Tuesday, 7 April 2026

Ringkasan & Bajet Kami Sekeluarga Untuk Trip 14 Hari Ke Yunnan China

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah Syukur sekali lagi diberi peluang menyambut Aidilfitri di perantauan pada Syawal 1447H kali ini.

Pengalaman yang menyeronokan pada dua tahun lepas (2024) ketika menyambut Aidilfitri di Trip Central Asia iaitu di Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan membuatkan kami mencuba sekali lagi pada raya kali ini.

Untuk trip kali ini the kids banyak membantu dan memahami keadaan berbanding trip raya dulu. Iyalah mereka pun dah besar sedikit dan ini pengalaman kali kedua. Maka kami as parent tidaklah begitu struggle compare few years back 😁.

Tiket flight with Xiamen Airlines adalah RM785.00 return per person x 6 orang = RM4,710.00. The kids semua bayar harga sama dan tiada harga child sebab tiket dah memang under promo. Untuk penginapan sepanjang trip ini yang mana kami telah menginap di 8 buah hotel (Family Room) untuk 12 malam yang berharga RM1,164.16 (after discount RM43.58).

Kesemua penginapan aku book melalui Trip.com dan hanya satu penginapan iaitu malam pertama di Kunming aku book under Agoda.com. And my advise untuk penginapan di China adalah lebih baik untuk menggunakan Trip.com sebab app lain tak banyak membantu dan amatlah kurang pilihan. As you know Trip.com is Shanghai base company.

Mostly family room yang aku dapat adalah di bawah RM100.00. Kecuali penginapan di Halfway Check Point, Tiger Leaping Gorge yang berharga RM267.10 semalam. Sebab nak juga feel melihat keindahan sunset dan sunrise di atas pergunungan bersalji ini. Maka kita pejamkan mata bayar duit hotel for that only one night but alhamdulillah very worth it.

Halfway Check Point at Tiger Leaping Gorge.
Kos ketiga yang besar adalah transportation especially from one city to another city. Sebanyak 4 kali perjalanan kereta api iaitu (i) Kunming ke Dali RM304.90. (ii) Dali ke Lijiang RM90.20 (iii) Shangri-La ke Lijiang RM149.98 (iv) Lijiang ke Kunming (Sleep Train) RM408.70 = Jumlah keseluruhan RM953.78 untuk kami 2 dewasa dan 4 kanak-kanak.

Menaiki over night Sleep Train selama 10 jam dari Lijiang ke Kunming.
Semua tiket train dibeli di Trip.com dua minggu awal sebelum fly. Tiket kanak-kanak adalah separuh harga dari tiket dewasa. Namun ketika pembayaran dibuat kita akan dikenakan charge penuh atau harga dewasa. Setelah tiket diisukan oleh China Railway Kunming Group Co. Ltd. Barulah pihak Trip.com akan membuat refund ke account kita semula.

Menaiki High Speed Train dari Shangri-La ke Lijiang.
Kos keempat terbesar adalah makan. Walau kami ada bawa makanan yang sangatlah banyak samada Mi Segera, Mushroom Soup, Spaghetti, Pack Nasi Lemak RTE, Pack Nasi Berlauk RTE dan Pack lauk RTE. Selama 14 hari kami di Yunnan kami telah makan di Muslim Restaurant yang berbeza sebanyak 17 kali dengan total CNY1,651.00 bersamaan RM967.24.

My review makanan di Yunnan ini murah dan sangatlah sedap. Cuma Haji Beef Muslim Resturant di Lijiang aku rasa paling mahal. Bagi aku nak tahu murah atau tidak kita boleh tengok harga dumpling sepinggan berapa dan di sini adalah yang paling mahal iaitu CNY30.00. Where is di tempat lain bermula dari serendah CNY16.00 sehingga 20 lebih sahaja.

Juadah berbuka terakhir 30 Ramadhan di Dali Ancient Town.
Kos kelima yang banyak makan modal adalah Didi atau kita panggil Grab di Malaysia. Di Yunnan cuma Kunming sahaja yang ada Metro atau Subway tapi di tempat lain kita harus menggunakan Didi dari satu tempat ke tempat yang lain. Dan Didi hanya boleh memuatkan 4 orang sahaja untuk satu kereta walau kanak-kanak kecil. Okay ada info yang aku nak kongsi.

Kami perlu order dua kereta Didi untuk setiap kali trip. Tapi hanya di Kunming sahaja kita boleh order large vehicle yang boleh memuatkan hingga 7 orang tapi harganya sangatlah mahal. Selain di Kunming, di dalam app tak ada untuk order large vehicle. Apa pun tips nya ialah order dua trip didi adalah jauh lebih murah dari order satu large vehicle.

Ditemukan dengan orang-orang yang baik sepanjang berkelana di Yunnan dan Xiamen.
Total sebanyak 14 kali trip Didi (x 2 = 28 trip) berjumlah CNY597.71 atau bersamaan RM350.28 dan untuk bayaran Didi kami menggunakan Ali Pay. Sebab aku rasa untuk Didi ni macam tak boleh bayar pakai tunai. So kalau nak ke Yunnan atau China make sure download siap-siap sebelum terbang App Didi untuk buat confirmation dari notification.

Affan dan Afnan tak perlu bayar tiket metro sebab 6 tahun ke bawah.
Tiket CNY6.00 dari Kunming Railways Station ke Metro Station Kunming Airport. 
Kos transport lain - Kunming Airport to Hotel CNY150.00. Tuktuk Erhai Lake ke Dali Ancient Town CNY30.00. Taxi Lijiang Train Station ke Hotel CNY60.00. Taxi Lijiang ke Tiger Leaping Gorge (TLG) CNY500.00. Taxi TLG ke Shangri-La CNY400.00. Metro Kunming to Airport CNY24.00. Xiamen Ferry to Gulang Yu Island CNY285.00. Total CNY1,449.00 atau RM849.17.

Naik Tuktuk CNY30.00 dari Erhai Lake ke Dali Ancient Town (direct hotel ke hotel).
Kami spend CNY50.80 untuk beli 7 fridge magnet di tempat yang berbeza. CNY82.90 untuk beberapa kali beli Strawberry, Raspberry, Oren mini yang manis dan Pisang. CNY253.90 for Kids toys and their entertainment. CNY350.00 sewa baju Traditional Tibet. CNY 226.00 beli dua Windbreaker jacket. CNY9.00 untuk satu 1000ml Oxygen Cylinder. 

Aku hanya beli dua botol 1.5liter air mineral sepanjang berada di sana disebabkan setiap hotel menyediakan air mineral botol yang banyak dan bila berjalan-jalan di luar kami refill semula air seperti di train station, airport dan drinking tap water yang agak banyak disediakan atau mudah dijumpai di beberapa tempat tertentu.

Sekali jer minum Luckin Coffee sebab agak mahal compare dengan harga di Cafe lain.
Melayan minum di beberapa cafe antaranya Luckin Coffee, Naisnow Cafe, Cha Panda, Mixue dan Halfway Cafe. Convenience store yang murah kami selalu masuk MYJ Store dan Busy For You Store total kami spend CNY456.80. Bila travel dengan the kids memang kena prepare akan sentiasa kena cukai 😅.  Total CNY1609.80 bersamaan RM944.74.

In total all in cost for this Trip Raya is around RM10,500.00 untuk kami 6 beranak selama 14 hari berkelana ☺️👍🏻.

32 comments:

  1. Alhamdulillah..worth it dengan pengalaman yang berharga..tak semua boleh rasainya..
    Tapi, kena pastikan kids sentiasa bawa duit ke sekolah..sebab kalau pinjam duit org, tapi terlupa nak ganti.. nanti jadi macam kak M, asyik bising je kawan dia tak pulangkan seringgit..tapi, boleh jalan² luar negara .
    Mak nak nasihat pun, mak gelak dulu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The kids memang bawa duit belanja dan sometimes bawa bekal sebab ayahnya memang masak setiap hari di rumah hihii.. Cuma tahun ni tak ada baju raya sebab dah kena potong duit beli tiket flight hahahaa.. Alhamdulillah pengalaman sgt berharga.. Moga the kids ingatlah bila besar nanti :D

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah Syukur the kids enjoy it.. Merasa beraya di perantauan :D

      Delete
  3. Sangat murah ni! Thanks Afif, share total cost breakdown sepanjang di Yunnan. Teringin nak pergi tapi takut masalah komunikasi di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat makan luar dan membeli .. kalau dapat kurang makan luar mungkin boleh jimat banyak.. Masalah komunikasi tu no a big issue.. wechat blh translate terus conversation.. dan google translate byk membantu.. ☺️👍🏻

      Delete
  4. seat utk train semua tu kita boleh pilih ke? atau pihak train yg tentukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beli tiket train tu kita boleh dalam trip.com. Mcm sleep train overnight tu mmg kami pilih. Just nk mencuba tidur katil bertingkat dalam train ☺️👍🏻.

      Delete
  5. Replies
    1. Ada.. banyak kali naik didi.. sebab itu sahaja yg ada utk kawasan luar bandar..

      Delete
  6. hotel untuk 12 malam hanya RM1200.00, ini consider sangat murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel di beberapa Bandar di Yunnan memang murah.. Kami pilih family room pun bawah RM100 utk satu malam. ☺️👍🏻

      Delete
  7. Pengalaman bermalam di Halfway Check Point tu tak patut dilepaskan, rugi sebab takde kat tmpt kita kan. Sekali sekala bayar mahal takpelah, pengalaman tu precious sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab nak tgk at least sekali jer TLG tu.. kalau pergi berdua dgn wife cost tidaklah begitu mahal.. tpi sebab bawa the kids cost pergi balik dan penginapan mmg mahal.. Moga boleh repeat one day in future.. ☺️

      Delete
  8. 10k untuk 14 hari berbaloi jugak ni. ditambah dengan pengalaman berharga mengembara di negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sekarang anak anak masih kecil dan bajet pun tak banyak mana.. but syukur buat trip DIY boleh adjust nak kurang dan tambah tang mana ☺️👍🏻

      Delete
  9. Your post seems to be good it would be much better if you would have shared the images of sky painted with red. Anyways thanks for sharing.
    Office Fashion Trends for 2026: The Complete Modern Workwear Guide

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sky painted with red? hahaha.. thanks for your opinion :D

      Delete
  10. Orang dah pakar dalam bidang ni memang pandai je nak susun camana... Harga tu nampak sangat cantik dengan tempat dan masa.
    Luckin Coffee tu ada juga kat Malaysia kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kat Malaysia belum pernah lagi minum Luckin Coffeee.. Dekat Yunnan pun minum sekali jer sebab mahal benor harga nya compare dgn yg lain huhuu..

      Delete
  11. lama betul bercuti..nanti boleh baca sini utk panduan ke Yunnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti raya aidilfitri dan cuti sekolah kita kasi maximum hari perjalanan tu.. :D

      Delete
  12. Ingat ada gambar berbaju raya di Yunnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni mmg tak ada baju raya.. Sebab bajet habis ke Yunnan hahahahaa :D

      Delete
  13. best sgt sbb u buat detailed expenses! jimat2 giler2 ni hahhahah i sbb bkn frequent traveller so memang tak reti nak bajet2 gini kalau gi travel :p apa2 pun yg penting kita happy dgn our trip kan!! again, afif tak pernah tak impressive la bab2 DIY travel ni!salute!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa ini first time kot buat details expenses dalam satu entry huhuu... Macam seronok pulak kan.. mudah nak direfer nanti bila update full story.. Betul yg penting happy dan enjoy our trip.. Mungkin dah selalu buat itinerary sendiri kot.. :D

      Delete
  14. Thanks for sharing Afif. Seronoknya baca, dalam list jugak Yunnan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for coming and baca di sini juga ya :D
      Yunnan dekat dan murah.. wajib pergi ya hihihi :D

      Delete
  15. waaahh pergi TLG jugakk. saya ni berkobar-kobar nak pergi trekking kat situ sebab cantik sangat tempatnya! tak dapat tahun ni, kita targetlah tahun depan xD
    cost utk 10k untuk 14 orang tu kira murah dah. puashati pergi merata tempat, penginapan pun bertukar 8 kali hahah letihnya dengarr.

    makanan halal kat china sedap2 dan murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upsss .. 10k bukan utk 14 org tapi utk 14 hari hahaha 😅.. Kitrg insyallah nak repeat semula sebab nak hiking tempat2 lain di TLG insyallah one fine day ☺️👍🏻..

      Delete
    2. Sebab kami pergi banyak tempat memang kena tukar-tukar byk tempat penginapan.. Memang letih but syukur semua dipermudahkan... Btw makanan mmg sedap sedap... 🤤🤤

      Delete
  16. Ya Allah, murah sangat lah utk 14 hari, dan 6 orang pulaaaa 😍😍😍😍. Saya belum pandai buat budget sampai murah begini. Memang tak sabar kadang cari transport , atau tiket yg murah.

    Trip.com saya akui baguuuuuus. Sebab banyak pilihan hotel, termasuk di Negara2 sanction. Saat ke Belarus, saya susah temukan penginapan di OTA macam Agoda, trvlk atau tiket. Mereka ada sebut negara sanction. Akhirnya cari dari trip, malah ketemu penginapan bagus di tengah kota Minsk. Akhirnya saya JD suka pakai trip.com

    Ok, saya perlu donlot Alipay berarti yaa, time ke China nanti. Baca tulisan Abang, JD nak bertukar destinasi pula, dari Beijing ke kota2 kecilnya saja 😄

    ReplyDelete