Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Sambungan Dari Bulgaria Part 6 : Misi Mencari Makanan Halal Di Central Market Hall
Hari terakhir aku di sini terasa seperti baru semalam sahaja kaki menjejaki bumi Sofia ini. Tiada rancangan awal yang dibuat sebelum terbang menyebabkan aku stuck di Bandar Sofia sahaja dan lebih kepada bersantai-santai dalam kawasan bandar. Dan memasang niat untuk datang sekali lagi untuk explore lebih banyak tempat menarik di seluruh Bulgaria.
 |
| My tour guide with semua yang join Free Walking Tour ini. |
Disebabkan tiada rancangan lain maka aku memilih untuk join Free Walking Tour di awal pagi yang ada disediakan beberapa kali dalam sehari. Insyallah malam ini aku akan menaiki bas menuju ke Bucharest, Romania.
Jomlah kita join free walking tour ini untuk menambah ilmu pengetahuan dari segi sejarah, politik, geografi dan culture masyarakat tempatan. Nak join tour kita hanya perlu berkumpul di hadapan Sofia City Court yang berada di Vitosha Boulevard. Untuk masa berkumpul boleh check di official website atau boleh tanya dengan orang hotel jer.
 |
Di sini adalah satu kawasan yang paling digeruni dan ditakuti oleh rakyat. Sebab di sinilah tempat mereka menyoal siasat dan menyeksa para tahanan. |
Tour akan mengambil masa dari 1jam 30minit sehingga 3 jam. Boleh pilih yang mana pada pukul berapa dan ada juga walking tour yang perlu dibayar. So kalau nak selamat tanya dulu sebelum join samada kena bayar atau tidak.
Even kena bayar dalam 10 euro macam tu tapi aku rasa sangatlah berbaloi disebabkan explanation dia yang sangat panjang lebar dan sangatlah details. Oh ya tapi bergantung juga siapa guide kita ketika itu. Macam guide aku ni dia adalah student PHD university yang ingatan dan pengetahuan dia memang terbaik especially dalam politik dan sejarah.
 |
| Ibu Pejabat Special Branch ketika era Pemerintahan Communist Party. |
 |
| Knowledge dia memang tinggi - History, Politics, Geography, Culture 👍. |
Lagi ada orang tanya sesuatu lagi seronok dia explain dan bercerita. By the way aku tak ingat nama dia cuma kalau korang boleh cam muka dia dalam gambar di sini. Aku suggest sangat untuk ikut walking tour dengan guide ini hahahaa 😉.
 |
| Bangunan Royal Palace yang telah dijadikan National Art Gallery Museum. |
Dan English dia sangatlah baik dan mudah difahami. Walau ada sedikit sleng Bulgaria tapi tak ada la pekat sangat. Dan yang best dia akan cuba untuk berinteraksi dengan semua orang dalam group tak kira umur, bangsa, negara dan bahasa. Group yang aku join ni ada hampir 20 orang and mostly European dan juga dari Korea, Japan, China and Middle East.
 |
| Convenience Store K-Food menjual produk-produk dari South Korea. |
 |
| Antara beberapa produk makanan yang mempunyai tanda halal. |
Di tengah perjalanan mengikuti walking tour ini secara tak sengaja terlihat kedai K-Food ini, sebuah kedai convenience dari Korea. Aku pun masuk la sekejap saja-saja nak tengok. Nak juga tengok produk Korea Selatan apa yang masuk ke sini.
Agak terkejut masa aku belek-belek few item di bahagian makanan sebab ada yang bertanda halal. Tahniah pada owner walau bukan islam. Makin mudah la lepas ni kalau nak cari makanan halal di Bandar Sofia ini.
 |
| Dah check out kita lepak duduk di lobi hotel sebelum berjalan ke Bus Station. |
Info: Pemerintahan kuku besi oleh Bulgarian Communist Party (BCP) yang memerintah dari 1944-1989 dengan 3 orang diktaktor iaitu Georgi Dimitrov (1946–1949), Valko Chervenkov a nickname "Little Stalin" (1950–1956) dan Todor Zhivkov (1954–1989) yang terakhir dan telah digulingkan oleh rakyat bersama jatuhnya Berlin Wall.
Walaupun mereka bukan di bawah Kesatuan Soviet tetapi hubungan rapat pemerintah Bulgaria dengan Soviet menjadikan mereka adalah sebahagian dari kesatuan. Dengan menggunakan sistem pemerintahan yang sama sehinggalah kepada sistem ketenteraan. Aku yang minat sejarah ni memang focus setiap apa yang dibicarakan oleh tour guide.
 |
| Antara kedai halal yang aku jumpa - Ikram Turkish Halal Food. |
 |
| Rodi Fast Food Halal - Yang ini aku rasa owner dia bukan Arab. |
 |
| Yang ini aku tak sure apa nama kedai dia tapi yang pasti ada tulis halal 😉. |
Selesai tour aku terus ke hotel untuk mengemas dan bersiap untuk check out. Dan beg backpack aku tinggalkan di kaunter hotel, sama macam mana aku datang hari first day. Nanti 2-3 jam sebelum bas bertolak barulah aku amik beg. Sementara nak buang masa ni aku ke masjid untuk solat dan kemudian menuju ke kedai makan halal.
 |
| Tak sure sama ada manisan atau kek atau..? Nampak menarik untuk dicuba 😉 |
Kena makan sebelum naik bas dan nak kena beli something untuk bekal dalam bas nanti sebab perjalanan mengambil masa antara 6 ke 7 jam untuk sampai di Bucharest. Dan itu pun bergantung dengan keadaan jalan, weather dan keadaan di border nanti. Masa ni aku beli dua slices pizza satu makan satu lagi untuk dalam bas nanti.
 |
| Semua pastry berharga BGN3.00 dan ke bawah. Kita layan pizza jer time ni 😏. |
 |
| Satu kita makan dan satu lagi buat bekal dalam perjalanan bas malam nanti. |
Selama berada di sini aku spend dalam RM420.00 termasuk tiket bas dari Istanbul ke Sofia, penginapan, ada sekali dua makan di Muslim Restaurant, shopping di Central Market Hall dan souvenir paling banyak habiskan duit. Makan tak costly sangat sebab banyak makan ration yang dibawa dan sebab wife aku tak ada sekali hahahaha.. 😅.
Selepas makan dan merayau aku singgah Solat Jama Maghrib Isya' di Banya Bashi Mosque buat kali terakhir. Kemudian pulang ke hotel dan sempat aku duduk di lobi hotel sambil charge handphone seketika dan kemudian berjalan kaki ke arah bus station yang sama waktu aku datang dari Istanbul tempoh hari. Bas akan bertolak jam 11.00 malam 👋.
Bersambung Romania Part 1 : (Under Construction)
No comments:
Post a Comment