeng jer hahahahaa.. Oh terima kasih la Janggeltrekker.. baik sungguh hati mu :D

      Delete
  31. wow..menarik pemandangan di badar seri bagawan..
    satu pkara yg aq perasan bro..kdai kat sini kbayakkan guna tulisan jawi ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik pemandangan kat sini.. :D
      Memang boleh kata 90% semua ada jawi especially di Bandar Seri Begawan.. tempat lain tak sangat tapi still banyak juga la..

      Delete
  32. cantik senibina masjidnya.. yang bentuk seperti kapal itu sebahagian dari masjid juga ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah bentuk kapal tu dalam perkarangan masjid.. digunakan apabila majlis2 tertentu yang berkenaan kehadiran sultan :D

      Delete
    2. bangunan berbentuk kapal tu di panggil lagun.. di zaman era 60,70 dan 80an , tempat tu di gunakan untuk majlis tilawah alquran dan beberapa majlis keagamaan. tp sekarang sudah tidak di gunakan lagi..

      Delete
    3. oh bagus nyer info.. terima kasih kongsi :D
      sayang kenapa tidak digunakan lagi... but still dijaga dengan baik..

      Delete
  33. rase mace dok kelate pun ado

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin bila meletakan islam dan adat kemelayuan sebagai perkara utama.. Maka ada persamaan di situ :D

      Delete
  34. cantik tempat nya.. jika ada kesempatan mungkin akan jd destinasi pilihan saya selepas ini.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak rugi jika bertandang ke Brunei Darussalam.. Lebih tenang dan aman:D

      Delete
  35. pergh.. pemandangan giler2 cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau tak pe.. Brunei masih lagi menjaga alam sekitar dan pembangunan yg teratur :D

      Delete
  36. masjid, bangunan berdiri gah.. cantik sgt... untunglah ada setem dari brunei... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tak tahu pulak ada setem limted edition kan huhuhu :D

      Delete
  37. Rindu sgt nk pegi brunei lg.. sy org phg duk menetap kt sana sejak umo 6 thn (1986), brsekolah rendah di sana pastu balik m'sia ms darjah 6 utk ambik upsr ( kat sana PCE) walaupun parents masih bekerja di sna. Negara brunei mmg sgt tenang.. kalo time kecik2 dlu xde la takut nk main2 kt luar walaupun sana rmai buruh dari thailand. Kes culik ke rompak ke samun ke ragut ke xpnh plak dgr kt dlm brita tv sana. Rumah pun xde pakai grill ke ape mcm kt Msia utk safety. Selamat je walaupun kt sana rumah banglo beso2. Dlu ms tinggal di Kg Jerudong, ms Jerudong park playground awal pembukaan & masih free utk masuk, stiap petang kul 6ptg smpai 10 mlm sy & adik beradik jln kaki pegi playground tu mmg best..maklum la budak2.. tp semua tu tinggal kenangan je la.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la kata nyer Jerudong Park Playground tu dah tutup.. Kalau tak hari tu pun macam nak try kesana.. itu tenang jer masa kat Brunei.. :D

      Delete
  38. Kalo awk pegi lg ke Brunei, sy suggest pegi ke Kg. Jerudong (20min dari BSB). Ape yg menarik di situ, ada Istana Nurul Izzah ( dlu Ex-wife sultan duduk P.I Hjh Mariam), ade JErudong Playground (mcm ala2 tmn tema genting gitu) dlu milik Hjh Mariam, tp sejak dia dh bkn wife sultan, playground tu diambil alih oleh syarikat ape tah & brbayar. Dlu free of charge, nak masuk ke nak main apa2 prmainan ke... mmg best la tp tu dlu.. skg dah agak trbiar & xde lg pengunjung ramai mcm dlu2..dlu sy brsekolah di Sek. REN. Jerudong (1988-1991). Masjid Hjh Mariam pun cantik..kt jerudong tu dlu byk kandang kuda & padang polo sultan. X tau la ade lg x. Pastu awk blh lalu kg. Sengkurong utk pegi ke BSB & awk blh nmpk ade taman tugu on de way ke Istana Nurul Iman. Ade mcm2 arca di taman tugu. Sgt cantik & mempesonakan view istana nurul iman (istana sultan). Pastu awk blh shopink kat Gadong Mall di Gadong BSB.leh bli souviner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok thanks.. will try it for second time insyallah :D
      Sebab Brunei tak jauh sangat.. teringin nak pi tempat2 yang kamu kata tu :D

      Delete
  39. salam,,blogger...wahh..rindunya nk pergi Brunei lagi.. klu rajin..lawatlah blog saya ada catatan tntg Brunei juga.. http://farahinalwaysoptimist.blogspot.com/2013/04/hurmmm.html

    1 more thing,,yg jam di traffic light tu,,klu x silap pemberian M'sia kepada Brunei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Hi Mrs Nurfaarahin.. kan mesti rindu nak pi Brunei lagi.. sebab best :D
      Insyallah akan lawat blog anda.. terima kasih sudi datang ke blog ni yer :D

      Oh ye ker.. tak tahu pulak pasal jam tu.. akan search nanti hehhee.. btw thanks :D

      Delete
  40. kagum tgk senibina masjid dan bangunan di sana. baru tau arkitek masjid tu dr itali. memang bersih persekitaran BSB xmcm malaysia. eh. hehe, yg penting board ada tulisan jawi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju .. suka tengak cara mengekalkan dan memartabatkan tulisan jawi tu.. :D

      Delete
  41. untuk pengetahuan, tugu jam yg ada kat tengah2 BSB tu adalah tugu peringatan dari Agong pertama..

    di petik dari sumber google:
    Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for giving me lot of information.. but sayang kenapa anonymous..?? kan best kalau id address.. apa pun terima kasih la :D

      Delete
  42. Wahhhh... seronoknyer dapat menyaksikan keindahan salah sebuah Negara Islam yang maju....
    Moga suatu hari nanti dapat saya sekeluarga pula menjejakkan kaki ke Brunei n...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memeng seronok untuk melihat keindahan Negara Islam di Brunei..
      Insyallah saya diakan moga hajat dan rezeki Nfz super dipermudahkan untuk ke sana :D

      Delete
  43. assalam... utk ke labuan dr brunei nak guna feri yg blh bw kereta di terminal yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. tidak.. bukan terminal yang sama.. tapi bersebelahan jer.. still dalam pekan muara juga :D

      Delete
  44. Waalaikumsalam... Hurmmm berkenaan cost cuma perlu fikirkan mengenai accommodation.. sebab itu sahaja yang mahal.. dan untuk bergerak kesana sini saya menggunakan mini bas.. dan makanan di Brunei memang murah.. ia juga bergantung berapa lama dan ke masa kita mahu pergi.. :D

    ReplyDelete
  45. Jam yang di tengah tengah bandar itu adalh hadiah kenangan dari Raja Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh .. terima kasih di atas info saudara berkenaan.. :D

      Delete
  46. ok dah dapat idea apa nak buat kat brunie. hehe thanks bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Uncle.. tapi rasa dekat blog lain lagi bnyk info saya rasa :D

      Delete
  47. salah satu destinasi yg wajib d kunjungi ini mah ,
    Terimakasih atas informasinya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...