Showing posts with label Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Ibnu Abbas Di Kota Thoif. Show all posts
Showing posts with label Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Ibnu Abbas Di Kota Thoif. Show all posts

Thursday, 22 February 2024

Umrah Mantop Travel Part 1 : Destinasi Pertama Masjid Abdullah Ibnu Abbas Di Kota Thoif

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah pada akhir tahun lepas aku sekali lagi diizinkan Allah Taala untuk menjadi tetamu di dua tanah haram dan mengerjakan Umrah buat kali kedua. Dulu pertama kali pada tahun 2018 bersama Tiram Travel Agent dan pada kali ini bersama Mantop Travel Agent. Dan kali ini pengalaman agak berbeza kerana pergi dengan abang ipar berbanding pada tahun 2018 pergi bersama wife dengan ibu mertua dan anak kedua yang berumur 8 bulan pada ketika itu.

Just before take off dapat pembuka selera ni - Soft, Creamy, Chocolate and Peanuts.
Untuk kali ini pengalaman agak berbeza dari segi cuaca yang panas berbanding dulu menunaikan umrah ketika musim sejuk. Dan kali ini kami ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu sebelum membuat ziarah ke Madinah. Dan pada pendapat aku adalah lebih baik ke Mekah menunaikan Umrah terlebih dahulu dan selesaikan ibadah yang menjadi asbab utama kita ke tanah suci.

Dua kali makan sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. 
Ok masuk bilik air untuk berwudhu - Make sure sapukan air di anggota wudhu sahaja dan bukan basuh anggota wudhu sampai basah lantai dengan dinding toilet.
Specialnya di dalam aircraft Saudi Airlines ni ada ruang Musolla siap ada digital Qiblat lagi.
Dan pada kali ini travel agent menggunakan Visa Tourist yang mana sebelum ini pada tahun 2018 adalah Visa Umrah. Ada yang mengatakan Visa Tourist tidak dibenarkan membawa pulang Air Zam-Zam tapi kumpulan kami dari Mantop Travel Agent yang kesemuanya menggunakan Visa Tourist dapat membawa pulang setiap orang satu botol 5 Liter Air Zam-Zam.

Alhamdulillah safely arrived at Jeddah International Airport selepas lebih 9 jam penerbangan.
Dan juga kali ini rezeki dapat merasa naik Saudi Airlines pergi balik berbanding dulu menaiki Airasia. Okla basically Trip Umrah kali ini aku bersyukur banyak sebab dapat melakukan dengan lebih baik dari yang sebelum ini. Lagi pun ini kali kedua so ada banyak benda kita dah tahu dan try to avoid buat salah seperti trip umrah pertama. Dan rezeki juga trip kali ini lebih murah dari yang sebelum ini. 

Makanan yang disediakan di dalam bas Hurmm macam Nasi Goreng.  Second picture tu hamba Allah yang jual SimCard. Bagus service ni tak ada lagi so far di travel agent lain.
Sesampai di Airport Jeddah pada waktu awal pagi dan staf Mantop Travel Agent bersama Mutawwif kami Ust Atif telah pun menunggu di balai ketibaan dan terus membawa kami menaiki bas di bahagian bawah. Dan sebelum bertolak dari airport Pihak Mantop telah menyediakan seorang penjual simkad dan mengaktifkan terus kepada sesiapa yang membeli di dalam bas. Makanan juga telah disediakan di dalam bas untuk kami semua.

Mosque of King Abdul Aziz International Airport.
Bas berhenti untuk isi minyak maka para jemaah berpeluang menggunakan duit Riyal mereka buat kali pertama. Thanks to Tuan Toha belanja air masa ni.. :D
Destinasi pertama kami tuju adalah Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif yang menjadi tumpuan utama untuk mereka yang menziarhi Kota Thoif. Dan kami telah diberikan penerangan dan juga sejarah mengenai masjid ini dan Kota Thaif ini. Alhamdulillah kami diberikan sedikit masa untuk melihat sendiri masjid ini dan membeli apa sahaja yang dijual oleh ramai peniaga disekitar kawasan masjid ini. 

Alhamdulillah safely arrived di Masjid Abdullah Ibnu Abbas di Kota Thoif.
Tazkirah ringkas daripada Mutawwif mengenai Masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Harga yang dijual boleh ditawar menawar. So far buah-buahan mereka memang segar dari ladang.
Maka aku ajak siapa yang nak ikut untuk bersolat dua rakaat di dalam masjid. Alhamdulilah keadaan dalam masjid amat cantik dan tenang. Bagi yang belum menjejakkan kaki ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi pasti akan terasa auranya sebab design di dalam masjid ini kelihatan seperti dua masjid agung itu. 

Ruang dewan solat di dalam masjid Abdullah Ibnu Abbas R.A.
Orang agak ramai ketika ini dan kelihatan ada kumpulan manusia yang kurang cerdik berdiri seolah-olah berdoa sambil menangis dan ada yang sampai menjerit dengan memegang atau menepuk-nepuk dinding di bahagian luar masjid. Hurmm.. kan bagus kalau masuk dalam masjid untuk bersolat dan berdoa dari buat benda yang mengarut. Nasib baiklah yang buat tu bukan orang Malaysia. Rasa-rasa korang pasti boleh agak orang dari negara mana yang buat tu kan :P

Seronok tengok kanak-kanak yang berniaga di sekitar kawasan masjid.
Lepas solat aku ajak yang lain makan aiskrim yang dijual berhampiran pintu masuk Masjid Ibnu Abbas ni. Disebabkan yang jual aiskrim tu orang yang bertutur bahasa urdu maka aku pun speaking urdu dengan dia sambil tolong orderkan untuk para jemaah yang lain. Satu aiskrim SAR5.00/RM6.28 tapi bila sampai turn aku dia kasi SAR2.00/RM2.51 sahaja. Time ni Abang Yan (Abg Ipar) dah pelik dengan aku "Kat sini ni pun ko dapat diskaun". Aku gelak jer.

Mungkin sebab waktu pagi maka ramai orang datang menziarahi masjid ini. First time datang dulu waktu petang memang orang tak ada sangat. Orang yang jual aiskrim ni tetap sama masa 2018 dulu.
Bila berjalan ke bas aku nampak Mutawwif Ust Atif dah berkemut dahi nampak macam marah hahaha.. Ye la dia kata 15 minit jer acara bebas tapi para jemaah lenjan lebih setengah jam. Bila masuk dalam bas memang nampak ramai yang bershopping sakan especially yang first time la. Habis segala jenis buah denga kacang dibelinya. Mutawwif pun pegang mic semua kena ceramah hahaha. "Saya ni bab masa memang saya jaga betul kalau tuan-tuan puan-puan tak boleh jaga masa, Saya tinggal jer"