Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Bulgaria Part 4 : Saint Nedelya Orthodox Cathedral - Vitosha Boulevard
Lama sangat berhenti sebab focus trip raya ke Yunnan. Moh ler kita sambung cerita travel solo backpackers di Bulgaria ini.
Alhamdulillah dapat juga solat jumaat walau sebenarnya plan nak terus ke hotel untuk check in. Namun Allah permudahkan segalanya. Semasa memberi salam terakhir aku sempat tengok orang sebelah dan dalam hati terus berkata confirm orang Malaysia. Dan selesai solat sunat dan berdoa kami bersalam dan terus aku tegur "Orang Malaysia ke?"
 |
Bersama traveler hebat Yulianto Nadir dari Indonesia. Gambar diambil sebelum berpisah selepas solat maghrib di masjid. |
Terus dia kata "Bukan, Saya orang Indonesia". Dan kami berdua terus bersembang sehingga pekerja masjid meminta kami bangun sebab nak kemas tikar yang dibentang di luar kawasan masjid ini. Dan kami ke sebuah restoran halal yang berdekatan untuk menyambung perbualan. Dapatlah kenalan baru yang bernama Yulianto Nadir dari Parigi, Indonesia.
 |
| Sebuah restoran halal yang kami singgah untuk sambung berborak. |
 |
| Seriously makanan di sini semua nampak sedap dan aroma bau yang menyelerakan. |
Dan yang lebih menarik kami berdua adalah solo traveler. Kata Anto dia baru sampai dua hari lepas dan malam ini akan berangkat Bucharest, Romania. Terus aku decide my next destination ialah Romania sebab macam senang ada member yang lebih awal sampai. Nanti boleh korek info sahaja 😅.
Masa di kedai makan ni pun ada cerita aku nak kongsi. Dah la dari semalam tak makan proper dan kali ini jumpa nasi dengan few lauk yang buatkan aku bertambah kelaparan. Masa order dengan bantuan isyarat tangan aku order nasi putih dengan lauk ayam yang macam kari. Tapi bila dapat hanya nasi putih dengan sejenis bijiran berwarna kuning sahaja.
 |
| Nak pilih makanan yang grill pun ada. |
 |
| Nasi putih dengan bijiran apa aku tak sure tapi sedap. |
Bila aku tanya "Only rice?" staff reply "U only order rice so i give you rice". dengan slang Bulgaria dia. Aku dengan Anto terus gelak. Tak apa lah ratah nasi pun dah cukup. Berborak la kami sampai nasi habis. Dan kemudian kami take away slice pizza yang berharga BGN3.00/RM7.00 macam dalam gambar di atas sebelum keluar dari kedai makan ni.
 |
| Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky - One of Iconic in Sofia City. |
Selesai berborak dan bersalam, Anto tanya aku apa plan hari ini dan aku kata " Tak ada lagi sebab baru nak pergi check in hotel" dan selepas Anto check dalam google map dia kata nak ikut sekali sebab hotel aku dah half way ke Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky. Dan aku pun sambut okay kita pergi sekali tapi bagi 10 minit untuk aku nak check in.
 |
| Nak ambil gambar full kena berjalan jauh dari church. Memang besar sangat. |
 |
| Okay lepas puas tengok dan amik gambar dari luar. Moh ler kita masuk. |
Selepas urusan check in selesai dan letak beg backpack yang aku simpan di kaunter hotel dari pagi tadi dalam bilik. Terus kami berjalan ke our next destination yang terletak 800 meter sahaja dari Stivan Iskar Hotel. Oh by the way my review hotel ini sangatlah teruk, nak bagi 1 star pun tak ikhlas. Kalau korang tidur hostel is much more better kot.
 |
| Nampak macam tak sama dengan church lain yang ada banyak kerusi yang disusun. |
 |
| Architecture ada sedikit kelihatan seperti Blue Mosque dan Hagia Sophia. |
 |
| Tiada bayaran masuk dikenakan kepada setiap pengunjung. |
Info: Sebuah Gereja Ortodoks Neo-Byzantine yang dibina antara 1882-1912 untuk menghormati lebih 200,000 askar Rusia yang terkorban dalam Perang Russia-Turkey. Ia menjadi antara cathedral orthodox terbesar di dunia. Mempunyai kubah emas dan menara loceng setinggi 52 meter dan ia menjadi simbol terkemuka dalam sejarah dan budaya Bulgaria.
Terletak berdekatan The National Assembly and Sofia University. Designed by Russian architect Alexander Pomerantsev menggunakan batu marmar dari Italy dan mozek dari Venice. Mempunyai 12 buah loceng yang ditempah khas dari Moscow, Russia dan diletakkan setinggi 150 kaki di dalam gereja ini sehingga boleh didengari sejauh 30km.
 |
| Another view of Patriarchal Cathedral Saint Alexander Nevsky. |
 |
| Antara bangunan peninggalan pemerintahan communist. |
Di sekeliling area church ini terdapat banyak kawasan yang menarik seperti bangunan bersejarah dan juga beberapa tugu atau statue yang dibina. Dan bila waktu petang akan ada ramai remaja yang datang di kawasan lapang berhadapan pintu church ini untuk bermain dan lepak bersama kawan-kawan. Dan terdapat juga gereja yang lain di sini.
 |
| Terdapat beberapa attraction lain di kawasan sekitar St Alexander Nevsky. |
Keesokan pagi aku datang lagi ke sini untuk ambil gambar waktu pagi (konon nak amik gambar sunrise) tapi masa datang dah agak lewat dan aku dapati terdapat orang-orang berniaga macam pasar karat. Dan mostly adalah barang-barang peninggalan askar perang dunia kedua. Agak menarik untuk dilihat dan dibeli tapi harga tak begitu murah 😅.
Kamera lama, topi dan helmet askar, lencana atau pingat askar, pisau atau boyonet, kelongsong peluru sehinggalah topeng gas dan kasut askar dari perang dunia kedua mostly dari pihak Russia dan Nazi. Takut kalau beli ada badi pulak hahaha..
 |
| Ada pasar karat setiap pagi sabtu. Banyak barang peninggalan perang dunia yang dijual. |
Selesai jalan-jalan area Patriarchal Cathedral St Alexander Nevsky, kami beransur pulang sebab Anto nak ke bus station malam nanti dan kami berjalan sehingga ke Basya Bashi Mosque untuk bersolat maghrib. Selepas selesai solat kami bersalam dan berkata Insyallah jumpa nanti di Bucharest, Romania dan aku terus balik ke Hotel.
 |
| Sebuah bangunan hotel yang lama dan keadaan di dalam semuanya basic. |
 |
| Katil yang simple selimut nipis dan tiada aircond atau kipas yang disediakan. |
Sampai di hotel aku tengok makcik racist pagi dah tak ada and now staff lain yang jaga kaunter, terus aku minta nak guna kettle. So easy dia kata nanti lepas air masak bawalah naik bilik dan habis guna sila bawa turun ke kaunter semula sebab takut ada orang lain nak guna. Oh ya bilik single aku berharga BGN45.00 bersamaan RM107.00 semalam.
 |
| Harga Single Room BGN45.00 bersamaan RM107.00 - Book by Agoda.com. |
 |
| Antara bekalan makanan yang masih berbaki malam ni. Kita layan Mamee Lontong. |
Bancuh Coffee 3in1 dan Mamee Lontong terus aku pulangkan kettle. Lepas makan ingat nak baring sekejap tapi terus terlelap dan terjaga pukul 2.00 pagi. Mau tak kepenatan dari sebelum subuh sampai malam ke hulu hilir merayau hahaha.. But syukur alhamdulillah dapat banyak cover today dan syukur dapat kawan baru 😉.
Bersambung Bulgaria Part 6 : (Final Part Under Construction)
tak pernah tak impress dgn solo traveller! pros nya, boleh make new frens dan tahap tawakkal tu memang tertinggi lah esp DIY! i plak jenis overthinking cthnya what if tiba2 sakit or terjumpa org jahat etc hahahah
ReplyDelete