Friday 12 July 2024

Australia Perth Part 3 : D' Angkasa Restaurant - Perth Mosque - Four Points Hotel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selepas selesai urusan kami di airport termasuklah urusan mengambil kereta sewa. Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Perth dengan jarak lebih kurang 20 km. Masa ni keadaan di atas jalan agak sesak sedikit sebab bertembung dengan mereka yang balik kerja. Ketika sampai di bandar waktu telah pun agak lewat petang dan kami terus mencari kedai makan halal atau kedai orang Malaysia. Sebab dengar macam ramai orang Malaysia buka kedai makan kat sini.

All Suite Perth - Recommended place to stay in Perth City.
Kami menghala ke All Suite Perth terlebih dahulu yang terletak di Victoria Ave nak tengok tempat yang kami akan stay selepas balik dari utara Perth nanti. At least dah tahu di mana dan tak ada la sesat atau terkial-kila mencari nanti. Accommodation ini terletak berhampiran dengan banyak attraction walking distance. Dan kemudian kami terus mencari makanan halal di kawasan sekitar sini.

Lebih kurang 500 meter sahaja kami boleh berjalan ke Perth Town Hall dan ke Hay Street Mall. Sebuah kawasan shopping terbuka. Datang pulak time winter memang seronok la berjalan merayau-rayau cuci mata. Kat sini boleh pulak Kak Ngah shopping handbag siap beli untuk mak dia lagi. Nak amik hati la tu sebab last minit baru bagitau nak pergi Perth hahahaa.  Ni kalau Kak Ngah baca habis la aku :P 

Jarak dari All Suite Perth ke Hay Street Mall  hanya 10 minit berjalan kaki.
Di hadapan Restoran D' Angkasa berdekatan dengan Hay Street Mall.
Kami singgah di sebuah restoran halal dimiliki oleh orang melayu iaitu D'Angkasa Restoran Malaysia. Ianya terletak di Unit 1, Clarence House, 566 Hay Street, Perth 6000. Boleh dihubungi di talian (08) 9325 1747. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi - 3.00 petang dan 4.00 petang sehingga 8.00 malam. Dan tutup pada setiap hari Isnin.

Sampai jer kami terus masuk ambil tempat duduk sebab perut memang dah kelaparan yang amat, dengan cuaca yang sejuk diluar. Kami pun order menu simple jer iaitu nasi goreng. Jangan terkejut tau sepinggan nasi goreng boleh mencecah sehingga RM30.00 tapi dalam currency sana baru AUD 9.00 gitu. Tetiba rasa macam ni last makan luar hahahaa..

Perkerja semua melayu. Lega dapat masuk kedai sebab kat luar sejuk ya amat.
Nasi Goreng Kampung dengan Nasi Goreng Pattaya. Aku masa ni makan sandwich.
Masa tengah makan kedengaran azan dari handphone menandakan telah masuk waltu solat maghrib. Masa nak bayar tu tanya dengan abang staff restoran yang berbangsa melayu tu. Dia kata nak yang dekat dan masjid cantik, pergilah ke Perth Mosque. Tak jauh dalam 1.5-2.0 km sahaja dari Hay Street Mall ni (Restoran ni berdekatan Hay Street Mall).

Kalau brother yang dalam gambar ni baca blog tolong pm aku yer hahaha..
Selepas makan di area Hay Street Mall, kita meneruskan perjalanan ke Perth Mosque.
Alhamdulillah selesai makan kami cepat-cepat terus ke Perth Mosque yang terletak 7 minit perjalanan dengan kereta sebab takut lambat. Sebab selesai solat isya berjemaah, pintu masjid akan ditutup. Lagi pun kami nak fresh up di masjid sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara. Syukur masa kami sampai waktu isya belum pun masuk lagi. Maka sempatlah kami fresh up terlebih dahulu. Dan kemudian join solat berjemaah.

Pada carian aku di Google Map. Restoran D' Angkasa di Hay Street telah ditutup dan telah berpindah ke tempat lain iaitu di Unit 8/72 Warton Rd, Huntingdale WA 6110, Australia.
Perth Mosque adalah sebuah masjid yang cantik dan ia adalah masjid tertua di Perth dan yang kedua tertua di Australia. Ia dibina pada tahun 1901-1906 di sebuah simpang jalan antara William Street dan Robinson Street di Northbridge. Walaupun jemaah dan pentadbiran di masjid ini bermazhab Hanafi tapi ia tetap menyediakan ruang solat dan bilik air yang sempurna untuk jemaah wanita.

Pada asalnya ia dibina di atas sebuah lot sahaja dan kemudian pembelian lot bersebelah telah dibuat untuk pembesaran masjid dengan jumlah keseluruhan sekarang sebanyak 4 lot (1,725.65 m²) yang telah dibeli pada tahun 1904 dengan harga pada ketika itu Australian Pound £680.00. Dan masjid ini telah diwaqafkan atau dimiliki oleh keturunan Afghan Cameleer Deen's Family.

Pemandangan Perth Mosque dari atas - Ihsan dari Google Maps.
Disebabkan aku datang ke masjid ini pada waktu sebelum isya' (dah malam). Maka semua gambar masjid ini aku ambil dari google kecuali beberapa keping gambar sahaja dari camera aku. Dan waktu ini tak berpeluang sangat nak ambil gambar sebab masing-masing sibuk nak fresh up diri. Dengan nak jaga si Atiyya lagi yang tak reti duduk diam. Sebab nanti selepas isya' masjid ini akan ditutup.

Keadaan Perth Mosque dari luar yang berada di persimpangan jalan.
Suka dengan konsep masjid ini yang mempunyai taman atau halaman berpokok di bahagian dalam kawasan dinding masjid. Kalau datang pada waktu siang mesti cantik. Tiba-tiba teringat masjid di Paris yang mempunyai senibina andalus. Ada kawasan terbuka yang dihiasi pokok-pokok di tengah masjid. Boleh baca sini entry berkenaan Grande Mosquee De Paris - Masjid Bersejarah Di Tengah Paris (clicks).

Pintu masuk berwarna hijau dan keadaan halaman di dalam selepas masuk pintu utama.
Dan kita kaan berjalan terus ke arah halaman di tengah-tengah masjid.
Bahagian dewan utama solat yang boleh memuatkan seramai 500 orang jemaah.
Semasa kami sedang sibuk dengan urusan masing-masing, kelihatan beberapa orang lelaki melayu yang aku assume adalah orang Malaysia datang menunaikan solat isya berjemaah. Tak sempat nak bertegur sapa sebab masing-masing nak kejar solat jemaah yang akan bermula beberapa minit lagi. Selesai solat, sementara aku tengah tunggu wife dengan kak ngah keluar dewan solat. Aku di sapa oleh orang Malaysia tadi.

Macam biasa la soalan.. Siapa nama? Bila sampai? Berapa hari di Perth? Tidur mana? etc. Lepas aku inform lepas ni nak drive ke arah utara Perth. Dia kata tak perlu la, bukan jauh sangat nak ke Pinnacles Dessert tu. Plus minus dalam 200 km sahaja. Lebih baik tidur sini (Perth City) dan esok pagi-pagi drive la ke sana. Sambil aku tersenyum mendengar sebab plan aku memang akan tidur dalam kereta sahaja untuk malam ini. Kalau driver tak larat berhenti jer la mana-mana.

Update : Alhamdulillah jumpa juga gambar bersama abang pilot ni :D
Rezeki dapat tidur Four Points Hotel by Sheraton di Perth :D
Disebabkan gaya aku macam nak juga drive malam ni. Tiba-tiba dia offer "Kalau nak, tidur jer hotel kami malam ni. Sebab kami berlima dapat bilik seorang satu. Kami bagi dua bilik, satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan."Aku tergamam sekejap. Malas nak ganggu privacy orang sebenarnya. Tapi dalam hati "Alhamdulillah rezeki" hahahahaa.. Tanpa buang masa kami pun drive follow diorang. Ingatkan hotel biasa sekali Four Points Hotel by Sheraton  kau.!!

58 comments:

  1. Alhamdulillah.. Rezeki betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musafir kan... Betul niat insyallah ada rezeki yg mendatang hihihii

      Delete
  2. Alhamdulillah rezeki berjumpa org2 baik di masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita utamakan Allah .. insyallah pasti ada pertolongan dari Allah.. :D

      Delete
  3. fuhhh sangat2 rezeki laaaa!!! part mkn kat luar mahal bila convert tu..haaa rule of thumb, kalau travel kat negara2 yg duitnya lg mahal dari kita, tak leh lah convert nanti akan terasa mahalnyaaaaaa hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada la convert tapi dalm hati tu berkira kira jugak la hahahaa.. kdg2 kena kira jugak takut terlebih berbelanja hahaha..

      Delete
  4. wahhhhh rezeki! cepat next entry! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sabar lah kak... Jenuh nak korek info gambar nak update ceruta di Aussia ni hahahaa... :P

      Delete
  5. bestnya.. jauh perjalanan luas permandangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nikmat yg diberi kita berkongsi di sini.. :D

      Delete
    2. ingatkan gambar sufian suhaimi.. hahaha

      Delete
    3. Hahahahaa... Jgn la.. kita tak sehemsem baby pian hahahaa :P

      Delete
  6. Rezeki dapat hotel selesa ni.....kalau dapat tengok bilik dan interior hotel ni best jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih mencari banyak gambar yg berteraburan... Insyallah dpt mmg nka update di sini.. Mmg selesa sgt four points ni :D

      Delete
    2. Masa kami singgah masjid ni, lepas solat saya dan Dania masuk dalam kereta. Nampak la 2 orang budak muda menconteng pagar Masjid ni kemudian dia membebel kat saya dan Dania...you want to bomb us? Saya tengok je tak bersuara pun....lepas tu dia katanya saya dan Dania orang arab. Mungkin bebudak tu pun tak pernah keluar negara dia. Muka orang asia dengan orang arab pun tak kenal. Nak je menjawab tapi sabar je.

      Delete
    3. Hurmm masa tu tgh kuat lagi kot islamophobia.. bahaya juga kalau travel jumpa org yg mindstream teruk kepada islam.. sebenarnya diorg ni yg tak open minda dgn dunia luar.. dgn bebudak biar jer la..bukan dia nk faham pun..

      Delete
  7. kalau kepala asik dok convert smpi ke sudah x jamah nasi goreng🤣🤣 alaa sesekali mkn mahal kan kat negara org... kalau tiap2 hati mmg rabak🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. First day and first meal kan.. kena la convert nak tahu berapa hahaha.. tapi once kami dah check in.. Mmg masak all the time la... Jimat banyak ooo..

      Delete
  8. bila bermusafir ni bkn setakat doa je dimakbulkan. kdg rezeki yg x dijangka pun byk jg berlaku. cuma tu laa... kita antara sedar dgn tak je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. pertolongan Allah tu sentiasa ada.. jgn time susah je bru nk ingt Allah.. kan.. Elok niat travel kita insyallah byk yy akan dimudahkan..

      Delete
  9. besar & luas juga masjidnya... harap syiar Islam terus mekar di sini... aminnnn
    and... boleh dah msk kan masjid ni dlm itinerary Perth 202______🤭🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia macam sebuah kompleks yg ada masjid.. tmpt belajar.. dewan gitu .. multiple purse gitu la.. insyallah masuk kan dlm list 2025 saya doakan :D

      Delete
  10. Unik jugak bentuk masjid dia tu... kalau jadi hotel pun sesuai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada bajet tu mesti lagi mcm2 managemant tu akan buat.. itu pun dah ada mcm2.. uncle nak buat kenduri pun boleh hihii

      Delete
  11. Baiknya orang itu tawar hotel. Rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun jgn ditolak pd rezeki yg mendatang masa musafir :D

      Delete
  12. minta2 la sy cukup duit utk ke Perth... kwn isteri ada duduk sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okla tu.. dah boleh jimat accommodation kalau boelh tumpang hihi.. insyallah moga dipermudahkan :D

      Delete
  13. Syukur Alhamdulillah.
    Rezeki dalam permusafiran.
    Semoga yang memudahkan urusan bermalam itu mendapat rezeki yang berlipatganda dari-Nya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah org nya baik-baik.. Memang jaga solat berjemaah di masjid.. Semoga rezeki mereka dilipat kali ganda kan amin..

      Delete
  14. Org Malaysia tu dapat 5 bilik? Siapakah mereka??? Traveller juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng geng private pilot.. kita pun terkejut tapi respect la even dekat oversea 5 waktu solat jemaah di masjid..

      Delete
  15. Teringin juga jalan jalan ke luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlahan-lahan rancang insyallah di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan.. :D

      Delete
  16. Replies
    1. Keadaan sekeliling yg cantik dan berbeza dgn keadaan dari negara sendiri.. kdg2 ngak rasa berjalan sejauh itu.. :D

      Delete
  17. Wow…rezeki sungguh ni, dapat bermalam di hotel bagus secara percuma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila travel ni jgn ditolak rezeki yang mendatang hihii.. alhamdulillah :D

      Delete
  18. Alhamdulillah rezeki dapat duduk hotel. Kami dulu masa awal2 start travel, konon nak cari kedai halal. Rasanya di NZ kot. Pernah kena, habis masa 2 jam lebih pusing2 cari kedai, then pusing2 cari parking. Lepas pd tu, kami tekad bawak food dari Msia. Yg precooked atau boleh makan terus. Tak nak rugi masa utk cari kedai makan halal. Sayang tau 2 jam lebih terbuang mcm tu di oversea buat kami. Masa sgt berharga kalau travel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. bila kita travel ni kalau membazir masa adalah perkara yang kena elak sekali sebab kita kadang2 dah plan dalam sehari nak pergi beberapa tempat.. kalau time management fail mmg spoil la huhuu.. Dah la nak sampai ke situ pun susah payah kan :D
      Sebab tu kita kena bawa banyak makanan precooked sebab kita tak tahu apa yg kita kan hadapi masa travel nanti.. Masa sgt lah berharga :D

      Delete
  19. Aiiiih cantiiiiik mesjidnyaaa 😍😍😍. Putiiih bersih. Catet dulu, nak juga sholat sini kalo ada rezeki ke Perth.

    Baiiik sangaat orangnya ya bang 👍😄. Dapat rezeki pula bisa stay di four points.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sudah sampai di Perth mmg harus ke masjid ini.. Design yg cantik di dalam dgn landskap taman dan hall yg menarik..
      Alhamdulillah ketemu dgn mereka yg baik hati . Syukur :D

      Delete
  20. wah antara wishlist nak jejak Aussie juga nanti ni..tapi bila dok pk kan nak buat visa tu jadi cam malas plak hahaha...

    btw rezeki nya dapat stay malam tu ye.. alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu visa macam just one dokumen yg kena isi sebelum jejak kan kaki ke sana.. tapi skrg mcm dah jadi trauma bila nak gi aussie Huhuu..

      Delete
  21. Bila travel salah satu kesukaan bila dapat singgah masjid di tempat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke mana pun kita pergi rumah Allah kalau ada peluang jgn sseekali lepaskan.. tmpt sujud akan jadi saksi di akhirat.

      Delete
  22. cantik masjidnya...Alhamdulillah, jumpa orang2 Malaysia yg baik hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dlm bermusafir kena selalu berserah pada Allah selepas kita berusaha.. Cantik Masjid Perth tu.. ada taman pokok2 dlm masjid..

      Delete
  23. Huntunglah dapat stay hotel bintang-bintang.. gratis lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur.. rezeki kalau dah tertulis mmg tak ke mana .. :D

      Delete
  24. Alhamdullilah bertemu orang baik ya bang...rezeki jangan di tolak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila trav mmg selalu jumpa org yg baik2.. Alhamdulillah syukur.. :D

      Delete
  25. betul-betul rezeki kerana ada tawaran hotel tu....syukur alhamdullilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki itu di mana mana dan kita kena sentiasa berserah pada Allah selepas berusaha semasa melakukan pengembaraan.. :D

      Delete
  26. Syukur jumpa orang yang baik2..terimakasih orang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg sykur tak sangka sangat rezeki yg mendatang :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...