Tuesday, 28 April 2026

Romania Part 2 : Menaiki Train Ke Brasov City - The Legendary Dracula Home Town

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 1 : Menaiki Bas Lewat Malam Dari Sofia Ke Bucharest

Setelah tersesat seketika selepas tersalah naik bas. Aku duduk sebentar di bus stop mengatur semula pergerakan. Keadaan terburu-buru nak cepat tadi hanya merugikan masa. Baca balik google map dan search macam mana cara nak ke hotel.

Dari google map dengan mudah kita akan tahu untuk naik bas nombor berapa dan berapa minit perjalanan. Semuanya lengkap di hujung jari. Apa yang aku belajar bila terjadi situasi macam ni kena tenang dan berdoa, insyallah ada solution. 

Brasov City - The Legendary Home Town of Dracula.
Lebih kurang 20 minit kemudian aku berjaya sampai di hadapan Hotel Carpati Imparatul Romanilor. Dan terus menunjukan booking yang telah dibuat melalui Booking.com. Seperti biasa memang tidak dibenarkan check in awal lagi pun sekarang ini waktu masih awal pagi. Aku pun minta izin untuk meletakan beg backpack di kaunter hotel.

Menaiki Metro dari Station Unvirstate ke Bucharest Train Staion.
Keadaan di Station Universitate agak lengang di awal pagi hari.
Staf di kaunter bagitahu untuk urusan check in dan bayaran buat nanti selepas masuk waktu check in pukul 1.00 petang. Dan di ruang lobi ada tandas dan water dispenser. Sempatlah aku fresh up dan bancuh Coffee 3in1 dalam tumblr. 

Keadaan di dalam metro dengan masing-masing buat hal sendiri.
Dalam 15 minit berehat di ruang lobi aku mula berjalan kaki 450 meter ke Metro station yang berhampiran untuk menuju ke Bucharest Train Station. Masa ni memang tak fikir banyak sebab hati nak sangat pergi Brasov dan masih berharap dapat join tour tu half way. Untuk bayaran metro aku bayar guna tunai di kaunter.

Tiba di Station Piata Victoriei - Exchange from Line M2 to Line M1.
Harga tiket metro RON3.00 untuk ke Bucharest Nord Train Station.
Sistem train metro di sini lebih kurang sama macam di Malaysia.
Baru sampai subuh tadi di Bucharest dan terus shoot ke Brasov. Memang penat.
Di Bucharest kita boleh beli Public Transport Tourist Card berharga RON20.00 for 24 hours & RON40.00 for 72 hours. Boleh digunakan untuk train, tram, bas, metro & airport transfer. Jika banyak penggunaannya dalam sehari maka berbaloi untuk beli Tourist Card tu. If beli Metro Tourist Card only RON12.00 for 24 hours & RON35.00 for 72 hours.

Sampai di Gara de Nord Station kita jalan kaki beberapa meter ke Bucaresti Nord Train Station.
If not then my suggestion is bayar jer tunai setiap kali naik metro dan yang lebih menarik boleh beli tiket return terus. Kalau tidak menghala ke tempat lain dari destinasi yang kita tuju tu why not kan beli tiket return siap-siap. Mana la tahu masa nak balik tu bertembung dengan pick hour maka tak perlulah nak bersusah payah beratur beli tiket di kaunter bagai.

Paparan jadual perjalanan train dari Bucharest ke Brasov di kaunter.
Memilih train pukul 09:57 pagi dan akan sampai di Brasov 12:34 tengah hari.
Untuk beberapa hari aku berada di sini yang hanya menggunakan metro sebagai transportation utama. Jumlah kos metro yang aku guna tak sampai pun RON15.00. Somehow harga tiket Metro pun murah dalam RON2.00-3.00 untuk setiap kali perjalanan. Maka berbaloi bagi aku bayar cash dari beli Public Transport Tourist Card.

Dari membeli tiket di kaunter aku hanya ada 7 minit untuk menaiki train.
Sebab nak kejar train paling awal berlepas ke Brasov.
Nasib la tak begitu susah nak cari train di masa ni. 
Kenal pasti nombor platform dan nombor gerabak train.
Harga tiket train RON63.00 bersamaan RM58.00 sehala.
Perjalanan mengambil masa 2 jam 37 minit untuk sampai di Brasov.
Dari Station Metro Universitate (Line M2) aku tukar ke Line M1 selepas dua station iaitu di Station Piata Victoriei. Dan selepas 1 station sampailah di Gara de Nord - Nama station untuk ke Bucuresti Nord Train Station. Tiket Metro RON3.00.

Sampai di Bucuresti Nord Train Station aku terus berjalan ke kaunter dan rasa syukur sangat sebab makcik di kaunter tu boleh cakap english. Dan makcik tu suruh pilih di screen nak naik train pukul berapa. Terus aku minta train paling awal ke Brasov. Perjalanan memakan masa selama 2 jam lebih dengan jarak 183km. Harga tiket RON63.00 atau RM58.00.

Train berhenti di beberapa buah station di pekan kecil di sepanjang perjalanan.
If ada peluang next time aku nak try bermalam di pekan pekan kecil ini. 
Masa ni aku tak beli return tiket sebab tak tahu bagaimana perjalanan dan keadaan di sini. Mungkin akan balik malam jika keadaan terlalu menyeronok di Brasov atau terus bermalam di sini. Sebab dalam pun google map terdapat 3-4 buah masjid yang ada di sini. Mungkin boleh singgah untuk bersolat sebentar.

Seronok melayan pemandangan yang memukaukan di sepanjang perjalanan.
Cuaca yang mendung dengan sekali sekal hujan renyai. Menambahkan lagi kesejukan.
Sepanjang perjalanan agak susah nak lelapkan mata walau badan kepenatan. Kerana pemandangan di luar jendela train yang sangat indah dengan kehijauan pokok dan bukit bukau. Dan di sebelah aku ada seorang nenak yang membawa baldi dan batang kayu mancing. Katanya nak pergi mancing trout di satu anak sungai di berdekatan sebuah pekan kecil nanti.

Ada hikmah juga terlepas bas sebab dapat naik train dan explore bahagian bukit bukau.
Seronok berborak dengan nenek ni dan suka tengok semangat dia nak pergi mancing naik train. Dan nenek ni turun di salah satu station sambil melambai ke arah aku dan aku membalas dengan senyuman. Entah bila aku terlelap dan terjaga bila train sampai di Station Brasov dalam keadaan mendung dan sekali sekala hujan renyai turun membasahi bumi.

Safely arrived at Brasov Train Station.
Pemandangan ke arah bangunan Brasov Train Station selepas hujan.
Melihat ke kiri dan kanan setelah keluar dari station. Tiada apa yang menarik dan hanya ada beberapa bangunan sahaja. Aku memulakan langkah ke arah sebuah pasaraya di seberang jalan setelah itu sahaja yang menarik perhatian aku. 

Selepas membeli air mineral dan roti barulah aku duduk di kerusi yang disediakan. Dalam kepala terfikir "Apa jer yang menarik di Brasov ini?". Barulah aku search di google dan antara result yang terkenal adalah di sinilah lahir kisah Legendary Dracula. Siapa yang pernah tengok filem Dracula Untold (2014) - So here i am ๐Ÿ˜‰.

Bersambung Romania Part 3 : Ziarah Brasov Old Town 13 Century - The Heart Of Transylvania

Sunday, 26 April 2026

Salam Weekend - Ke Mana Dan Buat Apa Sahaja

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hujung minggu menjelma tapi tak ada apa-apa plan. Melangok duduk dalam rumah sahaja. At the same time malas nak masak dari Jumaat malam Sabtu makan luar sahaja sampai la breakfast pagi ahad ini.

Baru balik dari Hospital Selayang sebentar tadi sebab wife pergi ziarah kawan dia di Ward 6B. Dan sebab kami bawa the kids ikut sama maka wife sahajalah yang naik. Aku jaga the kids di lobi ๐Ÿ˜…. 

Ziarah kawan wife di Hospital Selayang di pagi Ahad.
Malam tadi saja mencari tiket flight murah. Terjumpa pulak tiket murah ke Ulaanbaatar, Mongolia bulan 9/10 nanti. Return tak sampai RM2,400.00 dan on the way pergi ikut Seoul, South Korea dan balik ikut Yaoqiang, China.

Makna kata boleh jalan 3 tempat dalam satu trip travel. Dan bulan September adalah Musim Luruh di ketiga-tiga negara kalau tak silap aku la. Hurmmm macam menarik ๐Ÿ˜…. Ada sesiapa yang berminat nak ikut sekali? Hahahaa..

Travel ke Seoul selama 3 hari kemudian Ulaanbaatar 5 hari dan on the way balik transit di Yaoqiang 2 hari.

Ulaanbaatar City - The Capitol of Mongolia.
At this moment tengah seronok menanam sayuran di beranda rumah. Kailan, Sawi, Kangkung, Ketumbar dan Daun Bawang. Kalau weekend memang berjam-jam lamanya menatap pertumbuhan sayur hahaa.. ๐Ÿ˜…

Sawi, Kangkung, Ketumbar, Daun Bawang dan Kailan.
Batang kangkung yang keras tu jangan dibuang.
Cucuk je pada tanah insyallah tumbuh pokok baru ☺️.
Main tanam-tanam dalam pasu ni macam berhantu sikit. Mula-mula nak satu dua pasu jer, saja buat suka-suka.. lepas tu tambah dan bertambah and last last sekarang ada 12 pasu yang silih berganti isi tanamannya ๐Ÿ˜….

Try tanam Bendi Merah tapi setiap kali petik Bendi nya asyik keras tak boleh makan. Try tanam Terung tak pernah jadi anak pokok. Tanam Daun Sup bila jadi anak pokok mesti mati sebab batang jadi busuk. So kita main yang senang senang jer la ☺️.

Thursday, 23 April 2026

Romania Part 1 : Menaiki Bas Lewat Malam Dari Sofia Ke Bucharest

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)

Berjalan kaki menuju ke bas station dari hotel dalam keadaan gelap malam seperi satu kesilapan pulak aku rasa. Patut gerak awal tadi, tak la rasa sunyi tapi sebab dah tahu jalan ke bas station maka berjalanlah dengan buat-buat ceria ๐Ÿ˜Š.

Suasana kian menyepi di Bucharest Bus Station.
Ketika sampai di bas station keadaan agak sunyi sebab masa ini cuma ada 4-5 bas sahaja yang belum bertolak dan bas ke Bucharest adalah yang terakhir bertolak untuk malam ini. Memang aku pilih bas yang terakhir lewat malam sebab nak sampai pagi subuh nanti. At least boleh la jimat accommodation satu malam.

Masa ni semua kaunter pembelian tiket bas telah ditutup.
Boleh rambang mata tengok nama-nama destinasi yang boleh dituju.
Agak ramai yang menunggu bas untuk menuju ke Bucharest.
Aku terus melangkah masuk ke bahagian departure dan hanya penumpang yang mempunyai tiket bas yang sahaja dibenarkan masuk ke pintu departure. Terasa agak selamat berbanding kena menunggu di luar bangunan. Ketika ini terdapat beberapa kedai yang masih dibuka - ada kedai makan, convenience store dan money changer.

Sempat tukar duit Romania di station bas sebelum menaiki bas.
Terus aku tukar beberapa keping duit kertas Bulgaria (BGN) kepada duit Romania (RON). Kadar pertukaran lebih kurang BGN1.00 bersamaan RON2.60. Dan tiada aktivti lain yang boleh dibuat ketika ini selain duduk di kerusi sampai terlelap. Tapi tak boleh nak lena sangat takut tertinggal bas huhu. Dan nak dijadikan cerita bas delay dalam 30 minit. 

Perjalanan bas selama 7 jam dari Sofia, Bulgaria ke Bucharest, Romania.
Merayau-rayau di kawasan bas station ni. Masa ni bas belum sampai lagi.
Bila dapat masuk bas terus aku pejamkan mata sebab dan mengantuk sangat dan suhu diluar yang sejuk. Dan hanya sedar ketika bas berhenti untuk pemeriksaan di border antara Bulgaria dan Romania. Urusan di border tidaklah sangat merumitkan. Tiada soalan atau document yang perlu ditunjukan kepada pegawai yang memeriksa.

Bas ini dari Piraeus, Greece ke Bulgaria dan terus ke Romania.
Syukur setelah lama menunggu akhirnta dapat juga duduk dalam bas.
Sebelum naik bas aku dapat whatsapp dari Yulianto yang mengajak aku ke Brasov City dari Bucharest awal pagi esok. Dan katanya ada pakej tour yang semurah 20.00 euro seorang dengan menaiki bas jam 7.00 pagi. Pada mula aku setuju sebab bas akan sampai jam 6.00 pagi tapi disebabkan beberapa kelewatan bas hanya sampai di Bucharest jam 7.00 pagi.

Tiba di border antara Bulgaria dan Romania.
Pegawai dari syarikat bas check tiket dan passport setiap penumpang.
Agak kalam kabut sejurus sampai di bas station dengan nak ke tandas dan solat subuh. Dan aku berlari ke arah luar kawasan bas station untuk menaiki public bus sebab nak berkejar ke lokasi bas tour menunggu. Tapi sebab nak cepat mengejar masa dengan confident aku naik bas dengan hanya sekali lihat sahaja nombor bas. 

End up.. Aku tersilap naik bas dan bas menghala menuju ke tempat lain ๐Ÿ˜…. Bila bas dah mula ke arah lain dari google map. Terus aku turun dari bas sambil memandang ke arah kanan dan kiri "Ah sudah.. area industry mana aku sampai ni"

Bucharest Militari Bus Station - Bus Station yang sangat simple - Google.
Berjalan kaki 150 meter ke bus stop di belakang Bucharest Bus Station.
Dari Bus Station kita naik public bus untuk ke hotel.
Maka secara officially I'm out! tak dapat join tour. Anto bagitau semua peserta datang on time so tak ada reason driver nak tunggu aku seorang, walau anto dah cuba nak lengahkan masa. Aku just reply sorry tak dapat nak pergi sekali ๐Ÿ˜“.

Tapi anto reply bagitau driver kata "Naiklah train ke Brasov dan boleh join the tour dari sana sahaja.." Dan Anto reply lagi "Jumpa di sana!". By the way jarak antara Bucharest ke Brasov hampir 200km. Terus aku menuju ke Hotel Carpati Imparatul Romanilor yang telah aku book dari Booking.com untuk check in terlebih dahulu sebelum decide nak ke Brasov.

Bersambung Romania Part 2 : Menaiki Train Ke Brasov City - The Legendary Dracula Home Town

Tuesday, 21 April 2026

Just Wanna To Update Something About My Self

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

This week busy as usual.. Urusan kerja di pejabat dan juga di rumah. Urusan anak-anak dan keluarga.

Hujan pun agak lebat dua tiga hari ini. Sampai naik banjir kilat di beberapa tempat di Selangor dan KL.

Nampak gaya hari ini pun hujan lebat juga. Moga-moga tiadalah kejadian yang tidak diduga berlaku Amin.

Brek 'O' Day
Aglio Olio
Kenangan Trip Raya ke Yunnan pun dah tak kelihatan. And at this moment takut nak tengok any promo flight ticket. Takut tersangkut lagi hahaha. Tahun ini sepatutnya tak nak travel ke mana-mana sebab nak tenang-tenang sepanjang tahun dan kumpul duit untuk next year trip ke Europe lagi. Tapi...

Awal bulan February dah ter-terbang ke Hong Kong dan sempat visit Macau sekali. Lepas tu dapat pulak tiket promo untuk raya ke Yunnan di bulan March. Dan actually dah ada satu lagi flight ticket aku dah terbeli untuk hujung tahun ini sebab dapat return bawah RM700.00 untuk penerbangan selama 8 jam.

Kesan Perang Iran Dan Amerika Kepada Dunia Travel

Bagi kita yang berada di Malaysia kesan perang ini agak menghalang untuk travel ke eropah dan timur tengah sahaja. Tapi jika nak travel ke Central Asia, China, Jepun, Korea dan Taiwan tiada masalah. Di bahagian Selatan Asia iaitu India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, Sri Lanka dan Maldives tidak terkesan.

Dan mungkin ketika ini boleh focus untuk jejakkan kaki ke negara-negara Asia Tenggara dan bagi aku negara Timor Leste berada di dalam radar sebab ianya sebuah negara yang baru join ASEAN tahun lepas. Last year ada promo flight ticket berharga RM1,980.00 untuk return KUL - DILI. Harap tahun ini ada la promo yang lebih murah dari harga tu.

Baked Chicken Tenders

Travel Tak Mudah Seperti 5-10 Tahun Yang Dahulu

Dengan 3 orang anak yang berada di sekolah rendah sekarang ini. Tidaklah begitu mudah nak travel unless kalau aku sanggup buat trip solo lagi. Dan itu pun tak boleh lama sebab dua tahun lepas masa pergi trip Turkiye-Bulgari-Romania selama seminggu lebih pun dah macam-macam hal terjadi di rumah huhu.

Padahal masa si ibu pergi company trip seminggu lebih pun. Ayah okay jer uruskan anak-anak setiap hari ๐Ÿ˜….

At this moment mungkin antara Sri Lanka, Timor Leste dan Nepal yang akan aku terjah if dapat tiket promo by this year.

Hot Double Chocolate, Ice Matcha Strawberry Latte & Ice Double Chocolate.
Dan itulah biggest reason kenapa buat trip raya ke Yunnan baru ini sebab nak dapatkan semua bercuti dalam satu masa yang sama. Ibu Ayah cuti dan anak-anak pun cuti dan tiada siapa yang akan tanya atau ganggu especially soal kerja ๐Ÿ˜‰.

Okay sorry.. Semua gambar tak ada kene mengena dengan tulisan sebab tak tahu nak masukkan gambar apa kat sini hahaha.. Gambar breakfast pagi isnin semalam di Coffee Bean & Tea Leaf Pandan Indah dengan wife, afnan dan affan. By the way jom la tengok siapa yang comment gambar sahaja atau yang comment apa yang aku tulis hahaha ๐Ÿ˜….

Friday, 17 April 2026

Bulgaria Part 7 : Free Walking Tour Sofia City - My Last Moment (Final)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Bulgaria Part 6 : Misi Mencari Makanan Halal Di Central Market Hall

Hari terakhir aku di sini terasa seperti baru semalam sahaja kaki menjejaki bumi Sofia ini. Tiada rancangan awal yang dibuat sebelum terbang menyebabkan aku stuck di Bandar Sofia sahaja dan lebih kepada bersantai-santai dalam kawasan bandar. Dan memasang niat untuk datang sekali lagi untuk explore lebih banyak tempat menarik di seluruh Bulgaria.

My tour guide with semua yang join Free Walking Tour ini.
Disebabkan tiada rancangan lain maka aku memilih untuk join Free Walking Tour di awal pagi yang ada disediakan beberapa kali dalam sehari. Insyallah malam ini aku akan menaiki bas menuju ke Bucharest, Romania.

Jomlah kita join free walking tour ini untuk menambah ilmu pengetahuan dari segi sejarah, politik, geografi dan culture masyarakat tempatan. Nak join tour kita hanya perlu berkumpul di hadapan Sofia City Court yang berada di Vitosha Boulevard. Untuk masa berkumpul boleh check di official website atau boleh tanya dengan orang hotel jer.

Ketika era komunis di sinilah kawasan yang digeruni dan ditakuti oleh rakyat.
Sebab di sinilah tempat mereka menyoal siasat dan menyeksa para tahanan/rakyat.
Tour akan mengambil masa dari 1jam 30minit sehingga 3 jam. Boleh pilih yang mana pada pukul berapa dan ada juga walking tour yang perlu dibayar. So kalau nak selamat tanya dulu sebelum join samada kena bayar atau tidak.

Even kena bayar dalam 10 euro macam tu tapi aku rasa sangatlah berbaloi disebabkan explanation dia yang sangat panjang lebar dan sangatlah details. Oh ya tapi bergantung juga siapa guide kita ketika itu. Macam guide aku ni dia adalah student PHD university yang ingatan dan pengetahuan dia memang terbaik especially dalam politik dan sejarah. 

Ibu Pejabat Special Branch ketika era Pemerintahan Communist Party.
Knowledge dia memang tinggi - History, Politics, Geography, Culture ๐Ÿ‘.
Lagi ada orang tanya sesuatu lagi seronok dia explain dan bercerita. By the way aku tak ingat nama dia cuma kalau korang boleh cam muka dia dalam gambar di sini. Aku suggest sangat untuk ikut walking tour dengan guide ini hahahaa ๐Ÿ˜‰.

Bangunan Royal Palace yang telah dijadikan National Art Gallery Museum.
Dan English dia sangatlah baik dan mudah difahami. Walau ada sedikit sleng Bulgaria tapi tak ada la pekat sangat. Dan yang best dia akan cuba untuk berinteraksi dengan semua orang dalam group tak kira umur, bangsa, negara dan bahasa. Group yang aku join ni ada hampir 20 orang and mostly European dan juga dari Korea, Japan, China and Middle East.

Convenience Store K-Food menjual produk-produk dari South Korea.
Antara beberapa produk makanan yang mempunyai tanda halal di K-Food.
Di tengah perjalanan mengikuti walking tour ini secara tak sengaja terlihat kedai K-Food ini, sebuah kedai convenience dari Korea. Aku pun masuk la sekejap saja-saja nak tengok. Nak juga tengok produk Korea Selatan apa yang masuk ke sini.

Agak terkejut masa aku belek-belek few item di bahagian makanan sebab ada yang bertanda halal. Tahniah pada owner walau bukan islam. Makin mudah la lepas ni kalau nak cari makanan halal di Bandar Sofia ini. 

Dah check out kita lepak duduk di lobi hotel sebelum berjalan ke Bus Station.
Info: Pemerintahan kuku besi oleh Bulgarian Communist Party (BCP) yang memerintah dari 1944-1989 dengan 3 orang diktaktor iaitu Georgi Dimitrov (1946–1949), Valko Chervenkov a nickname "Little Stalin" (1950–1956) dan Todor Zhivkov (1954–1989) yang terakhir dan telah digulingkan oleh rakyat bersama jatuhnya Berlin Wall.

Walaupun mereka bukan di bawah Kesatuan Soviet tetapi hubungan rapat pemerintah Bulgaria dengan Soviet menjadikan mereka adalah sebahagian dari kesatuan. Dengan menggunakan sistem pemerintahan yang sama sehinggalah kepada sistem ketenteraan. Aku yang minat sejarah ni memang focus setiap apa yang dibicarakan oleh tour guide.

Antara kedai halal yang aku jumpa - Ikram Turkish Halal Food.
Rodi Fast Food Halal - Yang ini aku rasa owner dia bukan Arab.
Yang ini aku tak sure apa nama kedai dia tapi yang pasti ada tulis halal ๐Ÿ˜‰.
Selesai tour aku terus ke hotel untuk mengemas dan bersiap untuk check out. Dan beg backpack aku tinggalkan di kaunter hotel, sama macam mana aku datang hari first day. Nanti 2-3 jam sebelum bas bertolak barulah aku amik beg. Sementara nak buang masa ni aku ke masjid untuk solat dan kemudian menuju ke kedai makan halal.

Tak sure sama ada manisan atau kek atau..? Nampak menarik untuk dicuba ๐Ÿ˜‰
Kena makan sebelum naik bas dan nak kena beli something untuk bekal dalam bas nanti sebab perjalanan mengambil masa antara 6 ke 7 jam untuk sampai di Bucharest. Dan itu pun bergantung dengan keadaan jalan, weather dan keadaan di border nanti. Masa ni aku beli dua slices pizza satu makan satu lagi untuk dalam bas nanti.

Semua pastry berharga BGN3.00 dan ke bawah. Kita layan pizza jer time ni ๐Ÿ˜.
Satu kita makan dan satu lagi buat bekal dalam perjalanan bas malam nanti.
Selama berada di sini aku spend dalam RM420.00 termasuk tiket bas dari Istanbul ke Sofia, penginapan, ada sekali dua makan di Muslim Restaurant, shopping di Central Market Hall dan souvenir paling banyak habiskan duit. Makan tak costly sangat sebab banyak makan ration yang dibawa dan sebab wife aku tak ada sekali hahahaha.. ๐Ÿ˜….

Selepas makan dan merayau aku singgah Solat Jama Maghrib Isya' di Banya Bashi Mosque buat kali terakhir. Kemudian pulang ke hotel dan sempat aku duduk di lobi hotel sambil charge handphone seketika dan kemudian berjalan kaki ke arah bus station yang sama waktu aku datang dari Istanbul tempoh hari. Bas akan bertolak jam 11.00 malam ๐Ÿ‘‹.