Friday, 30 October 2026

Hong Kong & Macau Part 12 : Tsim Sha Tsui Ferry Terminal To Wan Chai - Public Observation Deck

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 11 : Kowloon Mosque & Islamic Centre - Briswalk At Avenue of Stars HK

Ketika berjalan pulang ke hotel, tiba-tiba wife whatsapp tanya "Free tak..? Jom breakfast sekali.. Sebab hari ni pukul 10.00 pagi nanti baru masuk conference.." Aku pun memang tengah free tak buat apa "Jom la.." simple aku reply.

Hong Kong Art Museum terletak berdekatan dengan Victoria Harbour.
Kalau naik MTR ke area hotel wife kena tukar train. Aku pun search if boleh naik feri dari Tsim Sha Tsui ini. Surprisingly yes boleh dan ianya lebih murah, cepat dan senang. Ikut direction dari google map ferry akan bertolak dari Tsim Sha Tsui Star Ferry Terminal yang terletak kurang 600 meter dari Avenue of Stars Hong Kong dan 350 meter dari Victoria Harbour.

Ada ferry kecil yang comey parking di Tsim Sha Tsui Ferry Pier ini.
Just follow the sign - Dari sini boleh ke Central atau ke Wan Chai di Hong Kong Island.
Service ferry ini bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 11.30 malam dan terdapat dua destination ke Hong Kong Island. Satu menuju ke Wan Chai (near to Hong Kong Convention & Exhibition Center - I'm going there) dan destinasi kedua ke Central Pier 7 (near to Hong Kong Observation Wheel). Perjalanan memakan masa 5 minit dan up to 11 minit if cuaca tak cantik.

Keaadan agak sunyi dengan deretan kedai pun boleh dibuka ketika ini.
Tak lama menunggu aku dah pun berjaya masuk ke jeti dengan bayaran HKD6.50 sehala menggunakan octopus card. Masih di awal pagi ketika ini, keadaan sangatlah tenang dengan tak sampai 15 orang yang menaiki ferry ini menuju ke Wan Chai.

Bagi aku wajib naik ferry ini at least merasa dan lihat pemandangan yang cantik dari atas air ke arah Hong Kong Island dan ke arah Tsim Sha Tsui. Lagi-lagi untuk yang bajet tak banyak untuk naik sunset cruise di sini, maka boleh jer naik ferry ini tapi kena make sure timing tepat ketika waktu sunset dan kena berebut sikit la untuk dapat tempat sebelah tingkap.

Kaunter simple untuk kita touch Octopus Card HKD 6.50 sehala.
Dan terus berjalan hingga ke boarding gate. Once diberi masuk barulah kita ke ferry.
Ferry yang amat besar boleh memuatkan ratusan orang untuk sekali perjalanan. Dan disebabkan ketika ini "ferry kosong", aku pun merayap la ke setiap penjuru ferry. Well inilah peluang yang ada nak explore kan. Nanti kalau dah ramai orang memang kena duduk jer la sampai sampai di destinasi. Tempat duduk pun simple macam kerusi kayu kantin sekolah 😉.

Okay jom masuk dalam ferry ini. Waktu pagi memang kosong dari depan sampai belakang.
Kerusi pun simple sama macam dalam cerita filem Hong Kong 90-an.
Ketika sampai di Wan Chai Peir, kita boleh naik ke atas terminal ferry atau di tingkat dua. Di mana terletaknya Public Observation Deck. Dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 malam dan masuk adalah percuma. Di sini ada disediakan public toilet percuma yang juga amatlah selesa. Tapi botol air still kena bawa juga.

Ada sebuah kapal cruise besar berlabuh tak jauh dari Tsim Sha Tsui Ferry Pier ini.
Warna biru tu ferry dari Central nak ke Tsim Sha Tsui .
Pemandangan ke arah Hong Kong Island dari atas ferry.
Boleh nampak Hong Kong Observation Wheel - Kena turun di Central.
Wan Chai Ferry Terminal bersebelah dengan HK Convention & Exhibition Center.
Sambil melayan pemandangan ke arah Tsim Sha Tsui dari atas Observation Deck ini, tiba-tiba wife whatsapp kata tak dapat nak breakfast sekali sebab team manager dah panggil semua staff nak discuss something sebelum ke conference.

Aku pun okay jer sebab faham wife datang atas urusan kerja, aku datang memang nak berjalan. "Tak apa.. pandai la saya bawa diri nak ke mana.." dan macam biasa wife aku tak kesah dan tak risaukan suami dia ni nak merayau seorang diri 😅.

Dari Wan Chai Ferry Terminal ini hanya boleh ke Tsim Sha Tsui sahaja.
Much better and easy dari naik MTR kena tukar train bagai dan take more time.
Jom naik ke atas Public Observation Deck - Telah dibuka pada 30 Ogos 2014.
Pemandangan ke arah Wan Chai Harbour Promenade berhadapan ferry terminal.
Duduklah sektika di atas Observation Deck ini memikirkan mana nak pergi. Kalau nak patah balik macam rugi la pulak sebab dah sampai sini. Masa ini terfikir nak cari mana-mana cafe just nak layan segelas coffee dengan toast bread with butter jer. Actually perut pun dah lapar sebab dari sebelum subuh dah keluar hotel sampai la waktu ini pukul 8.45 pagi.

Pemandangan dari atas observation deck ke arah Tsim Sha Tsui.
Pemandangan ke arah Hong Kong Convention & Exhibition Center.
Dan wife whatsapp lagi, if nak jalan-jalan area sini okay jugak sebab boleh lunch sama tengah hari nanti. Wife kata lebih kurang pukul 1.00 petang nanti akan habis dan akan sambung conference semula pukul 5.00 petang sampai 7.00 malam.

Jom kita briswalk lagi pagi ini 2.8 km menuju ke The Peak Tram Station.
Terus aku fikir 4 jam nak buat apa jer kat sini sambil aku tanya wife. Dia pun reply "Why not pergi jalan-jalan naik The Peak Tram.. At least kat situ akan spend 2 jam or more" sambil tunjuk gambar dia dengan kawan-kawan di The Peak yang mereka pergi semalam sebelum jumpa aku di Tsim Sha Tsui. Terus aku buka google map tengok berapa jauh and so on.

Seronok berjalan di tengah-tengah bandar dan ditemani bangunan yang tinggi.
Naik public bas atau MTR pun boleh dari Wan Chai Pier ini untuk ke The Peak Tram Station tapi sebab nak buang masa aku decide untuk berjalan kaki sejauh 2.8km. Sambil-sambil tu boleh layan environment di kawasan sini dan kalau nampak mana-mana cafe boleh la stop by layan segelas coffee dan charge handphone sebab beteri pun dah tinggal separuh.

Mana tak nya, asal plan nak ke masjid solat subuh dan ke Avenue of Stars Hong Kong sahaja dan kemudian pulang semula ke hotel. Tapi ini dah terlajak naik ferry sampai ke Hong Kong Island. Nanti di The Peak pasti akan ambil banyak gambar dan video. Waktu ini aku check dalam beg ada biskut dan gula-gula. Jadilah untuk alas perut sementara nak jumpa cafe.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 13 : (Under Construction)

4 comments:

  1. mendung or jerebu tu cuacanya??..besar ferry tu...kalo wife yg jln seorang sure risau ni husband tk pe..wife bz urusan kj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendung dan waktu ni pun pagi lagi baru pukul 8.00 lebih.. Tengah winter pun iya juga.. Wife mmg dah tak kesah kalau kita jalan sorang2.. Tapi kalau dia mmg risau la kita .. :D

      Delete
  2. Luas jugak feri tu. Macam feri kat penang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul sangat luas.. tapi tak boleh masuk kenderaan macam di Penang tu..

      Delete