Tuesday, 28 April 2026

Romania Part 2 : Menaiki Train Ke Brasov City - The Legendary Dracula Home Town

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Romania Part 1 : Menaiki Bas Lewat Malam Dari Sofia Ke Bucharest

Setelah tersesat seketika selepas tersalah naik bas. Aku duduk sebentar di bus stop mengatur semula pergerakan. Keadaan terburu-buru nak cepat tadi hanya merugikan masa. Baca balik google map dan search macam mana cara nak ke hotel.

Dari google map dengan mudah kita akan tahu untuk naik bas nombor berapa dan berapa minit perjalanan. Semuanya lengkap di hujung jari. Apa yang aku belajar bila terjadi situasi macam ni kena tenang dan berdoa, insyallah ada solution. 

Brasov City - The Legendary Home Town of Dracula.
Lebih kurang 20 minit kemudian aku berjaya sampai di hadapan Hotel Carpati Imparatul Romanilor. Dan terus menunjukan booking yang telah dibuat melalui Booking.com. Seperti biasa memang tidak dibenarkan check in awal lagi pun sekarang ini waktu masih awal pagi. Aku pun minta izin untuk meletakan beg backpack di kaunter hotel.

Menaiki Metro dari Station Unvirstate ke Bucharest Train Staion.
Keadaan di Station Universitate agak lengang di awal pagi hari.
Staf di kaunter bagitahu untuk urusan check in dan bayaran buat nanti selepas masuk waktu check in pukul 1.00 petang. Dan di ruang lobi ada tandas dan water dispenser. Sempatlah aku fresh up dan bancuh Coffee 3in1 dalam tumblr. 

Keadaan di dalam metro dengan masing-masing buat hal sendiri.
Dalam 15 minit berehat di ruang lobi aku mula berjalan kaki 450 meter ke Metro station yang berhampiran untuk menuju ke Bucharest Train Station. Masa ni memang tak fikir banyak sebab hati nak sangat pergi Brasov dan masih berharap dapat join tour tu half way. Untuk bayaran metro aku bayar guna tunai di kaunter.

Tiba di Station Piata Victoriei - Exchange from Line M2 to Line M1.
Harga tiket metro RON3.00 untuk ke Bucharest Nord Train Station.
Sistem train metro di sini lebih kurang sama macam di Malaysia.
Baru sampai subuh tadi di Bucharest dan terus shoot ke Brasov. Memang penat.
Di Bucharest kita boleh beli Public Transport Tourist Card berharga RON20.00 for 24 hours & RON40.00 for 72 hours. Boleh digunakan untuk train, tram, bas, metro & airport transfer. Jika banyak penggunaannya dalam sehari maka berbaloi untuk beli Tourist Card tu. If beli Metro Tourist Card only RON12.00 for 24 hours & RON35.00 for 72 hours.

Sampai di Gara de Nord Station kita jalan kaki beberapa meter ke Bucaresti Nord Train Station.
If not then my suggestion is bayar jer tunai setiap kali naik metro dan yang lebih menarik boleh beli tiket return terus. Kalau tidak menghala ke tempat lain dari destinasi yang kita tuju tu why not kan beli tiket return siap-siap. Mana la tahu masa nak balik tu bertembung dengan pick hour maka tak perlulah nak bersusah payah beratur beli tiket di kaunter bagai.

Paparan jadual perjalanan train dari Bucharest ke Brasov di kaunter.
Memilih train pukul 09:57 pagi dan akan sampai di Brasov 12:34 tengah hari.
Untuk beberapa hari aku berada di sini yang hanya menggunakan metro sebagai transportation utama. Jumlah kos metro yang aku guna tak sampai pun RON15.00. Somehow harga tiket Metro pun murah dalam RON2.00-3.00 untuk setiap kali perjalanan. Maka berbaloi bagi aku bayar cash dari beli Public Transport Tourist Card.

Dari membeli tiket di kaunter aku hanya ada 7 minit untuk menaiki train.
Sebab nak kejar train paling awal berlepas ke Brasov.
Nasib la tak begitu susah nak cari train di masa ni. 
Kenal pasti nombor platform dan nombor gerabak train.
Harga tiket train RON63.00 bersamaan RM58.00 sehala.
Perjalanan mengambil masa 2 jam 37 minit untuk sampai di Brasov.
Dari Station Metro Universitate (Line M2) aku tukar ke Line M1 selepas dua station iaitu di Station Piata Victoriei. Dan selepas 1 station sampailah di Gara de Nord - Nama station untuk ke Bucuresti Nord Train Station. Tiket Metro RON3.00.

Sampai di Bucuresti Nord Train Station aku terus berjalan ke kaunter dan rasa syukur sangat sebab makcik di kaunter tu boleh cakap english. Dan makcik tu suruh pilih di screen nak naik train pukul berapa. Terus aku minta train paling awal ke Brasov. Perjalanan memakan masa selama 2 jam lebih dengan jarak 183km. Harga tiket RON63.00 atau RM58.00.

Train berhenti di beberapa buah station di pekan kecil di sepanjang perjalanan.
If ada peluang next time aku nak try bermalam di pekan pekan kecil ini. 
Masa ni aku tak beli return tiket sebab tak tahu bagaimana perjalanan dan keadaan di sini. Mungkin akan balik malam jika keadaan terlalu menyeronok di Brasov atau terus bermalam di sini. Sebab dalam pun google map terdapat 3-4 buah masjid yang ada di sini. Mungkin boleh singgah untuk bersolat sebentar.

Seronok melayan pemandangan yang memukaukan di sepanjang perjalanan.
Cuaca yang mendung dengan sekali sekal hujan renyai. Menambahkan lagi kesejukan.
Sepanjang perjalanan agak susah nak lelapkan mata walau badan kepenatan. Kerana pemandangan di luar jendela train yang sangat indah dengan kehijauan pokok dan bukit bukau. Dan di sebelah aku ada seorang nenak yang membawa baldi dan batang kayu mancing. Katanya nak pergi mancing trout di satu anak sungai di berdekatan sebuah pekan kecil nanti.

Ada hikmah juga terlepas bas sebab dapat naik train dan explore bahagian bukit bukau.
Seronok berborak dengan nenek ni dan suka tengok semangat dia nak pergi mancing naik train. Dan nenek ni turun di salah satu station sambil melambai ke arah aku dan aku membalas dengan senyuman. Entah bila aku terlelap dan terjaga bila train sampai di Station Brasov dalam keadaan mendung dan sekali sekala hujan renyai turun membasahi bumi.

Safely arrived at Brasov Train Station.
Pemandangan ke arah bangunan Brasov Train Station selepas hujan.
Melihat ke kiri dan kanan setelah keluar dari station. Tiada apa yang menarik dan hanya ada beberapa bangunan sahaja. Aku memulakan langkah ke arah sebuah pasaraya di seberang jalan setelah itu sahaja yang menarik perhatian aku. 

Selepas membeli air mineral dan roti barulah aku duduk di kerusi yang disediakan. Dalam kepala terfikir "Apa jer yang menarik di Brasov ini?". Barulah aku search di google dan antara result yang terkenal adalah di sinilah lahir kisah Legendary Dracula. Siapa yang pernah tengok filem Dracula Untold (2014) - So here i am 😉.

Bersambung Romania Part 3 : Ziarah Brasov Old Town 13 Century - The Heart Of Transylvania

44 comments:

  1. Ni bandar asal usul dracula lah yer..menarik niiiii..ada muzium kerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah di sini la lahirnya kisah Dracula.. Ada muzium Dracula tu ianya adalah sebuah castle tapi sbb tak dpt nak pergi sebab hujan.. insyallah next time mmg azam nak pergi..👌🏻

      Delete
  2. Sampai juga ke Brasov tu ye. Memang jiwa pengembara sejati, on the spot je buat decision

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sampai juga sbb hati ni mcm dicabar pulak utk ke sana huhuu.. mula2 ingt dekat rupanya jauh macam KL nak gi Melaka hahaha.. 😅

      Delete
  3. Cantik view bukit bukau.
    Lawa lukisan kat stesen keretapi tu dan nampak tenang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. View all the way dari bucharest ke brasov mmg cantik.. seronok layan view dari dlm train... Kalau dpt hiking ke salah satu bukit di situ mesti seronok.. yeap kat sana asal kosong je mesti ada lukisan hahaha..

      Delete
  4. Cerita bab dracula ni seram jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah.. souvenir dia pun banyak gmbr dan bentuk dracula huhuu..

      Delete
  5. tumpang singgah.. mau dok berejam kat sini nanti sebab nak rasai pengalaman travel... bestnyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi menyinggah ke sini.. sekadar berkongsi pengalaman travel di sini.. sudi sudilah dtg ke sini membaca.. ☺️👌🏻

      Delete
  6. Oooooo... Dracula asal dari sini ke?
    Mesti diorang punya souvenir itemnya bertemakan dracula kan??
    Tapi gambar Brasov City tu nampak ceria je... tak nampak seram....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes asal usul dapatnya idea untuk create watak dracula itu bermula di sini.
      Tak la semua bertema kan Dracula tpi ada la souvenir mcm cup, fridge magnet and so on gambar dracula tu hihihi.. Mmg ceria jer sebab ianya hanya legendary.

      Delete
  7. alhamdulillah selamat sampai. Next mesti ade cerita pasal Drakula kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next part macam payah sikit sebab nak kena korek banyak sejarah utk ditulis..

      Delete
  8. Wahh hometown of dracula. Best nya Afif dah sampai sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sengaja tersampai sini sebab konon nya nak ikut si Anto tu hihiii..
      Last2 travel sendiri ke Brasov but syukur menang cantik old town di sini :D

      Delete
  9. Sini kawasan gunung ke? Nampak banyak pokok-pokok menghijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes kawasan pergunungan.. view memang cantik dari awal sampai hujung perjalanan kereta api..

      Delete
  10. Salam kenal. Entry yg menarik sampai boleh kita bayangkan persekitaran tempat tersebut 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kenal....
      Waaa blogger yang mencipta fenomena poster AI dtg menyinggah..
      Terima kasih sudi dtg membalas kunjungan ya.. Nanti follow lah kita ya ☺️

      Delete
  11. Tenang betul ya apabila tersilap naik bas.
    Memang kena pandai kaji peta dan selok-belok setiap negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada la sikit stress kat kepala tu sbb salah naik bas hahaha.. dulu travel mana ada smart phone.. kena buka peta bagai.. nowdays byk dah senang.. ☺️👌🏻

      Delete
  12. Your photos are absolutely stunning. Thank you for sharing your journey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The journey by train from Bucharest to Brasov was very beautiful especially when passing those mountain.. thank you for coming.. ☺️

      Delete
  13. Kalau ada masa sure dia nak turun sama dengan nenek pergi memancing ikan trout kan? Cantik sungguh semua pemandangan yang dikongsikan. Bila agaknya dia sudi nak open table bagi tips travelling agaknya ye😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun... Kalau ada banyak masa confirm akan follow nenek tu gi mancing haha.. pengalaman tu.. pemandangan sepanjang perjalanan train mmg menerujakan.. ☺️👍🏻

      Delete
  14. Gara de Nord tu dah hampir sama dgn stesen tren kat perancis...
    haha kebetulan agknya... beberapa hari lps sy baca 1 artikel psl ottoman empire dgn drakula. tup tup keluar entry ke Brasov😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually cerita Darcula untold tu terbalik.. sebab ottoman empire yg baik selamatkan penduduk tempatan buka raja yg zalim tu hahaha..

      Delete
  15. seronok layan view luar bandar kat negara org ni sbb kite tahu ia x kan sm dgn view kg kat negara sendiri😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. selalu ajar the kids kalau nak bas atau train waktu siang jgn tidur sgt.. enjoy the environment di luar.. sbb tak sama mcm di negara sendiri..

      Delete
  16. Sebenarnya ini juga alasan saya nak ke Romania. Ingin melihat kastil dracula 😄.

    Kalau dalam buku novel The Historian , ada 1 tempat lagi yg diceritakan sebagai persembunyian count dracula, lokasinya di Plovdiv, Bulgaria. Itu lah alasan saya teringin sangat ke Plovdiv. Untung akhirnya bisa melihat LGS tempat yg ada di dalam cerita novel tuh.

    Tinggal yg di Brasov ini saya blm lihat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Castle Dracula walau seram tetap menjadi tumpuan para pelancong hihii..
      Mengenai castle dracula ini ada banyak sebab seorang raja biasa nya ada banyak castle.. yg di Brasov adalah tempat di mana King Vlad berada dlm tahanan oleh Pihak Hungary ketika itu.. Plovdiv, Bulgaria? Sangat menarik... Insyallah berazam akan repeat semula perjalanan ke Bulgaria suatu hari nanti.. 🤲🏻☺️

      Delete
  17. Cuaca pun mendung saja ya. Memang kena la dengan pekan Dracula. Gambar pertama tu, macam pekan dalam animasi Hotel Transylvania yang pertama. Rupanya betul² ada, ye, sejarah dracula ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mendung jer.... Dracula tak leh kena cahaya matahari hahaha.. Mmg sini dikira sebagai heart of Transylvania.. mmg nampak animasi amik idea old town ni

      Delete
  18. Home town of drakulla....agak2 kalau jumpa seekor pengsan ohhhh.....Nampak tempatnya memang cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib la fiction jer Darcula tu.. kalau betul takde nyer berani org nk travel smpi ke sini hihii .. yes tmpt cantik ☺️👌🏻

      Delete
  19. Memang sinonim tempatnya dengan Dracula.. yang pasti, suka Twilight series punya Dracula je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dah la sepanjang masa mendung dan matahari tak keluar langsung huhuu..
      Aduhh asal hemsem mesti mesti kalah walau dracula hahahaha :P

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Perjalanan nk menuju ke Brasov tu pun cantik betul dgn jalan bukit bukau nya. Kiranya bandar Dracula ni di kawasan tanah tinggi ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm mungkin juga sebab dikelilingin dgn bukit bukau dan kawasan hutan yg hijau... Mmg cantik next time ada peluang mmg nak stay 1-2 malam di sini..

      Delete
  22. Ada juga hikmah tersalah bas...dapat ronda-ronda guna route yang lain pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila travel diy ini kena bersedia dgn banyak kemungkinan.. tpi biasa kalau tersilap ni mesti ada hikmah nya juga.. 🤲🏻🫰🏻

      Delete
  23. Vibe mendung dan hujan renyai masa sampai di Brasov tu memang kena sangat dengan gelaran 'Home Town of Dracula'. Brasov ni memang nampak cantik dan tenang. Menarik pengalaman naik train dari Bucharest ke Brasov ni. Walaupun penat sebab baru sampai subuh, tapi bila tengok pemandangan hijau dan bukit-bukau dari tingkap train tu, mesti rasa berbaloi. Seronok juga baca pasal nenek yang nak pergi memancing tu, nampak sangat 'vibes' lokal di sana

    ReplyDelete