Thursday 4 July 2013

Update of My Self : Doha - Qatar

Assalamualaikum.. Harap kepada semua pembaca blog nie sihat walafiat.. Dan kepada muslimin dan muslimat aku harap korang dah bersedia untuk beramal ibadah di bulan Ramadhan nanti dan Selamat Menyambut Ramdhan Al-Mubarak yang akan datang aku ucapkan.. 

Okey.. just nak inform pada semua keadaan aku dan mana tempat2 yang aku dah travel dari sebelum last update aku " Update of My Self : London - United Kingdom ".. but sebelum tu nak minta maaf sebab aku tak boleh nak mengarang cerita travel aku di beberapa negara yang aku jelajahi.. sebab tengah travel sakan nie hehee.. dah dekat 3 bulan lebih aku travel.. Insyallah aku akan singgah sebuah negara yang baik untuk aku stay whole Ramadhan nanti.. dan entry kali ni juga aku nak share sket gambar2 yang belum di ceritakan lagi di sebahagian tempat yang aku jelajah..

Namibian Parliament House, Windhoek Namibia @ November 2012
Keetmanshoop Train Station, Namibia @ November 2013
Big Hole Kimberly, Republic South Africa @ November 2012
The Highest Single Drop Water Falls in Southern Africa, Kingdom of Lesotho @ March 2013
Burj Khalifah Dubai, U.A.E @ April 2013
Al-Maklumlah.. tengah travel kemudahan internet bukan ada selalu.. dan kemudahan nak menaip pun tak ada.. asyik fikir mana nak pergi.. mana nak tido malam nie.. nak makan apa sekarang nie.. nak buat apa sekarang nie.. dan paling best time travel backpacker sorang2 nie.. akan selalu terasa " eh kat mana aku sekarang nie??? " hahahaa... selalu sesat.. :P

Alhamdulillah aku sekarang berada di Mesaieed atau Ummu Said di Qatar.. dah hampir 3 minggu aku kat Qatar.. hampir keseluruhan negara Qatar aku jalan - Dukhan, Wakra, Doha etc.. dan ada jugak plan nak buat umrah dari Qatar nie sebab dah dekat.. tapi ntah tak dapat.. macam2 sebab.. kenaikan harga visa umrah.. pakej fully book.. maklumlah Ramadhan dah dekat.. ramai orang nak buat umrah.. Tapi yang tepat Allah tak izinkan lagi aku buat umrah.. sebab masih tak ada pendirian lagi.. hurmm.. maybe??  :D

Birmingham City, England @ May 2013
Arsenal Stadium, England @  May 2013
Royal Albert Hall London @ May 2013
Sebelum nie gagah jugak aku habiskan cerita pengembaraan aku di Swaziland while travelling di Europe.. but lepas dari tu.. fuh memang tak dapat nak buat apa.. sebab buat trip travelling solo backpacker in Arab countries is another story huhuu... macam example pengalaman aku cross border dari Aqabah, Jordan ke Nuwaibah, Mesir/Egypt.. kene tipu dengan teksi pak arab - dia minta duit lebih tapi alhamdulillah aku fight sampai macam nak bertumbuk.. hingga aku bayar tak seberapa yang dia minta (even kira mahal jugak yang aku bayar tu).. kene tipu dgn penjual tiket ferry la.. nak kene tinggal dengan ferry la..

Cerita bermula begini.. penjual tiket ferry tu first tak nampak macam penjual tiket sebab muka dia, pakaian dia dan office dia.. dan dia juga kawan kepada pemandu teksi aku ( si penipu tu )..  aku tanya ferry akan bertolak pukul berapa..?? dia kata dalam pukul 12 malam lebih.. so aku pun okey la.. dalam keadaan curiga..  pastu dia minta lebih amount dari harga yang tertera di dinding dan tiket.. macam2 lah dia kata.. charge for this and that..

Pastu pemandu teksi tu kata akan bawa ke restoran dulu sebelum ke perlabuhan etc.. tapi aku tahu dia memang akan tipu nie.. so aku cakap ( lepas dah beli tiket ferry ) stop kat mana2 masjid sekejap sebab aku nak solat dulu.. dia kata tak boleh sebab masjid semua tutup selepas solat asar.. nanti magrib baru buka.. dan dia kata boleh solat dekat masjid yang cantik di perlabuhan nanti.. aku pun kata " tak apa lah.. berhenti je kat masjid besar depan tu "( sambil menunjuk pada menara masjid yg kelihatan tak berapa jauh )..  saya nak solat kat tepi masjid pun tak apa kalau masjid tu tutup "..

Belfast City, North Ireland @ May 2013
Giant Causeway, North Ireland @ May 2013
Galway City, Republic of Ireland @ May 2013
Dublin City, Republic of Ireland @ May 2013
Bila sampai jer.. pintu masjid tu memang terbuka sebesar2 nyer.. hah amik ko.. terdiam jer dia.. memang aku take time la.. sebelum masuk masjid amik gambar sekitar bandar Aqabah nie.. buat2 lambat.. padan muka dia.. lepas solat aku naik teksi dan dia terus bawa aku pi perlabuhan.. aku tanya mana restoran ko nak bawa aku?? dia kata ada food court dalam terminal port tu.. panas je aku.. pastu aku tanya lagi.. kata nak bawa pusing2 tengok bandar.. dia kata tadi on the way ke perlabuhan.. kan dah lalu bandar.. maka start la pertelingkahan.. sebab dia ingat aku ni macam pelancong lain tak boleh cakap arab..

oh ada lagi soalan yang aku ingat.. aku tanya dia.. mana masjid yang ko kata kat perlabuhan ni.. dia tunjuk tu   sebuah kontena petak hahaha... bagus betul mamat arab nie.. penipu yang terbaik.. lepas aku bayar kat dia.. aku pun start jalan ke dalam terminal.. kene pulak bayar tax departure and arrival.. berharga 10 Jordanian Dinar..

Masalah lain pulak sekarang nie.. mana aku ada duit JD lagi.. ATM pulak tak boleh pakai.. nasib baik ada money changer.. dan aku ada duit AED - Arab Emirate Dirham.. maka lepas tukar gedebuk gedabak.. bayar tax.. dan pi kat immigration.. time nak cop passport.. dia kata " i think better you run now.. your ferry is leaving now.. " aku menjawap jugak " but my one is at 12:00 am.. "  dan dia dengan tersenyum.. " there will be no ferry leaving at that time.. this will be the last ferry.." terus aku teringat mamat yang jual ticket tadi.. hampehh..!!! kene tipu lagi..  :P

Roman Citadel, Amman Jordan @ June 2013 
Petra - The Lost City, Jordan @ June 2013
Ashabul Kahfi - Cave of the Seven Sleepers, Jordan @ June 2013
Wadi Mujib Natural Reserve, Jordan @ June 2013
King Farouk Palace, Alexandria Egypt @ June 2013
Pyramid Al Giza, Cairo Egypt @ June 2013 
But tak semua orang arab macam tu.. alhamdulillah ramai jugak orang arab yang baik.. tolong aku time aku sesat etc.. kepada yang berlaku baik tu aku doakan Allah memberkati hidup mereka.. dan yang tipu aku semua tu aku doakan Allah Taala bagi hidayat kat diorang..

Souq Waqif, Doha Qatar @ Julay 2013
Ok semua gambar2 ni.. aku kene tulis cerita pengambaraan nyer.. dan buat masa sekarang memang tak la.. mungkin lepas raya nanti baru akan start tulis..  K Bye.. :D

Monday 1 July 2013

Tragedi Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan

Ucapan Takziah kepada keluarga pelajar Malaysia yang terlibat dengan kemalangan di Jordan.. sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang pelajar yang meninggal dunia.. baca kisah sebenar di bawah ini..

Jenazah Al-Marhumah Sumaiyah Binti Romli di bawa pulang ke Malaysia
SISIPAN KISAH TRAGEDI

Bismillah..

Pada 13hb jun, Pelajar akhawat Jordan telah menerima kedatangan 2 orang akhawat United Kingdom, Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan ( pelajar Tahun Akhir Sains Aktuari, London Economy of School ) dan Sumaiyah binti Romli (pelajar Tahun 1, Astrofizik, University College London, adik yang baru menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah Sept 2012 dan sangat konsisten dalam DnT) dalam rangka berjaulah selama 12 hari ke sini atas hadaf ingin menziarahi akhawat, mencari ibrah di bumi anbiya' dan berukhuwwah sesama ahli jaulah dan akhawat Jordan.

Pada awalnya, jaulah ke tempat tempat bersejarah yang berhampiran dengan Irbid telah diuruskan oleh akhawat. Kemudian pada 20hb dan seterusnya, seperti dirancang, jaulah akan diteruskan ke kawasan selatan Jordan yang jaraknya 6-7jam daripada Irbid menyebabkan akhawat meminta khidmat pelajar Melayu yang sudah biasa menjadi ajen pelancong.

Ahli jaulah mereka seramai 9 orang, 2 kereta. 2 orang akhawat United Kingdom menaiki kereta bersama 3 orang lagi pelajar Jordan; seorang pemandu lelaki (pelajar Universiti Yarmuk) dan sepasang suami isteri juga kedua-duanya pelajar Universiti Yarmuk yang mana isterinya mengandung 7 bulan setengah. Manakala kereta satu lagi dinaiki oleh seorang pelajar perempuan Yarmuk, seorang pelajar perempuan Mafraq dan ibu bapa pelajar tersebut.

Pada petang 21 Jun sekitar jam 4-5 petang, kereta yang di naiki oleh akhawat UK terbabas ke dalam gaung ketika dalam perjalanan daripada Petra ke Aqabah. 2 orang iaitu Nazirul dan Arwah Sumaiyah telah tercampak keluar daripada kereta. Manakala sebuah lagi kereta dalam keadaan selamat dan telah hampir sampai di Aqabah, namun berpatah balik apabila mengetahui tentang kemalangan tersebut.

Semua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Malikah Rania Petra. Setelah sampai di Emergency Department, Arwah Sumaiyah masih hidup dan sempat mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit setelah sampai di hospital. Innalillahi wainna ilahi rajiun.

Jenazah dalam keadaan yang baik dan sangat tenang alhamdulillah. Jenazah sedang diuruskan oleh pihak Education Malaysia Jordan, Prof Azidan untuk dihantar pulang ke Malaysia. Update terkini tentang waktu penerbangan belum diketahui.

Manakala Ukhti Ili Dayana patah tulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang. Ukhti tersebut dalam keadaan stabil dan sudah sedar. Doktor Nidhal (Doctor yang bertanggungjawab) mengatakan bahawa tulangnya akan pulih dan bercantum semula secara spontan selama 3-4 minggu dengan pergerakan yang paling minimum.

Ukhti Ili Dayana akan dipindahkan ke Hospital Amman untuk rawatan lanjut dan consultation.

Pemandu cedera parah (retak dikepala - linear skull fracture, patah tulang bahu dan patah tulang rusuk - multiple rib factures, masih di ICU kritikal). Nazirul patah tulang kaki dan tangan (dah sedar boleh cakap, namun memerlukan surgery di tangan dan kakinya di Hospital Amman), Humairak isteri Nazirul keguguran kandungan berusia 8 bulan.


Sedikit Maklumat berkenaan mangsa yang terlibat :


1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.


2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Sains Aktuari
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.



3) Mohamad Shukri Bin Alias. ( Cedera Parah) - Pemandu-
University Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam
Tajaan : Sendiri
Asal : Kelantan

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin ( Cedera )
Unversity Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal : Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim ( Isteri kepada Muhammad Nazirul ) ( Cedera dan keguguran Bayi )
Unversity Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam
Tajaan : Persendirian
Asal : Kelantan

Ukhti Sumaiyah adalah akhawat yang baru ingin mengenal dunia dakwah dan tarbiyah, ukhti yang konsisten dengan program-program DnT di UK. Namun ketetapan Allah telah mendahului. Seorang ukhti untuk ummah ini telah pergi. (Al-ahzab, 33:23)

اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها.


Jadual Penerbangan Jenazah Adalah Seperti Berikut

1) Amman ( Jordan ) to Lapangan Terbang Kuala Lumpur : RJ 180
Tarikh : 24 Jun 2013 - Isnin
Waktu Berlepas dari Amman : 14:00 ( Waktu Jordan )
Waktu Tiba di KLIA : 19:25 ( Waktu Malaysia )
Penerbangan : Royal Jordanian RJ 180

2) KLIA to Lapangan Terbang Pulau Pinang
Tarikh 24 Jun 2013 - Isnin
Waktu Berlepas dari KLIA : 21:15
Waktu tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang : 22:05
Penerbangan : Malaysia Airlines MH 1166

Setiba di Pulau Pinang, Jenazah akan terus di bawa ke Alor Setar, Kedah

Memohon Doa - Keadaan Saudara Mohamad Shukri di Hospital
Memohan Sumbangan Buat Pelajar Malaysia Yang Kemalangan di Jordan

Kami meohon jasa baik para sahabat semua untuk memberi sedikit sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan permindahan seperti berikut :

1) Saudara Shukri Bin Alias (JD 3000.00) = RM 13,500.00
2) Saudari Nur Ili Dayana Binti Mazlan (JD 700.00) = RM 3,150.00
3) Saudari Humairak Binti Ibrahim (JD 1000.00) - Dibenarkan keluar- = RM 4,500.00


Meskipun  perbelanjaan ini akan dibantu oleh sebahagian pihak berwajib namun ia masih belum mampu menampung kos rawatan keseluruhan mangsa yang akan dipindahkan esok. 

Segala bentuk sumbangan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Sumbangan boleh di salurkan ke akuan :

Salsabila Al- Mardiah Binti Mohammad Yunus 
( Timbalan Bendahari MPMMJ )
Akaun Maybank : 1630 4627 8572 


Sumber dari : Arif Amin Ketua Majlis Pimpinan Mahasiswa Malaysia Jordan, Abdul Hakim Othman Setiausaha Agung Pelajar Malaysia Jordan, Mursyid Al-Amin Ketua Pelajar Malaysia Zone Amman, Farid Suhaimi dan Amir Hamzah Pelajar Tahun 3 University Of Jordan, Amman dan Hilmi Hasan Pelajar Tahun 2 University of Mafraq.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...