Sunday, 26 April 2026

Salam Weekend - Ke Mana Dan Buat Apa Sahaja

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Hujung minggu menjelma tapi tak ada apa-apa plan. Melangok duduk dalam rumah sahaja. At the same time malas nak masak dari Jumaat malam Sabtu makan luar sahaja sampai la breakfast pagi ahad ini.

Baru balik dari Hospital Selayang sebentar tadi sebab wife pergi ziarah kawan dia di Ward 6B. Dan sebab kami bawa the kids ikut sama maka wife sahajalah yang naik. Aku jaga the kids di lobi 😅. 

Ziarah kawan wife di Hospital Selayang di pagi Ahad.
Malam tadi saja mencari tiket flight murah. Terjumpa pulak tiket murah ke Ulaanbaatar, Mongolia bulan 9/10 nanti. Return tak sampai RM2,400.00 dan on the way pergi ikut Seoul, South Korea dan balik ikut Yaoqiang, China.

Makna kata boleh jalan 3 tempat dalam satu trip travel. Dan bulan September adalah Musim Luruh di ketiga-tiga negara kalau tak silap aku la. Hurmmm macam menarik 😅. Ada sesiapa yang berminat nak ikut sekali? Hahahaa..

Travel ke Seoul selama 3 hari kemudian Ulaanbaatar 5 hari dan on the way balik transit di Yaoqiang 2 hari.

Ulaanbaatar City - The Capitol of Mongolia.
At this moment tengah seronok menanam sayuran di beranda rumah. Kailan, Sawi, Kangkung, Ketumbar dan Daun Bawang. Kalau weekend memang berjam-jam lamanya menatap pertumbuhan sayur hahaa.. 😅

Sawi, Kangkung, Ketumbar, Daun Bawang dan Kailan.
Batang kangkung yang keras tu jangan dibuang.
Cucuk je pada tanah insyallah tumbuh pokok baru ☺️.
Main tanam-tanam dalam pasu ni macam berhantu sikit. Mula-mula nak satu dua pasu jer, saja buat suka-suka.. lepas tu tambah dan bertambah and last last sekarang ada 12 pasu yang silih berganti isi tanamannya 😅.

Try tanam Bendi Merah tapi setiap kali petik Bendi nya asyik keras tak boleh makan. Try tanam Terung tak pernah jadi anak pokok. Tanam Daun Sup bila jadi anak pokok mesti mati sebab batang jadi busuk. So kita main yang senang senang jer la ☺️.

43 comments:

  1. best la main tanam2 pokok tu! i like!! waaa u jumpa tix murah yer...i tgh countdown nak fly ni...lagi 7 hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww bila dah countdown hari nak pergi travel mmg dah tak senang duduk tu hahaha.. semoga slmt prgi dan balik dan enjoy ya.. tanam2 tu suka suka jer.. dpt mkn sayur free ☺️👌🏻

      Delete
  2. Faa pun sejak2 dah umo 30 sen ni minat menanam pula. Tapi seminggu je pokok sihat pastu mati 😂 Kena cari guru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah baca juga bercucuk tanam ni macam terapai utk org yg dah berumur hahahaa.. sy kena terima hakikat dah tua 😅

      Delete
  3. Open trip pada kawan² ke😁
    10 hari travel tuuuuu.... sis tak mampu hahahaha
    Nampak gaya kena pencen dulu lah kalau nak travel lama².. mudah²an masih sihat dan bertenaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel kalau jarang jarang tu biarlah kalau sekali pergi tu lama sikit biar berbaloi.. 10 hari utk 3 negara kira okay la tu hihii.. Travel dekat dekat dalam 5 hari pun boleh.. Nk lama kena travel waktu raya la.. 😅👌🏻

      Delete
  4. Wah ramai dah start main tanam² kat rumah... bagus² menyahut seruan nama nya ni...

    Trip tu nmpk menarik tp pulus plak yg x menarik lg ni haah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya umur dah nak tua ni kena la start main tanam tanam.. nanti pencen tak ada la blur nak buat apa hahahaa.. okla dpt makan sayur free sentiasa.. samalah kita fulus tak menarik waktu ni.. dgn minyak mahal lagi hahaha..

      Delete
  5. Awal pindah rumah dulu rajin bercucuk tanam lepas tu dah malas. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama lah kita.. ada waktu rajin ada waktu malas ya amat hahahahaa.. tapi bab tgk hasil is nombor 1..

      Delete
  6. Berapa total cost kalau nak ikut tu? 10/11 hari mau RM8-10k tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang la kalau pergi satu trip travel sampai lebih 5 ribu untuk trip yg lama dan jauh.. unless kalau bawa satu family.. yes akan cecah tinggi sikit.. but still buat trip budget diy..

      Delete
  7. Wahhh..Bestnya gi travel lagi. Tringin jgk nk tanam2 ni. Tapi risau tak terjaga =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru plan jer sebab tertengok tiket murah hahahaa.. Dapat travel selalu memang seronok.. tanam tanam buat suka suka sebab terapi hihii..

      Delete
  8. Menarik tawaran tu, murah & berbaloi cover 3 negara sekali. Grab cepat haha

    Aha betul, main tanam² ni berhantu. Seronok tengok pokok tu hidup & berhasil, nak try tanam yg lain pulak. And the cycle goes on...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuu.. Sebelum grab nak kena fikir 1001 satu masalah dan urusan hal hal lain 😅.. Memang berbaloi sgt sbb boleh pergi byk tmpt sekali jalan..

      Kan.. berhantu kan bab bercucuk tanam ni.. baru main pasu blm main tanah sehekar dua hahaha..

      Delete
  9. Terliur tengok harga tiket. Best kalau dapat travel lama gitu, dapat explore banyak tempat.

    Wah…berderet pasu tanamannya 👏🏽
    Tengok pokok membesar ni jadi terapi mata dan jiwa. Kalau tak menjadi, boleh kacau jiwa jugaklah 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Nak pergi lama2 hanya cuma pada cuti raya aidilfitri sahaja hihihi..
      Beranak pinak pulak pasu tu huhuu.. Terapi dan minat tapi nak kena juga jaga nafsu nak membeli dan menambah pasu tu hahahahaa..

      Delete
  10. Menarik tempat pilihan travel kali ini.. Terus cover 3 tempat ya..
    Dulu rajin juga menanam sayur.. Nak kena rajin balik ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tiket nya macam tu lepas tu bagi pulak peluang transit kat tempat yg menarik.. kita layan dan enjoy sahaja lah pergerakan tiket tu huhu.. Sy umur dah meningkat kena ada hobi yg melekat di rumah macam berucuck tanam ni hahahha :D

      Delete
  11. mongolia tu tak ramai org pergi kan. kalau pergi nanti, open table kat sini. kitorang tukang baca pengalaman jelah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure ramai ke tidak yg pernah pergi.. tgk youtube ramai je yg sampai tpi bukan melayu malaysia la hihii.. insyallah nanti open table face to face.. baru seronok bersembang..

      Delete
  12. Beautiful photos! Thank you so much for sharing this lovely tour.

    ReplyDelete
  13. menarik trip ke Mongolia tu. Mesti banyak cerita menarik. Jarang dpt tgk2 blog atau vlog pasal Mongolia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun rasa menarik untuk ke Mongolia ni sebab macam rare kan..
      Jom pergi.. kita buat vlog sama hahahaa..

      Delete
    2. wah... menarik juga ajakan tersebut. Mongolia mmg rare. Jarang sgt dengar cerita pasal Mongolia ape lagi melihat negara nya...

      Delete
    3. Itulah memang rare sangat... nak explore sebab tak pernah pergi hihiii..
      Jom jumpa saya selalu juga ke Cyberjaya hihihii :D

      Delete
  14. Best nya ke Mongolia. Dalam list jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa jom la kita angkat beg sekali.. buat satu rombongan huhuu.. 😅

      Delete
  15. Wah cari tempat untuk melancong musim luruh.
    Tiada siput babi datang ya? Hehe pernah campak biji cili capsicum tapi tidak hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidaklah mencari flight tiket tp lebih kepada suka suka jer kekadang tu hihihii.. Tanam dlm pasu di balkoni mana ada siput babi huhuhu.. syukur la.. ☺️👌🏻

      Delete
  16. Bestnya tanam-tanam pokok menjadi. Sejuk tangannya tu. KSarie kalau menanam semuanya akan berakhir dengan ceria sedih. Mati bergelimpangan semua bagai dilanggar garuda🥲Menariknya plan travel ke 3 negara itu. Betul ke sudi nak open trip? Bila tarikhnya tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best bila tanam pokok dan pokok menjadi dan ada hasil hihi.. time tanam tak menjadi tu blh jadi stress juga huhuuu... Bab mati bergelimpangan tu selalu susah hati kalau pergi travel hahahaa.. hurmm tgh fikir fikir lagi nak pergi atau tidak huhuu untuk tiket murah tu.. :D

      Delete
  17. syafakillah buat kwn isteri tu...

    rasanya fanny nak ke mongolia kot thn ni. boleh laa tu ajak dia💚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer ada borak dgn fanny .. dia nak pergi hujung tahun.. tak kena timing nak buat satu team huhuu...

      Delete
  18. bendi tu jadi keras walaupun dah masak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keras dari atas pokok lagi... Tak tahu bila nak dituai huhuu..

      Delete
  19. Abaaaaaaaaang, saya akhirnya ke Mongolia 12-19 sept 🤣🤣🤣🤣. Dah book. Dapat SQ dan Miat airways. Teman saya tapi tak bisa lama. Jadi kami cukup 12-19 sept saja. Tak apalah. Yg penting dah jejak kaki ke Mongolia hahahahahah . Nanti transit di HongKong. Bisalah cuci mata sikit 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa katanya mahu hujung tahun kalau 12-19 tu waktu lebih kurang sama dgn tiket murah yg saya dpt.. 7 hari sekali transit fi SQ dan Hong Kong.. Sekejap sgt itu hihihi.. Moga enjoy ya.. Menantikan update cerita nya.. ☺️👍🏻

      Delete
  20. Pertanian bandar namanya. Bagus bercucuk tanam ni. Boleh makan hasil sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sgt tu walau hasil sendiri dua tiga ketul tapi gembira dlm hati tu sendiri jer yg tahu hihi.. ☺️

      Delete
  21. Menarik hobi menanam sayur kat beranda ni. Betul tu, bila tengok pokok membesar memang satu terapi jiwa, lagi-lagi kalau menjadi hasilnya. Tips kangkung tu sangat berguna, lepas ni tak payah beli dah, petik kat depan rumah je. Teruskan berkebun, moga nanti terung dan bendi pula menjadi jugak...SA mengharapkan PZ aje la...tangan abah je sejuk bila bab menanam...tangan SA tanam apa je mati...

    ReplyDelete