Wednesday 10 July 2024

Australia Perth Part 2 : Immigration - Makanan Apa Yang Boleh Kita Bawa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Australia Perth Part 1 : Langkah Bermula - Sewa Kereta & Apartment - Applying Visa

Korang pernah tengok tak racangan Australian Border Control Show? Nampak macam menakutkan, betul tak? Tapi aku tak la rasa in reality menakutkan sebegitu, sekadar dari my on experience la. Sebab yang pertama apa sahaja yang korang bawa make sure korang declare, isi siap-siap dalam form yang diberi especially makanan. Kalau boleh jangan tertinggal satu pun. Sebab kalau kantoi dia akan rasa korang menipu. Begitu lah.

By the way sebelum terlambat aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah yang ke 1446 kepada semua rakan blogger dan reader di blog ini termasuklah yang datang dari seberang Indonesia dan Brunei. Semoga pada tahun yang baru ini kita semua lebih diberkati kehidupan dan dilimpahkan rezeki yang lebih baik. Moga dengan itu kita dapat menjadi hambaNya yang lebih taat dan bertaqwa insyallah.

One nice thing aku nak share moment ketika pegawai Immigration Australia tu soal aku few question dengan nada yang santai. "Did you bring any forbidden item from entering Australia" aku jawap "No, I did't". Masa ni muka dia agak serious. Lepas tu ada satu soalan tu dia tanya "Did you declare all the food you bring?" Aku pun yes. Sambil dia membelek-belek dan memerhati semua dokumen yang aku serahkan pada dia. 

Packaging Sardin D'Heritage ni boleh di bawa ke Australia.
Sesambil tu dia tanya aku "Did you bring any fish?" Aku pun dengan spontan "No!" Tetiba aku teringat Ikan Bilis.. "But aaa i did bring an.. ann. cho..vies..". Belum sempat aku nak habiskan perkataan Anchovies tu dia dah sebut "Ikan Bilis?!" terus aku tengok muka mamat bawang putih ni. Dalam hati aku "Eh kau, pandai pulak sebut Ikan Bilis" hahaha..

Belum sempat aku nak cakap apa-apa, dia dah gelak dulu. "I dont know why all Malaysian Tourist must bring Ikan Bilis with them to Australia" Sambil dia gelak sampai merah muka. Sebab dia gelak aku pun gelak diikuti oleh ahli group yang lain. "You should enjoy Australian Food here, not Ikan Bilis!". sambil dia sambung gelak. Tiba-tiba dia sebut "Serunding?". Aku pun jawap "No, I did not bring that".

Sardine dan Mackerel dalam tin juga boleh dibawa masuk ke Australia.
Apa sahaja dokumen, korang just print out especially booking accommodation, booking kereta sewa and if korang ada ambil service any local trip punya tour pun just print out. Return flight ticket termasuk Visa Electronic. Just tunjuk semua benda to show korang datang nak tour bukan nak petik buah atau cari kerja. Ada juga dia tanya "What purpose of your visit". Aku jawap "To tour your beautiful lovely country" jawapan yang sama aku bagi setiap kali ditanya di mana jua.

Segala jenis sambal dalam botol kaca seal macam ni boleh juga di bawa. Just make sure belum buka.
Ikan Bilis make sure dalam packaging seal macam ni.
Dan kalau korang nak bagi dia rasa confident dengan korang. Aku cadangkan korang buat itinerary siap dari day 1 arrival sampai la last day balik semula ke airport. Dalam itinerary tu kalau boleh siapkan sekali dengan korang punya anggaran kos berapa yang korang akan spend untuk ticket entrance dan makan minum bila pergi ke sesuatu tempat. Tapi make sure itinerary simple dan dalam English la. Jangan tulis dalam bahasa melayu pulak :P

Itinerary yang aku buat dia baca dengan agak tekun sambil dahi berkerut la. Dan dari itinerary tu dia ada tanya aku "What are you going to do on day two?". Bila aku sebut few places yang akan aku visit dia terus tutup itinerary tu dan serahkan semula pada aku termasuk dokumen-dokumen lain. "You can go". Terus longgar lutut nak berjalan tapi hati rasa gumbiraa la deii. Serius takut jugak kena reject tau. Sebab ada jer kes yang dah ada visa pun kena reject masuk Aussie.

Segala perencah kari, kurma, kunyit dan perencah nasi goreng dibenarkan.
Semua mi segera boleh di bawa masuk tapi make sure bukan brand Maggi yer.

Antara MAKANAN yang dibernakan masuk ke Australia :
  • Mee Segera atau Bubur Nasi Segera (Maggi tak boleh sebab Boikot)
  • Ikan Sardin atau Tuna dalam tin atau seal pack macam produk D'Heritage
  • Pack Perencah Sambal Tumis, Kari Ayam seperti jenama Brahims, Aliff dsb 
  • Kiub Ayam, Ikan Bilis dan Tomyam yang bukan jenama Maggi
  • Ikan Bilis dalam seal pack atau dalam bekas yang dibungkus kemas
  • Beras, Bihun, Spaghety dan lain-lain yang tidak mempunyai unsur-unsur terlarang seperti telur
  • Coffee & Tea 3-in-1 (Semua jenama Nastle tak boleh sebab boikot - Milo langsung tak boleh sebab ada tenusu)
  • Susu Formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil
  • Ubat-ubatan yang pelik-pelik tu kena ada prescription dari doktor. 
  • Panadol, Minyak Angin Cap Kapak atau Balm boleh bawak
  • Rempah ratus yang berbentuk serbuk dalam paket seperti jenama Adabi, Faiza dsb.
Antara MAKANAN yang TIDAK BOLEH dibawa masuk ke Australia :
  • Serunding Daging & Ayam
  • Bahan Makanan yang mengandugi Telur
  • Hasi Tenusu seperti Susu, Cheese, Mayonis dan sebagainya
  • Buah-Buahan Dan Sayuran
  • Rempah Ratus seperti Bunga Cengkih, Lada Hitam, Pelaga yang belum dikisar.
  • Daging, Ikan dan Ayam mentah dan berunsurkan bahan bahan ini.
  • Milo 3 in 1 sebab berunsur susu dan wajib boikot

Packaging Beras, Spaghetti, Pasta, Macaroni dan Tepung Gandum boleh dibawa.
Kalau nak bawa Sachet Milo tu ambil yang kosong bukan yang 3 in 1.

Strictest Quarantine Law In The World 

Tema atas ini memang khas dari Australia dan New Zealand. Kenapa mereka sebegitu rupa keras sangat? Bak kata John Si Kaki Berangan mereka ni negara pulau dan keseluruhan pulau adalah negara mereka. Sebab itu mereka terlalu berjaga-jaga bagi mengelak perkara yang tidak diingini seperti penularan wabak penyakit, jangkitan zombie dan sebagainya.

Kenapa nak kena bawa makanan ke Australia? Satu sebab untuk traveler backpackers macam aku ni bajet tak banyak so untuk kurang perbelanjaan adalah dengan masak sendiri sebab kalau makan kat luar nasi goreng sepinggan pun mencecah puluhan ringgit tau.

65 comments:

  1. Masuk NZ pun mcm tu jugak. Dah nama negara jiran kan hehe. Tapi Oz lagi strict kot, byk benda tak boleh bawak masuk, lepas tu dekat airport ada anjing pengesan berkeliaran hidu2 dekat beg kita bawak (pengalaman saya yang lepas la). Kalau takde barang 'haram', anjing tu pergi ke orang seterusnya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NZ mmg ikut law Aussia.. sebab mostly semua nak dtg NZ kena lalu Aussie.. Bab anjing tu mmg kena tawakkal je la kalau dia dtg dekat sbb tu bagitau ahli group jgn la bawa pape yg berbauu.. Takut anjing tu dtg dekat even benda tu boleh bawa..

      Delete
  2. sampai peg imegresen tu dah tahu nama dalam BM, memang semua bawak ikan bilis lah tu...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rasa nya hampir semua org Malaysia bawa ikan bilis kot.. benda paling mudah nak masak di Aussia hahaha..

      Delete
  3. salam, serius la maggi tak boleh bawa masuk? sbb kita boikot ke atau australia yang boikot hehe sorry for asking this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Sebab kita boikot bukan sebab Australia tak bagi hihii.. Maggi mmg cukup terkenal di Aussie.. Senang kalau bawa makanan jenama Maggi ni sebenarnya.. tapi tu lah #FreePalestine kan :D

      Delete
  4. cantiknye batu batu kat gambar atas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Pinnacles Desert - Memang cantik.. Kalau ke Perth Australia sini adalah satu destinasi wajib..

      Delete
  5. oo dh lama x g perth hampir 20 tahun ., the pinnacles tu wak dh smpi., ada satu lg sand dune ke namanye., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sand dune di Lancelin Beach.. wajib singgah otw ke Pinnacles ni.. 20 tahun lama dah tu.. boleh repeat dah tu hihii

      Delete
  6. Ya so far alhamdulilah ketika travel ke Australia...memang saya akan memasak dan bawa bahan2 memasak dari Malaysia. Selalunya dalam 1 bag tu semua makanan je. Saya tulis siap dalam satu kertas berapa quantity yang dibawa, jenis etc....memang standby semua tiket dan tempat yg nak pergi. So far makanan tak pernah dibuang. Serunding pun pernah dia check juga. Saya cakap in english sedap dimakan dengan roti. Pegawai tu cakap Oh yeah?. Oh Yeah Oh Yeah jugak nasib baik serunding tu tak dibuang. Ya betul semua kena elok packingnya....bukan macam dalam plastik biasa je bawa....

    Lagi satu maybe ada list dia leh detect pernah ke kita melawat Australia sebelum ni melalui passport kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Semua makanan bawa dalam satu beg senang dia buka selongkar beg tu sahaja.. insyallah kalau kita betul dan elok mesti tak ada brg yg dibuang atau dipersoalkan.. kalau bungkusnsemua mcm plastik pasar malam mmg kena selongkar setiap satu la..

      Delete
    2. Betul kalau pernah dapat visa dan pernah masuk keluar tanpa masalah insyallah second time pun akan dipermudahkan.. apa pun kena banyak berdoa la nak lepas immigration Aussie nie..

      Delete
  7. owhh kalau semua seal & original packaging boleh bawa je ye? risau hanjirr dtg hidu-hidu pulak kalau tersilap bawa brg makanan ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ikan bilis, sambal ke apa ke.. kalau boleh bawa yg dah siap seal masa kita beli tu.. bukan yg kita bungkus sendiri.. kalau nk bungkus sendiri.. kena buat elok elok la.. sbb klau boleh jgn la anjing2 tu langgar kaki seluar kita huhuu..

      Delete
  8. misalnya x lepas nk enter aussie cam ner tue?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rampas dan barangan tu akan dibuang.. dan more worse kena saman.. macam tu lah maksud nya :D

      Delete
  9. Punyalah ramai yang bawak bilis dan serunding ya...sampai pegawai tu reti cakap Melayu 😂

    Entri bagus ni. Mudah nak buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa mcm tu punya la ramai sampai dia dah hafal word "ikan bilis" tu.. hahahaa .. entry tak cukup bagus la.. masih tak berapa details lagi.. insyallah akan update dari masa ke semasa..

      Delete
  10. Last masuk Brisbane tahun 2008. Jadi info ni memang berguna lah kalau ada rezeki pi ausie tempat lain pulak. Agaknya ramai sangat sampai peg imi tu terer cakap ikan bilis dengan serunding. Dia belum rasa lagi sambal ikan bilis makan dengan roti buat breakfast. Tapi betul lah makanan ni perlu bawa untuk jimat kos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishhh 2008 tu sangat lah lama.. dah boleh buat plan balik kg semula tu hihihii.. Rasanya masa tu tak la strait sgt mcm skrg.. lagi2 lps kes lambakan PTA org Malaysia dia Aussie..
      Dia dah selalu jumpa ikan bilis dgn serunding pd Malaysia torusit tu yg dia dah hafal kot hahaha.. Kalau dia nak rasa kita dh bg rasa smbal ikan bilis mkn dgn roti hahaha.. Negara 3 kali ganda nilai dri Malaysia mesti lah kena berjimat..

      Delete
  11. :lagi lama travel Aussie maka lagi banyak la kan makanan perlu bawa..apa-apapun terima kasih atas informasi yang cukup berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pada keadaan pada sesebuah negara itu.. Tempat yg susah nak cari makanan halal dan mahal nilai mata wang nya.. mmg kena prepare mknn utk penjimatan pada budget kecil mcm saya ni.. alhamdulillah terima kasih sudi berkunjung ke sini.. :D

      Delete
  12. i last pergi OZ ie sydney tahun 2018, memang buat list detail :) sbb bwk my boys dan my mom (warga emas) so cepat jer setel imigresen tu, i memang pegang siap2 list dan acah2 nak tunjuk, dia tak tgk mana pun :) tapi may be 2018 tu tak strict sgt lagi compared dgn sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang ada anjing hidu2 org yg tgh q time weolls q tu...buat chill jer lah..

      Delete
    2. Ikut nasib jugak kan.. kalau dah rezeki tu mmg mudah sgt tak banyak kerenah.. ada kawan pergi katanya susah kena soal siasat la.. kena masuk bilik sampai sejam sblm lepas kluar.. lagi banyak msalah yg dibuat oleh org Malaysia di sana.. lagi ketat la rule dia..

      Delete
    3. Bab anjing tu mesti dalam hati.. "Jgn la ko stop kat aku" walau tau diri tak bawa benda salah hahahaha...

      Delete
  13. If rasa diri sengkek xde duit x yah la gi travel. Pergi travel mkn sardin kat ngara org buat apa. Buat malu jer dgn pgwai immigration tu

    ReplyDelete
  14. Nak tanya boleh ke pos Milo ke indonesia? Btw kenapa milo x blh masuk aussie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak pos Milo dari mana? Boleh jer rasa nya.. Milo 3 in 1 sahaja tak boleh sbb ada unsur bahan susu.. Milo biasa yg tak campur susu tu boleh jer..

      Delete
    2. Milo malaysia ke indonesia. Kastam indonesia lepas ke milo? Sy tak pernah post pulak sblm ni

      Delete
    3. Milo boleh jer tiada masalah.. cuma Milo 3 in 1 sahaja yg tak boleh di bawa masuk ke Australia..

      Delete
  15. ni benda pertama yg sy fikir kalau nak g sana tahun depan. patut bawa ke tak makanan ke sana. sebab igt nak bawa rice cooker je then msk je laa apa yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mungkin okla ta berapa nak ketat sgt.. but now kena berjaga-jaga juga la nak bawa apa sahaja makanan ke Australia tu. Tanya la dulu accommodation kat sana ada tak rice cooker. kalau dah ada tak yah la bawa.. susah nanti :P

      Delete
  16. dasat org 🇲🇾 ikan bilis mcm dah satu kemestian kalau g jalan2😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya ikan bilis la paling mudah kita nak masak.. tak pun sambal ikan bilis tu senang nak makan dengan roti hihiii :D

      Delete
    2. ya betul tu sambal ikan bilis dgn roti keping / nasi pun dah boleh gu... tp x kekal lama laa. mkn kol 8 pg. kol 10 dah kruk kruk😁😁

      Delete
    3. Eeehhh mana ada la.. ok jee makan nasi panas2 dgn sambal ikan bilis rangup tu hahaha.. tahan jer la... Sbb tu smbal ikan bilis tu kena letak kacang.. tempe.. baru la umphhh

      Delete
  17. Australia ni bawak je la apa2 makanan janji ikan. Canggih betul scanner machine untuk makanan. Sambal bilis pun nampak, kami sama2 tengok dgn officer tu, kami sama2 gelak. Dia pun sebut ikan bilis. Dairy product memang tak boleh. Tapi masa anak soleh 4@5 tahun, terlupa buang susu tepung dalam botol susu, hubby dah bising. Mmg bunyi la masa lalu airport cabin baggage scanner. Officer tu tanya whose is this. Anak soleh cakap it's mine.. Mak dah menggigil. Officer tu cakap pd anak soleh you should start fresh milk, not in the bottle. Anak soleh kata ok. Dia suruh simpan, don't waste katanya sambil senyum. Alhamdulillah syukur sambil ketar lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu canggih scanner dia.. jgn la cuba memandai nak menipu.. ngaku je apa yg kita bawa huhuu.. mmg kalau kena tahan dan disoal siasat tu mmg berpeluh la dibuat nya..
      Saya masa bawa susu anak tu dlm pack yg belum dibuka.. sebab senang nak explain..dia tgk dia dah tahu susu budak.. betul part terketar lutut tu... Hahahaha...

      Delete
  18. Rasa tak berapa selesa menjawab segala pertanyaan di situ kan. Kami dulu siap kena berbaris dan didatangkan seekor anjing hitam besar menghidu semua beg kami. Allahu Akbar. Berdebar-debar rasanya. Salah seorang kawan kami bawa sambal hitam tapi dia tak beritahu petugas yang tanya. Syukurlah lepas juga akhirnya walaupun lama juga anjing hitam hidu begnya.
    Makanan memang mahal betul! Tapi dapatlah juga beli sejenis dua untuk raso-raso orang kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bab kena soal itu ini tak la rasa berat sgt berbanding nak lepas part anjing kehulu hilir bau dekat badan dan beg kita huhuu..
      Kalau dia pusing dua tiga kali kat kita mmg kena tahan la jawap nya..
      Yeap makanan mahal.. sekali sekala raso okla kan.. hari2 botak kepala hahaha..

      Delete
  19. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi dtg ke sini.. tunggu part seterusnya ya :D

      Delete
  20. Replies
    1. Bukan agak dah tapi mmg dah strict sangat2 nak masuk Aussie.. :D

      Delete
  21. Aussie dan NZ ini saya tahu ketaaat sangat. Memang strict lah mereka. Tapi paham Krn pulau mereka negara sendiri kan. JD kalo ada apa2, memang susah nanti.

    Cuma saya pun bukan tipe yg suka bawa makanan dr Indonesia. Krn memang tujuan saya nak coba makanan lokal. JD bisa dibilang jaraaaaang sangat bawa. Kecuali sambal mungkin.

    Tadi saya pikir Maggie tak boleh Krn memang dilarang negara Aussie, ternyata Krn boikot 😄🤭. Tapi saya pun dah tak beli lagi Maggie bang. Kemarin di KL melihat Maggie macam godaan. Cuma saya kuatkan hati tak beli lagi 😅 termasuk Milo . Pdhl saya sukaa sangat Milo Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu mereka menjaga begitu ketat kawalan sempadan mereka.. Saya membawa makanan kadang2 itu mahu jumpa makanan halal agak susah maka travel pula sama si kecil.. makanan ready to eat itu perlu bg saya.. kalau ngak ada.. susah jadinya..

      Delete
    2. Agak susah juga di awal boikot.. Nescafe, Milo Maggi semua agak susah mahu berhenti tapi selepas dua bulan ternyata berjaya kalau lihat pun ngak ada nafsu lagi hahahaha.. :D

      Delete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. "To tour your beautiful lovely country"..wahh, ayat pick-up line...hehe...mesti lama setiap org kt imigration..mcm2 tanya...Ya Allah, sakit hati baca komen anonymous tu, mcm bagus je dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itulah yg saya jawap pada semua pegawai immgration yg tanya saya di setiap kali nak masuk ke sesebuah negara :D
      Biasa mmg dia akan check one by one.. cuma kdg2 lama kdg2 sekejap jer.. Tak apa lah nama pun ruangan komen hihii... Kita layan jer la :D

      Delete
  24. Wah cukup keras juga ya bang aturannya,mana yg boleh mana yg gak boleh di bawa,tapi jadi paham di sini tujuannya...memang kalau pergi kemanapun makanan khas sendiri tak boleh ketinggalan ya..selain hemat,juga takut gak cocok makanan luar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peraturan amat ketat untuk bawa makanan masuk ke Aussie.. bawa makanan dari Malaysia kerna makanan di Aussie itu mahal bangat hahaha.. Dan kadang2 perlu kan makanan ready to eat utk jimat kan masa..

      Delete
  25. ooo serunding tak boleh bawa.agaknya masa dia tanya tu, sebab ramai orang kita bawa ke sana kot? masak nasi makan ngan serunding dh kenyang. ni kata kata org yg makan serunding la. akak org selatan tak reti makan serunding.ketat juga peraturan mereka. kena buat homework betul betul sebelum ke sana. apa yang boleh apa yang tak boleh supaya mudah urusan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kalau kita ke negara yg currency jauh lebih tinggi dan makanan mahal.. mesti akan bawa at least some portion makanan utk jimat perbelanjaan.. dan lagi pun blm tentu blh jumpa makanan halal.. Yes kena buat homework sket kalau nak ke Aussie..

      Delete
  26. OZ mmg very strict..sebab tu kena study bab makanan yang boleh dibawa dan x boleh di bawa..sana makan dan serba serbi mahal..better bawak dan make sure declare..x salah buat homework banyak sebelum ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just kena study dan banyak kan membaca.. Insyallah kita akan faham peraturan di Australia.. Makanan mahal mmg kena masak sendiri utk berjimat.. Bahan basah di Perth pun segar-segar.. :D

      Delete
  27. nice info. insyaallah ada rezeki nak juga jln2 ke oz ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you.. Insyallah saya doakan moga dimurahkan rezeki utk ke Oz ni :D

      Delete
  28. Salam nak tanya beras mmg boleh bawa ye? Ada terbaca kata sekarang beras tak boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Beras boleh bawa.. Saya bawa 2 pack beras yg setiap satu berat 1kg.. Sebab mmg dia check beg nampak beras dia tak kata apa.. :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...