Wednesday 17 July 2024

Minggu Yang Teruk - Apa Dah Jadi Dengan Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ntah la.. Aku tiba-tiba down pulak dalam seminggu ni. Nak update entry pasal travel pun terganggu. Dalam seminggu ni banyak sangat berita kematian yang berlaku. Dah la segala video kekejaman israhell terhadap orang Palestine di Gaza pun aku tak sanggup nak tengok. Ditambah pula berita-berita kematian yang menyedihkan dan sayu di Malaysia minggu ini.

Kita dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila dua adik beradik iaitu Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian 3 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Rabu 10 Jualai 2024. Manakala adiknya Muhammad Luth 2 tahun menghembuskan nafas terakhir dua hari kemudian pada 12 Julai 2024. Setelah keduanya termakan makan (keropok) yang telah dibubuh racun tikus yang sepatutnya bagi tujuan membunuh haiwan perosak di kebun.

Al-Fatihah buat Adik Akil dan Adik Luth.
Aku masa dapat berita ni tiba-tiba jadi macam stress tak menentu mungkin sebab kedua-dua mangsa adalah lebih kurang sebaya dengan anak-anak aku. Pada 14 Julai 204 iaitu dua hari selepas kematian adik Luth. Seorang lagi mangsa berumur 13 tahun di Kemaman mengalami kejadian yang sama dan sekarang masih bertarung nyawa di hospital.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Farah Kartini.
Tak cukup dengan itu dapat pulak berita menyedihkan kes Allahyarhamah Nur Farah Kartini yang mati dibunuh setelah hilang hampir seminggu. Bila tahu kronologi kes lagi la bertambah emosi kenapa mudah sangat untuk membunuh orang. Aku masih tak boleh nak brain wujud orang macam ni, kerja kerajaan pulak tu. Bukannya penganggur apatah lagi bukan penjenayah ke apa ke. Dah berkahwin dan ada anak kot. Allahu.

Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini buat si ibu dan ayah mangsa.
Tengah berasa sedih dan emosi dengan kes fara ni. Semalam terbaca pulak berita kes kematian lain. Kanak-kanak berusia 4 tahun jatuh dari tingkat 16 apartment di Putrajaya. Ayah dia keluar sekejap untuk hantar si kakak ke sekolah. Sedih yang teramat bila tengok video si ayah menangis ditempat kejadian. Memang tak boleh nak bayangkan perasan si ayah. 

Tolong la jangan nak tuduh parent tu cuai ke apa ke. Kita tak tahu how struggle other people nak manage kehidupan seharian mereka. Si ayah tu pun, kalau boleh memang tak nak tinggal si adik di rumah tapi apa pilihan yang dia ada. what if kalau dia cuma ada motor sebab si isteri dah guna kereta ke tempat kerja. Aku pun few time terpaksa tinggalkan anak di rumah untuk hanya seketika. Hati memang tak tenang selagi mana tak tengok semula anak-anak di rumah.

Semoga kita dilindungan dan dipelihara dari ujian berat sebegini - Amin..

55 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    Itulah kita manusia lemah. Moga Allah rahmati mereka yang dah pergi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. semoga diberi kekuatan pada keluarga mangsa..

      Delete
  2. Struggle setiap org berbeza, tp tinggal anak 4 thn sorang masih boleh dikategorikan sbg kecuaian..cuma kat Msia tak enforce sgt wpun ada jer undg2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sedih dgr berita mcm ni.. Apa pun semoga diberi kekuatan pada keluarga mangsa mangsa..

      Delete
  3. Innalillahiwainnailairajiun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahi wainna ilaihi rajiun... Al fatihah...

      Delete
  4. Innalillahiwainnailahirojiun...moga mereka semua ditempatkan di kalangan para syuhada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin semoga kesemua mereka ditmptkan di dalam syurga...

      Delete
  5. Innalillahiwainailahirajiun. Semoga Allah mberi takdir yang baik bagi kita dan keluarga. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dari Allah swt. Amin :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin .. semoga kita dijauhkan dari ujian yg berat seperti ini.. hanya pada Allah kita berserah..

      Delete
  6. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga pemergian mereka menjadi iktibar buat kita yang masih hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin setuju tu.. Semoga kita sentiasa beringat.. dan mengambil iktibar atas kejadian ini..

      Delete
  7. tu lah mmg emosi terganggu jugak minggu ni byk khabar duka :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua ambil iktibar dan moga dijauhkan dari ujian yg berat seperti ini..

      Delete
  8. Innalillaahi wa inna ilaihi rooji'uun.
    Betul Afif, struggle kita lain2.
    Pernah jugak tinggalkan anak sekejap.
    Ada rasa menyesal bila balik tapi tu lah.
    Kematian 2 beradik pun sangat pilu.
    Moga arwah Farah dicucuri Rahmat dan
    ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes struggle setiap org.. setiap parent.. Setiap family.. semua tak sama.. tapi apakah daya.. kisah dua beradik tu mmg sgt pilu.. Hilang terus tmpt berkasih syg.. Allahu semoga diberi kekuatan pada ibu dan ayah..

      Delete
  9. Anxiety terus bila baca berita2 macam ni..😭 tiba2 teringat one of my fren yang anak meninggal juga jatuh dari tingkat 16 few years back..

    😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Once kalau kena pada kenalan sendiri mesti la lagi terasa.. Moga menjadi iktibar dan dijauhkan ujian yg berat seperti ini..

      Delete
  10. Salam takziah untuk semua mangsa2... semoga undang2 kat Malaysia ni dapat menghukum mereka2 yang betul2 bersalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Moga yang bersalah tak dpt lari dari kesalahan mereka dan diberi hukuman yg setimpal..

      Delete
  11. Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
    Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis

    ReplyDelete
  12. Sungguh bagai tuan kata, tak daya nak telan segala kepahitan ni. Apatah lagi ahli keluarga mereka. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka memikul :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga diberi kekuatan pada ahli keluarga menghadapi ujian yg berat ini.. Kita yg baca pun sayu di hati apatah lagi ahli keluarga mangsa..

      Delete
  13. Saya pun mood merudum minggu ni tak berapa nak update blog. Harap tidaklah terlalu lama berehat. Takut rehat sehari dua, merebak hingga ke minggu dan berbulan-bulan!
    Memang rasa sangat sedih mengikuti kronologi kisah-kisah tragis tersebut. Saya sampai termimpi-mimpi mengenangkan dua kanak-kanak yang maut akibat termakan keropok beracun itu. Apatah lagi apabila terbaca kejadian kanak-kanak empat tahun jatuh dari tingkat 16! Allahu Akbar!
    Sedih mencucuk hati terbayangkan bagaimana arwah Farah kehilangan nyawa di ladang kelapa sawit!
    Semoga keluarga semua arwah yang telah pergi diberi sebesar-besar kesabaran dan ketabahan menghadapi setiap musibah yang menimpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan takut juga kalau berehat lama melayan perasaan. nanti dari hari ke minggu ke bulan smpai ke tahun tak update.. kita dah melaluinya..

      Delete
    2. Itulah bila berita sebegini dtg berkali kali ke mata telinga kita.. mau tak mau kita juga terasa kesedihan.. Anak2 saya pulak sebaya dgn adik Akil dan Luth lagi la saya mcm emoasi sedikit.. Semoga pembunuh Fara akan dpt hukuman setimpal.. bagi kita moga ambil iktibar dan sentiasa berdoa..

      Delete
  14. Inna lillah wa inna ilayhi rojiun
    Sedihnya kan, walaupun bukan terjadi pada keluarga kita tapi tetap sebak baca kisah begini. Moga Allah beri kekuatan kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Amin... Semoga tabah buat keluarga mangsa dan mendapat keadilan buat mangsa yg telah pergi dan ahli keluarga..

      Delete
  15. Kalau terjadi pada keluarga sendiri, peritnya ibarat ditusuk pisau belati
    Moga menjadi sebagai pengajaran buat kita semua supaya lebih berwaspada
    Moga Allah meletakkan mereka bersama orang-orang yang beriman dan bertakwa Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kdg2 anak jatuh pun kita dah terasa luruh nya hati.. demam pun berjaga siang malam.. ini kan pula sebegini.. semoga kita mngambil iktibar dan dijauhkan ujian sperti ini .

      Delete
  16. nak kata ikuti sgt tu tak.laa..tp sy mula dpt tahu kisah kehilangan farah mggu lps melalui X. kwn dia buat bebenang n beritahu ttg kehilangan farah dan minta org ramai retweet supaya boleh tlg jejaki farah. kalau x silap yg retweet tu kwn serumah dgn dia. bla baca tu terbit jg rs risau sbb arwah perempuan kan... mmg harap yg baik2 je laa dan ditemui selamat. thennnn mggu ni terima.khabar ttg arwah. allahu akbar... sesuatu yg ditakuti dah berlaku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak la follow tapi once dia lalu dekat page kan.. depan mata.. terus la baca.. sebab semua nya share pasal dia di IG.. Allahu kronologi dia menyedihkan.. Moga syurga buat beliau dan penjenayah dihukum dgn hukuman yg setimpal. Moga kita dijauhkan dri ujian berat sebegini Amin..

      Delete
  17. tgh sedap baca fasal suspek arwah farah, tetiba lalu video fasal bdk yg terjatuh tu. tgk ayah dia angkat and peluk tu... gigil dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebak betul tgk video si ayah tu angkat dan peluk anak dia.. Semoag kuat dn tabah parent kanak kanak tu..

      Delete
  18. Innalillahiwainnailairajiun.....sedih mengenangkan cara kematian mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al Fatihah... semoga semua mangsa ditmptkan bersama para syuhada dan anbiya.. sedih dgn kisah mereka..

      Delete
  19. Innalillahiwainnailairajiun....
    ketiga-tiga kes kematian betul2 mengejutkan rakyat malaysia. Nieyl pun tak setuju kalau netizen mengkritik dan meletakkan kesalahan di bahu parents. Memang betul, tanggungjawab parents tapi kita tidak berada di tempat parents yg kehilangan anak, trauma lagi..kita ni lebih baik diam dan mendoakan yg baik2.. Kes kanak2 terjatuh tu, ayah kanak2 tu satu agensi dgn nieyl, jadi..kita doakan sahaja yang baik2 untuk dia dah keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mengejutkan dan menyedihkan hati yg membaca.. Parent tu kalau ada pilihan pun tak akan letak anak dia dlm situasi begitu.. namum iktibar harus diambil oleh org yg membaca..
      Oh satu agensi.. mesti lebih merasai.. semoga diberi ketabahan yg tinggi buat ibu bapa kanak2 tu..

      Delete
  20. Kes 1 dengan 3 tu memang tak boleh nak kata apa lah sebab di luar kawalan. yang no 2 tu kesian betul sampai kena bunuh padahal benda boleh bincang. takziah untuk semua keluarga mangsa yang terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul benda yg diluar kawalan kita tak boleh buat apa.. namun kes jenayah seprti Allahyarham Fara tu semoga mendapat keadilan buat keluarga mangsa

      Delete
  21. Inalillahi wa innailaihi roziun...semoga arwah tenang di sana..amiin.🤲...kalau dapat berita seperti ini rasa hati seperti sakit dan susah membayangkan ..walau ajal kita tak pernah tau,tapi sedih rasanya bila kejadiannya seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan moga mangsa dan keluarga tenang dan aman.. berita sebegini menjadikan fikiran kusut sehingga susah nak focus pada sesuatu.. Moga kita dijauhkan dari ujian yg berat seperti ini ..

      Delete
  22. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Sedih betul berita semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih dan sayu kronologi kes kes berkenaan..semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian..

      Delete
    2. Dulu2 ada kes anak kecil yang jatuh kondo juga. Nak dijadikan cerita rupanya anak kepada kawan sekolah menengah saya. Apa pun bukan kita nak ia jadi macam tu kan?...Semoga tabah la semuanya....

      Delete
    3. Kalau mangsa yg jatuh tu kita kenal lagi la terasa kan.. Dulu kat flat rumah sewa lama.. ada dua kes bunuh diri terjun bangunan.. org yg kita kenal pulak tu.. itulah.. semoga tabah buat ahli keluarga..

      Delete
  23. innalillahiwainnailaihirojiun. baru akak tau kes sama terjadi kat kemaman . tak tau kes ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita semua dijauhkan dari ujian berat seperti ini amin..

      Delete
  24. Membaca ini saja rasa nak menangis 😭. Tak terbayang yg dirasakan oleh Kaka beradik kecil yg termakan keropok beracun, lalu anak balita yg jatuh dari tingkat 16, ya Allah, terbayang sakit yg dirasakan orangtuanya 😭😭😭.

    Innalilahi wainnailaihi rojiun untuk semua korban, dan saya berharap keluarga yg ditinggalkan kuat dan ikhlas menerima cobaan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg bergelar ayah dan ibu pasti akan merasai kesedihan atas pemergian dua beradik yg meninggal kerana termakan racun.. semoga tabah ibu ayah nya menghadapii dugaan berat ini..

      Delete
  25. Makin menjadi jadi kes bunuh dan kematian di Malaysia ni kan...seram betul..kena pesan pada anak dan pada diri sendiri untuk sentiasa hati2...manusia zaman sekarang ramai yang kejam dan gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah undung undung yang lebih keras dan perlaksanaan yg lebih kuat diperlukan.. Bunuh org mcm tu jer.. langsung tak ada perasaan.. kejam betul..

      Delete
  26. Makin menjadi jadi kes bunuh dan kematian di Malaysia ni kan...seram betul..kena pesan pada anak dan pada diri sendiri untuk sentiasa hati2...manusia zaman sekarang ramai yang kejam dan gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita dijauhkan fitnah sebegini dan diselamatkan amin..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...